Cinta itu Love
Masa tu. Siah darjah tiga. Aku darjah lima.
Awakkk, Siah tanya, make love tu apa?
Cepat-cepat aku capai dedahan kering dan di atas tanah aku lukis gambar dua hati dengan sebatang anak panah menusuki kedua-duanya, ini kot, aku kata.
Matahari menyumbing. Angin berdesir. Dedaun kering berjatuhan. Sebahagiannya menimpa kepala masing-masing. Siah kuis-kuis rambutnya dengan tangan. Aku kutip beberapa biji buah ketapang kering yang bertaburan di bumi dan ketuk dengan batu. Biji di dalamnya kami makan bersama-sama.
Awakkk, Siah kata, jom kita make love.
Aku capai dedahan kering yang lain dan beri kepada Siah. Di atas tanah kami lukis gambar hati dan anak panah. Banyak-banyak.
Siah kata lukisan aku cantik.
Ha ha.
35 Comments:
Eeek..
kecil-kecil dah bercinta?
@#$%^
Aku kecil-kecil kira-kira..
Dah besar umur 21 baru dapat bercinta huhu..
Aku tak lagha
Ogos 02, 2007 4:33 PTG
oit...
chenta lukis-lukis ni best :P
wkakawkkaa
Ogos 02, 2007 4:57 PTG
dasar jantan kaberet.
Ogos 02, 2007 5:04 PTG
apa jadi ngan siah sekarang ;P
Ogos 02, 2007 5:09 PTG
romantik dude.. boleh bikin iklan pendek..
Ogos 02, 2007 5:12 PTG
Embun,
Kau. Memang slow. Ha ha.
Ras,
Jom gelak. Ha ha.
Po,
Ha ha.
Are,
Nanti-nanti sajalah aku ceritakan. :)
GitarTong,
Sinaganaga memang seorang yang romantik. Harap maklum. Ha ha.
Ogos 02, 2007 5:23 PTG
Kalau Siah baca entri ni sekarang, dia rasa malu tak agak-agaknya?
Ogos 02, 2007 5:50 PTG
Bagus jer ko tak tahu maksud frase 'make love' tu.. kalu idak Siah ajak 'make love'..abiss...
Ogos 02, 2007 6:59 PTG
sucinya pemikiran budak2 zaman tu. kalau zaman sekarang aku tak tau apa terjadi.
jeng jeng jeng
Ogos 02, 2007 8:34 PTG
waa... mujur siah tak balik cakap ngan mak dia, dia make love dengan ko petang tu... kekekeke....
Ogos 02, 2007 9:38 PTG
Tanah,
Entahlah. Ha ha.
Kemat,
Aku tahu. Siah yang tak tahu. Tu sebab dia tanya aku. Ha ha.
Esis,
Suci? Ha ha. Cinta itu Love. Muerekekekekeke...
Chik,
Aaaa... kau rasa dia tak khabo kat mak dia ke? Ha ha.
Ogos 02, 2007 11:12 PTG
make love, not war... :D
Ogos 02, 2007 11:45 PTG
buah ketapang? aku rasa berada di Baling....
Ogos 03, 2007 4:20 PG
Baru tau yang isi buah ketapang boleh dimakan.
Ogos 03, 2007 6:27 PG
Sas,
Ya ya. Ha ha.
Gelem,
Oh, iye ke.
Keng,
Dalam buah ketapang kering tu ada kekacang.
Ogos 03, 2007 8:39 PG
Ni, kalau Raftah baca entri ni, mesti dia tanya, "Sinaganaga kahwin dengan Siah tak akhirnya?"
Ha ha.
Raftah (wherever ya ra),
Happy weekend ya n take care, humcha!
Ogos 03, 2007 8:46 PG
"Cinta itu bagai berhala yg disembah-sembah" - Hj Romli, Kiamat Sudah Dekat.
Ogos 03, 2007 10:11 PG
kawan aku buat ayat "we're making love" dalam karangan bahasa inggerisnya.
kena panggil dengan cikgu, selepas itu. tapi waktu tu dia tak tahu pun kenapa ayat itu salah.
Hahahaha.
Naifnya.
Ogos 03, 2007 10:40 PG
hahah siut kutuk aku..
kalau sekarang pantang la budak perempuan tu tanya tentang make love, silap-silap budak lelaki yang tanya
Ogos 03, 2007 11:12 PG
Rimau,
C.I.N.T.A. itu J.S.Kevin. Yeah yeahhhhh!
Amyz,
:)
Embun,
HA HA.
Ogos 03, 2007 11:39 PG
Sekarang kalau terjumpa Siah lagi, agak-agaknya berani tak dia ajak buat 'make love' lagi... ha ha ha!
[Cinta itu macam kurap, gatal, pedih tapi sedap digaru...!]
Ogos 03, 2007 12:06 PTG
you!!!!
paedophile!!!
haha..
kalo sama2 bwh umur kira paedophile jugak ke??
Ogos 03, 2007 2:35 PTG
Purp,
Kalau aku jumpa Siah sekarang - aku le yang ajak. Ha ha.
Spyz,
Kata demam? Demam mana boleh tinggalkan komen. Klentong le ni... Ha ha.
Ogos 03, 2007 2:50 PTG
ini mcm bleh bikin skrip kasi Yasmin ahmad!
Ogos 03, 2007 5:57 PTG
make love. macam pernah aku buat jugak je. kot!
Ogos 03, 2007 7:50 PTG
aaaa ruginya! ha ha ha
Ogos 03, 2007 10:54 PTG
sosiolinguitik: dlm b.inggeris, frasa 'make love' dikira amat sopan. sebab itu ia dapat diterima dgn baik penggunaan samada dlm prosa atau puisi.
Close your eyes, make a wish
And blow out the candlelight
For tonight is just your night
We're gonna celebrate, all thru the night
Pour the wine, light the fire
Girl your wish is my command
I submit to your demands
I'll do anything, girl you need only ask
I'll make love to you
Like you want me to
And I'll hold you tight
Baby all through the night
I'll make love to you
When you want me to
And I will not let go
Till you tell me to
Girl relax, let's go slow
I ain't got nowhere to go
I'm just gonna concentrate on you
Girl are you ready, it's gonna be a long night
Throw your clothes on the floor
I'm gonna take my clothes off too
I made plans to be with you
Girl whatever you ask me you know I'll do
Baby tonight is your night
And I will do you right
Just make a wish on your night
Anything that you ask
I will give you the love of your life
(lirik lagu dendangan satu grup mamat negro)
Ogos 04, 2007 6:54 PG
Amora,
Semalam aku pasang telinga. Yasmin Ahmad telefon Fadz. Uwopp uwooop!
Book,
Kot. Ha ha.
Jai,
Ya ka?
Zz,
What is love anyway?
Ha ha.
Ogos 04, 2007 9:37 PG
wwwwwwwooooooooooo bahaya tuuuuuu. Kat skolah saya, ada budak perempuan ugut nak rogol budak lelaki, kedua nya baru tingkatan satu. Takut2 mcm make love ni lah, depa tak faham or tahu maksud sbenar, tapi bantai ckp je
Ogos 05, 2007 10:29 PG
make love not war he he
Ogos 05, 2007 12:34 PTG
Amirah,
Budak perempuan sekarang dah tak macam-macam perempuan dulu-dulu. :)
Art,
Kita bersuara kerana kita tak berpuas hati dengan 'state'. Dan ketidakpuasan hati kita itu berasas. Adakah wajar kebebasan itu disekat sedang hal bersuara itu cuma seperti anjing yang menyalak bukit?
Humcha!
Ogos 05, 2007 1:47 PTG
Isk. Teringat masa sekolah rendah. Saya dan kawan-kawan tertongeng-tongeng mengutip buah ketapang. Lepas tu naik hancur batu bata. Buah ketapang tu tak juga pecah. Lepas tu kami letak buah tu dekat tayar kereta cikgu. Bila kereta bergerak je buah ketapang hancur. Apa lagi macam siamang semua. Terkuap-kuap. Ish ish ish!
Ogos 06, 2007 11:49 PG
Haha...
Samalah la ni pun, budak universiti tetap kata coupling to berdua bercintaan.
Sedangkan......
Ogos 06, 2007 7:19 PTG
In, Khal,
Ha ha.
Ogos 07, 2007 9:12 PG
ni kira-kira macam entry Tok dulu... banner di uni mencanang "inter-course games"...hahaha
Ogos 07, 2007 12:58 PTG
Catat Ulasan
<< Home