Malaysia Boleh Saja!
Hujan. Malam tadi. Boleh tahan lebat.
Azzam menghantar aku pulang. Setelah berpegangan tangan, mengucapkan bye bye, kami berpisah sementara. “Hari Isnin jangan lupa hantar actual dummy kat aku!” aku kata. “Orait, Ge!” dia kata.
Boleh tahan lebat. Hujan. Malam tadi.
Sedang aku mahu menyeberang jalan. Dari gerai burger ke rumah pengawal Menara Orkid. Sedang itu jugalah Kak Saripah Hasnor mengangkat turun naik turun naik kukus nasi lemak. - Warongnya buka. Tetapi, tidak pula dia berniaga apa-apa.
“Sedang buat apa tu?” aku tanya.
“Tengah angkat berat ni!” Kak Saripah Hasnor jawab, “Lumba basikal Faisal T dah ‘angkat’. Lumba jalan kaki kau dah ‘angkat’. Angkat berat saja yang tinggal lagi ni... Well, manalah nak tahukannn (sengaja disengaukannya perkataan 'kan' itu, seolah-olah sama seperti kita menyebut perkataan ‘cunt’)... kalau akak dapat pingat emas kat Olympic 'sok - satu juta ringgit wo diaorang bagi!”
“Sempat lagi ke tuuuu?” aku kata.
“Hello Tian Chuaaa... kata orang banyak, usia bukan penghalang, ya!” Kak Saripah Hasnor jawab, sambil tangan masih mengangkat turun naik turun naik kukus nasi lemak.
Malam tadi. Hujan. Boleh tahan lebat.
33 Comments:
First!
Tu yang dapat pingat emas. Bagi yang tak dapat pingat emas suh dia plak bayar satu juta. Apa kata.. Hahaha
Jun 27, 2008 12:20 PTG
entah-entah nak bayar 1 juta tu pun ambik masa bertahun. Bayar 100 ribu dulu, bakinya dibawa ke tahun berikutnya. Itupun kut le dpt pingat emasnya....Banyak betul duit kerajaan Mesia ni sampai bule bg atlit 1 juta kan...tp bila tgk rancangan bersamu kat tv byk agensi lain yg tolong orang susah.
Jun 27, 2008 1:54 PTG
aishah,
yg bersamamu tu tak dapat pingat emas.haha.
psst bro,kau jalan kaki dari mana ke man sampai boleh menang pingat?jom lumba makan roti canai
Jun 27, 2008 2:10 PTG
Ah,
Menarik juga cadangan tu.
Aishah,
Mereka confidence atlit kita tak boleh dapat emas - tu yang berani offer RM1 juta tu. Ha ha.
Mut,
Jom, makan roti canao + teh tarik!!! Ada berani?
Jun 27, 2008 2:24 PTG
bro,
aaaa.
nanti aku ke kay el.
kita bertarung habis-habisan.
akan ku ratah semua roti canai itu.
jejeje
Jun 27, 2008 2:31 PTG
gua tambah lagi cabaran! roti canai kosong 2, megi goreng satu, teh tarik ngan tosai satu! hahaha! amcm?
Jun 27, 2008 2:57 PTG
Dgn Azzam, bpegangan tangan je...
Xde adegan yg x ingin kita lihat?
Ntah2 Kak Sharipah dr tadi duk skodeng tak?
ha.ha.
Jun 27, 2008 3:09 PTG
dulu more jutaria confiden tak akan ada pemenang. tapi samerin buat kejutan.
psst..suruh kak saripah hasnor masuk gimrama (gimrama tu sukan ke tarian?)
Jun 27, 2008 3:15 PTG
kak saripah hasnor, kalau setakat angkat kukus nasi lemak... sekali lagi olimpik pun belum tentu boleh dapat sejuta tu kak oii.....
bang, ko pegang tangan kan.... bukan salam kan....
huih!
Jun 27, 2008 3:31 PTG
Aku rasa aku tau sangat camne cara diaorang bayar bang. Laki aku bekas atlit paralimpik. Oleh kerana 'para' maka diaorang bayar separa ja. Pingat bersepah menyemak rumah. Aku suruh dia jual kat kedai recycle. Tapi dia jeling semacam...takut gak aku hahaha!
Ko dan Azzam berpegangan tangan wooohooo!
Jun 27, 2008 3:35 PTG
Berpegangan tangan yang aku agak musykil tu.
Ha ha ha!
Jun 27, 2008 4:29 PTG
pengang tangan? dgn azzam? errmmm...
kata dgn kak saripah hasnor...dia dah dafter ke belum nk masuk olympic?
Jun 27, 2008 4:34 PTG
YANAZ, TASIK, LILY & BLACKIE,
U all ni kan...tak baik tau ngata kite macam tu...auw! Tak rela!
HA HA HA!
p/s : Salam tangan le. Sesama Melayu-Islam. "Menjaga ikatan ukhuwah tu mesti didahulukan," pesan Imam Deris Saujana Utama. Renung-renungkan...dan selamat beramal!
Jun 27, 2008 4:40 PTG
Ge, yang lain2 tu lu jawab le. Gua tak larat ha ha ha!
Gua tengah paksa printer ni buat actual dummy. Dia kata, "Mau ukut macamana? Ada barang mbalu boleh angkat ma!" Aiyak! Heh.
Jun 27, 2008 4:49 PTG
bro,
cakap ngan kak seripah hasnor tu, olimpik angkat berat pun kena pakai seluar n baju yang ketat tu. Body dia ok ka?
Jun 27, 2008 5:03 PTG
ge..
bila ko gay?
Jun 27, 2008 5:20 PTG
cemburu aku.
bukan... bukan pasal bang Ge penang tangan Az, tapi pasal tak berpeluang jadi atlit.
Jun 27, 2008 9:52 PTG
bukan dulu dah ada cadangan bagi pencen kalau yang dapat mas olimpik nih?? bagi lagi satu juta...
mana bomo leh bagi kuat ahh... masuk hangkat berat okey jugak cuntt.... hahahah....
Jun 28, 2008 12:11 PG
Semut,
Ok.
Danial,
Tosai pun ok juga. Jom!
Sya,
Ha ha.
Zizi,
Gimrama? Wo, itu Kak Pinoi nak 'angkat'. Ha ha.
Tasik.
Nasib seseorang kita tak tahu. Untung sabut - timbul! :)
Water,
Oh iya? Wo.
Purp,
Muerekekekekekekekekeee...
Azzam,
Pastikan kita menang MBKM tahun depan dengan buku tahap gaban ni!
Baba,
HA HA.
Dug,
:)
Chik,
Cuntttttttttttttttttttt! Ha ha.
Jun 28, 2008 9:52 PG
Kalau kak Saripah Hasnor angkat kukus kosong, tak jadi apa juga..
Eh uncle, aku rindu la nasi lemak yang jual malam-malam tepi bus stop depan Menara Orkid tu. Aku rasa lagi sedap daripada nasi lemak kak Saripah Hasnor
Jun 28, 2008 2:05 PTG
Encik Naga, tak baik mencarut.
Jun 28, 2008 3:30 PTG
pegang tangan dengan azzam...waaaa aku jeles..jeles sngat....isk..isk..isk...
Jun 29, 2008 2:33 PTG
ada acara angkat kukus dalam sukan olimpik?
kalau ada, najib confirm ngelabah sebab ada rakyat malaysia bleh menang emas ni.
AKU ISTERI DAN ANAK
Jun 30, 2008 6:55 PG
Madu,
Jangung rebus kat depan Menara Orkid tu rasa macam jagung rebus. Ha ha.
Tanah,
Ha ha.
Mirah,
Kalau diberi pilihan - kau nak pegang tangan aku atau tangan Azzam? Ha ha.
Moncang,
Psssst! Dengar cerita, Najib memang sedang mengelabah la ni. Syyyyyy!
Jun 30, 2008 8:36 PG
1 juta tak banyak la.
kerajaan malaysia ni kaya.
kementerian belia dan suka dgn senyum je batalkan kejohanan bola sepak remaja.Dah la kementerian bayar 8 juta dan lps ni kene saman lagi.
1 juta tu celah gigi je.
Duit dakwat PRU dulu banyak lagi.ehehe
Jun 30, 2008 9:16 PG
mungkin klu malaysia menang 100 pingat emas, brp billion la depa nk byr kt atlit.
huhu.
kaya, mmg kaya.
Jun 30, 2008 9:40 PG
Kalau Malaysia dapat pingat emas, maka itulah pingat emas pertama, maka akan diingati dalam sejarah negara.
Berbaloilah 1 juta tu.
Tapi tiap kali minyak naik, pun akan dikenang dalam sejarah negara.
Bebaloikah 7 kupang lebih tu?
Jun 30, 2008 10:35 PG
Lepas nih, nak pi daftar masuk lari dalam guni berganti2. Itu je la yg mampu sebab nak trening dgn basikal BMX takde duit. Lepas dpt 1 juta ok la. sifor pon buleh beli. Hehe.
Jun 30, 2008 11:36 PG
perut en. Naga dah ke depan ke. kalau ye, bole cuba sukan bina badan.
Jun 30, 2008 4:13 PTG
Abna,
Kita dapat apa? HA HA.
Gom,
Kita dapat apa?
Khal,
Ha ha. Kita kena bayar kat depan tujuh kupang lebih - berbaloikah? Juta-juta yang nak bagi kat atlit tu duit sapa? Duit pak depa ka? Bukan duit kita ke tu????!!!! Aku tak pernah pulak bagi izin duit aku suruh depa pi bagi kat atlit... Aku rasa2 tak ada! Hang ada suruh ka?
Nura,
Ha ha.
Dahlia,
Aaa... gusti pun ok juga.
Jun 30, 2008 4:18 PTG
elehhhh tu mesti konfiden tahap gaban atlit2 tu tak kan dapat emas, tu pasal le dia suka2 letak harga
Jun 30, 2008 4:41 PTG
Asu,
Ha ha.
Julai 01, 2008 8:34 PG
bro,
patutnya duit sejuta tu bagi kat rakyat yang paling miskin dan boleh mendapat malaysia book of rekod - rakyat paling miskin.
pastu boleh lah digembar-gemburkan di media..
aku harap aku tak liwat dalam meberi komen
Julai 01, 2008 10:11 PG
Catat Ulasan
<< Home