"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Februari 2008

Selamat tidur sayang - Iwans Fals

Bilik kuliah itu berbentuk L.

Aku mengajar. Asas seni lukis dan prinsip rekaan. Panah Arjuna menjadi peserta. "Sorry guys! I tak ajar teori surah Yusof. Aaa... barangkali mungkin I akan ajar you guys teori surah Yassin sajalah!" Kata aku. Itu yang pertama dan terakhir. Sejak hari itu Puan Ainon tak jemput aku mengajar lagi.

Malas aku nak panggil dia Panah Arjuna. Jadi, aku panggil dia Panah sajalah.

Bilik kuliah itu berbentuk L.

Aku belajar. Penulisan Fiksyen Sains. Aku di bahagian awal L. Dan aku tahu. Panah di bahagian akhir L. Walaupun terlindung dari pandangan mata. Tapi, suara itu aku kenal benar. "Panah!!!” Jerit aku. "Oit! Kau ke tu, Ge?” Tanya Panah. Itu yang pertama dan terakhir. Sejak hari itu aku tak pergi ke situ untuk belajar lagi.

Malas aku nak panggil dia Panah Arjuna. Jadi, aku panggil dia Panah sajalah.

Panah
Tidurlah kejap
Nanti bangun lagi.


al-Fatihah!

17 Comments:

Blogger hani_san said...

salam en naga

panah dah takde....saya sedih...panah dah takde...bang long saya dah 'pergi'...

alfatihah

Februari 04, 2008 9:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hani,
Sabar ya, dik.

Februari 04, 2008 9:43 PTG

 
Blogger hani_san said...

terima kasih en naga... :'(

Februari 04, 2008 10:47 PTG

 
Blogger pHu YinG said...

Mati itu pasti. Al-Fatihah.

Februari 04, 2008 10:47 PTG

 
Blogger amyz! said...

"Eh, muka awak ni macam pengacara MHI pagi-pagi tulah." Tegur arwah waktu bengkel penulisan fantasi dulu.

Aku tersipu2.

Lagi, waktu maskara 1. arwah minta aku berduet dengannya di atas pentas membaca novel 40 lukisan hati.

Aku gementar. Sungguh.

Namun itu satu-dua kenangan yang ada dalam ingatan aku pada arwah.

Al-fatihah.

Februari 05, 2008 3:26 PG

 
Blogger Pa'chik said...

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un.
Allahummaghfirlahu warhamhu.
al-fatihah utk arwah.

Februari 05, 2008 6:56 PG

 
Blogger Amir Mukhriz said...

Noktah dalam kehidupan, noktah yang tidak boleh dipadam.

Semoga arwah aman di sana. Amiin.

Februari 05, 2008 8:47 PG

 
Blogger d'arkampo said...

Al-Fatehah.

Tak bisa lagi mendengar kidungnya,pasti.

Februari 05, 2008 8:57 PG

 
Blogger waterlily said...

Ini entri bang naga yang paling menyetuh kalbu. Ya mati itu pasti.

aku pun hampir mati katak ketika melintas tanpa jejantas semalam.

Alfatihah.

akan merindui karyanya.

Februari 05, 2008 9:05 PG

 
Blogger ah tok said...

al-fatihah.. :(

Februari 05, 2008 10:12 PG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Takziah utk keluarga beliau. Moga roh beliau dicucuri rahmat! :|

Februari 05, 2008 10:36 PG

 
Blogger enche wan said...

Dia sudah menuju ke negeri yang "suluk." Moga tenteram di sana.
al-Fatihah.

Februari 05, 2008 10:47 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Mati itu pasti. Hidup insyaAllah. Kata wak Herman.

Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.

Februari 05, 2008 11:21 PG

 
Blogger Taf Teh said...

Al-fatihah.

Februari 05, 2008 12:57 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Amin!

Februari 05, 2008 4:03 PTG

 
Blogger acciaccatura said...

Al Fatehah untuk arwahnya.

Februari 06, 2008 2:31 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

al fatihah buat saudara panah arjuna.

Februari 06, 2008 2:42 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home