Kiri (bukan filem pendek yang memenangi Anugerah Pilihan Sukaramai tu)
Kau saja yang dikenang orang, kata Tangan Kiri, yang menyuap nasi ke mulut – kau, yang menepuk dahi – kau, yang memberi – kau, yang menunjuk – pun kau, dan banyak lagi kau kau kau.
Tangan Kanan diamkan saja. Sesekali dia memetikmetik dirinya sendiri. Tap! Tap!! Tap!!!
Tapi, kalau aku tak cebok bontot, kata Tangan Kiri, tak sah sembahyang tau!
Tiba-tiba Tangan Kanan bingkas bangun daripada memetikmetik dirinya sendiri lantas membentuk penumbuk yang kemudiannya diacuacu ke langit. Merdeka! Merdeka!! Merrrrrdekaaaaaaa!!! Kata Tangan Kanan.
Pada masa yang sama, ada Tangan Kiri yang lain sedang mengganyahganyah lubang bontot yang gatal. Ya. Sangat gatal.
12 Comments:
Hidup tangan kiri! Hidup!
Ogos 23, 2007 11:21 PG
aaaaaaaar,
makan mesti pakai tangan dude.
Ogos 23, 2007 12:05 PTG
lepas tu letak jari kiri bawah hidung, sdut dalam-dalam aaaaa
HAHA
Ogos 23, 2007 12:15 PTG
hak hak .. pengotoq tul dugong neh .. uweeekkk!!
er..er.. makan nasik tangan kanan la lalala...
Ogos 23, 2007 12:18 PTG
Purp,
Ha ha.
Teh,
Bukan - makan mesti pakai akal ke, beb?
Dug,
Ha ha.
Nura,
Cebok bontot mesti dengan tangan kiri?
HA HA.
Ogos 23, 2007 2:42 PTG
Tangan Kanan tu nampak tak Tangan Kiri buat apa?
Ogos 23, 2007 3:49 PTG
kalau bagi penampar selalu org guna tgn kanan. Tunjuk isyarat lucah pun guna tgn kanan. Jarang yang guna tgn kiri.
tgn kanan pun kotor dan jahat juga.
Ogos 23, 2007 6:56 PTG
org kidal ada hari org kidal sedunia..
August 13 is designated International Lefthanders Day by Lefthanders International
Orang tangan kanan ada ke?
Beruntung org kidal mcm aku ni..
aku mkn klu guna sudu..aku guna tangan kiri.hehehe
Ogos 23, 2007 7:39 PTG
Duduk sini dah empat tahun pun, kalau makan pakai fork and spoon, mesti potong makanan tu kecik-kecik dulu dengan pisau kat tangan kanan. Lepas tu tukar garpu kat tangan kiri tu ke tangan kanan pulak. Tak retilah nak menyuap dengan tangan kiri!
Ogos 24, 2007 3:37 PG
Amyz,
Tangan ada mata ke? HA HA.
Kelam,
Ok, sekarang aku acungkan jari tengah tangan kiri kepada kau. Ha ha.
Ogos 24, 2007 8:41 PG
Ya,
Emily pun kidal juga. Kena belikan sharpener kidal untuk dia. Kalau guna sharpner biasa - tak lut pensil tu kalau diasah. :)
Tanah,
Aaaa... apa kata kalau aku suapkan kau? HA HA.
Ogos 24, 2007 8:44 PG
well, win win situation i'd say...
Ogos 24, 2007 9:31 PG
Catat Ulasan
<< Home