"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Januari 2008

Melastik ke bintang

Itu kali terakhir. Rasa-rasanya.

Kira-kira dua puluh tahun dahulu. Kononnya malam Tahun Baru Cina. Segerombolan kutu-kutu KL. Mau camping di Teluk Batik. Naik keretapi turun Ipoh. Entah siapa punya idea entah, “Kita tidur di stesen jeee!” Ada mamat bentang ponco. Kami baring pandang langit. Bintang-bintang berkerdipan. Tengah malam Station Master kejut, “Dey Tambi! Stesen punya dalam tak boleh tidor hahhh!” Kami bangkit pergi Medan Kid. Tidur atas kerusi stesen bas. Nyamuk banyak. Pagiiiiiiiiiiii baru naik bas pergi Lumut. Sampai simpang - entah siapa punya idea entah, “Kita jalan kaki jeee pergi Teluk Batik!” Apa, kau ingat dekat?

Itu kali terakhir. Rasa-rasanya. Aku lihat bintang-bintang berkedipan. KL? KL tak pernah berbintang. Entah kenapa. Mungkin sebab Tuhan marah. Jadi, mamat-mamat KL tak tulis sajak pasal bintang. Mereka tulis pasal 'Aku ingin menjadi kucing!' atau "Zakarku hilang!' sajalah. Sebab, kat KL banyak kucing dan zakar. Ha ha.

Malam-malam begini. Aku masih di pejabat. Aa telefon, “Cuba pandang langit! Bulan besarrr!” Aku turun bawah. Aku pandang langit. Aku tak nampak bulaan besarrr. Tapi, aku nampak bintang-bintang berkerdipan. Woah!

Tiba-tiba. Aku terasa. Bagaikan mahu bersajak, “Aku ini bintang jalang...”

“Chairil kata 'binatang' dude, 'binatanggg'!!!!!” Kata Sufian Abas. Yang tiba-tiba muncul. Dan kemudian menghilang. *Plop!*

O-pocot!

36 Comments:

Blogger Lily Abdullah said...

Bang naga,
aku pernah bercerita pasal bintang dalam diari lamaku. Masa tu aku buta IT dan tak kenal apa itu BLOG lagi. Aku suka bintang...kata temanku dia mahu meroket ke bintang. Aku suka bintang. Aku suka binatang. Aku benci kebinatangan manusia. Aku teringin jadi bintang bukan binatang bukan manusia kebinatangan

Salam puisi ha..ha..ha..

Januari 22, 2008 9:11 PTG

 
Blogger Papa said...

wow aku ingat dah jadi bintang 3 atau mana satu? pasaraya bintang?

Januari 23, 2008 12:04 PG

 
Blogger Mat Jan said...

Pencemaran cahaya, beb.

Kita biasa dengar pencemaran udara, pencemaran bunyi, dan pencemaran air. Tapi kita jarang dengar 'pencemaran cahaya' (light pollution).

KL tak pernah berbintang pasal banyak sangat lampu menyala waktu malam. Lampu jalan, lampu bangunan pencakar langit, lampu papan iklan, lampu lip-lap, spotlight colour hijau suluh pokok. Petronas Twin Tower siap ada lampu suluh langit.

Cahaya bintang kalah dengan cahaya lampu di KL. Sebab tu langit di KL tak nampak bintang. Kat New York City, Mexico City, dan bandar-bandar lain yang banyak lampu waktu malam pun tak nampak bintang.

Sesetengah negara ada undang-undang berkaitan pencemaran cahaya. Sebab negara-negara ni nak bagi rakyat dia tengok bintang malam-malam. Bangunan pencakar langit tak boleh pasang lampu malam-malam, lampu tak boleh suluh ke langit, boleh suluh ke tanah je, etc.

Gua baca kat wikipedia, beb. KLIK SINI

Sekian terima kasih.

Januari 23, 2008 1:22 PG

 
Blogger Unknown said...

bro naga.
dari tgk bintang baik tgk jelatang. ok apa. hahaha.

Januari 23, 2008 2:13 PG

 
Blogger Pa'chik said...

aku suka 'kau bintang malam ini' j.sham...
ku petik bintang-bintang.. KRM... ekekek...

Januari 23, 2008 3:07 PG

 
Blogger June said...

naga memang binatang...oppsss i mean, naga memang bintang tua...

muah-muah-muah, bila nak shopping seluar 'D'?

Januari 23, 2008 9:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Lily,
Salam puisi to you too! Ha ha.

Gelem,
Ha ha.

MatJan,
Ya ka? Wo ho. Jadi, Tuhan tak marahlah? Wo!

Kelam,
Jelatang? Ha ha. Kenapa tak tengok Spa Q je. Ha ha.

Chik,
Ok, nak pergi mandi ni, nak bersiap pergi Bukit Bintang.

Januari 23, 2008 9:55 PG

 
Blogger Deo said...

ku petik bintang-bintang
walaupun banyak halangan...
sekarang ni kalau baring kat stesen keretapi ipoh, mungkin dah tak nampak bintang lagi, sebab dah berbumbung.. kalau nampak apa-apa pun, wayar elektrik untuk keretapi laju.

Januari 23, 2008 10:10 PG

 
Blogger areyoung said...

kenapa tiba-tiba aku teringatkan zaleha dan lampu picitnya ke kedai utk beli garam?

Januari 23, 2008 10:33 PG

 
Blogger wook said...

aku beri tiga bintang utk entri
yang gemerlapan nih!

Januari 23, 2008 11:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Deo,
Lama tak pergi Ipoh. Weh, itu club malam bawah hotel Cassurina tu ada lagi ka?

AreYoung,
Zaleha bawa lampu picit? Dia mau picit apa? HA HA.

Wook,
3/100 ke? HA HA.

Info:
Ini entri sedang penat. Aku sibuk sangat.

Januari 23, 2008 11:48 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Muah muah muah! Ha ha.
Jom makan anjing... ops! i mean, angin....

Januari 23, 2008 11:55 PG

 
Blogger Deo said...

bro,
kelab malam tu ada lagi. tapi tak tau laa masih happening macam dulu atau tidak? last time, waktu lepak kat lobi, kedengaran rentak-rentak copacobana.

nota: sebelah kelab malam tu, tempat orang umno selalu meeting.

Januari 23, 2008 1:53 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

kau bz kenapa?

aku bz faham laa.. aku tgh dalam training holiday..

kenapa ko call aku? rindu aku kah?

Januari 23, 2008 2:47 PTG

 
Blogger DeeN said...

HaHaHaK! Banyak beza bintang dan binatang terutama dr segi ejaan.
Bro,
Manusia memang suke menjadi dan dipanggil bintang, tapi marah bila digelar binatang! Nampak bezanya kan Muekekekekekke!!

Januari 23, 2008 3:16 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Marah woo kalau Chairil tu dengar... Hehehe!

Januari 23, 2008 7:35 PTG

 
Blogger OmbakHijau said...

Bro,

Aku teringat lagu Alleycat..

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Aku rasa la..rockers seluar ketat pun minat lagu ni.. hahaha

Januari 23, 2008 11:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Deo,
Kenangan beb tempat tu. Aku pernah dating dengan awek DBP pakai jeans koyak kat kelab malam bawah tanah tu wo. Ha ha.

Daun,
Aku buzy - sedang mengatur hidup. :)

Nura,
Wo!

Purp,
Ha ha. Apologi buat Chairil.

Om,
Trima kaseeeeeeeh! Ha ha.

Januari 24, 2008 8:45 PG

 
Blogger yaabbna said...

Aku tengok bintang penuh..terus teringat pesta kat Phatong.Hahaha

http://www.fullmoonpartykohphangan.com

Januari 24, 2008 9:03 PG

 
Blogger Anonymous said...

Saudara saudari penulis komen yang budiman,

Saya, sebagai pembeli keset original album Battle Of The Bands I & II serta album Juara-Juara Rock I & II amat terkilan dengan komen-komen saudara-saudari.

Apabila Naga bercerita bahawa seorang kutu Rock..saya ulang, kutu ROCK melihat bintang, saudara saudari sekelian menuduh kami memainkan lagu-lagu seperti 'ku petik bintang-bintang' oleh Kenny Remy & Martin atau 'Seribu Bintang' oleh Alleycats di dalam benak kami ketika melihat bintang.

Itu tanggapan yang yang amat memprejudiskan kami serta boleh menjejaskan kredibiliti kami sebenarnya.

Kami tidak memainkan lagu-lagu tersebut hatta lagu 'Bintang kecil' oleh Annuar & Ellina sekalipun..

Kami memainkan lagu...

'I see the stars..they're miles and miles away like aour loveee..lady starlight, help me to find, my loveee...lady starlight..' oleh kumpulan Kalajengking.

Saya berharap ini tidak berulang lagi.Terima kasih.

he he

Januari 24, 2008 9:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yaabna,
Bintang penuh? Aaaa... bukan bulan penuh ke?

Po,
Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara. Tapi, sebagai pemilik blog ini - ta'kan saya nak komen tahap 'rabak' kat peminat saya pula. Ha ha.

Saudara saudari penulis komen yang budiman,
Walau pun kami pernah jadi kutu rock 'rabak' tahap cipan - kami masih suka akan lagu Starry, Starry Night by Don McLean.

Lagu pasal Painting Van Goth tu dude! Ha ha.

Januari 24, 2008 10:15 PG

 
Blogger Anonymous said...

ya ya

kami juga sukakan lagu Twinkle twinkle little star..

cuma,sebagai penge'rock' tahan cipan... takkan kami nak mengaku..
kan?

HA HA

Januari 24, 2008 10:36 PG

 
Blogger kulat said...

camping,
poncho,
keretapi,
bas lompat2,
hitch hiking...

ini sangat 80's..
budak2 sekarang dah tak reti buat lagi gamaknya..

Januari 24, 2008 10:51 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Gua naik bas sambung2 dari Shah Alam ke Kelang ke Teluk Intan ke Lumut.

Tiada bas ke Pangkor.

Gua naik feri ke pangkor.

Januari 24, 2008 11:08 PG

 
Blogger yaabbna said...

Bulan tu bintang jugak la..spesis bintang tp bulan tu jenis bintang yg besar.

http://en.wikipedia.org/wiki/Moon

Januari 24, 2008 11:12 PG

 
Blogger sukahati said...

kl tak perlu bintang
kerana kl sudah ada bukit bintang
yang byk bintang2 nya

Januari 24, 2008 11:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kulat,
Ya ka? Ha ha.

Mau,
Ya ka? Wo.

Yaabnna,
Wo.

Sukahati,
Ha ha.

Januari 24, 2008 1:39 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Bintang. Ha ha ha.

Januari 24, 2008 2:05 PTG

 
Blogger Sufian said...

Binatannnnnnnnnggggggggg!

Januari 24, 2008 3:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Azam,
Binatang?

Sufian Abas,
Bintanggggggggggggg!!!!!

Januari 24, 2008 3:58 PTG

 
Blogger jagoan said...

Kata orang (astronomi) bintang sebenarnya bulat. Bukan ada banyak penjuru.

Januari 24, 2008 8:31 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Aku suka Naga. Aku suka pornstar.

Yeay!

Januari 25, 2008 10:22 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

*plop!

aku muncul..

depan rumah aku takde bangunan yang menghalang pandangan ke bintang...di redang lagilah luas pemandangannya!!

*plop!

aku hilang

Januari 26, 2008 12:13 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Sape tak kenal naga-binatang blook. Eh salah, bintang blook. Hik hik hik.

Januari 26, 2008 12:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ah Tok,
Ya ka? Oh!

Dug,
Sinaganaga blog simbol sex. Ha ha.

Art,
O-pocot! (Rosyam Nor juga 'opocot' dalam Kalam Bulan Mengambang).

PYT,
Sinaganaga = blogger simbol sex. HA HA.

Januari 26, 2008 9:54 PG

 
Blogger Pa'chik said...

err.. anak puntianak tu.. termasuk dalam bintang jalang jugak ke? ekekek...

Januari 26, 2008 11:50 PG

 

Catat Ulasan

<< Home