Balak KL
Pagi ahad yang lalu.
Adalah aku. Di antara mereka. Gadis berambut basah yang bangun lewat. Dan. Misi berseragam biru kobalt yang baru hendak pergi kerja syif.
Kak Saripah Hasnor sedang sibuk menyenduk nasi lemak. Lepas satu bungkus ke satu bungkus yang lain. “Yang ni nak bubuh lauk apa?” tanya Kak Saripah Hasnor. “Paru,” jawab gadis berambut basah yang bangun lewat serta berbau Head and Shoulders itu. Berdiri sambil memeluk tubuh. Bahagian di antara pinggang dan punggungnya semacam telah patah. Dengan hujung jemarinya yang runcing belalang Makkah itu dia bermain-main kunci kereta Kancil. Berkerincing.
“Ni ni ni,” kata Kak Saripah Hasnor, “akak nak tanya kau sikit ni… kau jangan ambil hati ek!”
“Hah!???” jawab aku sambil buat-buat muka meluat. Pada ketika aku hendak menyenduk beberapa keping daging dari Tupperware, lengan aku telah tersentuh buah dada misi berseragam biru kobalt yang baru hendak pergi kerja syif itu. “Op! Sorry!” kata dia. “Eh! Bukan I ke yang patut minta maaf?” tanya aku. Dia senyum. Senyum yang paling membunuh. Pergh!!!
“Ni ni ni, akak nak tanya ni, kau dengar tak?” tanya Kak Saripah Hasnor lagi, “akak dengar kau dah join Syiah, betul ke?”
“Hah!???” jawab aku sambil buat-buat muka terperanjat.
“Kau pernah sesat ke, Tian Chua?” tanya Kak Saripah Hasnor lagi sambil membetul-betulkan anak rambutnya yang terkeluar dari serkup kepala.
“Dulu, masa kat Jepun, pernahlah sesat,” jawab aku, “kat stesen Shinjuku tu terlalu banyak sangat exit-nya!”
“Dua setengah!” beritahu Kak Saripah Hasnor sambil menghulur sebungkus nasi lemak berlaukkan daging.
“Ni ni ni, saya nak beritahu sikit ni… akak jangan ambil hati ek!” kata aku, “saya bukan Tian Chua dan saya benci Hashim Abu Hanipah ketika dia menjadi pengantara rancangan Blog tu. Hah, Saya Syiah? Ada tokoh ke?”
Misi berseragam biru kobalt yang baru hendak pergi kerja syif. Dan. Gadis berambut basah yang bangun lewat. Di antara mereka. Adalah aku.
Pagi ahad yang lalu.



















32 Comments:
tian chua syiah ke?
May 09, 2008 3:09 PM
Ram,
Dalam dunia sekarang ni, siapa-siapa pun mereka kata Syiah. Ha ha.
May 09, 2008 3:20 PM
syiah pakai helmet jerman?
May 09, 2008 3:22 PM
Nizi,
Tu Syiah Sindiket Sol-Jah! Ha ha.
May 09, 2008 5:03 PM
Dalam cerita Two and a Half Men.
Jake anak si Alan bertanya kepada bapaknya Alan dan pakciknya Charlie.
Dia bertanya apa itu threesome.
May 09, 2008 5:30 PM
Pak Naga dulu di Jepun belajar ilmu apa ya?
May 09, 2008 6:58 PM
Syiah?
Kak Saripah ni, tak habis-habis dengan Tian Chua.
Beras naik. Nasi lemak dia naik harga dak?
May 09, 2008 8:47 PM
Dah lama tak makan nasi lemak kukus. Sedap sehh..
May 09, 2008 10:09 PM
kau dituduh syiah? itu satu penghormatan unt kau.
May 10, 2008 12:42 AM
Hoh! Pak cik Ge pon senasib ngan FT gak ker? Apakah ciri2 yg ada pada pak cik Ge yg menyebabkan dituduh begitu? Ada bt penulisan berbentuk kesyiahan ke? Lukisan berbentuk sedemikian? atau dari segi rupakah?
Hoh! Tp syiah jugakan Islam pegangannya? HeHeHe .. makin terkenal la pak cik Ge lepas nih. Macam FT. Ekkeekeeke...! ;)
May 10, 2008 1:33 AM
lu pergi karbala jgn lupa sound..
nak pesan batu barang seketul dua.
May 10, 2008 2:02 AM
nage ni.. kalau tak der cerita buah-buahan.. bukanlah dia... ho ho..
May 10, 2008 9:37 AM
Hai sinaganaga!
kita berjumpa time KLAB annexe, saya beli dua buku dari S.Soljah.
mohon beri tunjuk ajar..
hehe.
anak bumi, pemilik blog berat2 dan ringan2..
May 10, 2008 7:27 PM
agak2 mufti nak bagi surat kat saper yek kalu bro naga ni syiah?
May 11, 2008 2:43 AM
kau tian chua yang merokok di usia lewat?
ha ha
anyway, thanks for the merokok entry, at least aku tahu, i'm not alone.
May 11, 2008 3:52 PM
bro aku tgk kalo kat timur tengah cam kat Iraq & Palestin tu org Syiah yang byk berjuang smapai mati-mati kan, tapi byk org Sunni yg jdi barua... hmm
May 11, 2008 5:22 PM
Abda,
Aku suka juga tengok cerita tu. Ha ha.
Amin,
Ilmu sesat. Ha ha. Ada kaitan dengan budaya. Tapi bukan budaya kita. Budaya orang lain. :)
Water,
Nasi lemak dia tak naik harga. Kata dia, "tak dapat di dunia, akak dapat di akhirat!"
Amyz,
Belanja aku weh! Duit biasiswa banyak lagikan? Ha ha.
Isnin tak boleh. Aku ada jamuan makan sokan emapt penjuru di DBP. Karangkaraf, lu tere le weh!
Daniel,
Lu mari tak?
AreYoung,
Lu mari tak?
Zz,
Tu yang aku tengah meloncat-loncat ni. Uwoop! Uwooop!
Tapi malam semalam Mat Jan cakap, "Naga, kau bukan atheist ke?" Lepas tu dia belasah dua bungkus nasi lemak. Tak nak makan kununnnnn. Ceh!
Nura,
Aku tak prajudis. Syiah pun kawan aku. Sunah pun kawan aku. Buddha, Shinto, Hindu, Kristian, et cetera pun kawan aku. Tapi tak semestinya aku kawan dengan orang Sunnah - aku ni Sunnah. Tak semstinya aku kawan dengan Hindu - aku ni Hindu jugalah!
Aku kawan dengan Mat Jan. Tapi aku bukan Mamak! Aku Hindustan! HA HA.
Peng,
Karbala tu kat mana pun wa tatau. Iran? Iraq? Syiria?
Psssstttt! Aku pernah tengok Faisal T sembahyang kat surau The Mall - tak pakai batu pun!
Tasik,
Ha ha. Wa Islam Baka! Mestilah ada buah-buah. "Tamar, Saudarekkk?"
Bumi,
Weeeeeeh! Welcome sir, welcome! Aku cari blog kau dah seminggu dah. Tak jumpa. Dah kau datang ni - nanti aku link blog kau tu ek!
Welcome sir, welcome, alahai!
Pssstttt! Nida tak jumpa kau lagi ni (Nida, pssst, lagi hensem dari mamat Piring Astro tu wo, mamat Bhumi ni, rambut panjang, poni tail kat belakang, cakap slow gak, kalau pegang tangan kau bersalaman - jenis yang gigil2 le muhahahahahaha).
Amir,
Depa kata Wahabi tak haram. Dunnolah. Tapi depa tak keluar fatwa kata Syiah haram gak kot.
Tapi, kalau mufti Sunnah dan mufti Syiah ketepikan pandanga politik mereka dan kembali kepada TauhidNya - insyaAllah, Syiah dan Sunnah boleh tumpukan kepada masalah2 orang Islam yang lain: Murtad, Ibu Tunggal, Anak Yatim, Baca Qurau atau Lagukan Quran?, Poligami, Mas Kahiwn, et cetera.
Tauhid! Itu kata kuncinya.
Po,
Ok sayang, kalau aku pergi Terengganu, aku contact you sayang. Nanti kita hisap rokok secara berduet kat tepi tebing kat depan istana tu ek.
Danielle,
Part jadi barua-barua ni - bukan kira Syiah ke Sunnah ke Shinto ke Hindu ke - asal nama manusia: ramai yang jadi barua. Tengok sajalah parti-parti politik kita tu - berapa ramai barua weh! Ha ha.
Tak payahlah nak menunding jari siapa betul siapa salah - kita buat/laksanakan tanggungjawab yang telah diberi mengikut kepercayaan masing2.
May 11, 2008 6:57 PM
:)
May 12, 2008 11:04 AM
balak kl atau balak bbs?
sedap ke nasik lemak kak saripah hasnor?
May 12, 2008 11:38 AM
Syiah?btolkah?hehe
May 12, 2008 3:27 PM
dimana letaknye ke syiahan lu dude? haha .... dr matanye ka? dari misainya ka? atau dari tulisannye.... ha jawab jawab!!
May 12, 2008 3:38 PM
Pesan kat Akak Saripah Hasnor, tupperware jangan letak tinggi sangat.Biar paras pinggang, jangan paras dada.
May 12, 2008 10:43 PM
Azzam,
:)
Sayut,
Nasi lemak kat mana-mana pun serupa. Kolestrol! Ha ha.
Yana,
Islam baka. Itu sure.
Amora,
Dari mata turun ke hati. Eh eh eh, itu chinta! Ha ha.
Jonos,
HA HA. Mencarut ek?
May 13, 2008 9:01 AM
Rambut ko basah gak tak hari tu? Hmmm....
May 13, 2008 11:58 AM
Nasihat!
May 13, 2008 2:33 PM
ni ni ni, aku pening la baca isen ni.
May 13, 2008 3:15 PM
kena bagi kakak tu spek mata ler, bio dia terang sket pandangan, bio dia dapat bezakan antara en.nage dgn tian chua tu.
May 13, 2008 4:19 PM
Hashim Abu Hanipah tu tak bersalah....
May 13, 2008 4:26 PM
Apa nama penuh Tian Chua? Tian Chua Abdullah? Hik hik.
May 13, 2008 5:46 PM
Najwa,
Rambut tak basah. Tapi.. ermmmm.... ermmm... tapi...
Jai,
HA HA.
Asu,
Ha ha.
Jonos,
Ha ha.
Purp,
Tapi Hasyim Abu Hanipah memang tak buat homework!!!!!!!
Ying,
Ha ha.
May 14, 2008 10:28 AM
Hang kerja hari Ahad?
Hang duduk kat Kedah atau Kelantan?
Aku ingat hang dok kat KL.
May 15, 2008 8:30 AM
Ahad kerja aku ngorat misi kerja syif. Ha ha.
May 15, 2008 12:44 PM
Post a Comment
<< Home