Pak Sheikh
Dah ramai. Peniaga dari Timur Tengah. Yang berniaga. Di sekitar Bukit Bintang dan Sungai Wang.
Aku syak. Suatu hari nanti. Mereka akan beli keseluruhan kawasan itu.
“Gaji dah keluar! Akak tak pergi 'langgar' Sungei Nil dan Bukit Golan ke tengah hari ni?” Tanya aku. Kepada kakak yang suka mandikan burung itu. Barangkali mungkin.
“Nak pergilah niiiiii! Oit-oit! Akak nak tanya ni.... Pak Sheikh dah renamed Bukit Bintang dan Sungei Wang ke, Naga?”
Ha ha.
16 Comments:
`peniaga' bukan `perniaga' (hidup bahasa tamil!)
-kang mas sejadah merah
Julai 06, 2007 3:21 PTG
orang arab memang banyak kat bukit bintang..
omak ai......penuh lah..bermcm fesyen...eh ni.lari entri ke?
ada kosong tapak tak untuk berniaga jual belacan kat org arab kat bukit bintang.....nmpk mcm untung banyak..
naga nak join tak? 50 50
ha ha ha
Julai 06, 2007 4:01 PTG
burung akak tu ada lagi eh.. ke dah burung lain.. hahah..
Julai 06, 2007 4:46 PTG
Baik-baik memilih simbol.
Julai 06, 2007 8:09 PTG
wahahahahahaku tak paham.
Julai 06, 2007 11:28 PTG
ooooo pokok kurma dah tanam dah kat bukit bintang tuu.. penuh kat bawah monorel. aku berfantasi.
penari gelek?? bawah monorel.
aku berfantasiii lagii
Julai 07, 2007 11:31 PG
KL begitulah. Itu baru Bkt. Bintang. Glokal kot.
He he he.
Julai 07, 2007 4:40 PTG
menjadikan anda tidak perlu membeli tiket kapalterbang utk merasa makanan timur tengah dan berbual dengan tukang masaknya yg berbangsa tersebut.
Julai 07, 2007 7:58 PTG
Aku mulai merasa segan menaipkan tutur komen di sini.Lantas, bila Sindiket Soljah mulai mencipta nama tersendiri di persada sastera negeri ini.
Apa pun, aku bingkas mengucapkan tahniah pada mereka-mereka yang menerajui gelombang baru seni kesusasteraan Melayu.
Tatkala Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang mengasaskan ASAS 50, semua juga bercerita kepelikan dan kelainannya.
...dan akak yang suka memandikan burung itu lantas tersenyum bagaikan Bunga Popi yang mekar di Sungai Mekong.
Barangkali...
Julai 08, 2007 9:11 PG
Abi,
Kalau salah - kita mengaku. Tak hilang ular menyusur aku. Terima ksih kerana membetulkan.
Mardhihah,
50 - 50. Wawiiiie! (aku terbang macam anak brung baru belajar terbang). Ha ha.
Chik,
Masih burung yang sama.
Ha ha.
Puan Ainon,
Sheikh = Tuan (dalam bahasa Melayu). :)
Jai,
Kau mana pernah faham. Ha ha.
Manik, Esis,
Tahniah! Persembahan kau semalam begitu menghiburkan dan 'lain'. Aku suka. Bulan depan kita tengok orang lain punya persembahan pula ya!
Purp,
Aku teringinlah nak try hisap tembakau dalam botol air tu. Masalahnya, tak ada kawan-kawan nak temankan. :)
Siti,
Aku cuma sukan makan kebab. :)
Po,
Ha ha. Takde apanya Sindiket Sol-Jah kalau asyik masuk newspaper pun - *kami masih segugus kanak-kanak (*terjemahan terus dari bahasa Inggeris) yang selalu berbuat bising di kedai mamak; kalau ada duit minum koko air & kalau tak ada duit minum air kosong. Dan Amir akan pesan "ais limau". Berbeza dengan kami yang memesan "limau ais". Aku rasa macam lain saja bunyinya. Ha ha. Akhirnya kami pakat-pakat pesan 7 Up. Ha ha.
Jig,
Terima kasih kerana tirai mekanikal kau canggih.
Vovin,
Terima kasih kerana menerajui Maskara.
Amir M, Spyz,
Terima kasih kerana bantu siapkan set.
Rimau,
Terima kasih kerana datang dari jauh.
OP,
Terima kasih kerana bergegas dari Kedah ke KL.
Kawan-kawan yang Kita Suka,
Terima kasih kerana menyokong dan datang.
Abang Pyanhabib,
Terima kasih, dude! Nanti senang-senang kita layan roti canai double kat Sabri (depan ibu pejabat Syarikat D).
Julai 08, 2007 2:04 PTG
Masih penat. Esok lusa aku cuti. :)
Julai 08, 2007 2:05 PTG
Kalau kat Tanjung, ramainya Arab di Batu Feringghi. Mungkin nanti ditukar menjadi Batu Arab.
Julai 08, 2007 7:25 PTG
pergi jer langgar kasi habis
Julai 09, 2007 4:00 PG
bukan area saya nih...
Julai 09, 2007 6:02 PG
Pak Arab tak mudah pi USA dan Europe lagi selepas 9-11. Destinasi alternatifnya adalah KL.
Julai 09, 2007 2:00 PTG
arab tidak ramai ke redang, teringin mengetahui apakah mereka juga suka berjemur di bawah terik mentari berbikini
Julai 09, 2007 3:58 PTG
Catat Ulasan
<< Home