"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 April 2008

Kami suruh Cik Daun bancuhkan teh sebab kami tak pandai bancuh teh

Cik Daun beritahu aku, Encik Awak cemburukan kau, Ge!

Aku beritahu Cik Daun, don't worry, itu lazim, sejak zaman berzaman lagi mamat RMC (sekolah Encik Awak) dengan mamat Alam Shah memang cemburukan mamat SMSS, ha ha.

Cik Daun tanya aku, kenapa?, sebab kau sekolah sains ke?

Aku jawab Cik Daun, tak!, sebab aweks Seri Puteri dan aweks TKC dan aweks STF ngorat kami tapi tak ngorat mereka, ha ha.

KOMA

Aku beritahu Cik Daun lagi, aaa... aku telefon kau ni bersebab... aaa... nak minta kau tolong bancuhkan teh nanti... soljahs tak pandai bancuh teh... panggang kambing kami pandailah!, HA HA.

...

NOTA KEPADA ENCIK AWAK: Selamat balik kampung, berhati-hati ketika memandu, wa akan suruh Yapong 'tengok-tengokkan' tunang lu sebab Yapong tak bahaya (aiseyman, Yapong mamat SEMSAS la pulakkkk... mamat sekolah sains juga tu.) ... aaa, kasi kami pinjam bekas air yang ada pili tu, al-maklum sajalah, Sindiket Sol-Jah ni miskin, mampu beli cerek dan extension wire 'ja baru.

46 Comments:

Blogger Azzam Supardi said...

Ha ha! Ruginya tak jadi mamat SMSS.

April 30, 2008 10:37 PG

 
Blogger Taf Teh said...

MASKARA 8, Daun ada 2 kerja. Bancuh teh dan menari gelek...

Wooooooooowwww, gila hot!

April 30, 2008 10:44 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha.....

April 30, 2008 10:44 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Azzam,
Rugilah lu! Ha ha.

Teh,
Kalau Daun nak main ular - kasi cakap - aku gi carikan. Lagi pun, kata Cikgu Zali yang jaga rumah PENA tu, kat rumah belakang tu memang kawasan ular berkeliaran!!!

Khal,
HA HA.

April 30, 2008 10:55 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Nanti ada lebihan hadiah kahwin, En Awak hadiahkan cerek kpd Soljah.

April 30, 2008 12:10 PTG

 
Blogger waterlily said...

Wooo...Daun menari gelek

Tak sabar nak pergi ni

ps: Tarian naga ada bang?

April 30, 2008 12:14 PTG

 
Blogger pipiyapong said...

woi..!! woi..!!

April 30, 2008 12:37 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mau,
Cerek dah ada. Coffeemaker kita belum ada lagi. He he.

Water,
Tarian Naga tarak! Ha ha.

Yapong,
Lu ok-lah - lu bisu - mana reti nak mengayat Daun.

April 30, 2008 12:49 PTG

 
Blogger pHu YinG said...

Wo wo wo, sape kata awek TKC suka budak SMSS?

Tak minat lah. Lainlah MCKK. Hik hik hik.

April 30, 2008 12:54 PTG

 
Blogger tasikmerah said...

ge,
belly dancing kemahiran baru daun tau.. tak caye cuba suruh...

aku tak pernah sampai la umah PENA tu.. upload map..

April 30, 2008 1:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

ying,
mcckk = gayyyy.

tasik,
ada kat blog sol-jah. klik link ke peta.

April 30, 2008 1:27 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

hahahhaah jwpn naga bab mckk tuhhhh klise! muhahahahahahahaha

mrsm woiii mrsmmm

April 30, 2008 2:04 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

maskara rumah pena, gelak golek gelek balek

Haha

April 30, 2008 2:05 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

teringat lawak mat jan dulu, lawak dakwah. bermusafir dan sembahyang jamak di masjid.

jamak jamek jimak juma

HAHAHA

April 30, 2008 2:06 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
MRSM pun gay! HA HA.

Dug,
Ni gila apa barang lak ni? *sigh*
HA HA.

April 30, 2008 2:09 PTG

 
Blogger siew said...

selamat bapak aku hanto pi skolah agama kerajaan...

April 30, 2008 2:34 PTG

 
Blogger siew said...

suma skolah lain sekular katanya...

April 30, 2008 2:44 PTG

 
Blogger d'arkampo said...

Apa pun, sekolah kebangsaan gong kapas adalah yang ter'best in de world'..

hmm..i wonder, di mana Intan Hakimah sekarang eh..?

Yapong yang cat beskal dengan kapur kasut tuh kau percaya?

April 30, 2008 3:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Siew,
HA HA.

Po,
Asal budak sains - aku percaya! HA HA.

April 30, 2008 3:48 PTG

 
Blogger Princess Liyana said...

Manalah nak cari mamat yang reti bancuh teh:p. Kalau semua tak reti. Haha:)

April 30, 2008 4:09 PTG

 
Blogger cik daun said...

Gua sekolah agama.. menarik gelek utk tafteh..

Ge.. Yapong tu mcm adik2 aku ajeeee.. ehehehe.. suruh amir mukh* opss!! dah takleh..

April 30, 2008 4:17 PTG

 
Blogger madulebah said...

maskara 9 kalau kau buat sebelum 14hb mungkin cik daun masih sudi nak bancuh air teh??

Kalau tidak, aku tangkap kontrak full catering lah ar..

ha ha ha

April 30, 2008 4:26 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

Princess Liyana said...
Manalah nak cari mamat yang reti bancuh teh:p. Kalau semua tak reti. Haha:)

oit ko gi kedai makan ada banyak la... ekeke...

Ge,cik daun tu.. dari jenis daun teh ke?

April 30, 2008 5:50 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Sek Sains Muar masuk sekali tak Naga..?

Hahaha!

April 30, 2008 6:00 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

uwop! sains muor!

April 30, 2008 7:10 PTG

 
Blogger pengkau said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

April 30, 2008 7:43 PTG

 
Blogger pengkau said...

aku rasa statement ko tu terbalik..
takde sebab weyh nak jeles ngan mamat smss.. takde..
aku form2 lagi dah ada dapat surat layang..antara nak layan ke tak je.

tapi yang aku pelik macam mana kadang2 boleh ada mamat jambu tersesat masuk smss? batch aku ada sorg.rugi betul!

uwwoop!

April 30, 2008 8:03 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

Aiseyman, Cath tinggal jauh nun diseberang... Miss Maskara 8 this weekend.
Can I ask a favor from you, Abang Naga? Buat mini video Maskara 8 and post in your blog, boleh..?? Boleh aaahhh??

April 30, 2008 10:04 PTG

 
Blogger books4sale said...

hahahahah EN Awak tuh, dengan aku yang sebilik, hebat dengan cik daun pun dia jeles hahahahahaha!

Mei 01, 2008 12:16 PG

 
Blogger Fareenz said...

school uniform RMC paling sexy di mata kami wanita..ngee..

tkc slalu dgm mckk..tp mckk gay..euww!!

encik awak batch bile?coy?

Mei 01, 2008 5:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yana,
Syyyyyy, Tok Rimau reti lipat kainnnnn! He he.


Daun,
Amir Mukhriz? Syyyyy, dia dah kena queen controlllll. He he. So, kau tak ada harapan.

Madu,
Kau balik kampung - tu yang kami belasah... aaa, kami rahsiakan dulu menu kami. Tapi, insyaAllah sedap! Ha ha.

Daun,
Spyz kata, dia dah beli 100 keping pinggan dan cawan. Ayoyoyoh!

Chik,
Daun tu... aaa, aku syak dari jenis daun ketapang. HA HA.

Purp,
Sains Muo masukkkk! Eh, SMSM kat tepi jambatan tu je kan? Eh, kat depan tu apa - Kersang ke? Taman mende? Alaaa, yang kat tepi jalan ada jual durian tuuuuu?

Art,
Tapi aku dah check dengan Kem. Pelajaran - Sains Selangor ngan Sains Kluang wujud pada tarikh yang sama. SEMSAS jangan ngakulah ek! Ha ha.

Peng,
Kalau nak cerita pasal 'jambu' - mana2 sekolah pun ada. Kat MCKK lagi ramai 'jambu' weh! Ha ha.

Pssssstttt, tapi, awek2 TIGS dan SIGS pun banyak jambu wo! Ha ha. Well, ada le dulu dia orang hantar surat kat aku - minta tukar2 kertas soalan.

Kat,
Nak beli cerek pun terpaksa kumpul sorang singgit - nak beli handycam? Ha ha.

Book4sale,
Sikap 'cemburu' ni sebenarnya bagus. Cuma, orang perempuan ni memang suka minta perhatian - kau cemburukan dia sikit je - dia gi jumpa sokabar dan buat kenyataan, "Toslan cemburu buta. Sofea failkan fasakh." Orang pompuan la ni dah makin bijak dan berani, Book.

Kalau kita tak cemburu - mereka failkan juga, "Naga keji! Lelaki tak ada perasaan. Penat je kite syok kat dia - ada ke dia kata kita ni burung pipit je; tak layak nak terbang dengan enggang. Podahhhhhhhh!"

HA HA.

Faren,
Uniform RMC memang le sexy, tak di nafikan, Si Fendi dan Si Izuddin budak SMSS pun kata uniform RMC sexy, ha ha.

Wa batch 84. Izham batch 86 (69er). Puan Itote dan Puan One Breast Bouncing batch 84. Puan Juwanita Dewi dan Puan Azura Saleh 86 (tapi, muka dan saiz macam budak 19 tahun je ek! he he) Puan Intan ZK batch 85. Ayis, wo, hampir aku terlupa, Ayis batch 84 juga dan English satu set dengan aku - SET 6! Set 6 ialah class Mrs Nathan!

Ingat tak Mrs Nathan? "One is singular and more than one is plural?" Ha ha.

Eh, MCKK - sampai form 3 pun masih pakai seluar pendek. HA HA.

Mei 01, 2008 9:50 PG

 
Blogger amirahsyuhada said...

jadi kalau dapat lelaki yang pandai bancuh teh, kira bonuslah kat perempuan tu kan..sebab tak ramai lelaki yang pandai bancuh teh..kan..kan..kan...haha

Mei 01, 2008 11:59 PG

 
Blogger books4sale said...

ha ha ha ha tapi takyahlah cemburu dengan perempuan! hahahahaha

Mei 01, 2008 4:26 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ha'ah. Sek Sains Muor dekat jambatan Muor tu. Dekat Tg Agas. Bukan Kersang la, Kesang.

Sepanjang jalan Muor banyak jual durian dude. Jalan mana satu? Hehehe!

Mei 01, 2008 5:16 PTG

 
Blogger Princess Liyana said...

Lipat kainnn je reti? Biar btol:p. Haha. (evil laugh)

Mei 02, 2008 9:21 PG

 
Blogger madulebah said...

satu hari, tengok wayang 3 orang. dapat seat 2 baris atas dan 1 baris bawah.

En Awak pun tanya pada Cik Daun.

Awak nak duduk dengan kita ke dengan Nida?

Kau agak apa jawapan Cik Daun?

Ha ha ha

Mei 02, 2008 10:29 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

uwooopp!!! aku sains muor sama dengan BP ler..

Mei 02, 2008 12:34 PTG

 
Blogger zizie ali said...

yapong mamat semsas? aku dua tahun buat form six di semsas. makan biasiswa buta $65 sebulan.

Mei 02, 2008 1:13 PTG

 
Blogger amyz! said...

Aku tak bancuh air, beb. Aku tolong tengok je Daun bancuh air.

Mei 03, 2008 10:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amirah,
HA HA.


Book,
HA HA.

Madu,
Entah.

Art,
Semua budak Sekolah Sains HIP! Ho ho.

Zz,
Tak kena sekolah kat SEMESRA dah le - dalam 'hutan' sekolah tu ha ha.

Amyz,
Tak tergamak kau nak bancuh teh ek - sebab terkenangkan memori silam? HA HA.

Mei 04, 2008 7:19 PTG

 
Blogger amyz! said...

Hahaha. Sebab aku tak pandai bancuh teh la, Ge.. Kopi aku pandai laa..

Mei 05, 2008 2:27 PG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

hah! bersebab...

p.s: rumah pena y sebelah tupai2 tu ke?

Mei 05, 2008 6:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Taklah bersebelahan. Tetapi, sangat berhampiran.

Sebelah Tupai2 - Rumah Persatuan Wartawan dan Rumah Penataran Ilmu. Rumah PENA bersebelahan dengan Rumah GAPENA; berhadapan bangunan MAA.

Mei 05, 2008 11:06 PTG

 
Blogger ainon mohd said...

Tuanku Naga,

Ini resipi membuat teh tarik kaw-kaw yang seorang Mamak ajar saya 10 tahun lalu.

1. Adun beberapa brand teh.

2. Rebus teh itu lama-lama.

3. Semasa membancuh, taruh sedikit Nescafe dan sedikit Milo, supaya teh tarik itu tidak kelat, dan lemak!

SifuPTS - Penaja Utama

Mei 06, 2008 7:55 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Puan Ainon,
Kena rebus ke teh tu? Bukan rendam sahaja sudah mencukupi?

Mei 06, 2008 9:14 PG

 
Blogger ainon mohd said...

TUANku Naga, yang hensem macam seniman pujaan saya, Nordin Ahmad...

Ya, rebus teh itu lama-lama, barulah kaw-kaw!

Mei 07, 2008 7:46 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home