Kawan perempuan gua yang seorang ini
“Awek mana yang tak sukakan Naga?” Cik Daun.
“Tidak hairanlah mengapa dia disukai orang, terutama perempuan.” Abdullah Jones.
“My best friend and AVID blogger.” Dalilah Tamrin.
Gua kenal minah ni sejak umur 13 tahun lagi. Sejak kami berdua terpaksa tinggal jauh di perantau lagi. Untuk rujukan: Kami tinggal di Kampung KONGO! Bha ha ha ha. Adeh deh deh... KONGO beb! Jauh tu!
Suatu hari, minah ni kena kanser buah dada. Kena potong, wo! Gua nak tolong. Tapi, apa 'ja yang gua boleh tolong, alahai!
Suatu hari yang lain, gua dapat tahu yang minah ni emo sana emo sini et cetera et cetera... (Well, biasalah orang sakit... terkasar sedikit kita membasuh pinggan di sinki - dikatakannya kita ni merunggut penat kerana terpaksa menjaga dia, et cetera et cetera.) ...lalu, gua ajak minah ni pergi CC kat area Masjid India; bikin satu blog kosong untuk dia.
“Di! Orang kata, menulis ni terapi. Kau menulislah! Kau luahkan apa yang terpendam di hati! Harap-harap boleh melegakan sedikit rasa sakit kau tu!”
“Ok! Tapi, aku nak nama blog yang macam... aaa... macam... 'One Leg Kicking'! Boleh?”
Mula-mula gua taip ‘healthybreastsbounce’. Minah tu ketawa macam pontianak tercabut paku daripada tengkuk. Gua padam. Gua taip semula ‘onebreastbouncing‘.
Klik untuk image yang lebih besar.
32 Comments:
Ooo... Kak Raden Galoh.
"Naga was my guru and instrumental to my blog's initial creation....." Kau dah menyentuh banyak jiwa-jiwa manusia Naga. Tahniah!
Jun 06, 2008 1:04 PTG
ya ya, siapa tak suka naga.
altho kadang2 baca site ni macam pervert entries HA HA tapi orangnya tidak. orangnya quite gentlemanlah ya. an old man that deserves to be respected tanpaaaa ada mid life crisis harapnya!
Jun 06, 2008 1:08 PTG
Ooo akak Raden kawan Pak Ge yer. Sedih gak baca citer beliau.
Hehe.. makanya, siapa yg tak suke Pak Ge. Gerek sih! Haha.
Jun 06, 2008 1:47 PTG
ohh.. kampung kongo itu di btr yekk..
Jun 06, 2008 2:00 PTG
Kawan baik, dihargai kan? :-)
Jun 06, 2008 2:14 PTG
Baca separuh udah tau blog kak Raden.
Saya baca blog dia dalam diam :)
Jun 06, 2008 2:20 PTG
Cahayer,
KG. KONGO tu kat KONGOlah!!!!
ha ha.
Jun 06, 2008 3:04 PTG
wow!!
Kind word from a very respected woman..
Naga tak gatal.. dia ikhlas.. so senang awek nak berkawan dengan dia.. kawan biasa... bukan kawan kawen.. ahahhaa
(p/s utk En. Awak.. Awak masih numero uno dalam list saya)
Jun 06, 2008 4:00 PTG
Encik Awak,
Ingat tu - 43 sehingga 47 darjah ya!
BHA HA HA HA HA.
Jun 06, 2008 4:13 PTG
One Leg Kicking. Sedap gak.
Pinjam nama boley??
Jun 06, 2008 4:47 PTG
dulu dah tulis kan.. masa kak raden baru mula tulis blog... heheh... bezanya kali ni pasal masuk paper... hehe...
Jun 06, 2008 4:53 PTG
memang best kalo dapat tlg kawan kan bro? kena plak kawan sgt hargai kita! :-)
Jun 06, 2008 5:59 PTG
penah jgk ikuti onebreastbouncing sekejap2 dulu..
gua tak tau kenapa pastu gua tak kesana..
kenapa ntah..
tp..mmg maybe gua patut kesana semula..
Jun 06, 2008 6:41 PTG
Gambar kau bergaya depan unta bila mau keluar suratkhabar plak bang?
Jun 06, 2008 8:36 PTG
Nizi,
Gambar bergaya depan 'Rimau' dah pernah ada. HA HA.
Jun 06, 2008 9:40 PTG
aku nak suka kat abang naga.tapi nanti aku akan dituduh sebagai lelaki golongan baju berkolar V.tak.tak.
tapi aku memang suka abang naga punya...gaya tulisan. hehe.
Jun 06, 2008 10:12 PTG
wow!
impressive!
Jun 07, 2008 7:24 PG
Sweetnya Nage.Pandai buat org emo gelak.
Jun 07, 2008 11:24 PG
Naga...dragon rawks la...!!!
ehehe...
bila lak nak main kimia, hitam putih?
Jun 07, 2008 11:43 PTG
Betul! Betul! Menulis blog itu satu bentuk terapi.
Jun 08, 2008 1:24 PG
:)
Jun 08, 2008 5:06 PG
wow hebat!
Jun 08, 2008 3:30 PTG
enche naga,
surat beranak saya kampung congo maa.. huhuhuhuu
ooOOoo, kak raden tu kawan enche naga ye.. best blog dia..
Jun 08, 2008 9:53 PTG
Sesiapa y pernah masuk naga punya blog...mesti nak masuk lagi..dan lagi...kalau x... terbayang2 kemaruk nk baca lagi...kira macam love at the first sight la dude...dan x heran juga ramai kenal lu drpd lu kenal org....dan lagi tabik spring bila lu dan blog ni blh inspire the readers...tahniah!!!
Jun 09, 2008 8:26 PG
Mas,
Gua pernah dapat rawatan (keracunan makanan) kat klinik Kg Kongo, wo! Lu dibersalinkan di situ?
Jun 09, 2008 8:30 PG
dan lagi satu nak tambah....lu bleh wat the reader tersengeh2 sorang2.. n u hv made someone's day...virtually!! huhu..
Jun 09, 2008 8:31 PG
Amora,
Keh keh keh keh...
Jun 09, 2008 9:03 PG
Naga hensem.
Jun 09, 2008 9:34 PG
Naga...
aku terkedu tak tau nak kata apa...
teringat kau kt sahabat yg karib tak akan berkecil hati walau apapun yg terluah dari mulut masing2...hmmm...
kau...sesungguhnya...sahabat KARIB aku...
terima kasih. aku bawa jasa kau ke mati GE...
Jun 09, 2008 10:32 PG
bukan dibersalinkan disitu maa.. tapi address kampung congo!! huhu
Jun 09, 2008 10:56 PG
suka kenal org baik2....
Jun 11, 2008 11:19 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jun 11, 2008 12:24 PTG
Catat Ulasan
<< Home