"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

03 Februari 2008

MASKARA - untuk siapasiapa saja (trivia)

"Hujan! Aku tunggu di dalam kereta di depan rumah GAPENA sejak jam tujuh tadi. Wau! Macam Majusi! (Apabila dia tengok set Maskara)." Kata Sufian Abas.

"Di sana rumah GAPENA. Di sini rumah PENA." Kata aku.

Di tingkat atas rumah PENA ada beberapa lelaki sedang sembahyang berjemaah.

Di tingkat bawah rumah PENA ada beberapa lelaki mahu berlagak hip sedang pas-pas zappel botol hijau (bir tanpa alkohol? ha ha), sejajar dengan motto Sindiket Sol-Jah "kami tak minum arak!"

Hujan melebat. Sama lebat dengan kawan-kawan yang datang. Aku jumpa Mukhsen-X yang bersandar di dinding rumah PENA. "Bla bla bla..." Kata aku. "Bla bla bla..." Kata dia. Aku tak berapa dengar apa dia kata. Sebab tepu dengan bunyi hujan timpa atap. Sebab tepu dengan bunyi kawan-kawan lain sedang bercakap.

Hujan melebat. Sama lebat dengan kawan-kawan yang datang. Aku bertentang mata dengan Ulat Buku Yang Comel di dalam buram rumah PENA. Jarak kami dalam lima orang tetamu yang duduk bersila. "Hai!" Kata aku. Sambil lambai-lambai dengan tangan dan angkat-angkat kening. "Mao masat?" Kata aku dalam hati. Ha ha. Apa dia kata aku tak dengar. Aku cuma nampak mulutnya terkumat-kamit. "Hai again!" Agaknya itulah yang kata dia.

Oh, lupa nak beritahu, senyumannya sungguh manis. Bergula.

Ada awek pakai baju warna hijau cari Jimadie. "Tapi saya tak kenal dialah!" Ha ha.

Tok Rimau suruh hadirin tukar mode telefon bersel mereka kepada mute. Aku tengok Sufian Abas seluk kocek, kasi keluar itu telefon bersel, kasi mute itu mode. Dalam hati aku kata, "Wau! Tok Rimau macam dewa! Boleh suruh Sufian Abas mute-kan handphone!"

DeanSham buat komedi berdiri berani mati. Aku dan Vovin tak sanggup tengok. Kami berdiri di satu sudut yang lain. Berdoa. Dan. Tunggu hadirin gelak. "Hah, hah, hah! Tu ada orang orang gelak tu!" "Orang gelak ke tu? Bukan orang batuk ke weh?"

Pyanhabib datang. Pakai serkup kepala bini dia. HA HA HA HA HA. Nampak sangat hip dan groovy.

Aci Seroja tak dapat datang. Hujan-hujan begini bikin kakinya 'bisa-bisa'.

Tok Rimau mabuk. Mabuk jadi hos.

Mihun habis. Teh o pun habis. Pyanhabib puji mihun tu sedap.

*Tap!* Aku dan Vovin lupa nak hidangkan lagi dua kotak air mineral. Laaa...

NOTAKAKIBANGKU: Terima kasih kepada kawan-kawan. Terima kasih kepada penaja-penaja. Terima kasih kepada PENA. Jumpa lagi di Maskara 7. Datang ramai-ramai. Kasi picah ini rumah PENA!

30 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Ada orang baca doa buka majlis tak?

Februari 03, 2008 9:20 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Tahniahhhhh, SOLJAH!

Maskara 6 BEST!

Februari 04, 2008 12:29 PG

 
Blogger June said...

Oh!

Februari 04, 2008 8:49 PG

 
Blogger Layla Haq said...

tak sangka seramai ini. tahniah. dan sapaan hai dari encik sebenarnya di balas, "you look gorgeous'. Maka sang ulat pun bergolek-golek riang kerana sang naga lambaikan tangan padanya. Saiz kita berbezakah?

Maaf juga kerana tak sempat bual panjang. Si jejaka bad mood. maklumlah, tumpang kereta orang!

Februari 04, 2008 9:27 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ying,
Kami baca doa dalam hati. Ha ha.

Amyz,
Cuti lama? Mai opis aku - makan mi & telo setengah masak.

Teh,
Kami merinduimu.

Ila,
Lain kali jangan bawa jejaka kau - kerana jejakas melambak di Maskara. Yang urban, yang sub-urban, yang hip, yang batuk, yang ada rerama di dalam perut, yang sesat jalan tetapi tidak malu hendak bertanya, yang malu tetapi tak sesat jalan, yang post-punk, yang rock tahap gaban, yang entah siapasiapa... *ahaks*

Februari 04, 2008 9:43 PG

 
Blogger rasso said...

hahaha... cik ulat disangka tinggi... rupanya...

tak sempat tembak gambo cik ulat... malam itu bukan untuknya.... hohoho

Februari 04, 2008 9:54 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Hari hujan, kena teh o panas memang ngam..

Pyan puji bihun sedap?

Tukang masak kata dia sudah mandrem sama bihun itu agar semua lelaki di MASKARA teringatkan dia.

Eeeeiiooouuuuu

Februari 04, 2008 10:53 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

aku sedih tak join ngan lelaki soljah itu ha..ha...ha. Aku nak sgt jumpa Pyan dan Sufian Abas - makhluk "plop" bang naga ha..ha..ha(tawa dalm tangisan)

Februari 04, 2008 11:04 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Rating Maskara bertukar bila malam semakin larut. Amir Mukhriz baca dah mula masuk 18SX. Mat Jan bawa ke 18PL. Magik aku 18SX menyamar senbagai sesi motivasi cinta.

Kalau kau benarkan hos bawa lepas jam 12 tgh malam, parti liar kita.

Februari 04, 2008 12:07 PTG

 
Blogger DeeN said...

HaHaHaHaHaK ... parti liar jejaka2 SoLJaH? PaRa2 SaKuRa!! ;)

Walopun tak join, tp TAHNIAH. Dengar katanya selalu meriah! :)

Februari 04, 2008 1:12 PTG

 
Blogger leez said...

parti jejaka bukak-bukak baju takde ke malam tu?

hahaha

Sungguh happening Maskara 6 tahniah!

Februari 04, 2008 2:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ras,
A'ah, macamlah kau tu tinggi sangat. Ha ha.

Madu,
Itu malam - aku terlupa makan. *Tap!* Aku cuma berkongsi bir tanpa alkohol dengan Spyz. Damn! Tak ada siapasiapa nak ingatkan aku untuk makan.

Water,
Lain kali, kalau tak hujan, kau datang ek!

Mau,
Apa-apa hal, kalau CID datang - aku, Vovin, Zakir, Dr. Ahmad Razali - 'masuk' Bukit Aman lee...

Nura,
Kenapa aku ngan Vovin selalu lepak kat luar? Sebab bimbang rumah PENA roboh. HA HA.

Leez,
For ya info: Aliff Firdaus buka baju pada malam tu. Serius!

Februari 04, 2008 3:56 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

ha ha ha..

weh kau kongsi bir tanpa alkohol dengan Spyz? Tapi aku tengok Spyz makan sampai 2 round. Jadi kau marahkan la dia sebab tak ingatkan kau pasal makan.

Aku suspek kau telalu teruja sehingga terlupa untuk makan, walhal orang di sekeliling kau dok ulang alik ke meja buffet itu.

Februari 04, 2008 4:23 PTG

 
Blogger Layla Haq said...

ya, aliff firdaus buka baju. Dan perempuan2 comel pada malam itu menjerit kecil. tak tahu lah teruja atau terkejut. klon faizal tahir yang berbaju harimau sangat sopan.

Naga tak nampak makanan. dia nampak perempuan. Itu sudah memadai kan? ha ha ha

Februari 04, 2008 4:28 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

maskara akan datang boleh le bukak pasar malam satu..

Februari 04, 2008 5:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
Aku 'kenyang' tengok Ulat Buku Yang Comel. Ha ha.

Aku ingat-ingat balik...
Hah! Aku dah nak makan dah - Jimadie suruh aku jawab telefon bersel untuk dia - terus lupa nak makan.

Tapi... aku dapat minum teh o - last kopek - sampai kena sendeng flas (how to spell this thing huh?). 'Flask' kot. Entah. Lama dah tak sekolah.

Februari 04, 2008 5:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Orait, wa rasa kalau lu bukak gerai fish ball celupcelup dalam air mendidih tu orait gak weh!

NOTE:
Yapong minta izin blah cepat (dengan alasan "nak hantar 'adik'".). Fikir-fikir balik - aku macam tak percaya je. Ermmmm....

Februari 04, 2008 5:11 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

laa hari tu keh sibuk betul..nak mengatur pelan pergerakan kutu kutu lipis, nak hantar adik gua yg pompuan tu balik..dia sibuk nak ikut tgk apa benda keh buat dekat rumah pena,dan yang paling penting pukul 1 pagi tu gua keh ada lawan bola dekat sport planet ampang..maskara akan datang lu nak kerah tenaga gua habis habisan,gua bersedia hehe..

Februari 04, 2008 5:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Adik perempuan? Tak tau punnn? Tak kasi kenal punnn?

Februari 04, 2008 5:35 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku nak datang tapi malu. Biasalah, aku.

Hehehe!

Februari 04, 2008 6:15 PTG

 
Blogger rasso said...

pakcik naga,

gwe lagi tinggi dari lo... hahahaha
tapi... kak ulat memang OK!

Februari 04, 2008 7:47 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Lan,

Tak baik cakap camtu dengan Pakcik Naga, nanti tak pasal-pasal u takle datang Maskara 7- kena banned! He he he! ;-)

Februari 04, 2008 10:51 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Naga, aku ada niat nak singgah office kau. nanti aku call.

sedap weh telur separuh masak tu! teringat2 aku~

Februari 05, 2008 3:07 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Brengsek!

Lasso,
Lain kali mari KL aku bawa kau pusing-pusing secara tuntas.

Ying,
:)

Amyz,
Ok bebeh.

Esok dah start cuti. Tapi petang kena datang opis gak. Ada mesyuarat exco. Khamis - Jumaat belum ada apa2 plan. Sabtu - Ahad aku kat muzium - ada job. Ahad - belum ada plan. Isnin - masih bercuti. Ha ha.

Kalau aku takde masa untuk kau - kau gi makan mi ngan Vovin je ek! Ha ha.

Februari 05, 2008 8:41 PG

 
Blogger Ahsuez said...

sorry sebab terpaksa angkut Samurai balik kampung, betul-betul pada malam MASKARA tu.

mak panggil balik.

Februari 05, 2008 11:22 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Maskara 6. Tabik.

Februari 05, 2008 12:00 PTG

 
Blogger Kumprinx said...

teh diaorang ni sedap betul, cap apa eh?

Februari 05, 2008 2:21 PTG

 
Blogger spyz said...

maskara 6 skrg jadi benchmark utk maskara2 seterusnya..

dude, lu lebih syiok jamu mata dari jamu perut, itu pasal laaa..
he he..

Februari 05, 2008 10:17 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

bang naga,maskara mmg tinggal bekas dalam hati gua,buat gua melonjak2 nak tunggu yang seterusnyaaaaa...rasa macam nak naik atas pentas tu lak nak baca gua punya "masterpiece". heuheuehue

Februari 06, 2008 2:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ahsuez,
Mascara 7 - kau duduk rumah, perut tu tak molek berembun, duduk rumah je - Samurai kau kasi hantar ke rumah PENA ek!

Kumprix,
Cap air mata anak dara kot, entah. Ha ha.

Spyz,
Jamu mata ke mende - mata aku rabun laa...

Yob,
Bagi nama kat Vovin laa... Mac lu baca entri kat Maskara.

Februari 10, 2008 9:02 PG

 

Catat Ulasan

<< Home