"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Februari 2008

Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Demi love, kau tak ada banyak pilihan

Kalau dah lelaki kau jenis sarkastik, kata aku kepada seorang perempuan yang di dadanya ada love, kau tiada banyak pilihan, kau kena telan dan hadamkannya lumat-lumat. Madu paling manis adalah dari bunga paling racun.

Kampung Pasir, Segambut itu dulunya di dalam kawasan Parlimen Damansara. Jalan kampungnya mopeng-mopeng. Tiada teksi yang sanggup masuk ke dalam. Pili awam pun cuma dua buah.

Ok, aku dah dapat ilham, kata Pak Akop Ketua Kampung, kita pangkah siapa-siapa yang boleh beri kita jalan berturap dan paip air sampai ke dalam rumah!

Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Aziz Ayam, Mail Ketapang, Mat Nangka, Mat Kambing, Harun Serkam, Mat Sanggul, Mat Rojek, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung angguk-angguk kepala. Kemudian, Mamang Sulan baru tahu yang dia tak daftar mengundi.

Penggal itu S. Subramaniam jatuh. V. David naik. Tengok macam mana, kata V. David, saya cari jalan.

Kampung Pasir, Segambut itu dulunya di dalam kawasan Parlimen Damansara. Jalan kampungnya mopeng-mopeng. Tiada teksi yang sanggup masuk ke dalam. Pili awam pun cuma dua buah.

Ok, aku dah dapat ilham, kata Pak Akop Ketua Kampung, kita pangkah siapa-siapa yang boleh beri kita jalan berturap dan paip air sampai ke dalam rumah!

Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Aziz Ayam, Mail Ketapang, Mat Nangka, Mat Kambing, Harun Serkam, Mat Sanggul, Mat Rojek, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung angguk-angguk kepala. Kemudian, Mamang Sulan baru tahu yang dia tak boleh daftar mengundi. Sebab dia PATI.

Penggal itu V. David jatuh. Tan Koon Swan naik. Tengok macam mana, kata Tan Koon Swan, saya cari jalan.

Kampung Pasir, Segambut itu dulunya di dalam kawasan Parlimen Damansara. Jalan kampungnya mopeng-mopeng. Tiada teksi yang sanggup masuk ke dalam. Pili awam pun cuma dua buah.

Ok, aku dah dapat ilham, kata Pak Akop Ketua Kampung, kita pangkah siapa-siapa yang boleh beri kita jalan berturap dan paip air sampai ke dalam rumah!

Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Aziz Ayam, Mail Ketapang, Mat Nangka, Mat Kambing, Harun Serkam, Mat Sanggul, Mat Rojek, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung angguk-angguk kepala. Kemudian, Mamang Sulan ditangkap. Ketika menyorok di dalam peti.

Kalau dah MP kau jenis sarkastik, kata Pak Akop Ketua Kampung kepada orang-orang kampung yang di dadanya ada love, kau tiada banyak pilihan, kau kena telan dan hadamkannya lumat-lumat. Madu paling manis adalah dari bunga paling racun.

KOMA

"Dah tiga hari aku tak boleh telan, Munah! Telan je sakit, telan je sakit!" Kata Pak Akop Ketua Kampung. Nenek Munah Leper menekap-nekap bonjolan di leher Pak Akop Ketua Kampung dengan sireh layur. "Keteguran ni, Kop!" Kata Nenek Munah Leper.

Nenek Munah Leper adalah bidan rasmi di Kampung Pasir, Segambut.

FIN.

32 Comments:

Blogger saharil said...

Entry macam ni yang membuatkan aku kagum pada kau Naga :)

Februari 09, 2008 8:21 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

mamang salan tu..mujur kena tangkap... tidak kalu mati kesejukan dia... ekekeek...

Februari 09, 2008 11:11 PTG

 
Blogger Sayuti said...

tak paham. sekadar tertarik dengan watak 'lebai sayuti'.

haha.

Februari 10, 2008 1:54 PG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Kebetulan gua baru balik dari port orang berkempen ni..

Februari 10, 2008 2:41 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ril,
Ha ha. Nak tulis cerpen tak ada stamina - tulis certot sajalah. Ha ha.

Chik,
Mamang Sulan pernah pakai t shirt bertulis KRIS. :)

Sayut,
Ha ha.

Yapong,
Wa lak tengah kempen kat soljahs untuk lepak kat port yang wa pernah katakan tu. HA HA.

Februari 10, 2008 8:50 PG

 
Blogger Anonymous said...

Teknik mengulang kau itu kadang-kadang membuatkan aku terasa himbauan yang amat dalam.

Dalam.

Februari 10, 2008 8:52 PG

 
Blogger spyz said...

"Madu paling manis adalah dari bunga paling racun."

seperti pernah kudengar yg ini..
sapa cakap eh??

Februari 10, 2008 10:55 PG

 
Blogger rudy bluehikari said...

skrg kampung pasir dah tak ada.

Februari 10, 2008 12:09 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Hadamkan saja. Kerna di dalam dada ada love. Hadamkan saja.

Februari 10, 2008 12:34 PTG

 
Blogger siskinny said...

en naga,

tamau jadi orang yang di pangkah ker?

Februari 10, 2008 1:13 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

mana satu lebih susah..jadi orang yang dipangkah atau jadi orang yang memangkah?

err...aku belum dapat ilham nak memangkah siapa.Sebab aku rasa dua kali pangkahan ku yang sudah-sudah tidak menghasilkan apa-apa.

Februari 10, 2008 7:17 PTG

 
Blogger Unknown said...

mp berubah-ubah. cuma pak akob yang setia.

err.. dia ada lagi? kasi tabik sama dia..

Februari 10, 2008 7:45 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

dulu tu bila ge?
kalau zaman la nih.. mamang sulan buleh ngundi lah... hahahah... lagi banyak mamang sulan, lagi bagusss!!!

Februari 10, 2008 9:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Makan dalam ke? HA HA.

Spyz,
Siapa ek yang cakap? Ha ha.

Rudy,
Ha ha. Ya.

Amyz,
Kalau satu orang saja yang hantar borang pencalonan - menang tak bertanding. Senang.

Kalau dua orang hantar borang pencalonan - kau kena pilih, beb!

Muerekekekekekekeee...

Sis,
Pangkah untuk perkara-perkara yang tak betul atau pada jawapan yang salah. See! Ha ha.

Water,
Tunggu siri ini selanjutnya. Ha ha.

Chik,
Iye ke? Ha ha.

Februari 10, 2008 10:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
Setia2 Pak Akop pun - sampai dah tak tertelan. Ha ha.

Februari 10, 2008 10:41 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

aku terhidu sesuatu dalam entry ini..

ha ha ha..

kau pesan juga pada dia yang ada LOVE di dadanya itu

"BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU"

kerana aku rasa dia semakin lupa pada cogankata itu..

ha ha ha..

Februari 11, 2008 9:28 PG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Tu la, aku suruh kau jadi pemberontak masuk hutan, kau tak mahu. Ha ha!!

Ooopss!!

Februari 11, 2008 11:06 PG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Keluar Barisan!

Mari masuk Bulatan!!

Februari 11, 2008 11:53 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Hehehe! Aku suka!

Elok kalau digabungkan dengan entri satira tempelan aku tu. Hehehe!

Februari 11, 2008 1:50 PTG

 
Blogger LaPan said...

salah = pangkah
betul = tanda 'rait'

dah dia pi pangkah. salah la.
aku. nak 'rait' kertas undi.
kompem undi rosak. wahaha

Februari 11, 2008 2:04 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Jika terpaksa memilih antara dua setan, pilihlah setan yang engkau kenal.

Atau pilihlah untuk tidak memilih.

Februari 11, 2008 2:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
Hidung kau comel sangat - mudah sangat terhidu. Hak hak hak.

Jig,
Amacam, projek masuk hutan kita jadik tak ni?

Puan Ainon,
Bulan pun pernah bertanding di parlimen Damansara. Dulu. Kalah gak. Ha ha.

Saya rasa, elok akak pangkah Parti Mahasiswa tu je sok. HA HA HA.

Parti Baru dengan Jiwa Baru (Berperisa Keju?). Ha ha.

Purp,
Iye ke? Nanti aku baca. Masih bercuti ni. Kong Xi Konggg Xi Konggg Xi Ni ahhhh!

Lapan,
Rait bang, rait! Ha ha.

Mau,
Pesanan penaja: Yang dah daftar tu - pergilah mengundi. Ha ha.

Februari 11, 2008 3:06 PTG

 
Blogger spyz said...

ini kali aku sokong parti undi rosak...

Februari 11, 2008 11:49 PTG

 
Blogger DeeN said...

Wah, Terkesima sungguh. Sgt sinikal sekali. SUsah nak paham nih PaK CiK Ge! HaHaHa

Hai!

Februari 12, 2008 12:48 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

naGe..

berulang-ulang.. naik hafal aku.. ahahaha

Februari 12, 2008 2:43 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

ini entri pasal pilihanraya ke entri pasal cinta?

Februari 12, 2008 5:06 PTG

 
Blogger areyoung said...

Bukan kg pasir di Pantai Dalam. Bukan juga kg pasir di melawati.

Tapi kg pasir di Setapak - aku diberitahu di sini tinggal awek lama suami sepupu aku - yang dulunya kawan baik bekas kekasih -yang kini sudah berkahwin - tinggal.

Ah.. kenangan.

Btw, aku adalah wanita dengan love di dada (dan benci sarcastism).

Poyoo.

Februari 12, 2008 5:46 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Panjang lak entri kali ni.

Psss.... aku tak pangkah organisasi. Aku pangkah orang. Ha Ha...

Februari 12, 2008 6:42 PTG

 
Blogger Unknown said...

Macam ceramah agama orang "bulatan" di surau rumah sayalah.

Februari 12, 2008 8:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz, Nura, Daun,
HA HA.

MatJan,
Ini entri pasai 'Cinta dan Airmata oleh CRK'. Ha ha.

AreYoung,
Kampung Pasir lagi? Ha ha.

Khal,
Ha ha.

Anuar,
Tahniah! Selamat bertunang! Eh, kau ke yang bertunang tu? Eh, eh, eh eh!

Februari 12, 2008 10:34 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

Kg pasir tempat aku jatuh tergolek sebab willy basikal melampau sgt.


oppp,opppp report maskara dah ada. woopppp,wopppp..

Februari 13, 2008 11:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yob,
HA HA.

Februari 13, 2008 4:33 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home