Cinta itu Love 3
...sambungan.
Siah nak. Aku tak bagi.
Mana boleh bagi sekarang... Tak boleh! Dah besar nanti bolehlah. Lagi pun kami belum kahwin lagi.
Masa tu Siah darjah tiga. Aku darjah lima.
Tapi, Siah tak peduli. Siah nak juga. Siah tak kira. Siah nak dan-dan tu juga.
Orang lelaki. Mana sampai hati. Tengok orang perempuan merenggek-renggek nak. Lalu, aku pun bagilah apa yang Siah nak.
Withdraw dua keping ya, aku kata, kat abang Pejabat Pos bergerak tu.
Mana boleh sikit-sikit, abang Pejabat Pos bergerak tu kata, kalau nak withdraw... kena withdraw semua sekali.
Ok, aku kata, withdraw semualah!
Abang Pejabat Pos bergerak tu 'matikan' kesemua setem tu laju-laju. Dum dam dum dam, bunyinya. Dan dia beri aku duit empat ringgit, kemudian.
Dengan duit tu. Aku beli dua biji asam boi. Aku beli dua biji limau kasturi. Aku cucuk/sumbat asam boi tu ke dalam limau kasturi. Dan beri kepada Siah. Siah suka. Dan aku pun suka apabila Siah suka. Siah elus-elus sideburn aku.
Dengan duit selebihnya tu. Aku beli tiket bas ke panggung Cathay. Aku beli tiket cerita Superman.
Siah? Siah tak ikut. Siah tengah sibuk nyonyot asam boi dalam limau kasturi. Dah habis sebiji… dia sambung hisap sebiji lagi.
24 Comments:
siah nak makan asam? err.. dia dah .... ke? kekekek...
September 03, 2007 3:59 PTG
errr... masammmmmm...
September 03, 2007 5:04 PTG
saya nak bagi kat siah juga lah... uhuhuhu
September 03, 2007 5:36 PTG
Wah! Panjang ke sideburn kau masa tu.. ha ha ha!
September 03, 2007 5:37 PTG
asamboi dan limau kasturi?? terangkatssss!!!
September 03, 2007 6:09 PTG
Abang Naga,
Dah lama Cath tak makan asam boi dan limau kasturi. Sedap - masammmmmm. Teringin pulak nak makan... ;D
September 03, 2007 9:45 PTG
mesti bakartepi tu macam berusli punya.. buleh dielus-elus...
September 04, 2007 9:37 PG
Chik,
Kau ingat perempuan mengandung je yang makan asam?
Sas,
Oh iye?
Ras,
Sila sila! Ha ha.
Amora,
Nama kau dulu Siah kan, kan, kan?
Cat,
Berkunjunglah ke China Town.
Chik,
Macam Rajesh Kana woooo! Ha ha.
September 04, 2007 11:10 PG
macam side burn MGR, pelakon tamil tu ker? er..er.. takpun En Bachan tuh.. kiya hei!! Amma!
September 04, 2007 1:07 PTG
adoila terliur aku
September 04, 2007 1:18 PTG
Superman zaman Christopher Reeves masih boleh naik kuda ka?
September 04, 2007 7:57 PTG
Asam boi & limau dah dikomersialkan - Jus Cinta 9668, contohnya. Tagline posternya "Jus dan buahnya sedap dimakan!"
September 05, 2007 8:46 PG
ingatkan aku je yang suka makan limau kasturi & asam boi masa kecil dulu, rupanya Siah pun suka..
Eh, Siah tua daripada aku mesti la Siah lebih tahu apa yang sedap..
September 05, 2007 10:00 PG
kau lemah semangat dengan siah..
September 05, 2007 4:53 PTG
buat cair ayer liur aku jer....
September 05, 2007 4:59 PTG
kau memang menulis dengan kelucahan yang melampau...
kau memang!...
September 05, 2007 6:00 PTG
Sinaganaga,
Nak tanya sikit boleh tak? U tau tak apa jadi dgn shazy73 skrg? Saya kawan lama dia n skrg ni saya kat UK so betul2 nak cari dia ni. Tolong ye sinaganga.. Thanks..
September 06, 2007 3:10 PG
Nura,
Ha ha.
Jai,
Ha ha.
Khal,
Ya.
Dug,
Ini cerita dulu.
Madu.
Makcik karipap dah tu hilang seorang pelanggan, alahai!
Nizam,
Ha ha. Iye ke?
Seri,
Ha ha.
Po,
Iye ke? Ha ha.
Zarina,
She's ok. Kejap kerja kejap nganggur. Baru pindah rumah (rumah sendiri). Bulan lepas ada gak gi makan roti bakar dan kopi o dengan dia.
September 06, 2007 1:36 PTG
uisssshhh... sedapnya asam boi + limau kasturi... sedap tuuuu..
September 06, 2007 5:18 PTG
Sinaganaga,
Many thanks for your response. Good to know that she's doing ok. I tried emailing her but to no avail. Any chance of giving me her mobile number ? Please.. I betul2 desperate kena cakap dgn dia about s'thing exteremely penting. Left her phone number kat M'sia. You can email me personally at zarinazamri@gmail.com.
Thanks again, Sinaganaga. You're such a dear!
September 06, 2007 7:54 PTG
Amyz,
Kau semuanya sedap. Ha ha.
Zarina,
Shazy tanya, “Zarina Who? Bro tanya dia, ni Zarina Zakaria masa A Level dulu tu ke?”
Tok Rimau,
Kau jangan cemburu aku kawan dengan Shazy he he. Sebagai director RedNaga Design - aku ingat nak lantik di jadi 'runner' aku laaa...
Bro Red,
Job takde, tapi wa lantik Shazy jadi 'runner' company kita - orait tak?
Shaz,
Since kau dah kuat macam Badang - 1000 maskhah buku kau boleh angkat seorang tak?
September 07, 2007 9:29 PG
salam ziarah \...
semoga maju jaya..
September 07, 2007 9:39 PG
Sinaganaga,
Yup! this is her. Anyway, had a long conversation over the phone dgn Shaz semalam.. Thanks to you!
September 08, 2007 9:07 PTG
"Orang lelaki. Mana sampai hati. Tengok orang perempuan merenggek-renggek nak."
Betul.. Betul.. Kemudian lelaki tu pun mengalami kejatuhan..
September 08, 2007 10:26 PTG
Catat Ulasan
<< Home