Tivi rumah kami guna bateri
Stingarden 1978
Sungguh! Tivi rumah kami guna bateri.
Suatu hari. Emak beli tivi. Yang jenamanya seperti spesis haiwan pemaging. Badannya diperbuat daripada kayu. Di kiri dan kanan tiub tivi ada speaker. Di hadapan tiub tivi ada pintu gelangsar yang kau boleh buka katup buka katup. Di bahagian bawahnya ada sela-sela kayu seperti rak pinggan yang gunanya untuk meletak majalah URTV dan majalah Wanita.
Rumah kita mana ada elektrik, abah kata, boleh ke?
Bolehhh, emak kata, Teh dah tengok dah kat rumah orang sebelah, bolehhh!!!!
Sungguh! Tivi rumah kami guna bateri.
KOMA
Kena charge dululah bateri kereta tu, bah!
Ooo... padanlah tak boleh!
34 Comments:
bang
aku masih sempat jugak dgn tv camni kat umah atuk.
tak boleh sesuka ati on. nanti bateri habis.
hahaha. elakkan pembaziran..
on malam sahaja.. satu kampung datang rumah atuk tengok tv.. meriah macam tengok wayang.. hahhaaa
Ogos 08, 2007 1:58 PTG
Ha ha ha.
Kami 80an dulu-dulu pakai generator. Bunyi generator menenggelamkan bunyi tv....
Ogos 08, 2007 2:23 PTG
...dan riwayat tivi itu belum berakhir.
La ni, ia menjadi bekas letak akuarium yang sangat comel.
Singa, bayar kali ke bang? Aku dulu pakai jenama Siong.
Ogos 08, 2007 2:25 PTG
telefunken eh??
Ogos 08, 2007 2:47 PTG
"Di hadapan tiub tivi ada pintu gelangsar yang kau boleh buka katup buka katup.."
haha .. macam kat umah aku dulu-dulu..time aku kecik-kecik dulu. last2 pintu tu lekang sebab aku selalu buka tutup muahahaha!!!
Ogos 08, 2007 3:16 PTG
Esis,
Kalau bukak siang-siang hari pun bukannya ada cerita best! Ha ha.
Purp,
Tivi rumah Paklong Sarip (kat Pasir Besar, Gemas) guna generator. Ha ha.
Po,
Ya, emak bayar bulan kat Cina pakai spek damar hitam yang pernah berlakun drama tivi tu. Enche Goh nama Cina tu.
Spy,
Singe.
Nura,
Ya ya, macam akordian. Ha ha. 21 inci kalau tak salah aku.
Ogos 08, 2007 3:31 PTG
haha sempat jugak jumpa tv yang pakai bateri ni dulu. tv jenama nasional kalo tak silap. selang dua tiga hari bapak akan caj bateri kat kedai cina.
Ogos 08, 2007 4:18 PTG
Hahaha. Dulu famili aku pun ada tv yang pintu gelangsar yg boleh katup buka katup. Jadi permainan aku dan adik-adik.
Hahaha. Nostalgiknya~
Ogos 08, 2007 4:27 PTG
deskripsinya sama dengan tivi di rumah arwah tok tapi pakai elektrik dan bukan jenama menatang..uuuu seronok sekali bermain buka tutup buka tutup itu..
Ogos 08, 2007 4:43 PTG
Dof,
Tak beli bateri spare ke? Ha ha.
Amyz,
Pintu gelangsar bolehlah kau buka katup buka katup... Pintu yang satu lagi tu jangan!!!! *ahaks*
Art,
Atok kau tak libas tangan kau dengan rotan manau ke? Ha ha.
Ogos 08, 2007 4:57 PTG
tujuh puluh delapan, sudah ada karan di rumah. Tibi tak perlu pakai bateri.
apa cerita paling tersohor tahun tujuh puluh delapan bang?
Ogos 08, 2007 4:58 PTG
Lepas tu taruk plastik transparent warna biru kat skrin agar mata kita tak buta haha
Ogos 08, 2007 6:51 PTG
tivi kami gune generator.. sekarang pun masih sama..
nun di hutan belantara sana... dulu
Ogos 08, 2007 7:45 PTG
tv jenis kalau diubahsuai jadi akuarium amat menarik!
Ogos 08, 2007 8:21 PTG
Chik,
2007 - Masih ada rumah yang bergelap tak berelektrik. Wat say you?
Dug,
Itu kalau tivi hitam putih. Ha ha.
Rasso,
Mana? Danok?
Gelem,
Tivi tu - tempat kucing mak aku buat latihan sarkis.
Ogos 09, 2007 8:38 PG
Rumah aku kat kampung ada tivi tu.. kami pakai generator.. letrik cuma ada sekitar awal tahun 90an tak silap aku..
Sekarang peti kayu tivi tu kakak aku buat almari simpan stok alatulis untuk kedainya..
Ogos 09, 2007 9:33 PG
Danok?
Nun d ulu Limbang, Sarawak denu...
Ogos 09, 2007 11:22 PG
Tivi atau televisyen adalah perkataan yang diceduk terus dari bahsa inggeris kerana ia sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud di tanah melayu sebelum dibawa masuk oleh penjajah.
Komunikasi
Transformasi
Motivasi
Rekreasi
Situasi
Semua perkataan di atas sudah sedia ada perkataan Melayunya.... kenapa dimelayukan juga perkataan Inggeris itu?
ps- sori bang.. tumpang ruang ni utk taip blog aku yg dah lama sepi hahaha
Ogos 09, 2007 1:03 PTG
lan, ada orang inggeriskan prestasi.. jadi prestation
Ogos 09, 2007 3:44 PTG
oo tivi ni
Dulu rumah saya pun ada, pakai bateri pastu pakai generator sebelum ada letrik.
Guna sampai awal 90an
kemudian bapak saya beli tv kaler
Mula-mula tengok tv kaler mata pinar-pinar sebab dah biasa tengok tivi hitam putih je..
Ogos 09, 2007 5:05 PTG
OO... tivi macam tu bapak member aku buat akuarium.
Ogos 09, 2007 7:04 PTG
Masuk baca tajuk, saya bayangkan bateri AA.
Hahaha!
Kelamnya!
Ogos 10, 2007 3:54 PG
Lebah,
Ha ha.
Rasso,
Ha ha. Soloknya tempat tu.... Mana solok dengan Tebedu?
Ram,
Bukan 'kata ceduk'. 'Kata pinjam' istilahnya yang betul.
Chik,
Ada juga bahasa Melayu yang tidak boleh diInggeriskan. Orang Hutan, misalnya.
Skini,
Kita serupaaaaaa!!!!!
Khal,
Ha ha.
Tanah,
Dah lama kami tahu - kau memang kelam.
p/s: tak teringin ke nak balik bercuti ke Malaya?
Ogos 10, 2007 9:16 PG
celik2 tv warna dan ada sambungan elektrik yang sempurna... x sempat la..mengalami peristiwa tg tv guna bateri..
Ogos 10, 2007 10:17 PG
errr, bang tv ni bukan ker kalau nak tukar channel kena pulas tombol dia..ketekkk,ketekk bunyinya?.
kalau betul,sah aku pernah tgk citer katun pakai tv ni kat umah arwah atuk aku.
Ogos 10, 2007 12:05 PTG
kolot sungguh mereka semua ni..
Ogos 10, 2007 3:35 PTG
wow!
Ogos 10, 2007 4:49 PTG
sekarang tv tu kat mana?
Ogos 11, 2007 9:31 PG
Amora,
:)
Ayob,
Ya, tivi pakai tombol.
GitarTong,
Ya, sangat kolot. Ha ha.
Hana,
Di Long Pasia sudah ada elektrik yang menyeluruh?
Jai,
Ada. Aku ingat nak bawa ke PENA. Buat prop. Ha ha.
Ogos 11, 2007 11:55 PG
Tivi rumah kami sebesar kitab ;P
Ogos 11, 2007 1:11 PTG
hmmm... masih adakah tivi itu tersimpan?
Ogos 11, 2007 5:16 PTG
teringat tv begitu di bawah rumah nenek.tv itu kena pulas untuk cari channel.tak boleh tekan tekan
Ogos 13, 2007 11:26 PTG
Bro,
tahun 78??
Petang-petang ada gak citer best..
Machine Blaster
tengok link kat youtebu nih
Intro: http://www.youtube.com/watch?v=2A8N7oUqwDM
Ending : http://www.youtube.com/watch?v=IkzZzY7Y6sQ
Ogos 21, 2007 9:36 PG
Bro, tahun 78??
Petang-petang ada gak citer best -
Machine Blaster. Boleh click link kat youtebu nih:
Intro: http://www.youtube.com/watch?v=2A8N7oUqwDM
Ending : http://www.youtube.com/watch?v=IkzZzY7Y6sQ
Ogos 21, 2007 9:37 PG
Catat Ulasan
<< Home