"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

07 September 2007

Soalan spot tak sama dengan soalan bocor tau!

Aku di SMSS. Emi di SEMESRA. Dan, kami bercinta. Ya, cinta jarak jauh. Di sepanjang perhubungan itu, telefon awamlah yang menjadi penghubung di antara kami.

“Perhatian sebentar! Kepada pelajar lelaki berambut afro dari dorm 3.01, sila ke pondok telefon di tepi pagar sekolah lagi sepuluh minit, kerana ada awek akan telefon! Saya ulangi…, kepada pelajar… krek krek krek… afro… krek krok krek… awek telefon! Terima kasih!” Beritahu pengawas bertugas, pada satu hari minggu, dari corong pembesar suara asrama.

“Awak! Bola ping pong kat Raub dah habis terjual!” Beritahu Emi, di hujung talian yang satu lagi.

“Wo ho! Mesti soalan amali Fizik pasal momentum ni, awak!” Beritahu aku, di hujung talian yang satu lagi.

Satu tahun kemudian. Ex-SMSS, Kak Azura, yang merupakan kakak kandung kepada Emi bertanya, “Fizik dapat berapa?”

Belumpun sempat aku menjawab, P. Ramlee tiba-tiba muncul, dengan tam bola di tangan, “Gelang getah berputar… Nombor lapan! P8! Ya, P8!!!” Dan kemudian menghilang.

“Dah dapat soalan spot pun boleh dapat P8?” Kata Kak Azura. “Macamana nak kahwin dengan adik aku nanti ni? Hish!”

“Aaa… Akak tak mahu tanya Geografi saya dapat berapa ke?” Tanya aku.

Emi ke AustMat. Aku meneruskan kerjaya sebagai insan seni, kemudian. Tapi, kalau kau nak bercakap tentang momentum dengan aku - kau jangan conglah! Ha ha.

28 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

Hahaha

September 07, 2007 11:37 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

SMSS? SEMESRA?

Sekolah rendah dengan Siah. Sekolah menengah dengan orang lain pulak. Hebat!

He he he.

September 07, 2007 12:41 PTG

 
Blogger rasso said...

ehehehe...

saya cuma tahu pasal inersia... ada yang kenyal dan tak kenyal... wakakaka

September 07, 2007 12:42 PTG

 
Blogger Kemat said...

hahha,dulu masa nak exam amalai subjek sains (fizik, kimia, bio) kitaorng panjat tingkap makmal, intai ikut kekisi angin paling atas tengok radas aper yg pakai, pastu spot ramai2 soklan aper esok.. thrill betul siap kene kejar ngan guard lagi dia ingan pencuri

September 07, 2007 1:08 PTG

 
Blogger Sastri said...

err... apa telah terjadi kat Siah?

September 07, 2007 1:38 PTG

 
Blogger DeeN said...

er..ending dia macamana? hak hak hak

September 07, 2007 1:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Ha!

Purp,
Berkasih tak semestinya bersatu. Huhu.

Rasso,
Pergh! Tuan Isaac Newton sudah tentu berbangga dengan kau.

Kemat,
Lain kali tak payah panjat-panjat makmal - kau tanya je kat Emi. :)

Sas,
Ha ha. Seorang lagi Rafta. Ha ha.

September 07, 2007 2:43 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

mesti tak keluar sualan momentum neh.. kekeke...
dulu dapat sualan pasal optik rasanya...

September 07, 2007 4:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Kau ni macam si Raftah: asyik tanya ending sajalah. Ha ha.

Chik,
Keluar.

September 07, 2007 5:00 PTG

 
Blogger farazdaq said...

Naga;
La ni Sekolah tegak berdiri itu byk bagi soalan bocor..mase PMR boleh terang-terangan tukar2 jawapan..

September 07, 2007 7:05 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Saya pernah nampak lelaki umur awal 50-an bercakap dalam pondok telefon awam.

Dia menyorokkan mukanya.

Kepalanya tunduk.

Mukanya menghadap ke arah dalam.

Tangan kiri pegang gagang telefon.

Tangan kanan memicit-micit kotak telefon.

Dengan siapa dia bercakap?

September 07, 2007 11:01 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ah teringat aku masa spm. kertas soalan sains. ada soalan " bagaiamana untuk memmpercepatkan ujikaji di atas." dan member aku jawab, " suruh charlie chaplin buat!"

September 08, 2007 8:15 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Kingbinjai,
Hahaha

hahahahaha... lagi hahahhaha

September 08, 2007 9:01 PG

 
Blogger Nurazmi said...

Okay la tu daripada tak ambik eriksa langsung macam aku ni hahaha!

September 08, 2007 1:12 PTG

 
Blogger Unknown said...

haha! afro! haha! afro!

September 08, 2007 1:56 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Hek eleh..
Nak gayut pun ada announcement ker?

September 08, 2007 10:28 PTG

 
Blogger Ku Keng said...

Kak Nor mengira-gira bilangan teman-teman yang sudah pulang. Itulah perjalanan masa. Momentum.

September 09, 2007 8:10 PG

 
Blogger areyoung said...

masa zaman aku ikan habis terjual. tau biologi aku dapat berapa? lapan!

dan aku kemudiannya, meneruskan hidup sebagai insan seni pada hari ini.

dan lagi, jangan nak cong pasal ikan dengan akulah!

haha.

September 09, 2007 5:56 PTG

 
Blogger siskinny said...

SEMESRA?

Sekarang sudah jadi SEMESTA

Sekolah ku dulu

I wonder dia beli bola pingpong kat kedai mana

heheh!

September 09, 2007 8:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fara,
Soalan spot dengan soalan bocor tak serupa. :)

Puan Ainon,
Dia menggunakan telefon awam sambil tengok 'rujukan' menggunakan telefon bersel. Ha ha. Itu untuk muse atau untuk merangsang perasaan dia apabila berbual dengan insan di hujung talian yang lain.

Puan ingat kepala otak orang perempuan saja yang kompleks ke - kepala otak orang lelaki pun serupa. Ha ha.

Jai, Dug,
Ha ha.

Nurazmi,
Tak ambil peperiksaan bukan bermakna kita akan gagal seumur hidup. Yang penting (dalam hidup) - pilihan yang kita buat (dan ini tak ada kena mengena dengan takdir).

Nizam,
Afro look lebih cool daripada kubis look. Ha ha.

Embun,
Dulu-dulu mana ada telefon bersel lagi. :)

Keng,
Mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila. Aku doakan kalian panjang umur dan sejahtera.

Beritahu kepada Kak Nor, kalau datang berkunjung jangan macam nak pinjam api - aku tak puas berborak (dengan Kak Nor).

AreYoung,
Aku patut masuk Alam Shah dan kau patut masuh Puteri Wilayah le dulu. Aiseymannnn....

Sis,
Pada masa tu - SEMESRA masih lagi padang jarak padang terkukur. Ha ha. Padang pun masih tanah merah lagi.

Fakta sejarah: SMSS dan SMS Kluang - 1974.

September 10, 2007 9:09 PG

 
Blogger DeeN said...

err... Raftah tu sapa, bro? .. ending dia apa ya? hak hak ..

September 10, 2007 12:06 PTG

 
Blogger ezham said...

OoOoOOoOO SEMESTA dulu SEMESRA ekk? BAru ku tau.

September 10, 2007 12:06 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Hahaha. Dulu byk gile soklan bocor..

September 10, 2007 12:31 PTG

 
Blogger Aqil Dot Com said...

kemat, kau buat macam apa yg aku buat dulu.... hahahahaha

okay lah dapat p8 aku dapat p7.. terer sket jer... heheh

September 13, 2007 10:48 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

September 14, 2007 7:06 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

September 14, 2007 7:09 PG

 
Blogger Jazli Safwan said...

dalam tahun 2000-2001 sekolah aku org panggil SEMESRA gak..
sek men sains tuanku syed putra, kangar..
tp sbb kntroversi ngn SEMESTA..kna tukar..
tak boleh pnggil SEMESRA dah..
sebb pengetua ckp, nama terlalu mesra, ramai laki perempuan dok bermesra..

ehehehe

September 16, 2007 12:41 PG

 
Blogger dilla said...

assalamualaikum w b t
cube buat sesuatu yang lebih bermanfaat..jgn buang mase anda.okla,ilalliqa' wa maa'ssalamah!

November 03, 2007 9:25 PG

 

Catat Ulasan

<< Home