"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Mac 2008

Ini air baru. Ini baru air.

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada ketika itu, Kasman dalam suapan nasi yang pertama, apabila pintu rumah bujangnya diketuk orang.

"Tengah makan ke, Kas?”

"A’ah! Ada apa hal, bang? ...datang bertandang ke rumah orang dalam keadaan bertuala mandi?"

"Abang nak tumpang mandi di rumah kau, Kas! Aaa... meter air di rumah abang dah cecah 20 meter padulah!”

"Boleh boleh! Dah datang jauh-jauh menyeberang sempadan ni... ta’kan saya tak bagi abang mandi di rumah saya pula. Sila sila! Buatlah macam bilik air sendiri!”

NOTA: Kasman tinggal di Ampang Ulu Kelang 3, Selangor. Dan orang bertuala mandi itu tinggal di Ampang Ulu Kelang 3, Kuala Lumpur. Oh ya, kata Kasman lagi, kalau ada orang JB nak tumpang mandi di rumah dia pun tak apa, "Sila sila!"

23 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku duduk di Puchong. Aku tinggal seorang diri. Siapa nak pakai kuota 20 m3 aku, sila emel aku. Tempat terhad. Hehehe!

Mac 21, 2008 3:48 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

isk..isk..aku mau ajak Khadijah dan anak-anak datang mandi kat kuartes ni tiap-tiap pagi sebab suami dia asyik meracau bil air yang sentiasa meningkat-ningkat. Naik muak aku dengar bebelan lelaki itu.

Mac 21, 2008 4:11 PTG

 
Blogger DeanSham said...

ala, jauh ge,

kalau aku datang mandi, sampai JB busuk balik!

Mac 21, 2008 4:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
HA HA.

Water,
Sila sila!

Deansham,
Jangan le balik naik lori bawa ikan, dude!!!!!
Ha ha.

Mac 21, 2008 4:49 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Mintak alamat Kasman, Ge. Nak tumpang mandi jugak. Hik hik hik!

Mac 21, 2008 5:14 PTG

 
Blogger areyoung said...

Aku? Aku takkan bagi org KL (kecuali Titiwangsa) dtg mandi umah.

Ya, aku sombong.

Mac 21, 2008 6:38 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

air pree ni kena bayar tak? ekekeke....

Mac 21, 2008 6:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ying,
Apa kata kalau kau mandi kat rumah aku saja. :)

AreYoung,
Di sini aku ingin menyeru kepada semua x-smss untuk mandi-manda di asrama sajalah - free! Dan boleh mandi bogel dan semua orang boleh tengok bontot kami! HA HA.

Chik,
20 cubic free!

Mac 21, 2008 7:14 PTG

 
Blogger areyoung said...

bang, aku rasa budak smss ramai yg pervert.

tah napa.

Mac 21, 2008 7:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Pervert? Wo, base on your true story ke, Yang? HA HA.

Mac 21, 2008 8:22 PTG

 
Blogger siskinny said...

Si Kasman tu tak mandi ker? sibuk jemput org mandi rumah dia, kang tak cukup pulak 20m3

Mac 21, 2008 8:37 PTG

 
Blogger Deo said...

20 meter padu bersamaan dengan berapa gayung?

Mac 21, 2008 11:46 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Kakak yang suka mandikan burung itu dijemput jugakah?

Mac 22, 2008 2:36 PG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Saya tinggal di Ampang Ulu Klang 1C, Kuala Lumpur.

Kalau ada umur yg panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi,
Kalau ada sumur di ladang,
bolehkah saya menumpang mandi?

Mac 22, 2008 9:41 PG

 
Blogger Korakora said...

atau pun org pantai dalam boleh tumpang mandi di rumah orang jalan gasing.

doa aku mutakhir ini: "Ya Allah, ubahkan bidang kuasa ke atas elektrik diserahkan kpd kerajaan negeri!"

alangkah baiknya, kalau letrik pun bawah kerajaan negeri, kan, kan, kan?

atau tol pun bawah kerajaan negeri, kan, kan, kan?

atau minyak pun bawah kerajaan negeri, kan, kan, kan?

atau kerajaan pusat pun bawah kerajaan negeri juga! hak hak hak

Mac 22, 2008 12:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Skin,
Kalau sudah sampai 20 meter padu - kita 'lompak' ke rumah jirang tetangga yang lain pula! Ukhwah, hape? Ya, ukhwah!

Deo,
Aaaa... entah! Berkolah-kolah juga rasanya.

Amien,
Kaka tu dah pindah ke Selangor. Dia nak guna banyak air. HA HA.

Neem,
Di AU3 ada kolam yang sangat panjang, tetapi airnya tidak boleh dibuat mandi.

Nazmi,
Ayat yang terakhir tu aku suka. HAK HAK HAK.

Mac 22, 2008 12:27 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

Mau tumpang mandi di rumah Kasman juga:)hihi.bley bg alamat?

Mac 22, 2008 3:47 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Kat sini, air percuma.

Tetapi memandangkan kena mandi air panas dan kena pulak nak memanaskan air tu guna letrik/gas kan, maka taklah percuma jadinya. Huhu.

Mac 22, 2008 4:28 PTG

 
Blogger Unknown said...

bolehla mandi burung selalu. haha!

Mac 23, 2008 12:04 PG

 
Blogger Unknown said...

Nak tukar profesion basuh kereta. Ada untung!

Mac 23, 2008 1:09 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

20 kolah, paling kuat pun pakai 13m3 sebulan.

Dengan musim tengkujuhnya, dengan air freenya... bang Naga tak teringin nak bela ikan koi?

Haha

Mac 23, 2008 3:12 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Liyana,
Kau tumpang mandi kat rumah aku sajalah! He he.

Tanah,
Walau pun tidak percuma - tetapi masih lagi 'lebih murah' rasanya tak.

Kelam,
HA HA.

Nuar,
Berapa upah? RM5? Ha ha.

Dug,
Koi? Ha ha. Kerana lapar sangat - aku pernah terfikir nak 'rembat' seekor ikan koi semasa di Gokayama. Ha ha. Nanti2lah aku cerita.

Mac 23, 2008 4:47 PTG

 
Blogger zura aini said...

Aku dok di shah alam, patutlah dua tiga menjak ni air brown color, pagi-pagi dan senja2. Rupanya 20m3 free.

Mac 26, 2008 11:19 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home