Menjelang PRU13: Berderau
Usop Ludin kata paceri nenas Pak Akop sedap. Kak Pinoi kata paceri nenas Pak Akop best. Mamang Sulan kata paceri nenas Pak Akop enak banget. Hassan Kedai Runcit jempol tangan kiri ke atas. Karim Driving School jempol tangan kiri dan tangan kanan ke atas. Hassan Kedai Runcit mencebik; buat-buat muka meluat. Karim Driving School mengekek; ada sisa paceri nenas di tepi mulutnya yang sedang riuh-rendah mengunyah. Nenek Munah Leper tak terkata apa-apa dek kesedapan; dipejam-pejamkannnya mata dan dikemam-kemamkannya bibir. Mat Sanggul kata, “mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak ni….” Pak Akop tempeleng jambul Mat Sanggul yang macam helang menyusur angin tu, “lalu kat belakang memanglah tak nampak!!!” Ila, anak Sarjan Kassim sedang bermain-main mata dengan Mail, anak Haji Dua Kupang yang belajar di Universiti Pertanian Malaysia. Pada suatu ketika, sedang Ila menatang piring yang berisi paceri nenas resepi turun-temurun Pak Akop, Mail mendatanginya cepat-cepat, “aaa… tahun ni abang dah final year dah, Ila!” Hujung jari mereka tersentuh. Hendak dikalihkannya jari, takut piring yang berisi paceri nenas itu terlepas pula dek tangan. Berderau darah Ila. Dup dap dup dap dupdapdupdapdupdapdup…. Maklumlah, ‘first time’!
“Apa rahsia paceri nenas Pak Akop ni?” tanya Sarjan Kassim.
“Hah, tak ada rahsia-rahsia dehhh… mula-mula kau tumis rempah kari… kemudian, tunggu sehingga naik minyak…” tak sempat hendak dihabiskannya ayat apabila basikal Wak Merah-merah Taman Kok Doh yang dikayuh laju tiba-tiba men-drift betul-betul di hadapan pangkin tempat mereka sedang food testing.
“Apa pasal bawak basikal kelam-kabut sangat ni, Wak?” tanya Sarjan Kassim.
“Minyak dah naik! Minyak dah naik!!!!” jawab Wak Merah-merah Taman Kok Doh.
Berderau darah orang kampung. Dup dap dup dap dupdapdupdapdupdapdup….
Label: PRU13
35 Comments:
Tak lama lagi api pulak naik.
Lahai!
Jun 05, 2008 8:41 PG
men-drift..?
ha ha ha ha
ya ya kita gelak dalam duka.Nasib baik ada Naga.
Jun 05, 2008 9:06 PG
Lepas ni semua naik,
Buah kelapa je turun.
Tak caya tunggu arrr. :D
Jun 05, 2008 9:10 PG
Nak cari spare part basikal murah2??
Tiada masa ke kedai2 basikal berhampiran anda?
call - 0123567894
Harga boleh dirunding
Jun 05, 2008 9:30 PG
AreYoung,
Menurut sumber yang boleh dipercayai - ada PC di TNB HQ tengah hari ni - dup dap dup dap dupdapdupdap....
Po,
HA HA.
Ah,
Sebenarnya, bukan KELAPA saja - PADI pun tak naik harga!
Ikan Yu,
Kebetulan, tayar basikal racing Muhammad dah pancit (sebab tiub buat hal - pam pam kempis, pam pam kempis!). Aaaa, break sekali - kasi bungkus 2 set!
Boleh mari Bdr Baru S tak?
Jun 05, 2008 9:55 PG
Eleh. Harga 'tak membebankan rakyat' pun nak kecoh. Relaks la beb! Hahaha!
Jun 05, 2008 10:17 PG
Usop Ludin Tanah Lot suh ubah cara hidup.
huh..
Jun 05, 2008 10:30 PG
Betul tu Purp!
Kalo nak dibandingkan dgn negara lain, harga minyak kat negara kita yg tercinta nih lebih murah. Tak percaya? Cuba tanya Pak Akob. Haha
Jun 05, 2008 10:54 PG
Cakap kat Kak Pinoi, kalau tak ambik lesen mandu pun tak apa. Bawak basikal je macam Pak Akob.
Jun 05, 2008 11:39 PG
Eh yang bawak basikal laju tu Wak Merah-merah ye? Apa yang merah, ji? Ha ha!
Jun 05, 2008 11:43 PG
dan paceri nenas pun tidak diendahkan lagi. mereka meluru ke petrol pump. isi penuh ini hari boleh simpan 10 tahun. hak tuuiiih!
Jun 05, 2008 12:10 PTG
aku nak upah dorang masak masa kenduri aku.. ahahaha
Pajeri nenas pon ada dalam menu..
Jun 05, 2008 12:13 PTG
haih..
lalalalalala...
Jun 05, 2008 12:14 PTG
Purp,
Tengah rileks le ni!
Gom,
Suruh Usop Ludin Tanah Lot ubah cara hidup dia dulu! Kalau dah lembik - tak payah le buat-buat garanggg!!!!
Nura,
Pak Akop kata, "lepas naik minyak... hah, Pinoi, kau tahu bila nak masukkan kerisik kelapa ni?”
Azzam,
Apa yang 'merah2'? Masih misteri. Nanti2 aku cerita.
Baba,
Untuk pengetahuan kau - hanya Hassan Kedia Runcit sahaja yang ada Proton Saga warna Hijau Tebu di kampung tu.
Oh, Karim Driving School pun ada kereta - Datsun ke Nissan Sunny, entah.
Sila rujuk semula entri-entri terdahulu untuk kefahaman kau.
Ha ha.
Jun 05, 2008 12:19 PTG
Baba,
Ha ha. Jadi, kenaikkan harga minyak bukan isu pun kepada mereka.
Daun,
43 darjah! 47 darjah!
Jangan terlebih. Jangan terkurang.
BHA HA HA HA HA.
Pssst! Nanti aku ajar kau orang berdua pergi berurut plak! He he he he he....
Sis,
La la la la la.
Jun 05, 2008 12:24 PTG
kehadapan bang naga yang dirindui.
dengan ini saya dan warga kerja bayu senja di selatan ingin mengucapkan
"SALAM TAHNIAH KEPADA PARA PENGUNDI DI TANAH AIR INI BERPELUH-PELUH BERATUR, DENGAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DAN KETAWA LAH PUAS-PUAS!!"
hahahaha.
HAHAHA..adih, adih
tegang perut ketawa dari malam tadi.
Jun 05, 2008 12:27 PTG
minyak dah naik?
takpe.nanti aku naik minyak.
boleh start tumis sekarang abang naga?
Jun 05, 2008 12:29 PTG
Xra,
Aku tak pernah mengundi! Bha ha ha ha.
Semut,
Tumis dulu!!!! Tunggu sampai naik minyak. Kalau tak tumis - mana nak naik minyak? La la la la la.
Jun 05, 2008 12:47 PTG
Tak leh makan nenas, gugur anak aku.
Jun 05, 2008 12:50 PTG
kenapa pepatah mela'u' takder cakap cekik minyak aa?
jap
darah naik sebab minyak naik. sebab harga minyak kena cekik darah, jadi orang pon naik darah dan naik minyak.
eh.betul ker?masih belum boleh ditumis kan abang naga kan?
Jun 05, 2008 1:43 PTG
Aku? Aku naik minyak.
Jun 05, 2008 1:45 PTG
Ying,
:)
Semut,
Tumis dulu, baru boleh naik minyak!
Mau,
Hari ni minyak dah tak naik! HA HA.
Jun 05, 2008 1:59 PTG
Ingatkan kerbau ja naik minyak.
Jun 05, 2008 2:53 PTG
spyz budak kampung sungai kayu ara menjenguk keluar kepala depan beranda. dari atas flyover lagi di seberang jalan dah nampak kereta bersusun menuju stesen minyak.
pejadah lah diorang ni bersusah2. entah2 kos depa berbaris menunggu dapat isi minyak tu dah lebih dari kos yg dapat dijimatkan dari mengisi minyak esok.
ingat satu tank penuh berharga rm1.92/liter boleh guna setahun ke? kata spyz budak kg sungai kayu ara yg hari2 naik motor.
:-)
Jun 05, 2008 2:58 PTG
Khal,
Ha ha.
Spyz,
HA HA.
Jun 05, 2008 3:43 PTG
Pakcik Naga,
next Maskara buat sidang video dengan Skype je. Tak yah keluar rumah. Tak pun chart satu bas ambik dari rumah ke rumah. Agagaga.
Jun 05, 2008 4:06 PTG
harga paceri x naik kan?
Jun 05, 2008 6:09 PTG
mana boleh compare harga paceri malaysia ngan paceri russia ni..Malaysia pengeluar paceri..russia pengimport..
Jun 05, 2008 7:55 PTG
Tiqah,
One day nanti, MASKARA mau masuk ke IPTA. Wo!
Kelam,
Tak. Ha ha.
13,
HA HA.
Jun 06, 2008 8:40 PG
Encik Naga, mintak la bagi laluan nak iklan.
Esok 7 Jun ada pelancaran 14 buah novel KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) di Dewan seminar T2 + Diskusi buku Tirani (Design naga?) dan Aroma Hati
Perasmi: SN. A. Samad Said. Datanglah.
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
Jun 06, 2008 9:12 PG
Sheikh,
Nanti anna copy paste iklan ante tu dan bubuh kat blog Sindiket Sol-Jah!
Masa Sheikh, masa? Kul berapa?
Oh ya, tak usah cari anna kat Al-Hukamah tengah hari ni, anna ke Masjid Najara - anna ada hal kat Muzium Kereta Api.
One more thing, bila penulis2 KEPEZI (selain Serunai Faqir) nak baca naskhah kat MASKARA?
Jun 06, 2008 9:34 PG
Zaman UPM masih uni pertanian, zaman tu minyak naik berapa sen sangat.
Sedap pajeri nenas kena pulak potong tebal-tebal makan dengan nasik panas lembik-lembik.. perghhh!
Jun 06, 2008 9:59 PG
bro, wa ingat nk meniaga paceri nenas la .. bleh tampung utk hg minyak naik....
* sebelah tgn taip, sebelah lagi urut dada... xpe small matter...
Jun 06, 2008 12:09 PTG
Amora,
Takpe takpe, kau guna je kedua-dua belah tangan tu untuk menaip - part urut dada kau tu - BHA HA HA HA - biar aku yang buatkan!
BHA HA HA HA.
Punyalah mencarut... ade... deh deh deh...
Jun 06, 2008 12:42 PTG
paceri tu apa uncle naga?
Jun 06, 2008 10:36 PTG
Catat Ulasan
<< Home