Kucing gemuk yang kita suka
Kau lelaki tanpa perasaan, kata Amyz. Aku ketawakan saja. Ha ha.
Hari itu. Mawar dalam sedu-sedan di telefon. No, kata aku, saya dah tak boleh layan kehendak awak lagi, saya akan sibuk selepas ini, saya nak kena layan buku Faisal pula (dan beberapa buah buku lain juga), designer lain akan layan buku awak nanti, sorry.
Kau lelaki tanpa perasaan, kata Amyz. Aku ketawakan saja. Tapi tadi, Rafthah kata aku lelaki humble. HA HA.
Sebelum itu. Aku bukan kawan sangat dengan Faisal. Jumpa di HotzCafe, kata aku. Lambat sedikit, kata Faisal, aku nak sembahyang kejap.
Faisal muncul ketika mata aku sedang mengerling tumit-tumit merah jambu gadis-gadis yang keluar masuk keluar masuk di pintu utama. Bagi Milo ya, kata Faisal, kau minum apa tu? Entah, kata aku, ice-blended cappuccino agaknya ni. Lepas tu Faisal kata bla bla bla… aku kata bla bla bla… So apa macam?, tanya Faisal. Aku nak lukis kucing gemuk pakai tengkolok sedang menjahit baju guna mesin jahit Singer zaman dulu-dulu, jawab aku. Bagi Milo satu lagi ya, kata Faisal. Ice blended cappuccino aku baru luak setengah. Aku alas dengan kertas tisu agar meja tidak lecak.
…
Masalah: SATU, dah lama tak melukis. DUA, mata pula dah rabun. TIGA, tak cukup masa. Jadi, aku lukis jugalah walaupun aku tak berapa puas hati dengan hasil penyudahnya.
Penyelesaian: Aku guna dakwat hitam kalis air untuk outline lukisan itu. Yang pada pandangan aku, ia tak sepatutnya aku lakukan. Ha ha.
Nota: Ilustrasi asal yang berharga beribu-ribu ringgit (ha ha) itu ada pada tangan Faisal ketika ini. Entah dia dah bingkaikan entahkan tidak. Entah dia dah gantung di bilik tidurnya entahkan tidak.
…
What’s the book you most read in a year?, tanya Rafthah. Aku bukan suka sangat baca buku, jawab aku, aaa… sekarang ni aku tengah baca iPod Classic: Features Guide. Ha ha.
Kau lelaki tanpa perasaan, kata mereka yang belum memiliki iPod. Aku ketawakan saja. Ha ha.
…
Malam itu. Sebelum beredar, aku berjanji dengan Faisal bahawa aku akan baca novel Manikam Kalbu itu nanti. Kenapa awak tuang baki Milo saya ke dalam cawan plastik?, tanya Faisal. Kami dah nak tutup kedai dah enche, jawab pramusaji itu, tapi enche berdua boleh lagi untuk berlama-lama duduk di sini!
…
Ya adik-adik! Adik-adik kena miliki novel Manikam Kalbu kerana buku ini untuk bacaan young adult dan reka bentuk kulit luarnya sangat cantik! La la la la la…
29 Comments:
Cantik gambar kucing Abang Naga tu... Cute!
Oktober 25, 2007 10:42 PTG
Hahaha. Sebenarnya nak eksyen dah ada iPod kan? Bluueehhh!!! :-p
Eh, eh. Kau ingat tak, lukisan-lukisan kucing ini pernah tertinggal di rumah pena tak lama dulu. Hahahaha.
Entah dia gantung kat dinding bilik tidurnya, entahkan tidak.
Oktober 25, 2007 10:55 PTG
Cat,
Ya. Ilustrasi tu sangat cantik. Ha ha.
Amyz,
Pembetulan: Yang tertinggal di rumah PENA tu - finish visualnya, bukan ilustrasinya.
Pembetulan lain: 'Dia tu' tak pernah janji nak GANTUNG di bilik tidurnya sebab 'dia tu' pernah kata, "aku nak TAMPAL-TAMPAL di dinding bilik aku". HA HA.
Oktober 26, 2007 8:58 PG
Aku memang suka kucing yang tak berleher. Comel!
Memang sangat berbaloilah beli novel itu nanti. Dapat baca tulisan FT. Dapat juga memiliki lukisan kau. He he he.
Oktober 26, 2007 11:27 PG
Purp,
Sedangkan Erra dengan Yusri lagikan bercerai - aku dan Tok Rimau bergabung dalam Ayah Kita Bos, sayang jodoh tak panjang, ha ha, kini aku bergabung dengan Faisal Tehrani pula, ha ha ha ha ha!
Oktober 26, 2007 11:34 PG
Seorang sahabat karib Tuan Naga akan berkahwin dengan PTS!
Hahaha...
Tuan Naga, bilakah akan melamar PTS?
Oktober 26, 2007 1:10 PTG
nak satu gambar kucing gemuk jahit manik-manik di baju kurung, buleh...??? *sipu-sipu*
Oktober 26, 2007 1:30 PTG
Puan Ainon,
Saya ni jenis diam-diam ubi berisi. Jadi, tunggu sajalah... Ha ha.
Roti,
Kau punya ilustrasi leagi powerrrrr, dek!
Ha ha.
Oktober 26, 2007 2:32 PTG
comel sangat
Oktober 26, 2007 3:09 PTG
Novel yang memerlukan dua autograf, satu dari penulis dan satu lagi dari designer kulitnya. Sungggguh cumil!
Oktober 26, 2007 4:21 PTG
Dof,
Siapa comel? Aku ke?
Dug,
Mana boleh aku sign kat buku tu - sebab kat buku tu tak ada tulis nama aku pun. HA HA.
Nanti kau beli lagi buku Ayah Kita Bos - aku sign kat buku tu. Ha ha. Apa salah kalau dah beli tapi nak beli lagi. Ye tak? HA HA.
Oktober 26, 2007 4:30 PTG
Bro, dulu aku dah cakap nak bro juga jadi designer buku aku. Sekarang dah ada kat dawama untuk pracetak. Ada tak dawama mintakkan bro jadi designernya. Berdebar ni menunggu. Dah cakap berkali-kali kat editor, "aku nak Naga gak. Aku nak Naga gak." Kalau tak dapat aku bakar dawama nanti.
Fuh, kalaulah dapat bro, bolehlah kita tunjuk eksyen ngan sardah. Haha.
Oktober 26, 2007 4:42 PTG
Enche Wan,
InsyaAllah, akhir bulan ini aku dipindahkan ke unit PURNAMA. Jadi, tak ada le gamaknya nak layan buku-buku sastera lagi. *sob*
Yang last di dalam tangan ini pun cuma 1. Tirani, 2. Takkan Hilang Never Vanish oleh AGI.
Shamsudin Othman pun ada minta aku design buku puisi dia yang terbaru - tak akan terzahir le kotttt...
Takpe, syarikat D kan ada banyak designer - kerja tangan mereka mungkin lebih bagus lagi.
Oktober 26, 2007 5:11 PTG
encek Naga, nak kucin gumuk pakai spek mata tgh jahit kain langsir leh dak? Bulehlah aku tampal kat bilik hak hak hak..
Naga + FT = bravo, bravo. Aku dah oder dah buku tuh, yes! yes!
Oktober 26, 2007 5:28 PTG
Naga : Ooooooo... tak sama eh??
Hahahahahahaha.
Oktober 26, 2007 7:38 PTG
Nura,
Beli beli, memang kena beli weh!
Amyz,
Ha ha. Memanglah tak sama.
Oktober 26, 2007 7:52 PTG
naper ye, faisal skg suke guna gmbar komik utk ilustrasi novel2 dia. Nampak mcm utk kanak2 je.walhal cerita berat2.,
Oktober 27, 2007 11:32 PTG
ko pakai ipod classic berapa gig? ehehehhehe ko pakai si kucing leopard juga ke?
Oktober 28, 2007 8:27 PTG
Amirah,
Itu bukan kerja Faisal - itu kerja designer yang menangani buku-buku dia. Untuk Manikam Kalbu, Faisal kata, "mana yang baik pada fikiran kaulah Naga!" Ha ha.
Dan,
Selalu sangat orang kata, "don't judge the book by its cover", jadi bila designer turuti falsafah itu - ada pula orang kata, "kenapa buku 'berat' tetapi kulit luarnya macam buku kanak-kanak?"
Ha ha.
Nota kaki: Baldi buruk yang menghiasi kulit luar buku Jiwa Kacau sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isi dalam buku tersebut. HA HA.
Cik Easy,
80GB!!!! Aku ulangi, 80GB!!!!!! Itu pun AV cable utk classic belum mari dari US lagi.
Leopard? Belum lagi la bang. Single user je dah berape henget, ha ha. Aku masih peluk kucing lama, Tiger 10.4.10
Oktober 29, 2007 9:01 PG
Ya naga. cover mata juga tak ada kena-mengena dengan jiwa kacau - tapi kena-mengena dengan isu lain. sib baik tak jadi cover mata tu. wahahaha
Oktober 29, 2007 10:47 PG
Bro,
Sedih aku dengar jawabanmu. Tak adakah sikit ruang lagi untuk buku "Suluk Cinta" aku? Tak adakah? Tak adakah? satu saja lagi. Uwaa. Ni buku sulung tau. Uwaa.
Oktober 29, 2007 10:48 PG
Amyz,
HA HA.
Enche Wan,
Sori le. Wa bukan bos. Wa kuli je. Apa bos wa suruh buat - wa buat sajalah.
Well, designer lain pun ok je. Don wori.
Oktober 29, 2007 12:52 PTG
Haaa?!!! En Naga org PTS ker?
Patutnye aku dpt kad raya..sebab aku beli byk buku PTS!!!
Oktober 29, 2007 12:52 PTG
Seri,
Belum. Aku belum menyertai PTS lagi. :)
Oktober 29, 2007 12:59 PTG
Entahkan dia ingat kita lagi entahkan tidak. Auuuuuwwww
Oktober 30, 2007 4:57 PTG
en naga, cover tu mmg mengancam! sejak mula tgk cover tu lagi, dah terpikat. apatah lagi tajuknya Manikam Kalbu. senang2 je menusuk kalbu. :)
Oktober 30, 2007 6:50 PTG
Nimoiz,
Siapa yang kau maksudkan tu? Aku/ Faisal? Ha ha.
Fajar,
Psssstttt! Aku masih belum dapat pegang - hatta senaskhah pun lagi. Aiseyman!!!
Oktober 31, 2007 4:42 PTG
Salam,
okaylah, Sinaganaga, akhirnya, saya muncul juga di sini kerana...
anakbuah saya ramai yang menggemari kulitbuku Manikam Kalbu yang sangat unik ini!
Terima kasih kerana "berjuang" sehingga ia dihasilkan dengan sebegitu cantik!
Moga terus menghasilkan yang terbaik!
Wassalam.
November 16, 2007 6:36 PTG
Sangat suka buka ini!
Mac 09, 2012 10:59 PTG
Catat Ulasan
<< Home