"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Jun 2008

Cikgu Mat Sha'ari dan Pythagoras

Cikgu Mat Sha'ari sedang mengajar Matematik.

“Punca kuasa dua bagi nombor x ialah r jika r2 sama juga x bla bla bla... Setiap nombor nyata bukan negatif mempunyai satu punca kuasa dua bukan negatif yang dipanggil punca kuasa dua utama bla bla bla... bla bla bla...”

Ketika itu. Pintu realitiku tertutup. Yang tinggal. Hanyalah gatal pada ketiak. Yang baru hendak tumbuh bulu. Dan sedang mencuka. Kerana satu waktu sebelumnya - kami pergi PE. Macam selalu-selalu, Cikgu Razali kata, “Boleh main bebas!” Aaa, aku capai satu bola. Netball.

Dan. Pada ketika. Aku mengangkat tangan kanan tinggi-tinggi. Sedang tangan kiri hendak menggaru ketiak kanan. Cikgu Mat Sha'ari berpaling kepada kelas.

“Woops! Dah ada yang ingin menjawab rupa-rupanya. Ermmmm... saya belum tanya soalan lagi rasa-rasanya. Tak apalah... sila ke hadapan dan tulis ‘jalan’ serta jawapannya sekali di papan hitam ya!”

Damn! Mampus aku!

40 Comments:

Blogger landaklaut said...

musti chegu mat sha'ari tu bangga ada orang sukarela nak jawab.. hahaha..

Jun 25, 2008 9:41 PG

 
Blogger tasekM said...

aku tau... kau lukis gambar bulu ketiak kan kt papan hitam tu?

:p

bukaan ketiak tu cukup 43 darjah je bang... jgn lebih2...

Jun 25, 2008 9:58 PG

 
Blogger Pa'chik said...

che'gu sha'ari tu tak suka tido la pulak ye? malam dah tak main seks... sefon ye??

Jun 25, 2008 10:00 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Ko pandai metematik bang. Sebab tu pegi sekolah sains.

Aku kempunan nak jadi doktor sebab tak pandai metematik. Drai darjah 1 sampai sekarang.

ps: sekarng aku berangan nak jadi CSI la pulak. Dr House pun ok :P

Jun 25, 2008 10:01 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Amboi, pakcik ngan tasik potong trip aku nih. Ingat aku orang nombor 2 komen hahahah!

Jun 25, 2008 10:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Cah,
Ha ha.

Tasik,
43? Wow, itu nombor keramat Cik Puan Daun dan Nesloice tu.

Chik,
HA HA.

Water,
Dalam Sindiket Sol-Jah, Spyz yang paling pandai mengira.

Semalam dia kira:
RM1OO++ x 17% x 36 bulan = wo, dah dekat 6K dah ni + 2 bulan bonus = wo, dah cecah 10K++ dah + pula dengan OT + dengan kenaikan elaun RM27 = Wo, dah jadi laptop 2 unit + 1 biji motosikal 250cc dah ni...

Aku minta jersi German (away) yang belang2 merah hitam tu je... Tatau la boleh dapat ke dak.

Jun 25, 2008 10:16 PG

 
Blogger Anonymous said...

oit..

Romlah yang duduk di meja paling hadapan kanan ketawa mengekek bila melihat kau terkial-kial merekacipta jalan matematik di papan hijau.

'tak pe kau , Romlah, nanti masa rehat, tahulah kau.' bisik hati naga membara.

woi! orang rumah keje bank?

kaya kitaaa! ha ha

Jun 25, 2008 10:32 PG

 
Blogger Anonymous said...

..masa NIUB buat demo depan Menara Mebeng..aku ada! sesambil minghirup kopi di kedai mamak seberang jalan. Ahli-ahli NIUB terpekik terlolong meminta naik gaji dan memegang sepanduk 'kami bukan hamba abdi'.

Petang, kami shopping sakan di Sogo sambil menunggu bas sewa khas balik kampung.

Bila dia mengira-ngira..aku kata: aii..bahagian saya tak de? penat2 naik bas ke kolumpo?

Jun 25, 2008 10:40 PG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

hahaha..woi kalau dengan gua punya mendiang mr pang, tak dapat jawab memang kena hantuk kepala kat papan hitam tu..

Jun 25, 2008 11:27 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Kita ni, yang bukan kerja bank, tengok 'ja laaaa... Ha ha.

Yapong,
Gua tak pula kena hantu kepala ka hape ka... tapi, Cik gu Mat Cipan tu punya renungan tajam tahap besi waja yang gua tak tahan sangat tu. Ha ha.

Jun 25, 2008 1:45 PTG

 
Blogger jagoan said...

matematik itu ibarat perempuan! Ekekeke. Kata Mr. Yip (guru penanda kertas Matematik SPM)

Jun 25, 2008 1:48 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Hahahahaha.. Ha.. Merah muka kau! Adeh.. deh.. deh..

Jun 25, 2008 2:53 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Orang pandai menjawab dengan betul. Orang bijak bertanya dengan betul.

Jun 25, 2008 3:06 PTG

 
Blogger Nan @ Nan Tsab said...

aku sedang cuba visualkan ketiak remaja kau yang masam tu...

Jun 25, 2008 4:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ah,
Alasannya?

Amyz,
:)

Mau,
Orang bergeliga - dia tak masuk asrama. Dok rumah lagi best. Boleh tengok Solid Gold!!!

Nan,
Mulus macam buah epal. Dan, masam macam buah ceremai. BHA HA HA.

Jun 25, 2008 4:15 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Masa itu kau berapa tahun? Lambat betul bulu ketiak kau tumbuih. Ha ha ha.

Jun 25, 2008 4:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Form 1. Ha ha.

Jun 25, 2008 5:01 PTG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

angkat tangan..
turun semula..

"teacher,may i go to the bathroom?"



teknik ini selalunya berkesan..at least pada gua..

capai roko sebatang,terus lepak lama2 sehingga Chegu Saari lupa dia suruh jawab soalan..

Jun 25, 2008 9:01 PTG

 
Blogger S.YanaZ said...

Sikit punyer skill garu ketiak sampai kena jawap soalan math kat papan hitam ekk...

Jun 25, 2008 9:57 PTG

 
Blogger pengkao said...

so apa yang ko tulis/lukis kat board?

Jun 25, 2008 10:11 PTG

 
Blogger The.Libyaman said...

cerita ini buat kan gua semakin faham tentang "sayembara Romlah". cuma matematik membuatkan gua meloya. gua janji Romlah nanti akan menyukai nombor.

Jun 26, 2008 12:03 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Gar,
Salah tu. Yang betulnya, “excuse me, teacher! may i go out?” Ha ha.

Yanaz,
HA HA.

Peng,
Don't ask! Ha ha.

Baba,
Ha ha.

Jun 26, 2008 8:32 PG

 
Blogger jagoan said...

alasannya perempuan lebih banyak bentuk geometri. haha... Lainlah kalau orang itu homo. heh

Jun 26, 2008 8:52 PG

 
Blogger Sindiket Soljah said...

Naga,
Moh kita ke petaling street cari jersi ha ha..

Po,
Dlm waktu2 ekonomoney nak meleset skrg ni, aku rasa tak lama lagi mu tak menang issue LOD etc..

Jun 26, 2008 9:49 PG

 
Blogger Sindiket Soljah said...

Alamak.. Lupa nk tukar login name
Ha ha..

Spyz

Jun 26, 2008 9:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ah,
Kalau dah perempuan tu bentuk badan macam plywood - bentuk geometri ke hape???

Tak fahamlah aku dengan alasan kau.

Spyz,
Jersi Petaling St pun tak apalah. So, bila kita nak pergi ni? Ok ok, tunggu kau dapat duit tu dulu ek??? Oraittttt!

Jun 26, 2008 10:06 PG

 
Blogger Unknown said...

lepas tu lu jwp apa bro?

Jun 26, 2008 12:17 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ha ha! Cheh! Bau asem!

Jun 26, 2008 1:43 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Lepas tu cium-cium jari tu, cheh...

Haha

Jun 26, 2008 1:51 PTG

 
Blogger siew said...

apsal form 1 baru hang tumbuh bulu ketiak?
lain kali darjah 3 hang 'paksa' la tumbuh bulu tu..
ha ha ha

Jun 26, 2008 3:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Tak sempat jawab - prep petang kena duduk depan Cikgu Mat Sha'ari - kena tazkirahlah! Ha ha.

Azzam,
:)

Dug,
:)

Siew,
:) Lu ingat wa ni macam budak2 perempuan sekarang ka - darjah 5 dah period! Ha ha.

Jun 26, 2008 4:35 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

hahahaha! bro dulu ada cikgu math aku. Dier gantikan sebutan anu pada bab Algebra tu sbg Apam! haha! :P

Jun 26, 2008 7:37 PTG

 
Blogger zizie ali said...

sudah sampai masanya subjek PE dihapuskan.

Jun 26, 2008 11:45 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Leka sangat menggaru sampai tak sedar tangan dah terangkat. Wa ka ka ka.

Jun 27, 2008 7:48 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Danial,
Ha ha. Eh, jangan lupa, mari ke rumah Pena pada 5 Julai lagi (MASKARA) - kaua kau dapat 'cover' untuk satu dua column pun ok dah + gambar sekeping. :)

Zz,
Kenapa?

Tiqah,
:)

Jun 27, 2008 8:46 PG

 
Blogger Enche said...

aku kalau lepas PE ..kelas berbau acam..ntah la perfume apa budak pompuan sembur masa salin baju...pasal matematik..aku selalu tidur..encik naga bagus lagi sebab mencabut bulu ketiak kira lebih produktif daripada tidur macam saya...

Jun 27, 2008 11:29 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

ooo.kalau ketiak gatal nak tumbuh bulu ye.ooo.

kalau gatai meghela?

Jun 27, 2008 11:36 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Enche,
Aku baru garu je laaa... Bila masa pula aku cabut bulu ketiak? Ha ha.

Semut,
Ntah!

Jun 27, 2008 12:12 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

InsyaALLAH bro! dalam rancangan ni! tgh plan ngan fotografer! hehe :P

Jun 27, 2008 2:54 PTG

 
Blogger Fasyali Fadzly said...

salam singgah.. jumpe di KL Fringe Festival

Jun 28, 2008 12:55 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home