"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

06 Mei 2008

Bernas

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengguna perlu mengubah cara hidup mereka dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat ketika dunia mengalami kekurangan bekalan makanan sekarang.


KECOH! Mat Trompet tanya, nasi untuk menteri mana? Lebai Sayuti pun tanya, nasi untuk menteri mana? Karim Driving School pun tanya juga, nasi untuk menteri mana? Mat Sanggul kata, entah! Kemudian, Mat Rojek, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Mat Nangka, Harun Serkam, Mamang Sulan, Mat Kambing, Sarjan Kassim pula pakat-pakat tanya, nasi untuk menteri mana? Usop Ludin Tanah Lot buat muka meluat, dia cicip sirap dari senduk, berdesit bunyinya, sambil dia angkat-angkat bahunya yang bengkok macam tanduk kerbau tu. KECOH!

“Pergi tanya Munah Leper, nasi untuk menteri mana???" arah Pak Akop Ketua Kampung.

KOMA

"Aku masak cukup-cukup ’ja, Kop! Untuk kita-kita ‘ja!” kata Nenek Munah Leper.

"Habis, nasi untuk menteri tak adalah ni?” tanya Pak Akop Ketua Kampung.

"Tak adalah! Kalau menteri nak makan - suruhlah dia bawa nasi sendiri! Ta'kan menteri pun nak berjimat kot, Kop?” jawab Nenek Munah Leper.

“Menteri mana pernah beli beras, Kak Munah oiiii! Aaa... ada siapa-siapa nak sirapppppp?” tanya Usop Ludin Tanah Lot.

36 Comments:

Blogger Anuar Manshor said...

Turun bendang apatah lagi...

Mei 06, 2008 6:29 PTG

 
Blogger xrajunax said...

ada lu org nampak dorang gi chow kit cari ikan?

bai, bukan takat beras je naik. nu..ikan bawal pun dah 30 hinggit sekilo.gila kappa?


kalau aku boleh buat bubur pasir ok gak!


arghh marah!

Mei 06, 2008 7:13 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

semua yang menyusahkan kita yang kena ubah! diorg minyak percuma berhawa dingin dengan limosin lagi~...

Mei 06, 2008 7:21 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

buleh dah kalau nak mula tanam ubi nih... huhuhu...

Mei 06, 2008 8:10 PTG

 
Blogger waterlily said...

Chik, tanam ubi? Aku takde tanah ni. Kat kampung pun tanah sewa. Kat sini dok tingkat 3. Bagitau camna nak tanam ubi?

Aku rasa nak mencarut saja kat pak2 menteri tu

Mei 06, 2008 8:33 PTG

 
Blogger waterlily said...

Tolong bagitau AAB, aku nak tanah nak tanam gandum ye bang hahaha..

Mei 06, 2008 8:35 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Pak Lah tu langsung tak ada aura kepimpinan. Pandai buat air liur basi je.

Mei 06, 2008 10:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nuar,
AGRO tu, wuihhhh, AGRO tu! Ha ha.

Raju,
Dah try buat bubur dedak ayam? Ha ha.

Danielle,
Minyak mnereka tak percuma juga - kena tolak dari peruntukan tahunan yang diberi. He he.

Kau belajar sejarah - kau tahulah bab2 ekonomi, sosial, politik, agama, dan budaya ni.

Chik,
Dah lama aku tak makan goreng ubi cicah masak lemak ikan sepat Siam.

Water,
Menurut AGRObank - gandum tak menjadi kalau ditanam di iklim tropika khatulistiwa, tetapi kata cikgu kimia aku - kita boleh guna nuklear untuk ubah padang pasir untuk jadi tanah yang subur - tak sampai situ lak kami buat praktikalnya masa dulu2. Mr. Cheah Sau Pang kata, "ituh hanyaaalah teori sajah ya!

Dug,
Pemimpin (tak kiralah pemimpin apa pun) yang korup (korup tak semestinya dalam bentuk rembat duit) - masuk neraka. Dan aku pernah beritahu Taf Teh, "kat neraka tak ada aircond tau!" HA HA.

Mei 06, 2008 10:47 PTG

 
Blogger Princess Liyana said...

Nasi untuk menteri tak ada, nasi untuk commoner macam yana ada tak?:)

Mei 07, 2008 3:21 PG

 
Blogger Azzam Supardi said...

Mat Khir dengan Mat Chedet dah ada blog. Cuba kau offer diorang buat blook (secara kolektif). Ha ha!

Mei 07, 2008 8:09 PG

 
Blogger pengkau said...

next PRU nenek munah leper boleh join nenek maimun yusof.

Mei 07, 2008 8:14 PG

 
Blogger Haris Hauzah said...

Bro,

Ada yang kata bro Syiah juga yaa...
aduh bro...

Kecoh betul diaorang ni...
Beras lebih kecoh, beras kurang kecoh, mazhab sama kecoh, mazhab lain kecoh...

Asyik sangat nak gaduh diaorang ni yaa... kalau macam ni sindiket soljah kena siap pegi perang lah !


Haris Hauzah

Mei 07, 2008 8:41 PG

 
Blogger A t i Q a h said...

Bagi pak menteri tu makan ubi getuk. Lagi sedap dari nasi. hu hu

Mei 07, 2008 10:04 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

PM tak makan nasi. PM makan kokokranch, betul tak bang?

HAHA

Mei 07, 2008 10:48 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

"Basri, kalau kita masuk neraka aaa... boleh minta permission itu malaikat tak? take five... saya mau isap rokok." Tanya Lim Kok Chuan kepada aku pada suatu hari.

"Tapi lu bukan smoker maa..."

HAHA

Mei 07, 2008 10:51 PG

 
Blogger tasikmerah said...

ge,
cadangan buat bubur dedak ayam tu amat menarik.. aku nak cuba sup rumput pulak...

Mei 07, 2008 11:06 PG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Kalo sapa2 yg ada kampung, mula2 la berjinak2 balik kg, pujuk org tua bagi tanah serelong dua, buat tanam padi sendiri. Ekonomi sara diri la plak. No more komersil scale. HaHaHaHaHaaaKKKK...!

Dulu2 time aku belajaq ekonomi tak penah plak terpikir ada org Thai nk seludup beras mesia ke sana. kehkehkehkeh!!

Mei 07, 2008 11:47 PG

 
Blogger asuhara said...

TESCO KB beras kurang wooo...
org dari seberang sungai suda kasi borongggg!!!

Mei 07, 2008 12:26 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yana,
Rakyat jangan panik! Stok beras masih ada lagi. Don't worry, be happy!

Azzam,
Ada satu mamat (muka macam CID) beli buku terbitan Sindiket Sol-Jah, dia tanya, "berapa hit blog kamu dalam satu hari?" Aku jawab, "tak boleh lawan hit blog Dr Khir le, kawan!" Ha ha.

Peng,
Nenek Munah Leper dah lama dah meninggal dunia.

Haris,
Bila masa pula aku isytihar Syiah. Aaa, isytihar Suni pun tak pernah. Aku sembahyang sama seperti yang Ustazah aku ajar. Batal jugalah kadang2 (terkentut, garu2 lebih daripada 3 kali, et cetera).

Dulu2, ada le ambil paper perbezaan buddhism dan shintoism. Rasa2nya tak pas. HA HA.

Lately ni, sejak aktif dalam UNION, ada juga orang tanya apa fahaman aku. Aku jawab, "socialist realism!" HA HA.

Aaa, baru je nak study2 socialist_realism - bahan pun tatau mana nak cari. HA HA.

Ati,
Menteri mana nak makan ubi dehhh...

Dug,
Lupa aku nak sign buku kau - sibuk sangat malam tu. Wartawan tanya soalan susah2 HA HA.

Tasik,
Cina Leong kata, dedak ayam pun dah naik hargalah! Haiyah!

Nura,
Aku ingat aku nak tanam BUAH NAGA-lah! Ha ha.

Asu,
Aku nak makan kue-ko-ot je ni! Ha ha.

Mei 07, 2008 1:03 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Padi bole tanam cara hidroponik tak?

Aku nak tanam kat flet aku.

Mei 07, 2008 1:36 PTG

 
Blogger Dhani said...

dulu masa harga minyak naik, Najib suruh kita ubah cara hidup. sekarang Pak Lah pulak suruh ubah cara hidup. gua rasa dah sampai masanya kita UBAH kerajaan lah. macam mana nak ubah kerajaan? KUDETA lah beb!


eerrrr KUDETA isu dua bila nak rilis? ;)

Mei 07, 2008 3:00 PTG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Pak cik Ge, buah NAGA tak sekenyang makan nasik. Maknanya kuantiti setiap hari kene dlam skala besar la. Mana tau mungkin lepas nih buah NAGA akan mengalami krisis seperti beras HaHaHaHaHaHa!!

Mei 07, 2008 3:24 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Baik lu tanam ganja kat flat lu, dude! Ha ha.

Dhani,
HA HA.

Nura,
Siapa kata kalau makan BUAH NAGA tak boleh kenyang? ha ha.

Mei 07, 2008 3:51 PTG

 
Blogger harhtan said...

hahaha... harap2 ada ler menteri yg sudi baca blog ni...

Mei 07, 2008 4:54 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Apa kata kita proses ubi kayu menjadi beras?

Mei 07, 2008 6:26 PTG

 
Blogger nUr@dDeEn said...

Erk! Ye ke? Hahaha....

Mei 07, 2008 10:12 PTG

 
Blogger babazahra' said...

satu wa kompius bang, masa lalu kat tol kete PM berhenti tak? ke dia bayar bulan? wa x pernah selisih kete PM lalu tol

Mei 08, 2008 10:12 PG

 
Blogger kel@mbu said...

aku x makan nasik..
byk kanji..

ubah gaya hidup lah..
haha..

Mei 08, 2008 11:59 PG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

nasib baik dia x suruh kita tukar dr nasi ke kentang... bayangkan... kentang mkn dgn sambal ikan bilis..cicah masak lemak cili api... asam pedas...

pagi2 xde nasi lemak.. sume kene makan french fries..atau mashed potato atau pun potato wedges...

Mei 08, 2008 12:40 PTG

 
Blogger mast@work said...

makan lempeng je la pepagi.. pak menteri leh makan pelempang.. kakaka

saya suka pisang.. hehe

Mei 08, 2008 1:15 PTG

 
Blogger Sayuti said...

masa untuk berdiet...

Mei 08, 2008 2:24 PTG

 
Blogger d'arkampo said...

Aku tag engkau dalam blog aku.

Mei 08, 2008 3:36 PTG

 
Blogger Najwa Aiman said...

Aku nak sirapppp....!

Mei 08, 2008 10:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Harh,
Takdenyeeee... Ha ha.

Amin,
Boleh ke? Ha ha.

Nura,
:)

Baba,
Menteri tak bayar tol - driver dia yang bayarkan! Ha ha.

Kelam,
Kau dah try mamah beras? Padi?

Amora,
Kentang? Wo, my faveret tu!

Mas,
Tepong pun pernah naik harga. :)

Sayut,
Kita ber-diet sebagai alasan. Apakah menteri turut bersama-sama rakyat untuk ber-diet?

Kak Norida pernah beritahu, "wo, menteri yang rasmikan buku baru kita ni - makan? Aaaa... lapan kos atau dua belas kot ya! Teh tinggi teh tinggi tak mainlah!"

Po,
Ok.

Najwa,
Nak ais juga ke?

Mei 08, 2008 10:30 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

sinikal. nakal. adalah naga. hahahaha~

Mei 10, 2008 7:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
HA HA.

Mei 12, 2008 1:53 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home