"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 September 2007

Bahasa Jiwa Bangsa (versi abad ke-21)

3.9 juta orang Melayu tidak mendaftar sebagai pengundi! Ini satu petunjuk bahaya!" Kata seorang Datuk Pengerusi.

Ha ha. Sorilah datuk! Saya bukan Melayu lagi dah... Saya Malaysia! Datuk juga yang minta kami tukar Melayu jadi Malaysia hari tu kan, kan, kan?

Cak! La la la...

34 Comments:

Blogger zizie ali said...

aku malaya. haha

September 25, 2007 12:18 PTG

 
Blogger Kemat said...

aku dah daftar..aku kira tak masuk dalam statistik tu laa.. tapi time daftar dulu guna bangsa aper ek..melayu ke malaysia

September 25, 2007 1:34 PTG

 
Blogger LaPan said...

aku dah daftar. mak aku suruh dulu.
tapi aku tak gi ngundi. sebab aku takmo. haha.

September 25, 2007 1:37 PTG

 
Blogger Ron97 said...

hang tak daftar lagi?
mai jumpa aku, daftar ngan aku, akukasi pen free sebatang
hahaha

September 25, 2007 2:08 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

aku tak penah daftar, tapi nama aku ada lam daftar...

September 25, 2007 2:21 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

He he he! Aku Jawa.

September 25, 2007 2:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Zz,
Ok, Malaya tak perlu daftar.

Kemat,
Pergi semak IC kau - Melayu ke Malaysia?

Lapan,
Kalau kau Melayu - sila daftar ya!

Ron,
Kenapa tak dibuat pendaftaran secara automatik? Siapa ada MyCard - secara automatik dia akan didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR?

Kata canggih sangat!

Chik,
Wo!

Purp,
Jawa tak payah daftar. Melayu sahaja ya, saya ulangi, Melayu sahaja!!!!!!

September 25, 2007 2:41 PTG

 
Blogger Unknown said...

nak sedih ada nak ketawa pon ada....tp y nyata wa pon blom daftar nih..

September 25, 2007 3:06 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

alaaaaa kecoh la datuk ni, apa susah, masa mengundi nanti aku hantor la hantu raya! bising betul la...

September 25, 2007 3:49 PTG

 
Blogger DeeN said...

Oh, macam tuh. Aku nak tarik dirilah. Bulehka? Aku bukan bangsa Melayu. Aku bangsa Malaysia. Campur Jawa, campur Siam. Owh! Undi aku pun tak sah jugak!

Hoh!! Merepek sungguh!!

September 25, 2007 3:59 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Gua daftar tapi tak mengundi.

September 25, 2007 4:17 PTG

 
Blogger Ron97 said...

daftar automatik?

taklehlah, nanti aku takdak kerja..
muahahhaa

September 25, 2007 4:33 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Kalau kau Melayu - sila daftar ya!

Jai,
Hantu dilarang mengundi ya! Melayu sahaja! Datuk Pengerusi minta Melayu sahaja, saya ulangi, Melayu sahaja!!!!!

Nura,
Kalau Malaysia - tak payah daftar ya! Datuk Pengerusi tak suruh.

Rimau,
Kau boyan. Boyan tak payah daftar ya!

September 25, 2007 4:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ron,
Jadi, isunya bukan Melayu tak mendaftarlah ni ek, ek, ek?

September 25, 2007 4:38 PTG

 
Blogger Ron97 said...

melayu takkan daftar selagi belum dapat RM50 dan kain batik/pelikat sehelai.

hehehe


tapi realitinya,
sebenarnya susah gila nak daftar budak budak melayu ni, jenus promosi, kalau budak promosi kad kredit kami ni. tapi takmau jugak daftar.

daftar automatik,
masalahnya, data JPN pun tak kemaskini sangat, kadang kadang ada yang dah mati tapi masih hidup.

September 25, 2007 4:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ron,
Hah? Data JPN tak dikemas kini? Apa bangang sangat???? Dia orang kerja ke tak kerja ni weh? Tolong beritahu kat mereka - Malaysia dah merdeka selama 50 tahun dah dan bahasa Melayu dah mampus mula tahun ni - so, tolonglah kerja molek-molek dan bijak-bijak sikit! Malulah kat SPR - susah ooo mereka nak daftar undi secara automatik - malulah sikit kat budak-budak IT tahap dewa tu, "Alaaaa bang, takat daftar secara automatik ni kacang je bang... Nak suruh kita orang pangkahkan secara automatik pun kita orang boleh bikin punya!"

Hah? Siapa boleh jawab ni?

September 25, 2007 5:09 PTG

 
Blogger June said...

kau bising macam pihak pembangkang wo...


oooppss silap, kau Melayu Baru.

September 25, 2007 5:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

>>>melayu takkan daftar selagi belum dapat RM50 dan kain batik/pelikat sehelai.

Aku rasa kenyataan kau ni kurang tepat la Ron. Daftar memang tak dapat RM50. Tapi, kalau 'kasi pangkah' boleh dapat lebih daripada RM50 weh!

Ha ha.

September 25, 2007 5:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tef,
Macam pembangkang ke? Ha ha.
Tapikan, kalau kita undi pihak Pembangkang pun - sama je perangainya dengan pihak Pencadang, ya tak!!!!

MUEREKEKEKEKEKEE!!!!!

So, tak payah undilah weh!

September 25, 2007 5:24 PTG

 
Blogger Ron97 said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

September 25, 2007 5:30 PTG

 
Blogger Unknown said...

3.9 juta org tu eloklah lah wat parti baru. besday parti ka. bachelor parti ka.

September 26, 2007 12:48 PG

 
Blogger Ron97 said...

oklah..
aku kasi jawapan standard pulak

-----------------
1. bila ko daftar mengundi, ko daftar pakai alamat dalam i/c
2. kebanyakan orang malaysia ni, walaupun dah pindah, tapi i/c masih alamat lama
3. bila ko daftar automatik, hampir 1/3 yang akan daftar, mengundi di tempat bukan tempat yang dia duduk.
4. ini akan menyebabkan orang kata diorang ni pengundi hantu, sebenarnya tidak, i/c diorang mmg alamat situ, mungkin dulu diorang pernah bermastautin di situ
5. bila diorang datang daftar sendiri, kami boleh terangkan perkara ini, dan minta diorang pergi JPN dulu untuk tukar alamat (antara tukar i/c atau tukar alamat dalam cip)
6. jadi secara keseluruhannya, kalau kita buat daftar automatik, kita akan menjana begitu banyak pengundi yang sebenarnya tidak bermastautin di situ atau dengan istilah parti politik 'pengundi hantu'

jawapan di atas adalah pandangan peribadi dan bukan kenyataan rasmi dari spr. terima kasih. hahahhaha

undilah saya jadi tansri pengerusi.
muahahaha

September 26, 2007 8:03 PG

 
Blogger Unknown said...

Aku - Cina/Arab/Jawa.

September 26, 2007 8:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelambu,
Ha ha.
Semalam je aku pergi birthday party + majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre. Food banyak + sedap. Surau disediakan - ada azan live + ada sembahyang sunat tarawikh juga + tiga empat pakcik songkok main muzik lagu2 Hotel Kalifornia juga (wo ho aku tak sempat rakam sebab tangan ada daging kambing panggang).

Masa aku nak gi sembahyang maghrib - itu Spyz telefon. Untuk makluman semua, kalau nak jumpa Spyz bolehlah berbuat demikian tengah hari ini di hadapan bangunan pejabatnya kerana beliau terlibat dengan PIKET BUDAK2 BANK!!!! Ha ha.

Ron,
So, masalahnya apa? Kau nak orang Melayu mendaftarkan? Tak kisahlah orang melayu jadi pengundi hantu ke tidak, aku rasa. Yang penting lagi 3.9 orang Melayu tu mendaftarkan, kan, kan?

Hal2 yang kau cukup tu, aku rasa, masalah dalaman je - masalah teknikal je tu. Kalau bagi kat Cik Easy, Salina, WakDin, Mie atau budak2 IT lain - aku rasa boleh selesai tu.

Kat MyCard tu ada cip bijak kan? Kalau kau buat banyak kiosk untuk update MyCard tu - aku rasa boleh selesai masalah kau tu! Ha ha.

Kau bayangkan kalau rakyat Malaysia boleh update sendiri maklumat MyCard mereka kat balai polis ke, stesyen minyak ke, Kuala Lumpur Convention Centre ke, ha ha.... - senangkan.

Takde duit? Kau tahu berapa kos 'state' hantar angkasawan ke bulan? HA HA.

Ah Kim,
Cina ok! Cina semua dah daftar mengundi. Ha ha.

September 26, 2007 8:54 PG

 
Blogger Ron97 said...

masalah melayu tak daftar?
aku tak kisah, paklah yang kisah.
korang tak mau daftar, korang punya pasallah. hahaha

pasal update mycard.
itu cakap kat JPNlah..
muahahaha

----------
kalau semua orang daftar automatik dan mengundi bukan ditempat yang diorang bermastautin, kemungkinan untuk keluar mengundi rendah. Jadi, peratusan keluar mengundi akan rendah, jadi keputusan nanti akan dikatakan tidak mencerminkan keputusan rakyat.

September 26, 2007 9:16 PG

 
Blogger sinaganaga said...

3.9 yang tak mendaftar itu sebenarnya mencerminkan 'keputusan rakyat'. State tak perasan ke?

HA HA HA!!!!!

Ya ya, gadis2 yang aku suka, aku tahu kau orang mesti kata aku keji, keji, keji!!!!!! Ha ha.

September 26, 2007 9:24 PG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Saya Jawa. Saya mendaftar di Jenjarum. Diarah mengundi di Kota Belud!

September 26, 2007 11:02 PG

 
Blogger hata said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

September 26, 2007 11:08 PG

 
Blogger hata said...

3.9 tak daftar, lepas tu yang daftar tak mengundi plak, kira-kira berapa jumlah akhirnya hahaha.

September 26, 2007 11:13 PG

 
Blogger spyz said...

mari!!
mariii!!!
kita patut sokong sesiapa yg mintak naik gaji..
:-)

p/s esok tukar tempat. bankrimau jln p.ramlee plak..

"Ini satu petunjuk bahaya!" -
itu silent protest.
atau
dah giveup, undi pun tapi make no difference..

September 26, 2007 2:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Puan Ainon,
Kota Belud? Oooo... Puan ni orang Bajau rupanya. Ooooo...

Hata,
Aaaa... kita pernah jumpakan, kan, kan?

Spyz,
Pindah lokasi pulok doh? Jalan Kenanga bila weh? Aku mari hok Jalan Kenanga punyalah weh!

30% pun mintak! Bonus pun mintak! Oit2! Kaya le kawan aku sorang ni sok...

Aiwah!

September 26, 2007 2:40 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

hahha.. jawapan ron tu..

memang ada kes semacam yang disebut.
tetapi ada juga yang, contoh di terengganu, kampung yang tak pernah ada jawa, dan india, daftar ada nama jawa dan india... macam mana pulak ada yang beralamatkan pondok tol? yang dalam satu rumah ada lebih lima puluh orang berdaftar dengan alamatnya?

hari tu, sorang lelaki ni, mengaku tidak pernah tinggal pun ditempat dia diarahkan mengundi.. tetapi pasal arahan supaya tukar alamat ke tempat yang diarahkan mengundi untuk kekal sebagai guru jqaf, terpaksalah dia buat semuat tuh.. mujur sempat dikesan...

jadi... bukan semua kes seperti yang disebut ron... rumah sorang orang kuat zaid di sini, menjadi alamat untuk entah berapa orang... untuk membantu mengundi zaid ibrahim di kota bharu...

September 26, 2007 4:13 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

saya dah daftar dan menyesal mendaftar. Melihat politik harini yang hampeh, malas aku nak ngundi wehhh!!!

September 29, 2007 9:05 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

tok sinaga, nak bagitahu sikitlah, data JPN tak update, sebab asyik bertukar jenis kad pengenalan je, masa pertukaran tu, semua permohonan sebelum tu diarahkan untuk di hold dahulu, sampailah ke tarikh yang diberitahu. Jadi berlakulah data tak update dan sebagainya.Tulah masalahnya kerajaan ni, nak buat benda baru..tapi menyusahkan orang, tak efisyen yang susahnya rakyat pekerja juga. Buat pembaharuan tak kaji dulu, terus buat.Timbul masalah baru salahkan sana sini.Betapa tak pandainya mereka

September 29, 2007 9:09 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home