"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Julai 2008

Pada suatu tahun rock yang sungguh balada

Dulu. Kalau gua tak dengar kaset *Culture Club, gua dengar kaset Deep Purple ka, Iron Maiden ka, Quiet Riot ka, Ozzy Osbourne ka, Scorpions ka... Rock belaka, wo! Dan, kalau yang paling mild telinga gua boleh layan pun - Gingerbread (Singin': Mengapakah tergamak sungguh, Memperdaya harapan ini, Tunas kasih yang aku semai, Racun berbisa yang kau sirami...). HA HA.

Pada suatu hari. Gua dengar cerita. Scorpions nak datang (ke) Malaysia. Gua pun risik, dan gua dapati cerita itu adalah benar belaka. Lalu, gua pergi beli tiket konsert Scorpions tu kat Pertama. Tempat duduk atas sekali belakang sekali, kata Cina jual kaset tu. Dan, dua puluh lima ringgit duit gua terbang. Minggu tu gua ikat perut. Gua makan roti krim cicah sambal 'ja.

Pada suatu hari yang lain. Gua baca suratkhabar. Menteri kata Scorpions tak dibenarkan datang (ke) Malaysia. Sebab rambut mereka panjang macam rambut perempuan. Lelaki yang menyerupai perempuan adalah salah di sisi agama Islam. Kenyataan tersebut bikin gua bengang. Lalu, gua kasi koyak tiket dua puluh lima ringgit tu. Sampai hancur. Sama hancurnya dengan harapan gua nak tengok Scorpions beraksi secara live. Sama hancurnya dengan harapan gua nak tayang kasut Reebok High-Cut gua pada malam konsert tersebut. (Sorry Azzam, apa standard rock kental pakai kasut Aliph! HA HA.)

Pada suatu hari yang lain pula. Gua baca suratkhabar. Penganjur minta maaf kepada peminat-peminat Scorpions. “...dan, kepada mereka yang telah pun membeli tiket, bolehlah MEMULANGKAN TIKET tersebut dan kami akan memulangkan wang anda kembali!” kata penganjur, seperti yang dilaporkan oleh suratkhabar.

“TIDAKKKKKKKKKKKKKKK!!!” Roti krim cicah sambal bersembur keluar dari mulut gua.


* Adik-adik, Culture Club bukan kumpulan rock ya, dan bukan juga kelab kebudayaan, belia dan sukan. *wink!*

42 Comments:

Blogger thedreamer said...

*tengah bayangkan naga pakai kasut reebok high cut.. :)

Julai 14, 2008 12:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fazlina,
Tengah bayangkan? *ahaks* Kau buat aku berfantasi yang bukan-bukan. :)

Julai 14, 2008 12:55 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

peh lu pakai reebok..solid beb. Gua saspek aliph tu rock miskin je laa pakai.tapi lu makan roti cicah sambal.apa cerita?

Julai 14, 2008 12:55 PTG

 
Blogger Unknown said...

culture club famous mekap tak hingat dunia. boy george kan? kan? kan?

Julai 14, 2008 12:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Lu ingat Reebok murah ke? Dah gua tergatal pegi beli - makan roti krim cicah sambal la sudahnya weh!

Vivi
:)

Julai 14, 2008 12:58 PTG

 
Blogger spyz said...

Kama kama kama kama chameleon
U came n go
U came n gooo..

The best of Scorpions(pirate), kaset omputih pertama aku beli..

Julai 14, 2008 1:01 PTG

 
Blogger leez said...

Boy George has beautiful skin..

I tumble for you
I tumble for you
I, tumble for you..


Do you really want to hurt me?
Do you really want to make me cry?..

:D

Julai 14, 2008 1:09 PTG

 
Blogger tasekM said...

kau gopoh sangat bang.. :p

psstt... smlm aku tgk gambar maskara hr tu yg apak aku amik... ada satu gambo kau punya senyum mcm iklan kolget bang.. ha ha..

Julai 14, 2008 1:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
Kaset Culture Club tu hanya sesuai dimainkan dengan menggunakan Bombeat. HA HA.

Leez,
Do you really want to hurt me? :)

Tasik,
Masa tu Jimadie tengah kacau2 aku. Apak kau pula snap satu ja gambar aku, alahai! Beritahu dia, jangan guna gambar aku tengah tersenyum kolgate tu untuk suratkhabar - malu wo!

Julai 14, 2008 1:50 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

still loviiing youuuuuu....

pergh!

Bang, lagu2 rock ni semua masih 'IN' lagi sekarang, senang-senang pi youtube.. layan karaoke pun boleh.

MASKARA bulan Ogos nanti invite aaa kugiran yg boleh main rock...

Julai 14, 2008 1:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Cet! Cakap lawa konon - kau ingat aku duduk sahaja ke? Hari tu aku dah angkut Rock Panama bawak mari Mesia - kali ni memang aku tengah plan nak bawak mari Scorpions pulak weh!

Ok, tunggu poster MASKARA terbit ek!

Julai 14, 2008 2:12 PTG

 
Blogger Anonymous said...

singin': timee it needs timee
to win back your lovee again
awill be thereee..awill be theree

singin': kama kama kama kamileonnn
you come and gooo
you come and gooo
ooo

weh..gua dulu pakai reebok hi-cut jugak tapi layan chris vadham...

singin' : jangan kau hujaniii ku dengan pertanyaaannn

ha ha ha

Julai 14, 2008 2:16 PTG

 
Blogger Anonymous said...

singin': timee it needs timee
to win back your lovee again
awill be thereee..awill be theree

singin': kama kama kama kamileonnn
you come and gooo
you come and gooo
ooo

weh..gua dulu pakai reebok hi-cut jugak tapi layan chris vadham...

singin' : jangan kau hujaniii ku dengan pertanyaaannn

ha ha ha

Julai 14, 2008 2:16 PTG

 
Blogger Anonymous said...

singin': timee it needs timee
to win back your lovee again
awill be thereee..awill be theree

singin': kama kama kama kamileonnn
you come and gooo
you come and gooo
ooo

weh..gua dulu pakai reebok hi-cut jugak tapi layan chris vadham...

singin' : jangan kau hujaniii ku dengan pertanyaaannn

ha ha ha

Julai 14, 2008 2:16 PTG

 
Blogger Anonymous said...

singin': timee it needs timee
to win back your lovee again
awill be thereee..awill be theree

singin': kama kama kama kamileonnn
you come and gooo
you come and gooo
ooo

weh..gua dulu pakai reebok hi-cut jugak tapi layan chris vadham...

singin' : jangan kau hujaniii ku dengan pertanyaaannn

ha ha ha

Julai 14, 2008 2:17 PTG

 
Blogger Anonymous said...

pergh...banyak gila gua post comment

lu dengki ke hapa?

Julai 14, 2008 2:18 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

gua dengar nasyid sepohon kayu je..

Julai 14, 2008 2:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Wo, satu kali post tiga kali keluar, macamana lu bikin tu?

Po,
Wo, satu kali post tiga kali keluar, macamana lu bikin tu?

Po,
Wo, satu kali post tiga kali keluar, macamana lu bikin tu?

Po,
Lu dengki ke hape?

Daun,
Masa gua layan rock lu masih lari sana lari sini tak pakai seluar, beb! HA HA. Mamat Nuar tu pun masih kat RMC lagi, gua rasa. Kat RMC mana buleh layan rock, beb. Kat RMC kena layan bugle 'ja. Tot tot tot tototttttt!

Julai 14, 2008 2:48 PTG

 
Blogger jagoan said...

Pergh,

Nostalgik betul.

Julai 14, 2008 2:51 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Hahaha.

SweetSeptember : Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui. Anda kasih yang kau beri tak sepenuh hati...

Hati ku.. Kau guris.. Luka...


Hahahahaha.

Julai 14, 2008 3:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ah,
Perghhhhhhhhhhhhhh!

Amyz,
Eh, kau masih nyanyi lagu tu ke? Bukan ke kau sepatutnya nyanyi, "suatu hari minggu ku ke taman haiwan, sinaganaga telefon, aku tak angkat, sebab aku ke taman haiwan dengan 'kawan'!" HA HA.

Julai 14, 2008 4:03 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

dude, ada satu ribok haikat tu.. wa tengok kat bandel hari tu... tiga inggit je... hahaha...

err.. taim wa dulu pakai konbes je...

Julai 14, 2008 4:10 PTG

 
Blogger Megat said...

teringat zaman melayan 'rock kapak' kan!?

Julai 14, 2008 4:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Cik,
Gua pernah pakai Walkabout. Ha ha.

Mgat,
:)

Julai 14, 2008 5:04 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Rock Panama City tu ok dah... kalau boleh nak Joan Jett versi Malaysia punya. Banyak request lak aku ni, buwahahaha

Julai 14, 2008 5:04 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

hahaha! tiket tak leh tukar ngan roti krim ke bro? :P

Julai 14, 2008 5:22 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Sesungguhnya Derick el Jammilo mengingatkan aku pada seseorang. Entri ko ni buat aku kembali berfantasi tentang muda kita.

Eh..kita dah tua ek?

ps; Maskara depan jemput Derick lagi ya hahaha!

Julai 14, 2008 5:30 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kau ok, Reebok. Kawan aku beli Reebak. Ha ha ha!

Lagu 'Always Somewhere' itu macam masih terngiang-ngiang dalam telinga aku.

Julai 14, 2008 5:32 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Dalam Album aku, aku simpan tiket-tiket konsert yang pernah aku pergi.

Headwind
Zainal Pasca Headwind
Shiela Majid

tidak banyak.

Oh, lupa nak cerita. Aku juga ada tiket Scorpion. Menteri El Paso tidak bersependapat dengan Menteri engkau. :-)

Julai 15, 2008 12:18 PG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

dan rudolph schenker dan klaus meine pon berkata..




"What u give,u get back.."

kecuali pada lu..

Julai 15, 2008 1:32 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

uhuhu.Tulah,lain kali janganla koyak dulu tiket itu, simpan buat kenangan:)

Roti krim cicah sambal?apa yang dicicah sambal semua sedap:)ha ha ha

Julai 15, 2008 8:41 PG

 
Blogger . said...

mesti masa tu aku belum lahir lagi.
wahh..terasa muda.

Julai 15, 2008 8:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Hari tu kita dah bawa Alanis Morissette Malaya ke Maskara. :)

MASKARA Ogos lebih ramai penyertaan - hapar 'hos' boleh kontrol mereka agar tak terbabas sehingga ke jam 12 mlm.

Danial,
HA HA.

Water,
Aku muda lagi. :)

Purp,
Reebak Marina? Ha ha.

Mau,
Corset or consert? Ha ha ha.

Gar,
HA HA.

Yana,
Selain sambal, ada benda lain lagi kalau kita cicah memang sedap. BA HAK HAK HAK HAK!!!!!

Julai 15, 2008 8:59 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizi,
Rugilah kau. La ni apa je yang ada - konsert nasyid? HA HA.

Julai 15, 2008 9:00 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

G, apa sangat la Reebok high cut tapi pijak siput pun tak mati ha ha! Aku punya Aliph tu ada signature Nash Lefthanded wo!

Kalau lelong kat Maskara agak-agak boleh pegi RM7000 tak? Ha ha!

Julai 15, 2008 9:07 PG

 
Blogger asuhara sue said...

kasut reebok tuu....
high cut lagikkk..
rock kapak habih nih!

Julai 15, 2008 10:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Azzam,
Nanti kita jual kat Derrick - dia tengah cari Aliph tu weh! Ha ha.

Asu,
La ni, gua nak tukar dah - gua nasyid dah weh. HA HA.

Julai 15, 2008 12:55 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

wah sedap gusi lu aje pp ckp rocker pakai kasut ALIPH rocker miskin. gua pakai ALIPH ok!!!.hahahaha

tapi

takdelah sampai kena beli roti cicah sambal aja!.

hehehe

Julai 16, 2008 11:39 PG

 
Blogger 4dMinIstR@t0r said...

tak rockers la tak pakai kasut aliph...hahaha


Try Klik tgk rock tak rock!

Julai 16, 2008 2:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ayob,
Ha ha.

Admint,
Derrick tgh cari kasut Aliph ni. Azzam Supardi ada satu - saiz 6 - tatau muat ke tidak untuk kaki si Derrick tu.

So, mana mau cari lagi kasut Aliph ni?

Julai 16, 2008 2:45 PTG

 
Blogger 4dMinIstR@t0r said...

try usha
mata-kucing nih.... tu pun kalau die sanggup jual collection aliph die tuh..rasa macam nak g curik je...nih kalau yapong tgk mesti jeles...

Julai 16, 2008 3:05 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

Apa benda tu?huhu

Julai 17, 2008 1:07 PG

 

Catat Ulasan

<< Home