Mari main batu seremban
Ada tujuh lapan peserta perempuan duduk berkeliling membuat bulatan. Di tengah-tengah mereka duduk seorang pengadil. Mereka main batu seremban.
Baling satu tangkap satu. Baling satu tangkap dua. Baling satu tangkap satu letak satu. Baling satu sentuh satu. Dan sembilan sepuluh langkah balingan yang perlu dilalui untuk 'game'. Itu belum termasuk adegan meleraikan dua buah melekat/bertindih yang mengambil masa begituuuuu lama.
Sudah tentulah hal ini akan menerbitkan rasa bosan yang teramat sangat kepada penonton-penonton lelaki.
“Akak! Kalau main batu Seremban, lama sangatlah nak habis... Apa kata kalau akak main batu Nilai sahaja... dekat sikit dan cepat sikit habis!” Cadang aku. Kepada kakak yang sukan nombor satunya ialah acara memandikan burung. Ha ha.
Empat lima biji bantal kecil-kecil menghunjam deras. Aku menepisnya kayak perantis ninja baru hafal 'bunga'. Fuhhh! Nasib baik bukan lagi batu-batu.
16 Comments:
ha ha ha
Ogos 30, 2007 9:28 PG
memanggg...memang suka menyakat..nasib baik bukan batu hehe
Ogos 30, 2007 12:36 PTG
Patutnya baling saja guna batu itu kak! he he he.
Ogos 30, 2007 12:49 PTG
main batu Batu la.. lagi dekat kan... kekeke...
Ogos 30, 2007 1:36 PTG
kenapa ek nama asalnya di taruk batu seremban.. ornng seremban ker yg cipta game tu
Ogos 30, 2007 2:01 PTG
Jai,
Rumah Biru dapat tempat kecorot. Aku redha.
Amora,
Ha ha.
Purp,
Mana boleh balik PSU union dengan batu weh! Ha ha.
Chik,
HA HA. Yelah. Tak terfikir lak aku.
Sebenarnya, cerita tu ada sambungan, lepas aku punya dialog tu ada satu mamat sudah sambung, "main Nilai tiga lagi best, kak oiii!" Ha ha.
Kemat,
Nak kena jawab ke solana kau tu? Ha ha.
Ogos 30, 2007 2:21 PTG
tapi ngam juga nama batu seremban tuh..
Ogos 30, 2007 7:12 PTG
batu nilai?
hei, ada batu yang lagi dekat apa!
(dan selepas itu kau mungkin akan disebat dengan tali skipping, bukannya dilontar buntil kacang)
Ogos 30, 2007 8:01 PTG
Saya tak reti main batu seremban. Malang betul, bukan setakat kaki bangku, tangan bangku jugak rupanya saya ni. *sigh*
September 01, 2007 8:02 PG
batu seremban dgn main batu 7 tak sama ker?
batu dua lagi dekat hakhakakaka!!
September 01, 2007 11:07 PG
alaH main galah panjang lah best, apa kelas batu seremban
September 01, 2007 1:29 PTG
tempat aku panggil main 'selambut'. kata terbitan dari kata dasar 'sambut'. batu di tangan dilambung sedikit, jejari pantas menyambar batu di lantai. dan dgn pantas batu yg dilambung tadi perlu 'disambut'.
'seremban' unt nama tempat dan 'seremban' unt nama permainan rakyat adalah fonemik. ejaan sama tapi sebutan berbeza.
sekian kuliah fonologi unt hari ini.
September 01, 2007 2:57 PTG
Semoga minatmu membaca artikel berikut.... Welcome to FASHAHAH DIARY wasSalam
September 01, 2007 10:15 PTG
kalau lelaki teror main batu seremban macam aku.. kira tak macho di kalangan lelaki.. tetapi sangat best bagi aku sebab dapat main dgn pompuan hahaha
bang... boleh buat bengkel dorongan utk "blogger" yang dah hilang semangat macam aku?
September 03, 2007 10:40 PG
Apa kelas main batu2 ni semua ni?
Hahaha.
September 03, 2007 12:20 PTG
Pp,
Ya, sangat ngam.
AreYoung,
Kalau dari KL - Batu 3 dekat sikit dari Shah Alam. Ha ha.
Tanah,
Dah lama aku tahu tangan kau memang bangku. Suruh angkat tangan lurus2 pun tak reti. He he.
Nura,
Batu 7? Aaaa... Ada berapa banyak permainan yg orang perempuan ada ni?
Amirah,
Apa kelas main galah panjang... Main *tot tot tottttt* la ok. Ha ha.
Zz,
Uwah! Lu study fonology/fonetik ke bang? Tak boring ke? Ha ha.
Aziz,
Tak boleh bokak la!
Ram,
Bengkel? Lu organize la! Wa jadi ahli panel.
Amyz,
Habis, lu nak main apa?
September 03, 2007 1:28 PTG
Catat Ulasan
<< Home