Kokang
Dulu. Aku. Mia. Adalah Raja dan Ratu. Panjat gunung di serata Malaysia. Tapi, itu dulu.
KOMA
Aku kokang. Penutup minuman di dalam tin. Dan. Aku benam. Dua batang straw ke dalamnya.
“Errr,” tanya Mia, “kita akan minum dari tin minuman yang sama ke? Wow, romantiknya!”
“Taklah,” jawab aku, “mana ada lelaki minum guna straw! Tak macho-lah!”
Aku kokang satu lagi. Penutup minuman di dalam tin. Dan. Aku teguk. Nikmat di dalamnya. Ahhhssss...
Mia?
Mia nyonyot. Air dari dalam tin. Dengan. Dua batang straw sekali gus. Sambil buat-buat muka meluat. Ya, meluat yang teramat sangat.
Mia dan ‘Captain Jack Sparrow’. Ber-dating ke puncak ancala. Wo!
37 Comments:
Lu mmg Macho bro! hahaha!
Mei 15, 2008 1:58 PTG
HoHoHo...
Mia dapat straw tambahan!
Meneguk air macam iklan 100+ .. nampak begitu ranggi sekali!
Mei 15, 2008 2:11 PTG
besnya dia nyonyot
Mei 15, 2008 2:13 PTG
Danielle,
Ye, wa tao. Ermmm, no wonder le budak-budak Broken Angels lu kenyit mata kat wa. *Ahaks!*
Nura,
Ye, aku tao.
Chinta,
Ye, aku tao.
Mei 15, 2008 2:25 PTG
ko kaki manjat ye ge... puncak ancala tu mane hah??
Mei 15, 2008 2:31 PTG
wooo.. susah nak kawal kalau ada dua straw..
ferr.. duduk ala-ala hensem.. ekekeke
Mei 15, 2008 2:36 PTG
haha..
Mia gigit straw tu smpai hancur x?
Mei 15, 2008 4:00 PTG
dua straw sekali?
wow..
Mei 15, 2008 4:30 PTG
Tasik,
Ancala = gunung/bukit.
Daun,
Kalau susah kawal - nyonyot satu-satulah. HA HA HA HA HA.
Azwan,
Mia tak gigit straw. :)
Kelam,
Wo! HA HA.
Mei 15, 2008 4:35 PTG
Aaaa.. Minum pakai 2 straw cepat habis airnya.
Mei 15, 2008 4:36 PTG
lama aku tak dengar perkataan ancala..semenjak arab dan aidit tak lagi bikin lagu.
apa jadi dengan Mia sekarang?
missing in action?
Mei 15, 2008 4:44 PTG
Whoa..jejaka di sebelah Mia itu sungguh kacak. Tu masa umur berapa bang?
Mia, Straw, air tin dan sang jejaka ahaks!
Panjat gunung mana bang?
Mei 15, 2008 5:49 PTG
Amyz,
Ye ke? Sori, tak pernah cuba. Ha ha.
Po,
Last - Mia di JPM. Dengar cer dah posting ke Kewangan ke hape ke. :) Masih belum berkahwin.
Water,
Tu masa lutut tak tepok lagi. HA HA. Gunung Kinabalu rasanya ni, entah, tak ingat. Ermmmm... Kinabalulah ni.
Mei 15, 2008 11:19 PTG
Fulamak! baju pun sedondon. hu hu hu
Mei 16, 2008 4:19 PG
lu memang pandai memberi harapan.
Mei 16, 2008 4:42 PG
Nyonyot. HA HA!
Mei 16, 2008 8:03 PG
Amboi amboi Abang Naga... Hensem sungguh gambar Abang Naga ni... Bertambah koleksi Cath. Ha ha!
Mei 16, 2008 8:19 PG
Ati,
Dua-dua kasut pun brand Hi-Tech wo. Cuma fesyen lain-lainlah. *wink*
Baju tu - semua orang dapat sama. Baju sponsor. Ha ha.
Peng,
Bila lak? Ha ha.
Azzam,
Ha ha.
Kat,
Ya. Perempuan manalah yang tak tersihir dek aku. *ahaks*
Mei 16, 2008 9:07 PG
ahak, aku sikat melihat misai jack sparow
Mei 16, 2008 11:04 PG
He,
Masa tu belum beli topi lanun tu lagi. He he.
Guys,
Kalau ada free time, minta pergi ke blog 'cowgumrubber' aku - minta turunkan komen yang membina (komen yang kutuk2 tak payah! ha ha) pada thumbnails 'Roti & Kopi' - dari segi design-nya dan typography-nya dan estetikanya.
Mei 16, 2008 11:16 PG
Hebat juga kelihatannya jejaka yang ikat kepala tu.
Mei 16, 2008 11:24 PG
Marsli,
Lanun Darat beb, Lanun Daratttttttt!
Mei 16, 2008 11:33 PG
sekarang masih larat lagi tak panjat gunung.. soljah boleh anjurkan program panjat gunung plak lepas nie...
Mei 16, 2008 11:35 PG
captain jack sparrow, tak mahu mendaki lagikah? pose macho hero remaja siot! uwop!
Mei 16, 2008 1:01 PTG
Kemat,
Larat gak sikit2. Setakat Laban Rata tu boleh lagi laaa... Kalau nak suruh sampai ke puncak - tak boleh dah rasanya.
Tapi, kalau suruh jaga bahagian pengurusan - boleh!
Sapa mau pigi? Angkat tangan!
Art,
Cukup2 le dah zaman remaja aku tu weh!
Mei 16, 2008 4:22 PTG
bang,
gaya duduk macam Ibnor Riza, pergh! Bang, saya link blog.
Mei 16, 2008 4:51 PTG
Baba,
Ada orang kata, “gaya lu macam Ali Sobrie.” Ha ha.
Eh! Lu kena ke sapa tu?
Mei 16, 2008 5:12 PTG
salam abg Naga,
Esok Insya Allah artikel Maskara dan Sindiket Sol-Jah mungkin akan keluar dalam Sinar Harian. Muka Tengah. M/S S16 dan S17. :-)
Mei 16, 2008 6:42 PTG
Dengan tangan berbalut, Amid hantar lagi air.
Mei 16, 2008 8:42 PTG
Lain kali letaklah 3 straw.
Mei 16, 2008 10:44 PTG
Danielle,
Ok, esok aku beli. Thanks dude.
Nuar,
Hameed tak panjat gununggg!
Ying,
Ha ha.
Mei 16, 2008 11:27 PTG
Saya tak tahu maksud kokang mula-mula.
Kongkang saya tahulah.
Mei 17, 2008 2:46 PG
captain apa?! boleh kene keracunan makanan aku mcm ni
Mei 17, 2008 11:30 PG
Salam Pak Naga.
Mei 17, 2008 9:56 PTG
Tanah,
Uwoop! Uwoop!
Jai,
Ha ha.
Roman,
Salam.
Mei 20, 2008 8:35 PG
Aku minum beer pun pakai straw haper... tak caya tanya awek syif malam yg keje kat A&W Drive-in tu.
Mei 21, 2008 9:31 PTG
'Lagu' nih rupanya Captain Jack..
cam lain plakk yg aku tgk kat GSC.
yg ini lebih macho ala Hritrik Roshan.
ha.ha.
Jun 02, 2008 5:25 PTG
Catat Ulasan
<< Home