"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

17 Ogos 2007

Jalan mesti ke depan, pakcik Othman Hafsham kata

Cherating dah tak macam dulu-dulu. Cherating makin panas.

Ok juga tu, aku kata, dah lama dah mereka minta hak kesamarataan. Aku cicip air teh tarik dari gelas yang separuh penuh. Setelah yakin air teh tarik itu melepasi rengkung - aku letak kembali gelas tadi ke atas meja.

Dan dah dapat pun dah, Dollah Teluk Chempedak kata, dah semakin samarata pun dah. Dollah Teluk Chempedak capai seulas keropok lekor yang tadinya dia order untuk dua orang makan. Dicicahnya dengan sos. Lalu disuapnya separuh ke mulut. Dikunyahnya dengan mulut yang terkatup. Hanya otot pipinya sahaja yang berombak-ombak bak laut China Selatan. Kelihatannya amat tertib.

Dah sampai masa orang perempuan pula tanggung kita, aku kata, barulah betul-betul samarata. Aku keluarkan sebatang rokok dari kotak rokok cap London Paris New York dan nyalakannya, kemudian.

Dollah Teluk Chempedak mengangguk-angguk. Apabila ombak-ombak pada otot pipinya semakin surut, dia capai tembakau bungkus berjenama luar negara dan kertas balut, ditaburnya tembakau di tengah-tengah kertas balut, dengan sekali rap sahaja origami berbentuk rokok itu pun siap. Orang kaya sahaja yang hisap rokok kotak, Dollah Teluk Chempedak tokok, seraya menjilat pada bucu kertas balut yang mengandungi tembakau bungkus itu.

Neskepe o peng se lagi! Dollah Teluk Chempedak order minum, gelas yang ketiga untuk dirinya.

Cherating makin panas. Cherating dah tak macam dulu-dulu.

28 Comments:

Blogger June said...

jalan mesti ke depan ya bang naga...

Ogos 17, 2007 4:52 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

jalan ke depan pun pakcik, kalau parking keta tengah-tengah jalan, tak betul jugak...parking lot kan ada..

Ogos 17, 2007 5:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Kau ni... kejap2 pakngah, kejap2 paklong, kejap2 abang... mana satu ni?

Art,
Alaaa, pakcik tu kaya dah... setakat parking kat tengah2 jalan - kena saman RM60 je... Apa ada hal. Ha ha.

Ogos 18, 2007 12:00 PG

 
Blogger Pa'chik said...

kalau isap rokok origami tu lebih dari tiga batang.. nanti aku rasa nak muntah...

Ogos 18, 2007 12:24 PG

 
Blogger Ku Keng said...

bagi manusia ia, bagi ketam tidak

Ogos 18, 2007 7:12 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Good morning, bang Naga hehe

Ogos 18, 2007 8:15 PG

 
Blogger hanny said...

sedap ker hisap rokok nih?..asap jer banyak....

Ogos 18, 2007 10:20 PG

 
Blogger Sayuti said...

cherating... resort mana?

Ogos 19, 2007 4:14 PG

 
Blogger zizie ali said...

dulu. zaman aku kecik-kecik. wayang pacak pejabat penerangan main movie 'sesat'. heronya othman hafsham. crooknya mahmud june. hafsham agak hensem masa tu. 'sesat' sebenarnya drama tv rtm. tapi, masa tu kampung kami belum ada elektrik. belum ada siaran tv. sekian. sekadar berkongsi fakta sejarah.

Ogos 19, 2007 7:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Kau hisap brand apa?

Ku Keng,
Wow, puitis sungguh. Ha ha.

Dug,
Morning! Apa jadi dengan buku kau: Kabar Dari Seberang?

Hanny,
Kalau tak mao asap banyak - hisap ubat nyamuk! :)

Sayut,
Resort tepi jalan besar. :)

Zz,
Hafsham pernah berlakon jadi hero? Tak tahu aku tu.

Ogos 19, 2007 2:11 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

london paris new york

kadang

jakarta bandung surabaya

kekekeke...

Ogos 19, 2007 5:14 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lama juga Pakcik Othman Hafsam tak buat filem baru ekk...

Ogos 19, 2007 7:03 PTG

 
Blogger rimanilzah said...

akhirnya ... dapat juga jumpa

Ogos 20, 2007 12:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Ha ha.

Purp,
Oh, iye ke?

Cikgu,
Terima kasih kerana belanja minum-minum.

Ogos 20, 2007 2:15 PTG

 
Blogger Anonymous said...

pembetulan bang...

Neskepi o PENG...untuk Nescafe ais.

Di Cherating, majoritinya dari Terengganu.

Beng hanya di Kelantan dan sewaktu dengannya.

Aku nak cuba berenti laa Mild Tujuh Ringan ni.Doakan kejayaan aku.

Ogos 20, 2007 3:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Tak mboh behenti leeee! Rugi le kalu behenti... he he.

Ogos 20, 2007 4:24 PTG

 
Blogger zizie ali said...

hafsham tak banyak berlakon. hanya beberapa drama. arahan aziz wok. kalau tak silap aku. lepas tu dia jadi penerbit drama rtm.

Ogos 20, 2007 6:48 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Ada bawa balik keropok lekor untuk aku tak?

Ogos 21, 2007 9:43 PG

 
Blogger ontahsapo said...

aku suka perasa vanilla...

Ogos 21, 2007 11:50 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zz,
Oooo...

Amyz,
Sentiasa ada. Tapi malu nak bagi kat kau. (Aku mencarut ni). HA HA.

Ontah,
Aku suka yang berfilter.

Ogos 21, 2007 12:28 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

"Perut mesti ke depan, pakcik NAGA kata"

Ogos 21, 2007 12:54 PTG

 
Blogger DeeN said...

jalan ke depan kalau nak ke depan. Jalan ke belakang utk ke belakang. pegi club med ker, bro naga? hak hak hak hak ....!!

Ogos 21, 2007 4:29 PTG

 
Blogger Amyz! said...

naga : haaaaa??????

KEJI TAU!!

Ogos 22, 2007 12:28 PTG

 
Blogger khairul azuwan a.k.a ujang said...

Last year singgah cherating, aku jalan dari baruh ke darat nun kat penghujung baruh ada..ada....ada..ada.. ada.. seorang minah saleh tengah duk berjemur terlentang tak pakai baju
aku pun tengok jer ler...

Ujang @ Zul kapan

Ogos 22, 2007 2:43 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

salaam bro..

bajet '07 katanya rokok naik harga lagik!.. camner?

Ogos 22, 2007 6:00 PTG

 
Blogger Unknown said...

bro. hisap rokok apinya surut ke belakang.

Ogos 22, 2007 6:24 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku tak pernah sampai Cherating. Tak tahu panasnya takat mana.

Ogos 22, 2007 6:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
HA HA.

Ujang,
Aku try juga cari pantai - tak jumpalah. Ha ha.

Ajami,
Kita hisap banyak2 lagilah! Ha ha.

Kelambu,
Orang tempatan kata, pantai Cherating pun dah semakin surut ke tengah. Entahlah.

Khal,
Panas.

Ogos 23, 2007 12:54 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home