"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Mac 2008

Tanya sama dompet, “Apa pasal kembang?”, nanti jawab dompet, “Ada banyak barang!”

Image Hosted by ImageShack.us

Damn! Pipiyapong tag aku. Yalah, kalau tak dilayan nanti… dikatakan pemimpin tidur; tak mahu dengar isi hati rakyat. Nanti mereka pakat-pakat gulingkan aku dan lantik Amir Mukhriz jadi Ketua Turus Sindiket Sol-Jah pula. HA HA.

Dompet adalah carrier kecil untuk pelbagai keperluan yang membesar. Memperagakan isi dompet kepada khalayak adalah seumpama membuka pekong di dada. Isi dompet melambangkan keperibadian dan prestige pemiliknya, kata sesetengah pendapat. Ada pula pendapat yang menyangkalnya. Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut - mari kita jengok ke dalam dua buah dompet milik Sinaganaga: yang satu diberi nama Gaya Seni dan yang satu lagi diberi nama Ciptaan Budi. (Diberi nama? - Macam meriam Portugis-lah! HA HA.)

1.Gambar awek lawa.

2. MyKad aku.
3. MyKad pendua milik Muhammad. Sebab Muhammad selalu lupa bawa dompet, haiyah!

“Where’s ya money?”
“I forgot to bring my wallet, sir!”
“Grrrr… In this case, I’ve to pay for ya cheap ‘Adidas’ cologne-lah?”
“Yes, sir! Thank you, sir!”

4. Lesen memandu. Sebab bank selalu minta, “Boleh saya dapatkan kad pengenalan dan lesen memandu enche? Uuu… kacaknya enche!!!”

5. Kad Perjalanan Bulanan LRT. Sebab aku mengamalkan cara hidup moden. Minyak? Apa kebendanya tu? Ha ha.

6. Kad Gores (dan Menang?) Syarikat D. Kalau tak ada kad ni tak boleh masuk ke dalam pejabat.
7. Kad Pengenalan DBP. Sebagai tanda kenang-kenangan yang kononnya pada suatu masa dahulu aku pernah bekerja di DBP.
8. Kad Perubatan DBP. Sebagai tanda kenangan-kenangan dan memperingati diri: apabila genap umur 50 tahun esok – jangan lupa pergi ambil duit pencen buat beli rokok. Masa tu harga sekotak rokok - RM18 (14 batang) agaknyalah.

9. Kad Master Maybankard. Kad Lisa… aaa, Visa aku dah gunting. Sorry sayang!
10. Kad ATM BSN Matrik.
11. Kad ATM Bumiputra Commerce.
12. Kad ATM Maybankard.

13. Kad ING.
14. Kad PRUassist.

15. Kad Klinik Gigi Jasa Dental Surgery. Doktor gigi tu kata, “Ingat saya – ingat gigi enche! Oh! Jangan lupa temu janji kita ya!”

16. Kad Priority FotoKem.
17. Kad VIP Bintang Maju.
??. Kad Machines? – Tak tahu mana aku letak. Mesti kena pergi cari ni.

18 - 19. Kad Emas Meritus Privilege Club dan Kad Partners Promark. Selalu digunakan untuk bercuti ke luar negara bersama-sama wanita-wanita genit. Kepada wanita-wanita yang tidak genit – tidak perlulah meminta-minta ya! *Ahaks!*

20. Duit tunai - RM432.00 Duit gaji bulan Januari. Duit gaji bulan Februari tak usik lagi. Ha ha.
21. Duit tunai berlipat - RM20.00 Duit baki sessi teh tarik dengan senior SMSS. Jamal, MD Salbros ‘Carisbrook Malaysia’ kata, “Simpan duit tu!” Entah bilalah dia nak beri arahan, “Ok, guna duit tu!”
22. Duit tunai Saudi Arabian - 1 Riyal. Mas ZZ bagi. Katanya, “Kalau simpan duit Saudi – nanti ia bagaikan mengamit-ngamit kau untuk pergi ke Makkah.

Nota ringkas: Duit-duit kertas ini sentiasa disusun mengikut turutan nilainya dan mengikut ‘semua muka Agong mesti pandang ke hadapan’, tak boleh satu tu pun tertonggeng!

23. Beberapa keping penyata transaksi bank.

23. Kad Perniagaan milik John Tea. John Tea adalah kawan lama aku dan juga MD di Evergreen Adventure.
25. Kad Perniagaan milik Pooi Lai. Pooi Lai adalah pekerja John Tea.
26. Kad Nama milik Azzam Supardi. Azzam Supardi adalah seorang editor tahap dewa. HA HA.
27. Kad Nama Sindiket Sol-Jah milik Sinaganaga.

28. Cebisan kecil bil Tenaga Nasional Berhad.

Jadi, sekarang kalian sudah tahu sebab-musabab kenapa Sinaganaga digilai oleh wanita-wanita genit. Humcha!

50 Comments:

Blogger Anonymous said...

Wo!

Mac 13, 2008 5:22 PTG

 
Blogger Amyz! said...

4. Lesen memandu. Sebab bank selalu minta, “Boleh saya dapatkan kad pengenalan dan lesen memandu enche? Uuu… kacaknya enche!!!”

Hahaha. Ya. Kacaknya rambut afro enche~ Harharhar.

Mac 13, 2008 5:49 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

mak aii... sampai dua dompet sakali bawak. baru kini aku tahu abang naga ni kaya. sunggguh kaya.

Mac 13, 2008 7:12 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

takut juga ya kena guling hehehehe ...

Mac 13, 2008 7:27 PTG

 
Blogger Deo said...

sampai dua wallet? baru balance, ye enche kacak bermisai?

Mac 13, 2008 7:46 PTG

 
Blogger Unknown said...

gadis2 genit seperti yukimura,sakura, yumitaki etc etc....

Mac 13, 2008 7:49 PTG

 
Blogger pengkao said...

tadi saya ada nampak gambar tuan atas duit saudi..
rabunkah saya?

Mac 13, 2008 8:35 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Alarr... Gambar awek tu kecik sangat!!! Close up kasi besar sket la, Ge.

Mac 13, 2008 8:47 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

Nota ringkas: Duit-duit kertas ini sentiasa disusun mengikut turutan nilainya dan mengikut ‘semua muka Agong mesti pandang ke hadapan’, tak boleh satu tu pun tertonggeng!

dude, lu ocd nih.. hahah...

Mac 14, 2008 5:48 PG

 
Blogger June said...

Yelah... nanti tak puji merajuk pula...

Ge, kau kha-chak. Jangan lupa warnakan rambut.

Mac 14, 2008 7:57 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Kawan opis aku tanya (si genit), "Oo..tu Naga. Boleh tahan jugak ek? Tapi apasal misai dia macam ada putih2?"

Aku kata, "Bekas hembusan api naga. Heh"

Si genit, "Oo..tu yang buat dia nampak matang."

Ha ha ha!

Mac 14, 2008 7:59 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

patut la uncle tak kisah belanja saya karipap sardin dengan roti kosong 2 keping..

uncle memang kacak..

eeeiiiuuooo...

Mac 14, 2008 9:38 PG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Ya, selama ini saya sangka cuma saya seorang...



Boleh tahan!

Mac 14, 2008 9:41 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha kene tag ha ha

Mac 14, 2008 10:34 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Wo ho ho!

Amyz,
Pssst! Tolong sebarkan kat chicks TESL kat UTM ya! Ha ha.

Dug,
Ya. Aku sungguh kaya.

SF,
Hidup tak perlu takut kepada apa2 dan siapa2. Allah sentiasa bersama2 kita. FIN!

Deo,
Sebab aku tak boleh pakai purse yang boleh susun kad2 sampai 2 tingkat tu! :)

Amora,
Cemburu? *ahaks*

Pengkau,
Suka untuk aku beritahu yang kau memang tidak tersilap pandang. *ahaks*

Ying,
Janganlah meminta-minta! HA HA HA!

Chik,
Hidup aku TERATUR. Dan wanita genit manalah yang tidak menginginkan kekasih yang sungguh teratur? Ha ha.

"Ok, sayang... hari sabtu, masa I dengan kawan2... so, you boleh pergi jalan2 dengan kawan2 you. Hari ahad, I bawa you pergi beli cincin berlian kat Poh Kong... sebab I rasa design di Poh Kong lebih contemporary. Wat say you?"

Teh,
Suatu hari nanti, apabila rambut aku sudah putih tuntas - aku malas nak dye lagi dah. :)

Azzam,
Wanita genit sukakan lelaki yang matang, sweet talker, tidak botox (kata mereka, apabila enche ketawa - kedut di pinggir mata tu nampak seksi!"

WO!

Mac 14, 2008 11:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
Ya. Wanita gemarkan lelaki yang belikan karipap sardin untuk mereka! HA HA.

Kil,
Apa yang tahan?

Jai,
Tengah isi borang income tax!

Mac 14, 2008 11:28 PG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Tahan lapar.

Takkan tahan hensem kut..heheh.

Mac 14, 2008 11:40 PG

 
Blogger siskinny said...

Pemilik asal mykad pendua itu

ya, yang itu. boleh berkenalan?

Haha!

Mac 14, 2008 11:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kil,
Oh, dah kul 11.47 - perut pun dah lapar ni.

Skini,
Kau nak buat 'anak ikan' ke? HA HA.

Mac 14, 2008 11:47 PG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

cilakak sampai 2 dompet..ah esok gua beli lagi satu..makwe genit punya pasal..

Mac 14, 2008 2:01 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Ya. Ya. Nanti aku sebarkan~ Tapi mula-mula aku kena tahu chick2 hot kat situ dulu~

Mac 14, 2008 2:03 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Eh, baru perasan. 2 dompet tu, mesti taruk dlm poket belakang kan? satu kiri, satu kanan.

Haha...kasi up sket.
Heh..pardon the noty me :p

Mac 14, 2008 2:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Ha ha. Kalau boleh - beli 3 - 4 dompet sekali!

Amyz,
Aku dengarlah kan... hot2 chicks suka amek TESL. Aku dengarlah kan...

Kil,
Gaya Seni aku bubuh kat poket belakang seluar. Ciptaan Budi aku letak kat kocek baju sebelah kiri - "dekat di hatiiiii!"

Mac 14, 2008 2:35 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

agak2 kad nama soljah tu ada cara tak nak duplicate?.

giler ah ko bang, sampai dua dompet. hilang akal betul!


ha ha ha

Mac 14, 2008 4:42 PTG

 
Blogger hani_san said...

salam en naga

pergghh...2 wallets tuu...

ya betullll...teslian mmg ramai hot chicks! ahaks!

Mac 14, 2008 6:08 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kondom tak ada dalam walet? Atau hang simpan dalam kereta?

Mac 14, 2008 7:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yob,
Benda ni macam remote control juga Yob - dalam satu rumah - ada banyak remote control. HA HA.

Hani,
Uwahhh, ni mesti hot chick TESL juga ni. HA HA.

Khal,
Aku tak bawa kondom! HA HA.

Mac 14, 2008 8:09 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

ha..ha..ha..kena tag juga. Ingatkan otai2 blogger tak layan tag...(atau layan tag orang tertentu jer bang)

Yes, si waterlily datang balik.

Mac 14, 2008 11:09 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Orang kata duit riyal boleh jadi ibu duit.

Bidaah je tu, tapi saya simpan jugak sekeping. Hehe.

Mac 15, 2008 6:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Sebab soljah Yapong yang tag - kalau orang lain aku bo layan.

Tanah,
Dah kita ni Melayu - yang bidaah tu lah yang kita suka. HA HA.

Mac 15, 2008 11:55 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ingatkan yang Pak Arab itu kau, rupanya gambar pada duit ... Hehehe!

Mac 15, 2008 8:58 PTG

 
Blogger hani_san said...

yes a teslian
tp kite x hot...average jer
;)

Mac 16, 2008 12:52 PG

 
Blogger asuhara sue said...

pelik! weird! hentai!
org byk hp tu bleh la tahan..
ni byk wallet ni!
isk..isk..isk...

p/s:..bila ler purse COACH saya nak sampai niiii!

Mac 16, 2008 11:02 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

Dompet saya sudah tua usianya.

Mac 16, 2008 4:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Bapa saudara aku tu. Ha ha.

Hani,
Ok, kau tolong beritahu kat hot chicks TESL tu tentang aku! Ha ha.

Asuhara,
Ya, aku sangat hentai! Ha ha.

Amin,
Beli dompet baru di Jalan Masjid India. Murah!

Mac 16, 2008 4:32 PTG

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Digilai wanita-wanita genit!

Tetapi masih mengemaskan katil sendiri...

Mac 16, 2008 9:29 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

haahahahaha.
abang naga ensem laa.

itukah rupa seorang pemimpin tertinggi soljah?

Mac 16, 2008 10:02 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Puan Ainon,
Ha ha. Itu tandanya saya mementingkan suatu yang kemas. Tidakkah begitu?

Semut,
Ya, pemimpin Soljahs perlu memiliki 2 dompet! Kontrak sosial? Naa.

Mac 17, 2008 8:34 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Semoga dimurahkan rezeki. tambah satu dompet lagi.

Mac 17, 2008 8:41 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Pn. Ainon, lawaknya komen HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Mac 17, 2008 9:59 PG

 
Blogger Sastri said...

waaa... satu enlightment ni... keskeskes...

Mac 17, 2008 11:24 PG

 
Blogger ai syazwani azizi said...

Lembu 1: boring ar ragut rumput!
Lembu 2: Ha, ragutlah dompet sinaganaga!

Mac 17, 2008 1:28 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Kalau boleh - semua poket nak bubuh dompet. HA HA.

Dug,
Puan Ainon suruh aku berumah di hotel tu! Ha ha.

Sas,
Ye ke? Ha ha.

Syaz,
HA HA. Lawak, lawak!

Mac 17, 2008 4:32 PTG

 
Blogger DeeN said...

Pak Cik Ge, pinjam maybank bankard. Nak no pin sekali yer. Terima kasih. HaHaHaHaHaHAHaHaHa!!

Pergh! gile kentang, sampai dua wallet tuh. Kaya tahap dewa sungguh Pak Cik Ge nih. (ampu, ampu) =B

Mac 17, 2008 10:38 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Dompet di Jalan Masjid India memang murah, tetapi Pak Naga, duit tambang untuk ke sana, dengan jarak beratus-ratus kilometer, pasti memakan kos juga.

Haha.

Mac 17, 2008 11:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
Jom (restoran) Fathimah! Aku belanja roti kirai. Ha ha.

Amin,
Tak mampu nak beli dompet - guna plastik aiskrim sajalah (sebagai dompet). Ha ha.

Mac 18, 2008 8:42 PG

 
Blogger rudy bluehikari said...

macam tokr dia tag org lain. kenapa ko tak tag gadis2 genit tesl utm utk entry ini? aku pun nak tgk aap dlm dompet mereka. wooooweeeee..

Mac 18, 2008 4:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Aku bukan Tok Rimau!

Mac 18, 2008 9:23 PTG

 
Blogger Mie Amour said...

gile ah dingdong...smpai dua tu dmpet...bnyak isinya...tebal...tapi stuju gak..ingatkan duit tu special edition ke print sendri ke...rpnya btul2 duit saudi...ada resemblance la...

Mac 20, 2008 9:11 PTG

 
Blogger amni said...

Nota ringkas: Duit-duit kertas ini sentiasa disusun mengikut turutan nilainya dan mengikut ‘semua muka Agong mesti pandang ke hadapan’, tak boleh satu tu pun tertonggeng!

enche naga ialah seorang yang melancholy, analitikal, observer dan kemas, sekemas susunan misai beliau.

Mac 31, 2008 4:57 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home