"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Jun 2008

Makhluk bermata merah menyerang SMSS

Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini (yakni SMSS) `huru-hara' selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.

Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras (Kampung Kongo?), tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.

Dirasuk makhluk bermata merah. Baca selanjutnya.
Pelajar (SMSS) terus diganggu. Baca selanjutnya.

…those yang lalu kat pokok buluh kat toilet near to Sahara (nama padang di SMSS) akan… (meremang bulu roma?) uuu...

Nor Raimi (My junior, maybe)

Too much TV! Sudah-sudahlah tu.

Sham Kasio aka Jompol,
Presiden Alumni (My senior)

Sorry ye sham, nak mencelah... Maybe mereka ni lemah semangat kot.

Lily (My super senior)


Ada banyak lagi respon, tetapi aku tidak siarkan di sini. Yang tersiar pun – aku dah potong-potong. Cuma, komen daripada Sdr. Nadz di bawah ini begitu mencuit hati. *LOL*

Ni apa barang rasuk rasuk ni? Zaman aku dulu tak ada pun rasuk rasuk ni. Kami merasuk orang lain adalah!

Aku rasa budak budak nie terlebih makan ubatlah, preasure lebih sangat from cikgu, tension, study sampai pagi; tak tidur, yang kena tinggal marka pun ada, yang kena *tooot* pun ada agaknya, lepas tu ada seorang dah ‘paipon’ terlebih, mata naik merah, yang lain lain panik - habis satu sekolah menjerit.

Zaman aku dulu mana ada preasure. Main ‘ja setiap hari; tak belajar pun. So tak adalah histeria ka, rasuk ka, apa ka - semua pakat lepas tension kat padang ‘ja.

Malam - jamming gitar kat dorm. Budak sekarang, gitar pun tak boleh bawa ke sekolah. Tak seronoklah jadi budak zaman ni. Apa pun tak boleh, cikgu preasure, mak bapak preasure, peer preasure – hampeh - last last terpekik terlolong satu sekolah.

Anak aku, Mike, pun sekolah kat SMSS juga (sekarang form 2). Tak ada pun dia kena rasuk. Malam tu, dia siap telefon aku lagi; gelak-gelak, dia kata, “Banyak budak form 5 kena rasuk dan terpekek terlolong macam orang gila.”

Apabila aku tanya dia, “Mike tak apa-apa ke?” Dia jawab, “Anak abah mana percaya benda-benda macam tu. Sebab apa? Sebab Mike tak ada preasure. Hari hari Mike main muzik ‘ja kat sekolah.”

Anak bapak!

Nadz (Dunno which batch/My senior, one or two three years, maybe)


“Eh! Masa kita dulu… bukan biru ke mata dia?” tanya aku.

“Yang mata biru tu *Mr Eric Rosli-lah, dude!” jawab seorang kawan lama.

Dulu, kami satu kelas. Dulu, kat SMSS tak ada hantu. Sebab, hantu pun takut dengan kami! Siap boleh panggil roh jahat datang lagi, wo, semata-mata nak tanya soalan, “*Jerman boleh angkat ‘cawan’ Euro tak ini kali?”

Hampeh!

*Mr Eric Rosli adalah guru drama bahasa Inggeris kami. Dari form 1 sehingga form 5, dialog aku hanyalah, “Freezeeee! Policeee!!” atau, kalau penulis skrip kreatif sikit, “Don’t move! Am a policeman!”

*Soalan daripada Rezanuddin, ketua kumpulan pemujaan Spirit of The Coin, batch kami. Ha ha.

29 Comments:

Blogger Amiene Rev said...

Spirit-spirit of the coin! Spirit-spirit of the coin! Big Mac satu!

Jun 21, 2008 11:53 PG

 
Blogger DeeN said...

WoW! Brader Nadz RoWK!!
Rasuk2 nih, start dgn sorang pon dah cukup. Pehtu berjangkit habih! Mungkin roh yg merasuk nih dulu mati akibat penyakit berjangkit kot. Huhu!

Jun 21, 2008 12:23 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Aku pernah main Spirit of the coin masa kat hostel dulu.

Masa tu buta bab syirik-syirik ni.

Apa la bangang!

Alahai budak 13 tahun baru kenal dunia.

"Spirit-spirit of the coin! Spirit-spirit of the coin! Bila tuan enche tu mau turun tahta?"

Aiseh syirik huhuhu...

Jun 21, 2008 2:05 PTG

 
Blogger tasekM said...

"don't move, drop the gun"... :p

ahaks.

spirit of the coin tu dulu aku pun main bro... siap tanya nama spirit tu... Hamzah.

ha ha. mengarut.

Jun 21, 2008 2:29 PTG

 
Blogger Unknown said...

teringat la spirit2 ni.... huhuhu..

tp bila baca paper cutting tu end up parents ambil student balik rumah.. huh! nampak sangat alasan nak balik rumah layan Euro.. haha

Jun 21, 2008 3:23 PTG

 
Blogger siskinny said...

Sekolah kami, ada yang kata 5 tahun sekali 'mereka' akan datang melawat

Masa itu saya form 3, teruk juga. Tapi tak pula masuk berita macam SMSS

Wohoo..

Jun 21, 2008 3:53 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

"...hampir 30 pelajar sekolah terbabit dilaporkan diserang histeria sejak Isnin lalu apabila ada di antara mereka mendakwa dibayangi makhluk bertubuh hitam dan bermata merah yang masuk ke kelas."

Makhluk tu nak tumpang belajar jugak agaknya.

Jun 21, 2008 5:47 PTG

 
Blogger Mohafiz MH, M.D. said...

eh, macam sama ja siskinny..budak JENAN ka?

ala..citer hantu sbp sama je..tak Green Lady, Keretapi tengah Malam..Takpun yang kira beramai ramai dah bangun tu, "Satu dah bangun..satu buat2 tido..hihihihihi"

Jun 21, 2008 6:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amin,
HA AH.

Nura,
Rowk, wo!

Water,
Wo, syirik woooo!

Tasik,
Ha ha.

Sis,
SMSS femes. Bukan macam schoolah lu. Bha ha ha.

Tanah,
HA HA.

13,
Hantu yang femes di SMSS - Hantu Mariam Bunting. Ha ha.

Jun 21, 2008 6:36 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

hahaha! lu memang ada iras sarjan polis kot bro! tu pasal selalu dapat dialog tu! :P

Jun 21, 2008 7:26 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Uhuhu.. Takut la. Next semester aku dapat bilik single. Tak ada room-mate.

Eh, kolej aku bukan kat SMSS. Peh. Selamat aku~

Jun 22, 2008 12:17 PG

 
Blogger Sayuti said...

budak alam shah dengan teknik tak de kena pulak.

sah!

sains selangor lemah semangat nih. banyak sangat merendek. harap ragbi je kuat.

huhu.

jenan? tahun melawat dah takde sebab ladang getah dah takde. diorang singgah kuil tu je la kot.

Jun 22, 2008 12:18 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

lemah semangat ni.huhu

Jun 22, 2008 1:19 PG

 
Blogger S.YanaZ said...

Sewaktu bsekolah di sekolah berasrama perempuan, yg paling kami takuti; org MINYAK...

sekrg, masih "ditakuti"...
huh!

Jun 22, 2008 2:30 PG

 
Blogger pengkao said...

kecoh la smss.

Jun 22, 2008 2:38 PG

 
Blogger asuhara sue said...

elehaiii...sekolah saya dulu siap ada 'minah rambut panjang' nyanyi lagu XPDC wooo!nasib baik time tu x de AF lagi..

Jun 22, 2008 10:43 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Danial,
Bha ha ha. Hari ni wa gunting rambut, pendek, macam rekrut.

Amyz,
Single room? Tak ada room-mate? Ok le tu, cuba2 le seludup masuk Tok Rimau ka, sapa ka... HA HA. Ade deh deh...

Sayut,
Agaknya lah... Ha ha. Dah schollah femes - banyak le hantu nak datang melawat.

Yana,
Agaknyalah. Lagi pun, kadang2 tensen juga nak hafal siri keaktifan logam ni weh. HA HA. Tu yang sampai mengigau2 tu.

Nak hafal nama ja dah satu hal - cloro floro dibromo ithane... Argghhhh! Hantu merah! Hantu merahhhhhh!

Sya,
Orang Minyak pernah dilaporkan merayau2 cari mangsa di UiTM satu ketika dahulu. Entah betul entahkan tidak.

Peng,
Sekolah femes-lah katakannnn... Ha ha.

Asu,
HA HA.
Ha ha.

Jun 22, 2008 2:15 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

mungkin "dorang" marah harga minyak naik kot!

Jun 22, 2008 2:41 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jai,
Ha ha. Tapi, kalau kita boleh buat kawan makhlukmata merah tu - kita boleh surung dia gi menyakat ahli politik negara! Ha ha.

Jun 22, 2008 6:25 PTG

 
Blogger The.Libyaman said...

bang,
okay ape seme budak form 5 yang kena. lu cakap dengan mike, apa lagi ini time lah mau take over hostel. pijak seme senior hahaha

Jun 22, 2008 8:25 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

gua punya sekolah, satu hantu pun tak masuk..tapi itu presiden badan pelajar2 islam kencing dalam tong sampah juga takut nak pergi itu tandas..

Jun 22, 2008 9:54 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Baba,
Kat SMSS - junior taat sama senior. :) Walaupun lu CEO la ni - kalau senior lu bloga; nak jumpa kejap kat opis - lu mesti cakap, “ok, boleh!”

Entah apa punya brotherhood SMSS ni - taat sungguh!

Yapong,
HA HA. Apalah lu punya presiden PPI!!!! Habis, dia istinjak dengan daun pokok pagar longkang kat tepi dorm atau kat dinding koridor?

Jun 23, 2008 8:42 PG

 
Blogger Unknown said...

pandai pulak hantu tu serang budak form 5 je kan. kata ngan MIKE kalau itu trend hantu tu....dia kene trainig men gitar lagi power bleh jamming ngan hantu skali hak hak hak

Jun 23, 2008 9:11 PG

 
Blogger murnie sangat said...

naga..kat sekolah aku dlu bdak2 laki ramai kne rasuk sbb untung2 cikgu pompuan yg xkawin lg n bergetah tenangkan diorg..nyampes..aku marah sbb bila aku nak tenangkan diorg xnak plak..discriminate betol..

Jun 23, 2008 1:41 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora, Mami,
HA HA.

Jun 23, 2008 2:44 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Eric Rosli pernah mengajar di SMSS? Dia ni cikgu aku masa kat Matrik. Orang yang sama kot, kan? The one and only Eric Rosli.

Nasib baik, masa aku lompat pagar masa sekolah dulu, aku tak jumpa benda-benda yang merasuk macam ni. He he! Eh, sekolah lu jauh sangat, aku tunggu bas depan Sekolah Teknik 'ja.

Jun 24, 2008 11:35 PG

 
Blogger landaklaut said...

bang, kampung kongo kat kongo lah.. huhuhu..

Jun 25, 2008 9:42 PG

 
Blogger Enche said...

aku masa form 5 ada kawan aku kena histeria..sebab putus cinta ..wakakakak paling teruk dia terjun dari bukit belakang surau..mau bunuh diri ka apa..apa la dude..betui ini semua pressure..masa aku dulu pun mana ada pressure happy aja..curi makan di dewan makan..sekodeng..lompat pagar tak histeria pun..wakakakakaka tapi aku bukan budak smss :)

Jun 27, 2008 11:36 PG

 
Blogger kewek said...

bagiler brite2 best cam ragbi ke, ape ke..
ini berita hantu...apelar metro nih..

Julai 25, 2008 1:36 PG

 

Catat Ulasan

<< Home