Menjelang PRU13: Takepek
"Siapa nak in charge masak paceri (pajeri?) ni?" tanya Karim Driving School.
Usop Ludin angkat tangan. Kak Pinoi angkat tangan juga. Pak Akop pun angkat tangan juga.
"Oleh kerana ada tiga orang yang menawarkan diri... pengundian mestilah dijalankan." kata Karim Driving School, "Oleh kerana Mamang Sulan tidak menganggotai mana-mana parti, suka apalah kiranya kalau kita melantik beliau menjadi ketua Suruhanjaya Pengundian dan saya sendiri akan menjadi pembantunya nanti. Demi untuk memastikan bahawa pengundian ini dijalankan secara adil dan saksama, seorang hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja. Dan, oleh kerana cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi tidak boleh dilaksanakan atas beberapa sebab-musabab yang tak logik, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mencadangkan kaedah-kaedah lain yang difikirkan sesuai bagi menggantikan dakwat kekal yang dimaksudkan itu."
Cepat-cepat Usop Ludin tunjuk jari-jarinya. Merah dek kesan sirap inci. Cepat-cepat Kak Pinoi tunjuk jari-jarinya. Kuning dek kesan kunyit goreng ikan. Cepat-cepat Pak Akop tunjuk jari-jarinya. Lebam dan bengkak?
"Pssst!" bisik Mamang Sulan ke telinga Karim Driving School, "Jari Pak Akop takepek pintu, tadi!"
Karim Driving School menyeringai macam kerang bakar. Dia macam dah dapat kaedah yang sesuai. Untuk menyelesaikan permasalahan dakwat kekal itu.
Angin bertiup kencang. Pintu-pintu rumah di stingarden itu berdentum-dentam.
Label: PRU13
26 Comments:
kalau saya jadi Mamang Sulan, saya cadangkan pasang dakwat kat lidah. macam lepas makan asam masin, meraaahhhh je lidah. dan dakwat tu kena yang boleh dimakan.
Mei 24, 2008 5:23 PTG
hahah.. dulu masa mereka duk bagi alasan guna dakwat tu cara kolot... lama, tak moden...
aku bagi cadangan guna pengimbas cap jari dan data dari jpn... tapi tak diterima.. susah nak menipu... ekekek...
Mei 24, 2008 5:53 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mei 24, 2008 7:46 PTG
Apa kata guna kaedah DNA macam dalam CSI yang saya minat tu.
DNA kak Pinoi tak sama dengan DNA Abang Karim kan..kan..kan
Tak boleh tipu punya. Lainlah kalau pakar-pakarnya pun makan suap.
Kan..kan.kan...
ps: muflis kjaan Malaya weh!!!
Mei 24, 2008 7:52 PTG
Deo,
Asal nama 'dakwat' je - kabinet menolak cadangan itu! Ha ha.
Chik,
Ha ha. Ade deh deh...
Water,
Uh, banyak belanja kaedah tu. :)
Mei 24, 2008 9:00 PTG
berdentum²?
wo..
x patah ka jari dpa suma tu..
masak paceri ja pon..
=)
Mei 25, 2008 10:21 PG
kot ya pun, janganlah sampai menyusahkan pengundi..eh pemasak paceri...dah la volunteer...mcm2 plak!
Mei 25, 2008 11:46 PG
haha nak cari org masak pajeri ke ni? dah mcm nak cari pemain karom je. hahaha! :P kesian jari diorg semua bengkak la tu nanti! hahaha!
Mei 25, 2008 12:18 PTG
hebat betul fiksyen naga nih
serupa real lah
Mei 25, 2008 3:06 PTG
taknakla ngundi..kasihani jari jemariku yang runcing ini..nak ketuk ngan apa kasi bengkak tu?haha
Mei 26, 2008 12:25 PG
sanggup tak mengundi...
Mei 26, 2008 8:08 PG
unlce, meh la aku volunteer untuk masak pajeri.
Sapa dah volunteer dia dikira berkecuali, kan?
ha ha ha
Mei 26, 2008 8:56 PG
Azwan,
Dakwat hitam ja pun... apa ada hal. He he.
Asu,
Yang betulnya - jangan susahkan rakyat! Ermmm...
Daniel,
Sokan 4 penjuru hari tu - Karangkraf tak hantar player carumkan? Ha ha. Apa daa...
Han,
Ha ha.
3,
Kasi kepit dengan pintu le. Ha ha.
Kemat,
Siapa tak ngundi - tak boleh makan pajeri. Ha ha.
Madu,
Calon pun kena ngundi gak wehhhh! Ha ha.
Mei 26, 2008 10:14 PG
pak akop tu saje dikepit jari tu...
Mei 26, 2008 10:23 PG
Tasik,
Ha ha. Ada pulak...
Mei 26, 2008 10:32 PG
xyah dakwat
untuk lebih telus sapa p ngundi kena potong jari kelingking.balik ngan jari berbalut.
untuk kesenangan rakyat kena lah berkorban jari sket...
Mei 26, 2008 11:55 PG
sedapnye paceri:)
Mei 26, 2008 1:27 PTG
hahaha! alamak! rasanya tak hantar :P saya ni sibuk dgn urusan akhbar hahaha!
Mei 26, 2008 1:40 PTG
Rela aku tak makan pajeri.
Mei 26, 2008 1:46 PTG
Maksudnya semua setuju kepek jari ngan pintu ka? Wooo! Sangat kijam! But I like it! [dgn syarat tak termasuk jari daku].Haha.
Mei 26, 2008 2:22 PTG
Dhani,
Kalau Ezam masuk UMNO - rakyat boleh merdeka ke? Ha ha.
Siew,
Cadangan yang lebih menarik. Ha ha.
Yana,
Belum masak lagi le weh! Ha ha.
Danial,
AreYoung pun sibuk ke? Team Broken Angel tak boleh main carom ke? Ha ha.
Dug,
:)
Nura,
Ha ha.
Mei 26, 2008 3:08 PTG
Janji rock!
Budukna macan. Sey roja-roja.
Bro, sambung lagi takepek.
Mei 26, 2008 4:37 PTG
hahaha! areyoung pun sibuk bro cari berita! hehehe! broken angel nak jaga jari kot! :P
Mei 26, 2008 8:11 PTG
wakakakakakakakakaka!
haru biru jari jemari ku!
kemek-kemek dikerjakan pintu
aduh!
Mei 27, 2008 9:40 PG
alamak susah ni..
masak pajeri pon kena ada pemilihan..
saya dpt kontrak buat ayam masak merah abg nage??
Ezam kalo bole masak pajeri tk yah masuk AMNO lah buang talent je.. masuk Parti Chef Wan (Sechewan)
Mei 27, 2008 11:00 PG
Ah,
Ha ha.
Danial,
Pssst! Kimsalam kat Broken Angel yang kenyit mata kat aku tu. Ha ha.
Baj,
Ha ha.
Mohd,
Ha ha.
Mei 27, 2008 12:31 PTG
Catat Ulasan
<< Home