"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Februari 2008

Siri Pilihanraya Sudah Dekat: Pilihlah aku, jadi temanmu!

Undilah calon PUNDAK anda di P153 Sembrong.

Image Hosted by ImageShack.us

Manifesto:
1. Bahasa MELAYU adalah bahasa rasmi Malaysia. (See! Cuba tuan-tuan dan puan-puan tunjuk kat saya, parti mana yang beriya-iya sangat ingin memartabatkan bahasa Melayu selain daripada parti kami? Ada? Tak ada kan! Ha ha.)

2. Subjek Apresiasi Seni dan Sastera akan diajar di sekolah-sekolah, seawal umur murid-murid sekolah makan sehingga ke peringkat universiti.

3. Membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan relatif. Bagaimana mahu merealisasikannya? Begini – Sejurus menawan istana Fulgencio Batista, Fidel Castro telah dipetik sebagai berkata, “Ok, Che dan Raul, dengar sini! Aaa… pertamanya, jangan benarkan orang lelaki bercukur janggut….” – kita akan tiru idea pelik ini.

3. Pemaju (terutamanya pemaju yang bernama Khidmat Makmur) yang gagal menyiapkan projek perumahan dalam jangka masa yang telah ditetapkan, jika tertangkap dan didapati bersalah, akan dipenjarakan seumur hidup atau 50 kali sebatan, atau kedua-duanya sekali. See, betapa seriusnya kami melihat isu ‘projek perumahan terbengkalai sehingga menyebabkan ekonomi rakyat terjejas’ ini – kami tidak mahu rakyat menderita kerana membayar for nothing!

4. Membina lebih banyak tandas awam berkelas dunia dan rakyat tak perlu membayar apa-apa cukai perkhidmatannya.

5. Budak-budak Melayu yang nakal-nakal (masih merempit atau mantan merempit, misalnya), jika tertangkap dan didapati bersalah, akan dihantar bagi menjalani kehidupan sebagai tentera untuk seumur hidup. Ya, kami memang anti mat rempit, terutamanya yang akan dieksport ke Rembau. Ha ha.

6. Golongan OKU adalah Rakyat Kelas Pertama di mata dan di hati kami.

7. Memastikan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua untuk sesebuah keluarga adalah daripada golongan wanita. Nah! Nak sangat-sangat jadi Menteri Kewanganlah, itulah, inilah....

Tidak seperti parti-parti lain, percayalah, kami akan mengotakan janji-janji kami ini. Maka itu, tuan-tuan dan puan-puan undilah kami!

Disclaimer: Saya pernah mengaku yang saya ini NON-PARTISAN, dulu. Sekarang, apabila tuan-tuan dan puan-puan melihat saya tersenarai sebagai calon PUNDAK – sudah tentulah tuan-tuan dan puan-puan akan menuduh saya tidak tetap pendirian, penipu, lidah bercabang, siakap senohong gelama ikan duri, cakap tak serupa bikin, cakap macam keling, asal kapas menjadi benang (&) dari benang dibuat kain, dan sebagainya – percayalah, itulah sekali saya menipu! Tetapi, lihatlah manifesto kami ini – tidakkah tuan-tuan dan puan-puan tidak tertawan dengan ‘manisan’ (saya tidak mahu menggunakan perkataan ‘gula-gula’ kerana ia bersifat keanak-anakan) yang ditawarkan!

“Pilihlah aku, jadi temanmu… akan bahagia hidupmu! akan bahagia hidupmu, yeah! (singin’ now)”

36 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Heh!

Februari 26, 2008 10:54 PG

 
Blogger June said...

Hei, mana janji-janji palsu mu?

Februari 26, 2008 11:01 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Cheh! Aku sudah ada kekasih, Kau mau aku jadi kekasih gelapmu hahaha..

Februari 26, 2008 11:08 PG

 
Blogger Anonymous said...

Apa pun..kau undilah mana-mana calon yang yang berkenan.

Aku..tetap dengan Makcik Maimon salleh..89 tahun, parti bebas, logo anak kunci.

Sekurang-kurangnya, dia hanya berjanji untuk memberi sedikit diskaun pada kain-kain batik yang dijajanya. Tak besar mana janji dia.Dia sedar di mana kemampuan dia.

Dan kau, Naga...aku cadangkan..rentikan le..undilah Parti Nasional Tak Ambik Pot atau ringkasnya..PAN..PANT..alah..kau ajelah yang sebut.

Februari 26, 2008 11:13 PG

 
Blogger zizie ali said...

masa mak ngah @ mak mek (maimun yusuf) kata nak cuba bertanding lagi, aku gelak. sebab yg lepas, kertas pencalonannya sentiasa ditolak.
kini, aku tak ketawa lagi.

Februari 26, 2008 4:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Supardi,
Hah? Kenapa?

Teh,
Disclaimer: Saya pernah mengaku yang saya ini NON-PARTISAN, dulu. Sekarang, apabila tuan-tuan dan puan-puan melihat saya tersenarai sebagai calon PUNDAK – sudah tentulah tuan-tuan dan puan-puan akan menuduh saya tidak tetap pendirian, penipu, lidah bercabang, siakap senohong gelama ikan duri, cakap tak serupa bikin, cakap macam keling, asal kapas menjadi benang (&) dari benang dibuat kain, dan sebagainya – percayalah, itulah sekali saya menipu!

Water,
Pilihlah aku!

Po,
HA HA.

Zz,
Hidup Mak Mek! Ha ha.

Februari 26, 2008 5:30 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

haha mmcm cibai..!!hehe

Februari 26, 2008 5:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Cibai sedap hapeee! Kau mana tau. Ha ha.

Februari 26, 2008 6:43 PTG

 
Blogger broken_nigina said...

hahaha..
tumpang gelak.

Februari 26, 2008 6:46 PTG

 
Blogger tapai said...

Ya, kami memang anti mat rempit, terutamanya yang akan diimport ke Rembau. Ha ha.

>> Pembetulan. 'Diimport' sepatutnya ditulis 'dieskport'.

He he!

Februari 26, 2008 7:22 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Incik pengurusi parti PUNDAK,
Kali pertama saya ada komen tadi..saya cuma nampak itu poster saja. Bulum ada manifesto. Baru bikin saat-saat terakhir ka?

Sangat bagus ini manifesto...musra rakyat dari langit dan bumi Malaya. Saya mau undi anda yang hip!!(baca ala pertuturan Samy V)

Hidup PUNDAK!!

ps. Betul first time aku komen tadi aku tak nampak manifesto tu. Er..er..bertambah ke ke'OKU'an aku ni:D

Februari 26, 2008 8:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nigina,
Sila sila!

Tapai,
Mana ada aku tulis 'diimport'? See see see!
Ha ha.

Water,
Maaf saudari,
Aku bukan Enche Pengerusi PUNDAK ya! Aku cuma calon je. MT pun tak lepas ni. Ha ha.

Februari 26, 2008 8:05 PTG

 
Blogger siskinny said...

apa requirement nak jd menteri kewangan tu..mcm best jer, bleh la apply

err..nak jd menteri kewangan kerajaan en naga ni kna bertanding gak ker?

Februari 27, 2008 12:04 PG

 
Blogger Pa'chik said...

oit oit... letak lah lagu dia sekali... hahah... siap ada berenti kencing sekali... ekekek...

Februari 27, 2008 5:05 PG

 
Blogger LaPan said...

.. mari lah mari. kita mengundi. tunaikan kewajipan pada negara.... ewah! ...

.. mari nyanyi ramai2...

heh~!

Februari 27, 2008 8:22 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Yang Berhormat,
Aku Calon P150 Johor Bahru. Aku sibuk berkempen di kawasan jajahan aku. Untuk engkau, aku hantar undi Pos ke Sembrong.

Februari 27, 2008 8:26 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kita tak pakai undi bersistem komputer ke?

Masih nak kena pangkah lagi?

Patutla asyik kena pangkah je.

Februari 27, 2008 8:41 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

jangan... kang tak pasal-pasal hangus wang pertaruhan rm10 ribu tu.

HAHAHA

Februari 27, 2008 9:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Sis,
Calon Menteri Kewangan atau Menteri Kewangan Kedua wa - mestilah macam Jessica Alba (international) atau macam Nora Danish (local). Ha ha.

Sebab? Sebab dia orang kata wa hensem!

Chik,
Itu lagu lu dengar kat bilik gerakan sana la!

Lapan,
Ha ha. Mari mari!

Mau,
Ok, jangan lupa lekatkan setem dan hantarkan sekali sampul surat beralamat sendiri (wa nak kirim kad ucapan nanti). Ha ha.

Khal,
Wopsss! Jika anda ingin mengundi kami - jangan pangkah! Lu RITE je! Ha ha.

Dug,
Pssstttt! Calon-calon parti lain yg tolong bayarkan.

Februari 27, 2008 10:17 PG

 
Blogger rasso said...

Akhirnya... Wa pun bertanding di P221-Limbang.

kalo ini menang wa mau jadi Chief Minister tuk Sarawak..... Tapi ini parlimen dulu...

Februari 27, 2008 11:16 PG

 
Blogger Unknown said...

amboiiii.... minum air dulu... byk dah cakap nih.. dlm byk2 tang mat rempit tu aje y setuju.... pi jadi soljah!!

Februari 27, 2008 1:48 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Pundak ke pundek?

Hehehe!

Februari 27, 2008 2:19 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

errr...belebih2 sgt janji ni...
mcm tak boleh NAK PECAYA langshung jek

Februari 27, 2008 3:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ras,
Good luck, YB Limbang!

Amora,
"Pi jadi soljah!" Ha ha.

Purp,
PUNDAK la pundek! :)

Asu,
Janganlah cepat sangat tak mahu percaya - undilah kami dulu - lagi pun, kami nak buat apa duit banyak2! Hasil jual buku terbitan Sindiket Sol-Jah pun tak habis2 guna ni. HA HA.

Nida,
Duit, macam biasa mintak kat Spyz.

Spyz,
Resit, macam biasa mintak kat Nida dan bagi kat Vovin.

Vovin,
Claim, macam biasa-biasalah weh... Aaa, itu cek bila boleh bagi Spyz lak weh?

Februari 27, 2008 3:13 PTG

 
Blogger Unknown said...

takde pn cakap mau turun harga rokok dlm manifesto.. mana?
huh.. out..

Februari 27, 2008 3:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
Siapa pulak nak turunkan harga rokok?

Weh, dengar sini weh, apabila semua orang sudah tidak lagi miskin tegar dan miskin relatif - apa ada hal dengan harga rokok yang... alaaa, Dunhill 14 pun cuma RM5.90!!!! Apa ada hal!

Februari 27, 2008 3:43 PTG

 
Blogger siew said...

bang,
cam na nak jadik calon?
berminat lawan kat kepala batas
tapi dah ada calon
ehehehehe

Februari 27, 2008 4:47 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Bahasa Melayu Rendah (BMR) saudara sudah bertambah tinggi.

Februari 27, 2008 5:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Siew,
Lu pegi la kat blog utama PUNDAK.

Puan Ainon,
BMT saya memang tinggi - saya cuma berpura-pura menulis dengan menggunakan BMR - tujuan saya adalah untuk mencelikkan mata mantan tempat saya bekerja dulu.

Mereka sepatutnya belajar daripada kejayaan saya! Ha ha.

Februari 27, 2008 6:34 PTG

 
Blogger Deo said...

YB Naga tak nak cari volunteer buat dvd ke? Saya boleh tolong carikan...

Februari 27, 2008 9:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Deo,
Sila sila! Ha ha.

Februari 28, 2008 8:30 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

aku

Birthday party

Februari 28, 2008 7:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
HA HA HA HA HA.

Februari 29, 2008 8:44 PG

 
Blogger dizai said...

boss,
aku harap kau baca manifesto PUNDAK pd Maskara mlm esok!

Februari 29, 2008 5:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Muhammad,
Mestilah! Ha ha.

Mac 01, 2008 2:36 PTG

 
Blogger amer zaman said...

haha.....manifesto dengan manisan tu ada beza tak? aku selalu dengar calon lain borak pasal manifesto..tapi aku rasa cam manis di bibir jerk...

Mac 01, 2008 8:49 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home