"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Jun 2008

Emak dan abah tak bagi aku tengok tv

Pada suatu hari. Abah pulang. Dalam keadaan tergesa-gesa. Abang switch off tv. Abah cabut plug tv. Abah ajak Emak. Sama-sama angkat tv. Bawa masuk ke dalam bilik. Abah bungkus tv. Dengan selimut warna kotak-kotak merah putih merah putih; ada lukisan pokok bunga warna hijau. Beli kat Kelantan.

Damn! Abah dah tak bagi aku tengok tv.

“Abang terlupa nak perbaharui lesen tv-lah, Teh! Ada orang nak datang check lesen tv kejap lagi.”

Damn! Dulu-dulu. Nak tengok tv kena ada lesen tv.

“Rumah kami tak ada tv!”

“Ta'kanlah rumah sarjan tak ada tv, enche?”

“Sungguh! Tak ada!”

“Tu, lesen tv (di-frame-kan) yang tergantung di dinding tu hape, enche?”

Tap! Abah tepuk dahi. Abah lupa nak sorok lesen tv yang dah tamat tempoh tu, alahai!

49 Comments:

Blogger . said...

Pak Ngah aku cerita,dulu dia sorok tv dalam kebun.

Jun 09, 2008 10:02 PG

 
Blogger saharil said...

dulu2, aku tak paham apa guna lesen tv kat malaysia. sebab rtm ada banyak iklan - tentu kem penerangan boleh dapat duit dari advert, bukan dari duit lesen tv.

kalo kat uk, rtm dia (bbc) tak de iklan langsung. so, semua revenue diorang dari lesen tv..

Jun 09, 2008 10:08 PG

 
Blogger Deo said...

ahh tak pasal-pasal lah setiap rumah kena frame lesen tv.

dulu di rumah aku, selain lesen tv yang tergantung, ada gambar agong size A3 diframe dan digantung di sebelah kiri dinding, bersama-sama gambar permaisuri agong di sebelah kanan dinding. setiap 5 tahun, bapak aku pergi ambil gambar agong, dekat pejabat apa tah aku tak pernah ikut.

patriotik!

Jun 09, 2008 10:10 PG

 
Blogger Amyz! said...

Dulu mak selalu suruh aku gi renew lesen tv kat pejabat pos.

Hahaha.

Jun 09, 2008 10:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizi,
HA HA.

Saharil,
Bila Malaysia nak mansuhkan cukai jalan ni? :)

Deo,
Ha ha.

Amyz,
Ha ha.

Jun 09, 2008 10:54 PG

 
Blogger bajukurung said...

kakakakak!

betul la naga sebijik la cerita lu mcm keluarga wa dulu...

tp yg bes tuh jiran2 kat depan siap bole tepon tuh bgtau kitaorg..so semua mengelabah la sorok tv beb!

dan yg paling kelakar tuh...pegawai2 tu boleh pecaya plak umah aku takde tv?

ciehhh...betul la dowang ni saja buang masa merayap kuar opis..

Jun 09, 2008 11:04 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

Nangis tak tak dapat tgk tv?:p

Jun 09, 2008 11:10 PG

 
Blogger jagoan said...

klasik!

frame lebih mahal dari lesen tv.

Jun 09, 2008 11:12 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Dulu. Basikal pun ada lesen.

Tapi tak tau la pulak samada kalau baru belajar basikal kena letak L atau tak.

Jun 09, 2008 11:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Baju,
Ha ha.

Liyana,
Nangis le.

Ah,
:)

Rimau,
Roadtax kot weh! Yang depa 'ikat' kat jejari roda basikal tu kan?

Jun 09, 2008 11:29 PG

 
Blogger Ahsuez said...

Boleh lagi tu, uncle.

"Encik Tukang-Periksa-Lesen, disebabkan lesen saya dah mati lah saya dah musnahhancurkan TV saya. Don't you get it?"

Cakap orang putih tu bagi nampak lebih meyakinkan.

Jun 09, 2008 11:43 PG

 
Blogger DeeN said...

Ooo.. dulu2 nak kena ada lesen baru buleh tengok tivi ka? Hmm.. nampak sangat aku ni muda lagi. Tak tau apa2 pasal lesen tivi dulu2. Hahahaha..!

Jun 09, 2008 12:47 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Antenna sorok kat mana pulak?

Jun 09, 2008 1:04 PTG

 
Blogger Nan @ Nan Tsab said...

ingat abah kau marah sebab kau tak pegi ngaji...

Jun 09, 2008 1:20 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Saya sempat tengok lesen tv dulu-dulu. Masa umur 5 tak silap. Apa ntah guna dia.

Jun 09, 2008 1:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ahsuez,
“Enche, kalau betul enche sudah musnahhancurkan tv tu, minta enche tunjukkan saya bangkainya!”

Ha ha.

Nura,
Kalau tak ada lesen tv pun masih boleh tengok tv. :) Cuma, tidakkah kita merasa tidak adil. Kalau 'state' minta rakyat berpendapatan rendah untuk berjimat cermat - adilkah kalau 'state' masih berkereta mewah dan makan minum di majlis-majlis rasmi tanpa mengeluarkan duit sesen pun?

BAH HA HA.

Dug,
Tap! Abag tepuk dahi lagi. Abah lupa nak sorok anthenna yang macam tulang ikan tu, alahai!

Nan,
:)

Tiqah,
Ooo... rakan sebaya rupanya kita ek! He he.

Jun 09, 2008 2:09 PTG

 
Blogger Pakcik Luar Otak said...

Tapi kelmarin aku selamba je lalu roadblock dekat..

Ehh..

Laa..

Tak sama.

Jun 09, 2008 2:11 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha! dulu bro aku pernah terKOYAKkan lesen TV rumah aku sebab aku igt itu resit beli TV. hahaha! masa tu umur aku 4 tahun :P

p/s-bapak aku cerita! hehe

Jun 09, 2008 2:23 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Rumah saya..dulu-dul takde tv. Tumpang tengok rumah jiran je.

Abah dulu-dulu..namapak orang periksa lesen datang. radio buruk pun disuruh sorok.

Alahai!

Jun 09, 2008 2:27 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Salam Pak Naga,

Saya meminta kebenaran untuk mengulas mengenai Pak Naga dalam free ezine saya edisi bulan Ogos, bolehkah?

=.="

Jun 09, 2008 2:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dan,
Wo, kita rakan sebaya, wo!

Water,
Ada lesen radio 'ja - tak boleh ada tv. Tetapi, kalau ada lesen tv 'ja - boleh ada tv dan juga radio. :)

Amin,
Silakan.

Jun 09, 2008 2:45 PTG

 
Blogger MDM FARAH FAIZURA said...

oit!

*membalas oit mu dahulu

Jun 09, 2008 2:52 PTG

 
Blogger Enche said...

dulu rumah aku ada TV dan radio..ayah aku penyokong kuat pembangkang jadi dia tak mengambil lesen TV dan lesen radio..sungguh kuat membangkang ayah aku...kekekeke

Jun 09, 2008 3:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dingin,
oit! Ha ha.

Enche,
Hello brotherrrrrrrr! Bila nok mari sini? Bawok mek mu sekali laa! Eh, rumoh tepi stadium sultan muhammad tu sapo duduk? Adik tino mu ka?

Jun 09, 2008 3:49 PTG

 
Blogger Kaktiny said...

drpd tajuk .. ingatkan kena grounded sbb tak study..

walaupun skrg ni takder lesen tv tapi bil astro tuh dah setanding lesen tv.. takyah tunggu pegawai datang check.. lambat bayar skit, line kena 'cut'.. bukan nak tgk astro sgt pun, tapi kalau tak pakai astro, tv 1, 2, 3 tak clear (silap hari, tak dpt langsung - blur jer..)

Jun 09, 2008 4:58 PTG

 
Blogger Rajuna said...

tepat!
aku seram bila penguatkuasa datang
podah tv pun ada lesen
ingat aku heran sangat tv mesia nih.
aku tgk tv singapore dgn indonesia la..piiiiirah!

Jun 09, 2008 5:17 PTG

 
Blogger June said...

Ge, gua rasa tv tu sampah teknologi.


ikhlas,
gua yg loyal pada blogspot.

Jun 09, 2008 7:07 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

tapi abah aku letak atas almari.kat sebelah kotak megi.ariel tulang ikan abah sorok belakang reban.

sudah nya.petugas lesen tak singgah rumah.sebab malas nak panjat bukit.

tapi.tapi.rumah aku dulu cuma guna jeneratur.enjin dihidupkan pukul enam setengah.dimatikan pukul dua belas.

jadi nya.siang aku memang tak tengok tivi.hakhakhak

Jun 09, 2008 7:31 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua main tengok je tv..abah keh bagi lesen tengok tv sampai dunia jam 10..

Jun 09, 2008 9:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

KakTiny,
Ooo... Ha ha.

Juna,
Bila 'state' nak hapuskan roadtax?

Teh,
TV kat bilik Muhammad dah tak keluar gambar. Sampah betul!

Semut,
Rumah lu kat bukit mana?

Yapong,
Aboh keh bagi lesen tengok tv sampa Peristiwa. Kekadang terlajar sehingga Payton Place. Ha ha.

Jun 09, 2008 10:59 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ha ha ha

Jun 09, 2008 11:52 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Kat sini, sampai sekarang kena bayar lesen tivi. Mahal nak mampus pulak tu. Tak kuasa nak bayar.

Jun 10, 2008 1:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
Pssst! Kalau kau dapat sen lebih sikit - belikan tv untuk opis abah kau; bolehlah aku tumpang tengok.

Tanah,
Mahal lagi nasi goreng kat Malaysia ni. RM2.50 harga sebelum minyak naik. RM3.00 harga selepas minyak naik.

Soalannya: Berapa liter minyakkah yang diperlukan untuk menggoreng nasi goreng tersebut?

Jun 10, 2008 8:38 PG

 
Blogger The.Libyaman said...

wa pernah hidup gak zaman ada lesen tv nie, tapi takde plak dengar "polis lesen tv" datang umah check. itu dah kira mcm buat road block plak.

Jun 10, 2008 9:33 PG

 
Blogger kasut-gombak said...

lesen mati tamat tempoh, xleh tgk tv sbb xde siaran.

seb bek dulu gomen xwat cm astro.

klu x, xleh tgk gaban.

hahahaha..

Jun 10, 2008 9:53 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

gaban zek.potong dua.haha.aku selalu cakap macam tu kalau nak potong tembikai.

bro,umah gua atas bukit.bukit.yang ada tunggul satu di tengah.gua tak pasti nak namakan apa bukit di rumah gua tu.jap.

dengan ini aku namakan bukit itu....bukit-bukit bertunggul satu.haha

Jun 10, 2008 10:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Baba,
Psssttt! Jumaat ni jadi ke kat masjid KLCC tu?

Kasut,
Gaban? Bha ha ha.

Semut,
Ha ha.

Jun 10, 2008 12:09 PTG

 
Blogger DeeN said...

Erk!!
Ni marahkan nyamuk, bakar hutan ker? Hahahahahahahahaaaa!!

Tp, kepimpinan kan melalui tauladan. Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun! :)

Jun 10, 2008 2:36 PTG

 
Blogger Artozy said...

teringat masa tengah sekolah dapat duit jual berger gua niat nak tolong mak bayar lesen tivi. ala-ala anak soleh konon hahaha.

Jun 10, 2008 3:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nura,
HA HA.

Art,
Ha ha.

Jun 10, 2008 4:26 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

G, aku nak gelak boleh? Ha ha ha!

Jun 10, 2008 5:12 PTG

 
Blogger Bila Diary Bercerita said...

Ha...ha...ha....nak tumpang gelak sekali dgn soalan matematik 'berapa liter minyak digunakan itu'...

Jun 10, 2008 5:42 PTG

 
Blogger ~♥ UmmiAnni ♥~ said...

zaman tv berlesen ni selalu buat opah aku kecut perut takut dah tamat tempoh...maklumla org tua2 ni takut sgt kalau org gomen dtg takut kena denda...dulu 1 tv 1 lesen...bila opah aku ada 2 tv dia dah gabra.. pasal dia ada 1 je lesen..so akibatnya 1 tv terpaksa disorokkan hahaha...bila dpat tau 1 lesen utk berpuluh2 tv..dia pakat ngomel katanya kalau tau tak payah aku sorok2 tv..buat penat aku je...opah aku sorok tv kat dapor kat periuk belanga dia..hehehe(terkonang semasa dulu..best zaman kekanak ni)

Jun 10, 2008 6:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Azzam,
Jom gelak. HA HA.

Aishah,
50 sen persamaan berapa liter petrol?

Hani,
Ha ha.

Jun 11, 2008 8:42 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

itulah pasal..

dulu masa gua tgk bapak gua gantung itu lesen atas tv,gua bajet tu lesen untuk dptkan hak penyiaran ker apa ker, rupanya lesen kotak tv!. chaisssss!!!..

Jun 11, 2008 10:36 PG

 
Blogger tasekM said...

abah aku dulu pun pernah sorok tv... :)

Jun 11, 2008 11:20 PG

 
Blogger The.Libyaman said...

bang, jadik. aku dapat idea buat sepanduk. "tambahkan derita kami, wujudkan semula lesen tv"

Jun 11, 2008 12:02 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Baba,
HA HA HA HA.

Jun 11, 2008 4:30 PTG

 
Blogger lutfi said...

Dekat kg aku dulu, hanya ada dua orang yang ada tivi. Salah satunya bapa aku. Tapi bila ada operasi lesen tivi, bapa aku tak gelabah, sebab rumah aku di ujung kg. Zaman tu, tivi guna bateri bro...

Jun 16, 2008 12:35 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home