Menjelang PRU 13: Kereta rasmi
Kalau ada pun kereta dalam stingarden itu... Satu, Nissan Sunny Karim Driving School. Dan. Dua, Proton Saga First Edition warna hijau air tebu Hassan Kedai Runcit. Yang lainnya, pakat-pakat pergi mari dan naik turun bas LEN nombor 93 sahajalah.
Usop Ludin Tanah Lot, sebagai ketua kampung, perlukan kereta rasmi bagi memudahkan beliau pergi mari pergi mari; menjalankan urusan pentadbiran.
Hendak dipinjamnya Nissan Sunny Karim Driving School... kereta itu sentiasa 'penuh' dengan Kak Pinoi. Hendak dipinjamnya Proton Saga First Edition warna hijau air tebu Hassan Kedai Runcit... kereta itu sentiasa berbau minyak gas dan berbau masam air kelapa. Nanti, habislah bau Old Spice yang dia baru sembur ke seluruh badan. Alahai!
“Kita kena beli sebuah kereta rasmilah!” kata Usop Ludin Tanah Lot, sambil tangannya yang bersenduk menyangga pinggangnya yang seakan-akan mahu patah itu.
“Kita nak beli Mercedes-Benz ke, Sop?” tanya Sarjan Kassim, sarjan 'cook' di kem Batu Kentomen.
“Tak!” jawab Usop Ludin Tanah Lot, “kita beli Datsun 120Y dah!”
HA HA.
24 Comments:
Hahaha! Sayalah penjejak pertama hari ini!
Julai 22, 2008 10:52 PG
beli kancil cukup. lampu bulat mcm merc gak apa. ha ha.
Julai 22, 2008 11:16 PG
Tapi kalau beli Merc apa salahnya kan.
Jgn guna duit rakyat dah lah. Ahaks. Gunalah duit tabung sendiri.
Julai 22, 2008 11:29 PG
pasni pakat-pakat beli kereta merc, sebab service dia murah. dok gitu tok mad?
Julai 22, 2008 12:04 PTG
Peh. Boleh buat kereta sport tu kalo modified. Haha.
Julai 22, 2008 12:24 PTG
Amin,
:)
Tasek,
HA HA.
Ah,
:)
Gopeng,
Ok, nanti kita tanya kat Tok Mad. Dak pun kita tanya kat Yapong 'ja nanti apabila dia dah bangun tido. HA HA.
Julai 22, 2008 12:24 PTG
Amyz,
He he.
Julai 22, 2008 12:25 PTG
adeh.
bagi jer basikal buruk utk kenderaan rasmi tuh.lansung minyak tak yah.kalu nak driver.letak jer carier besar-besar kat blakang tuh.
rakyat pakai kancil pon merana.senang2 jer dia nak tukar merce.iskiskisk
Julai 22, 2008 12:28 PTG
Aku pernah merasa bawak datsun ni, best jugak.
Kalau di modify, cat warna oren, perghhhh.... hahahaha
Keras wo body dia wa cakap lu.
Julai 22, 2008 12:29 PTG
Semut,
Awang tu khabo, die dok gune pong pitish Petronash!!! HA HA.
Dus,
Kaler hijau pucuk pisang le baru hip!
Julai 22, 2008 12:46 PTG
Aku baru balik kampung. Kereta bau durian.
Julai 22, 2008 1:04 PTG
murah2 sudah. haha. :p
Julai 22, 2008 1:46 PTG
Tahun ni tak ada monsoon cup.
Tapi ganti dengan Merc 14 biji.
Julai 22, 2008 1:57 PTG
Bila pulak nickname aku tukar ke Dus ?
Hahaha
Julai 22, 2008 2:00 PTG
Mau,
Bagi le sini sebijik! He he.
Danial,
Guna duit rakyat tu. :)
Madu,
Merc lebih murah daripada Perdana (utk jangka masa panjang). :)
Dus,
HA HA.
Julai 22, 2008 2:04 PTG
Datsun 120Y boleh pakai gas tak? Gas murah.
He he he!
Julai 22, 2008 2:17 PTG
aku belajar bawak keta pakai datsun tu lahhh
Julai 22, 2008 3:36 PTG
aku pun!!
Julai 22, 2008 4:03 PTG
Purp,
Boleh cuba. :)
Ram,
Oh, iya ke?
Den,
Oh, iya ke?
Julai 22, 2008 4:37 PTG
Usop Ludin Tanah Lot baru bagi tukar fikiran. Datsun pun tak nak,merce pun tak mau.
Nanti dia mau beli jet peribadi pulak.
Baru berubah "gaya"!
ps: Aku sedang bayangkan En Basri bawak Datsun warna oren ni *wink*
Julai 22, 2008 7:11 PTG
Dulu bapak aku ada datsun 120Y, kaler kuning..bertahun kereta nie berjasa pada kami..
Julai 23, 2008 8:06 PG
Dude,
Ko patut try dulu mazda capella. Gempak wa cakap lu. Bapak aku ada pakai sebijik dulu.
Julai 23, 2008 12:29 PTG
Tok sampai termimpi2:p
Julai 24, 2008 8:35 PG
Water,
Ha ha.
Suluk,
Bawa mari. Kita try sama-sama.
Yana,
Tu sebab aku tak bagi dia baca blog aku. :)
Julai 24, 2008 9:10 PG
Catat Ulasan
<< Home