Hiroshima 8:15
Kuil Enkohji. Utara Kyoto.
Pada batu nisan pusara Allahyarham Syed Omar, Mushanokoji Saneatsu menulis puisi.
Saudara Omar,
kaudatang dari Tanah melayu untuk menuntut ilmu di Hiroshima,
namun yang menyambutmu ialah bom atom.
Betapa tidak terperi rasanya.
Ingatlah bahawa ada orang Jepun yang tidak sekali-sekali melupakanmu.
Dan, genta-genta pun berdenting.
19 Comments:
pakcik naga,
kat kuil ek? kat jepun xde tnh perkuburan islam? ataupun masa dulu je tak ada???
p/s: saya link pakcik kat blog saya ok ;)
Ogos 07, 2007 11:59 PG
TINGGG
TINGGGGG
TINGGGGGG
wow.
Lama aku tak mendengar dentingan Genta.
Ogos 07, 2007 12:05 PTG
Aqilah,
Mula-mula nak bakarnya arwah. Tapi ada orang perasan yang arwah beragama Islam. Tanah perkuburan tu terletak berhampiran dengan kuil.
Kini, tulang temulangnya sudah dibawa balik ke Tanah Melayu. Yang tinggal di sana cuma binaan kubur sahaja.
Po,
Ya, sungguh hening suasana di tanah perkubur itu. Ada banyak chimney juga.
Ogos 07, 2007 12:50 PTG
emmm.. menusuk sungguh sajak itu.
Ogos 07, 2007 1:43 PTG
Genta tu kawan detektif konan yang gemuk tu.
kalau masa di sana dulu kamu... hitomi akan bikin sajak itu tak? kekeke....
Ogos 07, 2007 3:31 PTG
Kuil atas bukit, yang ada Dewa Cinta dan pancuran air sejuk sorga...
Nanti aku pergi ziarah.
Ogos 07, 2007 3:50 PTG
Esis,
Iye ke? Oooo...
Chik,
:)
Taf Teh,
Oit2! Kalau nak pergi ziarah ke sana - ajak aku! Oit2!
NOTA PENGEMBARA: Nak sampai ke kawasan perkuburan itu terpaksa menyelusup di celah-celah rumah orang. Lamaaaaaaaaaaaaa baru sampai.
Ogos 07, 2007 4:12 PTG
Aku hanya mahu pergi dengan generasi muda.
Paklang Naga sudah tua...
Aku tak kata, MatJan yang kata lu tua.
Ogos 07, 2007 4:53 PTG
genta tu rupanya macamana?
Ogos 07, 2007 5:35 PTG
Siapa Almarhum Syed Omar itu ekk....?
Ogos 07, 2007 5:35 PTG
Arwah Syed Omar pulang dari lawatan ke Jepun belikan saya teh hijau dalam tepak yang amat cantik.... Saya tidak pun bertugas di jabatannya!
Ogos 07, 2007 7:03 PTG
sungguh kasihan bom atom, kerana apabila bom atom itu meletup, bagaimana pula dengan sanak saudara bom atom itu?
Ogos 07, 2007 8:21 PTG
http://www.prn2.usm.my/mainsite/abomb/hirosh23.html
http://www.prn.usm.my/my.html
Ogos 08, 2007 7:05 PG
Sas,
Aaa... genta tu macam... macam... macam... Benta kot! Ha ha.
Purp,
FYI - browsers Internet!
Puan Ainon,
Itu Syed Omar yang lainnnnnn! Syed Omar (yang kacak) yang Puan Ainon maksudkan itu saya kenal!
Amin,
Semua negara patut punya program bom atom mereka sendiri. Alasan: Apa guna berkata rindu kalau dah dekat pun tak mao jumpa? Salsiah apakah itu? Lebih baik kita main-main bom atom sajalah!
Spyz,
Dah jauh pakcik berjalan, nak (cari pelita minyak tanah)! HA HA.
Ogos 08, 2007 8:40 PG
Owh.
Sayunya~
Ogos 08, 2007 8:55 PG
waktu saya belajar di jepun, setiap kali ulantahung hiroshima tuh, diaorang akan jemput pelajar malaysia pergi melawat satu kubur orang islam malaysia di hiroshima nama yusuf(kalau tak silap).... sedih sangat sebab kubur macam kubur orang jepun. keliling lak kubur orang jepun. yang mulakan acara lak sami budha. dok buat upacara budha.. kami pelajar malaysia saling pandang memandang. selepas selesai upacara diaorang tuh barulah diaorang kasik kami. so lepas baca al-fatihah, kami lepak di kuil budha yang ada dekat situ. tempat perkuburan memang agak tersembunyi. kalau jepun2 tuh tak bawak memang kami tak tahu kat situ ada kubur orang islam. kami duduk di kuil itu sambil dengar cerita orang jepun yang tua pasal arwah. tapi saya dah tak ingat lak. sekarang saya tak sure diaorang bawak lagi ker tak pelajar malaysia melawat kubur tuh lagi ke tidak. lepas saya melawat kubur, balik saya menangis sepuas2nya. sedih punya pasal. terbayang keperitannya.. kalau nak tahu lagi detail bacalah buku cikgu razak....
Ogos 10, 2007 6:04 PTG
panjangnya saya tulis...sorry ek
Ogos 10, 2007 6:04 PTG
Hanny,
Rangka-rangka allahyarham sudah dibawa kembali ke tanah air dan disemadikan di sini. Yang tinggal cuma pusara kosong dan batu nisan (batu nisan mcm kubur2 orang Jepun).
Kami masih berdoa agar dicucuri rahmat kepada mereka yang syahid (ustaz beritahu, kalau kita mati ketika menuntut ilmu - akan dikira sebagai syuhadah juga. Allahualambissawab).
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh-roh mereka.
Kalau tidak silap, allahyarham Syed Omar ialah kekanda kepada Puan Azah Aziz (isteri Prof. DiRaja Ungku Umar). Kalau tidak silap sayalah.
Ogos 11, 2007 12:09 PTG
mesti teman Cik Gu Razak!
Ogos 11, 2007 7:38 PTG
Catat Ulasan
<< Home