Menjelang PRU13: Kausaliti
“Kalau esok aku jadi ketua kampunglah, memerintahlah… lusa, zup zuuup, pili air dah siap terpacak dah kat dalam rumah masing-masing. Tak payah dah kamu semua nak berebut-rebut ambil air di pili awam lagi! Dan lagi, bukan dua puluh… bahkan, lima puluh meter padu air tu aku bagi free ‘ja!” kata Mat Trompet, sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lantai pangkin.
Pak Akop, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Mat Nangka, Mat Sanggul, Mat Rojek, Harun Serkam, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Cikgu Osman, Sepiah kata, “Ooooo….”
Meluat sungguh Usop Ludin dengan manifesto Mat Trompet tu, “Tapi, kalau esok kau tak jadi…”
Tidak sempat hendak dihabiskannya ayat. Apabila sebuah Nissan Sunny membrek emergency betul-betul di hadapan mereka. Pintu kereta terkuak. Kak Pinoi berlari keluar. Sambil menangis teresak-esak.
“Hah! Apa pasal tu?” tanya Mat Trompet.
“Ermmm… Jalan jam!” jawab Karim Driving School.
“Ada roadblock kat jalan Parlimen lagi ke?” tanya Mat Trompet.
“Tak!” jawab Karim Driving School, “Pinoi… tekan brek ‘ja mati enjin, tekan brek ‘ja mati enjin, tekan brek ‘ja mati enjin… mau tak jam satu kilometer kereta lain kat belakang!”
Label: PRU13
34 Comments:
yay2..1st yg komen.
sng citer, nek lrt. xjem. sesak2 pon bergerak jgak.
Julai 15, 2008 1:24 PTG
kak pinoi, beli je la lesen terbang.... esok2 beli keta oto... tak mati enjin...
weh bang... dah dekat setahun kak pinoi ni blajo mandu, tak lulus lagi ke hah?
Julai 15, 2008 1:40 PTG
Kekanda Naga, aku dalam Dilema. Tolong daku. Permasalahan ada di blog aku. Terima kasih!
Julai 15, 2008 2:02 PTG
Dulu dah best-best masa test bawak Nissan Sunny
Sekarang tukar pulak masa test bawak kancil je...
Cuba bawak Nissan Sunny
Gerenti tak mati enjin punyalah...
Julai 15, 2008 2:15 PTG
Kasut,
Ada orang kata, 'berkereta tu satu keperluan. so, kita mestilah ada kereta.'
Tasek,
Belum. :)
Hana,
Mondai nai desu! I'll heat up like a burning flame! Zup zuuuup!
Julai 15, 2008 2:17 PTG
Ah,
:)
Julai 15, 2008 2:18 PTG
dorang dengki pasal diorang tadak keta.....
Julai 15, 2008 2:46 PTG
tu l akak pinoi, patut tak yah tekan brek..tekan minyak ja, sure enjin tak mati, paling koman pun polis mati kutu nak tahan hiks..
Julai 15, 2008 3:46 PTG
Kat rumah, Kak Pinoi praktis guna kereta auto. Tapi test guna kereta manual.
Apa barang??!!!
Julai 15, 2008 4:01 PTG
hahaha! berjanji sedap la dier ek. hehe.
Julai 15, 2008 4:14 PTG
brek byk erti brek bang...kali ni brek utk keselamatan.
btw, ulu pegoh aka gadek? ada hot spring kat situ kan? aaaaaaa.... wa tau...
Julai 15, 2008 4:19 PTG
Guys,
Staf DBP dah blah jam 4 tadi. Staf Syarikat D (cawangan) sudah pun diberikan kebenaran untuk mengosongkan permis pada jam 4.15 tadi.
Don't worry, gua stay; akan melaporkan dari semasa ke semasa. Abang Pyanhabib on the way dari Shah Alam ke area opis gua.
Gooden,
Ha ha.
Murnie,
Ha ha.
Cik Puan Daun,
HA HA.
Danial Sinar Harian,
Lu tak cover story malam ni ke?
Julai 15, 2008 4:24 PTG
Amora,
Entahlah. Kobau dengan taik kobau banyaklah kat Ulu Pegoh tu! HA HA.
Sesuai untuk Kak Pinoi belajar bawa kereta zig zag zig zag.
Julai 15, 2008 4:25 PTG
Alahai Kak Pinoi. Sian akak. Sabar ye kak. Daftarlah kat Metro Driving Academy. Belajar sampai lulus. Ha ha ha ha.
Julai 15, 2008 5:07 PTG
Ingatkan jem sebab keta mati takdak minyak. Hak hak hak.
Julai 15, 2008 6:05 PTG
aku dapat e-mel sm zakir in deep shit. e-melnya aku tampal di blog aku
Julai 15, 2008 6:33 PTG
cluth plate dah haus to bang naga!
Julai 15, 2008 7:33 PTG
haha! tak la bro. diorg tak kasi pegi. ada org lain yg pegi. gua kecewa. tgk kat tv je.
Julai 15, 2008 11:03 PTG
Kebetulan saya juga sedang belajar memandu. Hari ini saya menyebabkan kerosakan pada sistem perpaipan di rumah saya, tetapi sudah ok.
Wah, pengalaman belajar memandu lebih menakjubkan daripada pengalaman sudah pandai memandu.
Julai 15, 2008 11:23 PTG
Kak Pinoi ni, menangis saja tahunya.
Cubalah mengamok sikit. Pecahkan cermin kereta ke, pecahkan kepala abang Karim ke, Mat trompet ka?
Ala sapa2 aja laaa..janji lepas geram.
Julai 16, 2008 1:26 PG
Kak Pinoi... kak Pinoi... exam bertulis 100% agaknya, tapi praktikal hancusss... haha
Julai 16, 2008 1:38 PG
bagi la kak pinoi pass.
esok2 dia angkat kereta auto jugak.
Julai 16, 2008 1:59 PG
Tukar contact point.
Julai 16, 2008 7:53 PG
suh kak pinoi mandi bunga ler
Julai 16, 2008 8:05 PG
Meh aku ajar Kak Pinoi memandu. Ha ha!
Julai 16, 2008 8:29 PG
Tiqah,
HA HA.
Ying,
Ha ha.
Nazmi,
Zakir ada beritahu aku semalam. Emel Zakir kena hack dengan negro. Zakir dah ada emel yang baharu.
Xra,
Kak Pinoi yang tak sempat tekan cluth. Ha ha.
Danial,
Semalam - gua, MatJan, Vovin dan Jimadie lepak kat 'buku kita'. Tak tengok tv. Kami dengar tv 'ja. Sebab tv kalih ke lain. HA HA. I wish you were here la, makan2 minum2 dengan kita orang.
Amin,
Paipan? Wo!
Water,
Dah nama pun orang pompuan - kalau tak nangis, EMO! MUHAKAKAKAKAKAKAAA...
Ya ya, aku tahu, lepas ni aku mesti kena tala punyalah.
Dug,
:)
Kelam,
Ingat bawak kereta AUTO senang ke? Kau gi suruh OP bawak tengok!!!! (Kalau tak dilanggarnya pagar).
Mau,
Masalah fius tu!
Asu,
HA HA.
Azzam,
Kau suka 'jump'. Tak sesuai.
Julai 16, 2008 8:42 PG
clutch tinggi sangat... Haha.
Julai 16, 2008 11:23 PG
Tengah hangin tak abis lg pasal roadblock parliment ari tu.. sejak hari tu mcm kena sumpahan jer hari-hari masuk ofis lewat. Hampeh tul...
Ge, pesan ngan Karim Driving School, lenkali buat class on the road tengah-tengah malam. Kereta tak banyak sngat. hehe
Julai 16, 2008 11:46 PG
aku nak tulis nama Kak Pinoi ker atau Karim Driving School dalam alasan lewat sampai ke tempat mesyuarat...
Julai 16, 2008 12:44 PTG
Kak Pinoi naik RapidKL je lah kalau dah susah sangat..
Julai 16, 2008 12:47 PTG
Pergi la Keramat. Ada satu haji ni lesen jamin lulus tak payah belajar, tak payah ujian. Ha ha ha!
Julai 16, 2008 12:59 PTG
Amyz,
HA HA.
Har,
Kat KL ni, tengah malam pun kereta banyak. :)
Kemat,
Tak payah letak nama, letak nombor kereta sahajalah! :) BBA884
Madu,
RapidKL tak lalu kat Rumah PENA. Ha ha.
Oh ya, bas yang lalu di hadapan Rumah PENA ialah nombor 13 ke Kem Sg. Besi kalau tak salah aku. :)
Purp,
Lesen terbang tu weh!
Julai 16, 2008 2:28 PTG
Wanita selalu menjadi mangsa kezaliman lelaki.
Agghhh!!!
Julai 17, 2008 2:05 PG
Sya,
Lelaki selalu menjadi mangsa goda wanita.
Tapi, kami suka. HA HA.
Julai 17, 2008 9:07 PG
Catat Ulasan
<< Home