"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Mei 2008

Merokok Merbahayakan Kesihatan. Dan aku memang tahu itu

Semasa di SMSS dulu. Aku tidak pernah merokok. Sungguh! Itu sebab aku ada sedozen kakak angkat. Ha ha.

[Damn! Aku perlukan aweks. Bukannya kakak angkat. Nasib aku. Dan. Nasib Izham Omar. Serupa. Aweks yang didamba, kakak angkat yang melambak datang. Damn!]

Ada dua orang. Yang menjadi idola aku. Dalam dunia penagihan tembakau ini. Satu, Encik Rahim Rahman, Ketua Unit Reka Bentuk DBP. Dua, Pak Ajikik, kakitangan DBP juga (aku sudah lupa dia bertugas di bahagian mana). Barang diingat, Pak Ajikik sering minum-minum di warong Hameed bersama-sama dengan Puan Ainon (pada waktu senggang mereka). Wo, sengaja hendak beritahu, Puan Ainon sungguh 'groovy' masa tu. HA HA.

Encik Rahim Rahman ini. Tabiatnya bersambung puntung. Pak Ajikik pun serupa. Tabiatnya bersambung putung jugalah. Ha ha. Dan, aku fikir, kedua-dua orang tua ini sangat 'cool'. Itupun aku masih belum mahu mencuba untuk merokok-rokok. Walaupun larangan merokok di pejabat kerajaan belum berkuatkuasa lagi pada ketika itu.

Tahun-tahun berikutnya. Aku bertelagah. Dengan Mat John, Ketua Reka Bentuk DBP yang menggantikan Encik Rahim Rahman yang telah bersara. Sudahnya aku 'ditendang' oleh Si Fakap itu ke Unit Seranta, Bahagian Perniagaan DBP.

Cuma punya dua orang kakitangan. Aku. Dan. Lailatulakwam binti Mat (kini di Utusan Melayu). Bekerja dan membina kemasyhuran. Di Unit Seranta DBP. Sehingga dicemburui oleh banyak pihak. Rasanya, Puan Ainon tahu cerita ini.

Hidup jadi tertekan (disebabkan oleh banyak perkara). Bermula dengan Dunhill tujuh batang untuk dua hari. Kini boleh menjangkau berbatang-batang untuk beberapa jam sahaja. Alahai!

Sejak akhir-akhir ini. Aku dapat tahu. Kakak aku adalah seorang perokok. Patutlah anak-anak buah aku itu, sel pintarnya nil. Ha ha. "Dah menopause, dah tak beranak lagi, tak apalah kalau merokok pun!" kata Kak Mon. Pssst! Kakak hisap rokok berangin. Serupa dengan rokok yang Tok Rimau hisap mula-mula dulu. HA HA. "Boleh mati pucuk kalau hisap rokok Hacks ni, Tok! Tukar ke Dunhill-lah!" kata aku kepada Tok Rimau, lamaaaaaaaaaaa dulu.

NOTA: Anak kakak, perempuan yang sulung, Intan Fazliana hanya lulus SPM setelah beberapa kali mengambil Julai Paper. Ha ha. Kini, si cantik manis ini bekerja sebagai kerani di pejabat peguam di Segamat. "Tak boleh ambil cutilah, Busu! Kalau Intan cuti - pejabat ni lumpuh!"

28 Comments:

Blogger abdullahjones said...

jijik sungguh saya dengan perokok.

Mei 08, 2008 11:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jones,
Yang kau gulung-gulung dengan kertas tu apa? Ganja? Ha ha.

Mei 08, 2008 11:25 PTG

 
Blogger Deo said...

Merokok membahayakan kesihatan. Kakak angkat, OK! Kalau kakak angkat supply rokok, lagi OK!

Mei 09, 2008 4:49 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Apa itu rokok Hacks?

Mei 09, 2008 4:50 PG

 
Blogger SATIRA + KACAU said...

Kalau Sdr mahu, memang boleh berhenti merokok.

Perasan tak? Orang merokok tu berdosa dengan orang yang tidak merokok.

Iaitu tatkala Sdr menghembuskan asap dan mereka pula yang jadi perokok pasif.

Nanti kat "sana" Sdr pasti kena soal.

Serius ni.

Mei 09, 2008 8:02 PG

 
Blogger pengkao said...

haa amik lu sedas.
kan dah kena basuh.

tp gua ada sikit konfius.
lu bnyk akak ke, abang angkat ni?
cakap betul2 la, apa nak malu..

Mei 09, 2008 8:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Deo,
HA HA HA HA HA. Kakaks angkat wa supply nasi beriani ayam Bilal 'ja.

Tanah,
Rokok berperisa gula-gula Hacks. Ha ha.

Kacau,
Mentadbir negara secara korupsi lebih berdosa. Hah, kat neraka bukannya ada aircond!

Peng,
Kenapa tanya? Lu tak ada kakak angkat ke?

Mei 09, 2008 8:41 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku Tok Rimau la. Jurus Cakar Rimau yang dipopularkan oleh Ustazah Apanama tu bersempena nama aku. Kalau aku mati, pundi-pundi aku digiling halus oleh sengseh untuk buat Ubat Kuat.

Rokok Hack ni sebenarnya ubat untuk tone down nafsu aku yang macam raksasa ni. Ahak!

Perempuan-perempuan, tolong lah, berhenti berfantasi.

Mei 09, 2008 9:19 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mau,
Rokok Hack ni sebenarnya ubat untuk tone down nafsu kau yang macam raksasa tu? Ahak! Aku setuju. Itu sebab aku pernah beritahu kepada seorang gadis jelita, "kau cakap kat tunang kau, aku ni tak bahaya weh, Tok Rimau tu nampak 'ja jinak tapi bahaya tahap dewa wo!"

Mei 09, 2008 9:25 PG

 
Blogger tasekM said...

ge,
engkau merokok.. sel pintar engkau nil atau infiniti??..

Mei 09, 2008 10:04 PG

 
Blogger yaabbna said...

asap rokok dgn asap kereta sama je.
Klu tak caya tanya org jabatan alam sekitar.
Asap bas rapid kl lagi teruk.Hari2 gak org naik.Kesian pakcik driver bas.mesti dia kena tanya juga nanti sbb dia buat org sakit.
Perokok yg aktif bersukan adalah berkadar sama dgn orang yg duk rumah tgk tv dan mengadap pc.Dua2 senang nak dpt penyakit.

#kawan aku berkata " Sapa cakap org hisap rokok ni berbahaya? Ada kajian mengatakan bahawa perokok susah utk dapat penyakit Alzheimer’s.

Perokok susah utk dpt Alzheimer’s kerana perokok biasa mati cepat.Tak sampai tua.

Apapun..lebih baik isap rokok dari isap benda lain.semua benda yg berkaitan hisap ni sedapla.hahaha

Mei 09, 2008 10:19 PG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Best ke ada kakak angkat?

Mei 09, 2008 10:19 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Boleh tak aku buat ayat macam ni, "Aku memuncungkan bibir biratku menyedut rokok kretek dalam-dalam sehingga gambaran asap yang menyerupai bayang wanita genit nampak jelas menari inang di hadapanku." Boleh taruk perkataan 'DAN.' di mana-mana? Ha ha.

Mei 09, 2008 10:31 PG

 
Blogger Sham al-Johori said...

SELAMAT BERHENTI MEROKOK
SELAMAT TAK BERHENTI MEROKOK TAHNIAH ATAU TAKZIAH
KEDUA-DUA SAMA SEBAB
PERNAH MENJADI
P
E
R
O
K
O
K.

Mei 09, 2008 11:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasik,
Rasa macam dah nak nil gak ni. Ha ha.

Abna,
Ya betul!!!!!

Neem,
Ada lagi aweks lebih best. Ha ha.

Azzam,
Rokok cap apa tu? Mana nak beli? Ha ha.

Sham,
Perogkok adalah lebih mulia dari perogol! Ha ha.

Mei 09, 2008 11:45 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

Dahla nage.. berenti jelah merokok tu. tak elok. dahler stat isap rokok masa dah tua hahahaha

ps - aku benci duduk dengan perokok... buat aku merokok sama jer haha

Mei 09, 2008 12:19 PTG

 
Blogger DeeN said...

Pak cik Ge, bila nak benti merokok? HaHaHa...!!
Dulu daku pon penah merokok. Rokok daun tanpa tembakau. Bukan sebab suka, tp nak lawan buat asap lubang2 bulat2 dgn abang daku hak hak hak hak hak!!

Mei 09, 2008 1:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ram,
Ha ha. Eh, dah lama kita tak masuk larian harta karun ek.

Nura,
Ha ha.

Mei 09, 2008 2:51 PTG

 
Blogger Unknown said...

aku pernah tanya seorang veteran smoker,
"bulih ke benti rokok ni pacik"

dia jawab,
"bulih. bila dada kau tak bulih nak bernafas. tak pun masa kau kena kanser atau sakit jntung. tapi bila sihat kami hisap balik. hahaha!"

Mei 09, 2008 8:19 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Ya. Aku pun tahu merokok tu membahayakan kesihatan. Tapi, malboro light tu, sedap lah~

Haha.

Mei 09, 2008 10:01 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

kawan aku pernah cakap yang aku ni suka 'kan lelaki perokok..

hanya kerana kawan-kawan lelaki di sekeliling aku kebanyakannya merokok

boleh pakai ke, uncle?

Mei 09, 2008 11:55 PTG

 
Blogger Pasihah said...

rokok daun tanpa tembakau pernhaa la layan. pening ah.

Mei 10, 2008 12:11 PG

 
Blogger SATIRA + KACAU said...

Sdr Sinaganaga: Harap tidak marah kerana "nasihat" saya.

Satira + Kacau memang cakap lepas.

Nanti jumpa saya belanja makan. Tidak pun Sdr yang belanja saya.

Satira + Kacau

Mei 10, 2008 11:13 PG

 
Blogger amer zaman said...

Uncle naga,
kem salam kat Intan Fazliana ya?

yamg benar,
takisaprokok

Mei 11, 2008 3:37 PG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

rokok itu cool... tapi aku x merokok... so aku x cool. haha!

Mei 11, 2008 5:18 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
Ha ha.

Amyz,
Ha ha.

Madu,
Ha ha. Boleh boleh.

Kacau,
Ha ha.

Amer,
Intan dah berkahwin. Dah beranak-pinak dah pun. Sori, kau terlambat.

Danielle,
Bila nak keluar Sinar Harian ni?

Mei 11, 2008 7:16 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha sabar bro. sya dah bagi kat editor ari isnin lpas dah. skang ni tgh tunggu queue la bro... nanti kuar sya bgtau! :p

Mei 11, 2008 8:49 PTG

 
Blogger Mohafiz MH, M.D. said...

ulcerative colitis juga jarang dikalangan perokok..jangan tanya aku ulcerative colitis tu apa..haha

Mei 12, 2008 3:14 PG

 

Catat Ulasan

<< Home