Angkat sumpah
Kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu meningkatkan komitmen untuk mengembalikan kegemilangan agensi tersebut, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Utusan Malaysia, 22 Jun 2007
Dulu.
Suatu pagi. Aku kena pergi mahkamah. Emak pesan, “kalau tuan hakim tanya, jawab ‘ya’ ataupun ‘tidak’ saja.” Aku tanya, “mana mak tau semua ni?” Emak kata, “mak tengok tivi - mak tau laa!”
Di hati emak. Ada risau.
“Saya nak jumpa tuan hakim!”
“Ada apa kes?”
“Nak angkat sumpah!”
“Ok. Isi borang ni… lepas tu pergi beratur kat tepi tingkap tu!”
“Terima kasih.”
Aku. Isi borang. Dan. Beratur di tepi tingkap tu. Sebenarnya, rupanya tidaklah semacam tingkap pun. Lebih mirip kepada rupa dinding berlubang empat segi sama. Ha ha.
“Ada apa hal?”
“Nak angkat sumpah, enche!”
“Bak sini borang!”
“Ini dia, enche!”
“Bla bla bla, ok… bla bla bla, ok… Huh? Ni, apa pasal dah sign siap-siap ni? Siapa suruh!!!??? Kena sign depan saya, tahu tak? Pandai sangatlah tu! Hish! Ok, angkat tangan sebelah kanan dan baca teks yang bertampal kat tepi dinding tu!”
“Saya tak perlu jumpa tuan hakim ke, enche?”
“Tak perlu. Tuan hakim sibuk!”
“Ooo…”
Dulu.
23 Comments:
Aku angkat sumpah kat The Mall je
Bayar RM5, selesai..
ha ha ha
(jauh sungguh perbezaan zaman kita ya)
Jun 29, 2007 9:10 PG
Itu-lah Abang Naga... Siapa suruh sign borang tu awal2. Kan dah kena marah... Kesian Abang Naga kena marah kat enche tu.
Jun 29, 2007 9:13 PG
HAHAHAHAAA ..
susah sungguh dulu. siap nak kena pi mahkamah plak. kena plak hakim sibuk. Hakim sibuk? huhuhu .. hampeh! dulu the mall takde lagi ker hik hik hik .. nasib baik dulu tak sezaman ngan encit Naga. susah, susah aje. ;)
Jun 29, 2007 11:48 PG
"err.. tandas lelaki... err tandas perempuan."
saya suruh baca yang kat dinding, bukan kat pintu.
HAHAHAHA
Jun 29, 2007 1:00 PTG
tak jumpa jugak la tuan hakim tu? takleh la nak jawab ya atau tidak tu..
Jun 29, 2007 3:52 PTG
hahaha. tak payah pergi mahkamah pun nak angkat sumpah.
skrg ni, sign siap-siap pun diorang tak marah.
tuan hakim bz aaa??? hahahaha.
Jun 29, 2007 10:03 PTG
Ooo...
Jun 30, 2007 2:10 PG
Lebah,
Ha ha.
Kat,
Dah memang sebahagian daripada jobscope dia - marah2! Ha ha.
Nura,
Ha ha. The Mall belum ada. Tapi Dayabhumi dah ada dah - tempat kami berdating Ha ha. Nanti aku cerita pasal The Stove (tempat paling groovy untuk makan-makan bersama-sama pasangan. ha ha)
Dug,
Kau tahu tak kat mana tandas di mahkamah tu?
Chik,
Tak.
Amyz,
La ni boleh angkat sumpah kat ne je?
Tanah,
Wo!
Jun 30, 2007 12:35 PTG
sekarang takyah jumpe hakim.Pergi the mall je.
Jun 30, 2007 1:15 PTG
tak jumpa tuan hakim, habis jumpa sapa tu?
Jun 30, 2007 4:23 PTG
He he he.
Sekarang tak payah jumpa tuan hakim pun. Jumpa pesuruhjaya sumpah, bayar RM5.00, selesai!
Bayar parking lagi mahal....
Jun 30, 2007 4:33 PTG
La tak payah pi mahkamah pun. Kat rumah pun dah ada yang bukak kaunter pesuruhjaya sumpah.
Hakim dapat gaji mahai-mahai nak tunggu benda tu saja.
Jun 30, 2007 5:14 PTG
seperti angkat sampah? atau.
seperti angkat senjata?
Julai 01, 2007 2:32 PTG
nak kena angkat sumpah ke? aku tak kena angkat apa-apa pun, dia cop saje. GEDEBUK!!! dah boleh balik
Julai 01, 2007 4:17 PTG
The,
Kalau pergi The Mall jangan lupa singgah minum kako panas di HotCafe. :)
Sas,
Entah. Kerani mahkamah rasanya. Entah.
Purp,
Antara Ketua Turus dengan Pesuruhjaya - siapa lagi besar pangkat? Ha ha.
Khal,
Apa kelayakan dan syarat untuk jadi Pesuruhjaya Sumpah?
Bai,
Macam angkat tangan baca Rukun Negara masa sekolah-sekolah. :)
Art,
Ha ha. Itu namanya - Matikan Setem! Ha ha.
Julai 02, 2007 8:36 PG
Sekarang pun sama tak perlu jumpa hakim angkat sumpah..
Julai 02, 2007 10:16 PG
Sumpah diangkat?
Julai 02, 2007 12:34 PTG
apa yg kau sumpahkan tu...diamakn sumpah nanti...
Julai 02, 2007 2:10 PTG
sumpah...boleh jadi:
1) sesumpah
2) sumpahan
3) kesumpahan
4) bersumpah
5) kesumpah
6) mensumpah
7) tersumpah
8) bersumpah-sumpahan
9) hahahahaa
Julai 03, 2007 9:56 PG
hahahaha... lu ada rasa cam tertipu tak?
Julai 03, 2007 1:37 PTG
saya pun penah angkat sumpah. macam en naga, saya pun ingat kena duduk depan hakim waktu angkat sumpah. tapi saya tak kena marah sebab tandatangan terlalu awal :D.
Julai 03, 2007 3:23 PTG
Embun,
Oooo...
Ainon,
:)
Ontah,
Oooo...
Mardhihah,
Lori sumpah. Ha ha.
Amora,
Tak rasa begitu. Aku rasa, ini pengalaman yang tak semua orang pernah lalui.
Sakura,
Ha ha.
Julai 04, 2007 8:38 PG
Anjang?... Gitaris Anjang yang gambarnya keluar kat suratkahabar hari yer?...
Julai 05, 2007 12:42 PTG
Catat Ulasan
<< Home