"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 Jun 2008

Emily ikut rombongan Ustazah Rokiah

Bas rombongan belum muncul-muncul lagi. Murid-murid sekolah sudah semakin resah. Tetapi, Ustazah Rokiahlah yang lebih resah gelisah lagi. Kerana, Ustazah Rokiahlah yang diberi tanggungjawab penuh untuk menguruskan hal ehwal ‘bas rombongan’ pada kali ini. Apa-apa hal terjadi kalu – Ustazah Rokiahlah yang terpaksa ‘menjawab’.

Kak Saripah Hasnor sedang po pet po pet. Walhal, bukannya anak-anak Kak Saripah Hasnor turut serta dalam rombongan pun. Kak Saripah Hasnor cuma ‘dapat tender’ untuk membekalkan nasi lemak ‘biasa’ ‘ja. Kadang-kadang, Ustazah Rokiah naik meluat juga dengan Kak Saripah Hasnor. Tetapi, cepat-cepat dia mengingatkan diri – ustazah harus berbudi pekerti tinggi – tak boleh meluat-luat, et cetera et cetera.

“Baru mari ni, sheikh!” kata Ustaz Norazman, sambil angkat-angkat kening.

Aku senyum.

Beberapa orang murid-murid perempuan sedang bermain sep-sep tiang. Ustazah Rokiah menelefon syarikat bas rombongan. Sebelah tangannya merogoh ke dalam saku jean yang membaluti tungkainya. Ya, hari ini Ustazah Rokiah berjean warna biru gandaria dan berkemeja T warna merah teluki dan bertudung warna merah teluki juga. Al-maklumlah, ustazah baru grad-lah katakan!!! Mana maunya dia pergi rombongan pakai kebarung. Ha ha.

“Angkat lagi satulah, sheikh! Ada berani?” kata Ustaz Norazman, sambil angkat-angkat kening lagi.

Aku senyum lagi.

Seketika kemudian, ada senyum yang terpancar pada wajah bujur sireh Ustazah Rokiah. Dia menarik nafas lega. “On the way!” katanya. Kak Saripah Hasnor berhenti po pet po pet.

“Dah ada satu dah dulu!” kata aku.

“Hok dulu tu jersi World Cup, hok ni jersi Euro!” kata Ustaz Norazman, sambil angkat-angkat kening lagi, “kalu di Al-Ikhsan ni… mau cecah RM239, hok ni baru RM35 ‘ja, sheikh!”

39 Comments:

Blogger gopenghagen said...

akhirnya aku post comment..hahah..orang 1st plak tu. abg naga, semua orang xde ari ni, pi amik duit kat pjbt pos...

Jun 16, 2008 12:12 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Ya sheikh,
Angkat itu ustazah ke atau angkat jersi?

ps:mana cerita Emmily pergi rombongan nih? Aku confius :)

Jun 16, 2008 12:32 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Belikan satu untuk Muhamad la..

Jun 16, 2008 12:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gopeng,
Pssst! Yang roadtax mati bulan 7 tu tak payah le pegi!!!! Buat penat badan 'ja! HA HA.

Water,
Aku pun kompius ni. Ha ha.

Amyz,
Belikan Muhammad - 'ustazah' ke 'jersi'? Bha ha ha!

Jun 16, 2008 1:00 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Apa kena mengena rombongan dengen jersi? Nanti aku baca balik semula bagi faham....

Jun 16, 2008 1:26 PTG

 
Blogger DeeN said...

HaHaHa...
Ust tuh jual jersi time budak2 tuh berhimpun nak pi rombongan ker Pak cik Ge?
Pemes gak ek Al Ikhsan neh. Hehe

Jun 16, 2008 2:16 PTG

 
Blogger Anonymous said...

ha ha ha syeikh..

Lama aku tunggu entri ber'jiwa' sebegini.

ha ha ha

Jun 16, 2008 2:29 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

jersi murah rantau pnjg banyak tuuuu..nampak mcm yg original kat al-ikhsan lagi!

p/s: aku bukan pencinta jersi

Jun 16, 2008 2:37 PTG

 
Blogger kasut-gombak said...

itu jersi rugby ostrolia valid x nk pki utk game france-itali??

Jun 16, 2008 2:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Mana ada kena mengena. Ha ha.

Nura,
Ha ha.

Po,
Sorilah sheikh kerana lama menunggu. Ha ha. Masjid kristal ok hah sheikh? Ha ha.

Asu,
Jersi hok tu la!

Kasut,
Rep. Chech dah out maa! Ha ha.

Jun 16, 2008 3:14 PTG

 
Blogger dizai said...

sheih,
ustazah berseluar jeans bakal mengundang fantasi yg bukan-bukan... errr apa kata menumpukan kepada jersi sahaja contoh mcm jersi Turkey ke, jersey Suisse ke... alah imej ustazah jugak yg keluar... alahai!

ZAiDi

Jun 16, 2008 3:45 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

psstt... kat alikhsan tu.. kadang ada gak terselit yang tigapuluhlima tuh... hahahahahatihati...

Jun 16, 2008 3:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Med,
TURKI??????? ARGHHHH! Jangan sebutlah weh!!!!

Chik,
Oh, iya ke?

Jun 16, 2008 4:03 PTG

 
Blogger tasekM said...

ustazah tak angkat satu ke jersi tu? :P

belikan la satu sheikh..

Jun 16, 2008 5:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasik,
HA HA HA HA HA!

Jun 16, 2008 5:23 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kalau nak tahu.
di kota serambi mekah itu,
al-ikhsan itu,
membuat promosi seawal tahun hingga ke penghujung tahun,
itu,itu,itu.
tapi tidak juga dikunjungi warga kota serambi mekah itu.
alah.itu..

Jun 16, 2008 7:11 PTG

 
Blogger Kaktiny said...

Masa beli jersi MU (sbb dh janji dgn cik abang dulu..) kat Al-Ikhsan Alamanda.. budak kaunter tanya..

bdk kaunter :kak, nak beli utk husband ker?..
aku jawab : aah
bdk kaunter : citer MU dh habis ler kak.. skrg org pakat gile EURO?
aku jawab: EURO tu apa plak dah?
bdk kaunter : husband akak sokong negeri mana?.. EURO - negara.. MU tu team..
aku jawab : entahler dik..

Baru aku nak kenal MU tu apa.. dah tukar EURO plak.. lantakler.. beli jer jersi MU tu.. sbb aku dah janji masa 'betting' ngan laki aku.. hampeh betull...

Jun 16, 2008 7:27 PTG

 
Blogger The.Libyaman said...

kesian kak seripah hasnor tu, ntah dia tengah mengunyah keripap ke lu kata dia pot pet bro. tapi nama dia klasik lah hehehe

Jun 16, 2008 8:25 PTG

 
Blogger . said...

dua tiga kali juga aku ngulang baca.idak juga jumpa emilynya.sesuatu sungguh.

Jun 16, 2008 10:38 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Pergi mana? Aqilah ikut ustazah dia pi zoo.

Jun 16, 2008 10:45 PTG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

rasanya kalo gua ngaku sebagai student dia,

dia benarkan tak gua ikut?


dan duduk sebelah dia..



ustazah pakai jeans..
adoiiiiii...
dah terpahat kat minda nih..

Jun 17, 2008 3:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Baba,
Ye tak ye juge ye... He he.

Nizi,
Ha ha.

Dug,
Kat zoo ada ular sawa albino. Wo!

Gar,
HA HA!

Jun 17, 2008 8:33 PG

 
Blogger Unknown said...

dude..lu wat memory testing utk pembaca dlm n3 ni ek...ke....jigsaw puzzle? naga..naga..nasib baik lu ramai peminat.

btw, al-ikhsan? kt mana tu? maklumla i ni kan socially uncultured muaahahahaahhaahaha

Jun 17, 2008 8:49 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Wa lahir dalam zaman G.S. Gill. Al-Ikhsan2 ni baru 'ja lagi! Dengar cerita kat Tingkat 1, Plaza BB.

Jun 17, 2008 10:54 PG

 
Blogger The.Libyaman said...

haha GS Gill itu "atok" kepada semua benda klasik kat KL bang. sebut kat mat rempit hari ni mesti nganga punya.

Jun 17, 2008 11:06 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Baba,
Tu aku belum tanya depa Pilai Store kat mana letak duduknya lagi tu? HA HA.

Jun 17, 2008 11:33 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

erm.kepada yang tak jumpa Emily,

Emily ada dalam bas mencari-mencari 'national monument'.

go straight,jangan belok-belok.

Jun 17, 2008 11:41 PG

 
Blogger asuhara sue said...

duit rombongan bayar sekali ke suku2?

Jun 17, 2008 1:25 PTG

 
Blogger murnie sangat said...

tumpang tanya, kak seripah hasnor jual dedak x?hiks..

Jun 17, 2008 4:19 PTG

 
Blogger jagoan said...

100% Polyster.
Made in Morocco.
Hok ni Original. Tag dia ade benang hite...
Gwa suka jersi dulu-dulu tahun 70an, fit dan ketat.

Jun 17, 2008 4:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Semut,
Ha ha.

Asu,
Yuran rombongan rm20. Duit poket rm20. :)

Mur,
HA HA HA HA HA!

Ah,
:)

Jun 18, 2008 8:38 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

bola bola:)

Jun 18, 2008 3:45 PTG

 
Blogger uranus said...

heheheh..nice..:)

Jun 19, 2008 12:23 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haha! jersi Chopin Kiri CF ada x Sheikh? :P

Jun 19, 2008 3:14 PTG

 
Blogger Sufian said...

Oi daripada tulis blog baik main ps3. Lagi beshhhhhh ha ha ha ha ha

Jun 19, 2008 8:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yana,
:)

Fahmi,
:)

Danial,
:)

Sufian,
Habis - kau ingat - aku tak update blog ni sebab hape????

Jom Zuma!!!!!

Pssst! Luxor pun best juga. He he.

Jun 20, 2008 9:02 PG

 
Blogger cik puan daun said...

jom ikut rombongan ke kuantan sok.. ahahah

Jun 20, 2008 2:05 PTG

 
Blogger Denanz ... said...

new member ... jgn maraa aaa. oi naga, kat PENA tu bila. nk masuk dewan budaya ...

Jun 20, 2008 2:58 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Pak Sinaganaga... mahu tukeran (bertukar-tukar) link blog tak?

Bertukar! Action Kamen!

Jun 20, 2008 5:50 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home