"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Oktober 2007

Asmara ini

Image Hosted by ImageShack.us

Terlalu banyak menonton porno akan menjadikan kita buta. Kelucahan yang sampai mengecurkan air liur (atau air yang lain - air hingus, contohnya) membuatkan kita buta. Lama-lama kita tidak akan nampak apa-apa lagi. Yang menguasai adalah gelumang asmara. Mata kita, ia sudah tidak berfungsi lagi. Kata Saharil.

Naga, kau gerak ke depan sedikit, aku nak ambil gambar... op op op, hah, ok! Kata Rimau.

O, sekarang baru aku tahu betapa penatnya kamu jika bawa saudara-mara dari kampung jalan-jalan di Kuala Lumpur. Ha ha.

33 Comments:

Blogger DeeN said...

Menyaksikan kelucahan dan aksi melampau boleh menyebabkan seseorang itu sasau. Dan bila dah sasau, paham2 je la kan. Hak hak hak hak hak ...!

Seni itu kadang2 terlalu bombastik! ;p

Oktober 31, 2007 2:17 PTG

 
Blogger Rie said...

waduh.... ringan sikit kepala tengok seni yang seseni itu.

huuuuuu

Oktober 31, 2007 3:23 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

tok rimau nak amek gambar ko ke gambar perempuan tu... kekekeke...

Oktober 31, 2007 3:59 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Di manalah 'seni'-nya lukisan itu...

Oktober 31, 2007 4:03 PTG

 
Blogger June said...

Encik, di mana saya boleh jumpa gambar lelaki suci aka lelaki tanpa baju?

Oktober 31, 2007 4:57 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Mmmm... nyam nyam nyam.

Oktober 31, 2007 5:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Seni itu buta. HA HA. Ada orang katalah... Bukan aku kata.

Esis,
Ha ha.

Chik,
Tok Rimau ambil gambar aku - kerana, Tok Rimau 'buta' perempuan. HA HA.

Puan Ainon,
Tok Rimau kata, "Naga tak tengok yang tersurat, dia tengok yang tersirat!" Sungguh! Saya tak tengok subjeknya - tapi saya tengok perkara2 yang menjadi asas seni lukisnya dan prinsip2 rekaannya. So, itulah yang membezakan saya dengan puan. *Ahaks!* Ha ha.

"Oh, yang ini aku faham!" Kata Tok Rimau, ketika kami melintasi sebuah lukisan buah epal banyak-banyak.

Yang dia faham - epalnyalah. Yang saya faham - idea yang cuba diketengahkan oleh pelukisnya; tentang color, tentang texture, tentang form, tentang shape, etc.

"Form dan shape - tak sama ek, enche Naga?"

"Tak!"

Tifani,
HA HA. Setakat nak cari gambar lelaki suci tanpa baju - aku boleh je jadi! Setakat tanpa baju - apalah sangat.

"Bas, cari tape hitam - aku nak tampal kat pusat!" Ha ha.

Dug,
Nyam nyam nyam lagi diaorang belasah nasi, rojak, mi goreng kat kedai mamak hari tu!
Ha ha ha.

Oktober 31, 2007 5:02 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Naga,

Banyak lukisan lain yang "seni"-nya tinggi, baik seni yang tersirat, apatah lagi yang tersurat.

Inilah seni yang datang daripada tingkah laku "beruk tengok, beruk buat" - monkey see, monkey do!

Beruk putih buat, beruk hitam pun tiru dan buat.

Kalau tidak meniru idea-idea pelukis Barat, apakah pelukis-pelukis kita tidak dapat berfikir lagi bagi menciptakan idea-idea seni menurut acuan kita sendiri?

Kita ada senilukis Bali, senilukis Jepun, senilukis Cina yang tumbuh daripada jiwa bangsa Bali, Jepun dan bangsa Cina.

Mengapa jiwa Melayu masih belum menciptakan senilukis Melayu. Katanya, kita ini sudah ke angkasa...

Sakitnya mata aku nih!

Oktober 31, 2007 6:25 PTG

 
Blogger yaabbna said...

aku juga pernah pergi melihat lukisan..tp tak sehebat lukisan yg ko tengok.Hehehe

http://yaabbna.fotopages.com/?entry=390909

Oktober 31, 2007 6:29 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

setakat macam tu (yang tersurat), kat kampung pun boleh tgk.. live lagi ekekekkeke...

Oktober 31, 2007 7:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yabana,
Lukisan di Rimbun Dahan pun bermutu juga. :)

Embun,
Jon gi kampung kau.

Oktober 31, 2007 9:20 PTG

 
Blogger Amyz! said...

tenung dengan mata hati.. cewaahh!!

November 01, 2007 1:10 PG

 
Blogger rasso said...

Jadi benarlah bilang tok... hahaha

November 01, 2007 2:09 PG

 
Blogger LaPan said...

aku. tengah amati dengan mendalam lukisan tu. form and shape dia.

... tak sekata...

haha~!

November 01, 2007 8:25 PG

 
Blogger yaabbna said...

Kat Rimbun Dahan ada lukisan yg bkn dilukis ke?Hehehehe

November 01, 2007 8:49 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Nyam nyam berumah terbuka bukan jemput aku via sms misalnya.

November 01, 2007 9:06 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amyz,
Awie Wings kata, "Cari perhentian di mana nak berhenti..." Chewah! Ha ha.

Rasso,
Kami bilang kepada Tok. Tok bilang kepada kamu. Jadi, benarlah apa yang Tok bilang tu.

Selama ni Tok ingat kami tengok part subjek saja. Tapi, sekarang Tok dah tahu, kami lebih tengok part teknikalnya.

"Gila mamat ni! Berapa banyak tiub oil paint dia guna untuk lukisan ni? Tebal bukan main..." Kata blogger nomer satu negara.

Lapan,
Yang kau maksudkan tu ialah IMBANGAN SIMETRI dan IMBANGAN TIDAK SIMETRI yang terkandung dalam Prinsip Rekaan.

IMBANGAN SIMETRI akan menghasilakn padangan yang stiff. Boring!

IMBANGAN TIDAK SIMETRI akan mengahasilakn satu kesan pandangan yang bergerak (flow). So, dinamiklah! Taklah boring kalau tengok.

So, yang membezakan reka bentuk kulit buku aku dan reka bentuk kulit buku yang Amir Mukhriz buat - faktor2 prinsip rekaan inilah. :)

Jadi, sekianlah sahaja pelajaran seni lukis kita pada pagi ini.

Bangun murid2! *terima kasih cikgu!*

November 01, 2007 10:17 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yababnna,
Alam itu juga bagaikan sebuah lukisan. :)

Dug,
Memang sengaja kami tak jemput kau.
Muerekekekekekekekekeee...

Bahkan, kami tak jemput siapa-siapa lain. Kerana, pertemuan itu sungguh sulit.

November 01, 2007 10:20 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

oo0o0o0,eemmmm,waaaaah. beredar dari lukisan itu tanpa perasaan.

oo0o0o0.macam tu rupanya seni.baiklah!.

November 01, 2007 11:07 PG

 
Blogger el-Maaniq said...

dalam banyak-banyak cabang seni, senilukis yang paling aku belum ceburi

November 01, 2007 12:37 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Erotika pun cabang seni juga.

He he he

Di mana tempat pamerannya itu ekk?

November 01, 2007 12:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelubi,
Seni tu boleh ditengok dalam pelbagai sudut pandangan. Cumanya, 'kami' tengok dalam sudut pandangan yang tidak sama dengan sudut pandangan kau, barangkali. Itu sahaja.

Manik,
Janganlah bang! Takyahlah masuk. Nanti sapa pula nak kencing di dalam baldi lagi. Ha ha.

Purp,
Galeri seni melambak-lambak di KL ni - larat tak larat je kaki nak menjejaki. Ha ha.

November 01, 2007 1:14 PTG

 
Blogger Pyanhabib said...

(naga, gua tumpang lalu)

kak ainon,
1. kalau perhatikan lukisan sama ada yang tersurat atau tersirat seperti yang `ditenungkan' mamat naga itu, saya rasa mamat itu sendiri sedang `terkesan' ada sesuatu yang sedang `meninggi'. seni kot, ha!
2. monkey see, monkey doo' - `beruk tengok, beruk buat' atau `beruk buat, beruk tengok'?
3. senilukis atau seni lukis? senilukis Cina atau seni lukis China?
4. `kita ini sudah ke angkasa...' ha, apa kata kita pakat ramai-ramai serbu DBP minta dipupuskan `pungguk rindukan bulan' daripada pepatah Melayu? walaupun tidak sampai ke bulan, Melayu sudah ke angkasa.... (macam dari shah alam hendak pergi klcc singgah sebentar di angkasapuri... huh hu hu!)
5. kak ainon, saya tidak `reti' mengomel/merepek kat blog tetapi hari ini tiba-tiba jadi `reti', hah ha ha! (ya habibi, salamun aidil, maaf dzahir bathin. tidak bikin open `haus' ka? bikin la untuk mamat-mamat blog!). sekian adanya.

November 01, 2007 1:55 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Siapalah aku ini, ibarat ambuk bersanggul sendeng, mata juling otak pun mereng.

November 01, 2007 3:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Abang Pyanhabib,
Tinggi-tinggi si matahari, anak kerbau mati tertambat; Burung apa? Murai, nak! Burung apa? Murai, nak! *repeat till fade*

Ha ha.

Dug,
Betullah tu. Manakan layak untuk bersama-sama tengkolok helang menyosong angin.
MUEREKEKEKEKEKEKEKE....

November 01, 2007 5:05 PTG

 
Blogger fajar said...

bila berada di negara orang, baru sedar akan kebogelan itu salah satu benda seni yang sangat menarik. bagi mereka.

bayangkan, di tengah-tengah medan utama, diletakkan patung lelaki berdiri tanpa berbaju atau berseluar. sudah tentu pengukir itu menzahirkan alat kelaminnya. dan kita mula berfikir, 'itu je saiznya??'

November 01, 2007 10:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fajar,
Saiz bukan segalanya. Ha ha.

"Pendek. Tapi saya puas. Saya suka blog abang Naga!" ~ Zue, 24 Februari 2006.

November 02, 2007 8:34 PG

 
Blogger Ahsuez said...

uncle tak perlu mendongak sangat. bukan kah yang barang dilihat sebenarnya di paras mata sahaja?

berlakon konon!

November 02, 2007 4:19 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

itulah dia.rambut di dye kuning bersama-sama tapi hati mmg lain2 kan?.

November 02, 2007 5:28 PTG

 
Blogger siskinny said...

Mak ai..

Er..saya budak bawah umur & kurang bab seni2 ni

jadi saya batalkan saja lah hasrat nak mengomen~

November 02, 2007 10:53 PTG

 
Blogger areyoung said...

Ah! Lelaki mmg suka meletakkan garis yang seni di antara kelucahan dan karya agung ;P

November 03, 2007 9:26 PG

 
Blogger BooK said...

porno itu apa bang naga. aku cuba gugel. tapi gugel tak benarkan aku tahu. apa itu porno.

November 04, 2007 7:12 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ahsuez,
Kalau kau - uncle kena tunduk?
MUHAHAHAHAA...

Yob,
Aku dye color DARK BROWN! Ha ha.

Skin,
Ha ha.

AreYoung,
Ya ka? Ha ha.

Book,
Porno tu = tiba2 kau nak pinang anak dara orang, sedangkan duit satu sen tak ada, ha ha, dan harga dua bentuk cincin emas adalah RM455.00

HA HA.

November 05, 2007 8:35 PG

 

Catat Ulasan

<< Home