"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 Julai 2008

Mabok Kepayang (sebuah ulasan separa ilmiah)

Saya menerima kiriman sebuah sampul berisi Audio CD Dewangga Sakti: Mabok Kepayang yang dibeli secara atas talian. Di sebelah dalam sleeve tercatat, “Salam untuk Sinaganaga. Selamat mendengar! Hidup Sindiket Sol-Jah! – Zulkifli, 24/06/08.”

Saya mendengarnya sekali, dua kali, tiga kali, ...

Dewangga Sakti adalah kumpulan pemuzik tradisional yang memainkan irama Melayu (tidak kiralah jika ianya berentak asli, inang, masri, zapin, joget, langgam, ghazal, keroncong, atau apa sahajalah) yang dicipta/ditulis pada abad ke-21.

Tap!

“Crossover dan fusion!” kata saya. Kerana, seperti yang kita telah tahu, instrumen yang dimainkan dalam menghasilkan lagu-lagu irama tradisional Melayu itu memang sifatnya crossover. Jadi, instrumen yang crossover tentu sahajalah akan menghasilkan bunyi yang crossover juga. Cuma, apabila sudah lazim mendengarnya sejak zaman berzaman, kita jadi menerima pakai bunyi-bunyi crossover ini sebagai bunyi-bunyi milik kita: muzik Melayu. “Kalau dah namanya muzik Melayu – hah, macam inilah bunyinya! Gambus mesti ada, rebana mesti ada… bla bla bla…” kata Cikgu Zali.

Fusion? Tidak perlulah saya ulas lanjut kerana saya beranggapan kamu semua sudah tahu apa itu fusion.

Hey, ketika sedang menulis ini, track 03: Belayar ke Pulau Jauh sedang berkumandang dan saya belajar satu perkara, lagu Melayu mesti ada orang menyanyi, “lala lala, lala lala.” HA HA.

Lalalalala…

Saya membanding-bandingkan mini CD ini dengan beberapa buah CD pemuzik antarabangsa yang saya suka untuk mencari-cari sifat progresifnya (progresif mengikut kefahaman saya), jika ada.

Dewangga Sakti – Tangerine Dream. Nope! Tangerine Dream itu new age: electro, krautrock, dan ambient, jika saya boleh melabelkan begitu.

Dewangga Sakti - Andreas Vollenweider. Nope! Andreas Vollenweider itu new age, world muzik, jazz, dan sedikit classical, jika saya boleh melabelkan begitu.

Dewangga Sakti – Peter Gabriel: Passion (runut bunyi filem The Last Temptation of Christ). Ting ting ting! Passion itu progressive dan world muzik. Dan Mabok Kepayang itu, jika dipersembahkan di luar negara, adalah di dalam kelas world muzik juga, jika saya boleh melabelkan begitu. (Nota: Passion ditunjangi oleh instrumen kementché + tempo oleh instrumen kadang surdo, kadang tabla, sedang Mabok Kepayang ditunjangi oleh instrumen violin dan oud + tempo oleh kadang rebana, kadang darbuka.)

Mini CD mampu milik ini harus dimilki. Layari dewanggasakti.blogspot.com untuk membeli secara atas talian.

Atau, hey hey hey, kejap, Sindiket Sol-Jah telah pun menjemput Dewangga Sakti untuk membuat persembahan di MASKARA pada 2 Ogos ini dan mereka pun telah bersetuju. Jadi, apa kata, jika kamu semua beli Mabok Kepayang dan dapat tandatangan Dewangga Sakti secara eksklusif pada malam tersebut.

“Lalalalala…” nyanyi saya, sambil memperlakukan bekas menyimpan klip kertas seperti instrumen shaker.

31 Comments:

Blogger sinaganaga said...

Syyyyt! Pernah dengar tak Tok Rimau lalalala? He he. Off-beat dude, off-beat!!!

Julai 16, 2008 2:53 PTG

 
Blogger Dewangga Sakti said...

Salam Sinaganaga,
Terima kasih di atas ulasan ini.Juga terima kasih kerana menjemput kami ke MASKARA nanti.Semalam terima sms dari Vovin.
Kami akan bawa CD dan t shirt ke sana nanti.

Zul

Julai 16, 2008 3:16 PTG

 
Blogger tasekM said...

next MASKARA nak kena pergi nih...


dan


kalau apak nak ikut.. bawak keta sendiri... nnti dia nak balik cepat... :p

Julai 16, 2008 3:20 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Mabuk kepayang ni mabuk orang mengandung kan?

Julai 16, 2008 3:25 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

Uncle, ulasan kau macam ahli panel seminar muzik anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian aja

ha ha ha

Julai 16, 2008 3:58 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku tahu kenapa Tuhan tidak jadikan aku muzikal.

Brother louie, louie, louie
Oh, shes only looking to me
Oh, let it louie
She is undercover
Brother louie, louie, louie
Oh, doing what hes doing
So, leave it louie
Cause Im her lover

Julai 16, 2008 4:21 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

2 Ogos ya, nanti saya ke sana lagi. bawak kawan2 lagi. haha. story ari tu kena tunggu que lagi la bro. huhuhu. gua kecewa. nanti dah kuar paper gua cakap ek. :-)

Julai 16, 2008 4:36 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Nak pakai penari tak?

Julai 16, 2008 4:39 PTG

 
Blogger jagoan said...

Dewangga Sakti,

Dengar namanya saja macam magis..



Lala la la la...

Tipak tetipong ah...


Mabok kepayang...



Weh weh,

MASKARA X kena datang!

Julai 16, 2008 4:50 PTG

 
Blogger fadz said...

reserve satu cd.. belai melalui abg boleh?

Julai 16, 2008 4:59 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ingat nak tengok show diaorang kat IKIM itu hari, tak sempat.

Bila nak panggil Meor [Pesta Jiwa] ke Maskara Naga?

Julai 16, 2008 5:09 PTG

 
Blogger Unknown said...

aku x bulih dgr lagu2 mcm tu. nnt naik sheikh. hehe.

Julai 16, 2008 10:13 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

Huhu. InsyaAllah sampai sana. Jumpa nanti ek naga?:P

Waktu pesta buku tak sempat jumpa.teman adik yg sudah bosan ikut yana:P ha ha ha

Julai 17, 2008 1:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zul,
Bawa full team ke nanti? :)

Tasik,
Ya. Suruh apak kau mari. Suruh dia dodok kat dalam. Tengok sendiri persembahan tu dengan hati (dari mula sampai habis). Lepas tu minta dibuat ulasan - kutuk tak pa, keji pun tak pa, puji pun tak pa. Well, kita memang mengharapankan ada sasterawan/wartawan yang memberikan ulasan (semoga kami boleh menambahbaik perjalanan MASKARA).

Masalah parking? Tak boleh nak buat apa-apa. Sindiket Sol-Jah tak ada kunci gate tengah rumah PENA. :)

Amin,
:)

Madu,
Dahari dah jemput dah aku untuk jadi panel (semeja dengan Dr Abu Hassan) - aku tolak. Gua tulis pandai le. Nak cakap kalu - gagap. :)

Mau,
Aku pernah berjanji nak bawa kau pergi karaoke.

Spyz,
Sila uruskan hal karaoke ini. Yow Chuan Plaza pun ok. :)

Danial,
Gambar2 buku? Kau ambil tak dari blog cowgumrubber tu?

Ying,
Nak. :)

Ah,
:)

Fadz,
Belai? Nak suruh aku belai siapa ni? HA HA.

Purp,
Ada juga jumpa Meor masa mesyuarat agung PENA yang lepas. Lupa pula nak jemput dia ke MASKARA.

Hey, nak beritahu kau, Meor (Din Beramboi) tu kawan aku semasa di APS. :)

So, nak suruh aku bawak MEOR yang mana satu ni?

Kelam,
Oit2! Ada lagi satu kejutan - kami bukan setakat bawa Dewangga Sakti sahaja, malah... jeng jeng jeng... Tunggu!

Yana,
Okeh.

Julai 17, 2008 9:05 PG

 
Blogger Layla Haq said...

Arghhhh...tension.
Maskara dan saya memang tiada jodoh yang panjang.

Tak dapat hadir.

Julai 17, 2008 11:36 PG

 
Blogger asuhara sue said...

err... boleh mintak dewangga sakti mainkan lagu ghazal ke? aku rindu mendengar ghazal yg live!

Julai 17, 2008 11:48 PG

 
Blogger Dewangga Sakti said...

Naga,
InsyaAllah semua dpt hadir.
Berapa lama tempoh masa diberikan untuk lagu?

Julai 17, 2008 11:58 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bayan,
Don't worry. Kalau sudah jodoh tak ke mana. Tak dapat hadir Ogos ni - boleh datang ke MASKARA SHORTIES pada Nov dan MASKARA BALAK MALAYA pada Dis. Fu-yoh!

Ya, semua balaks akan berusaha sedaya upaya untuk mengenakan maskara pada kelopak mata mereka. Aku nak tengok siapa yang meleleh air mata, siapa yang tidak. HA HA.

Asuha,
Elemen keroncong ada dalam salah satu lagu di dalam album Mabok Kepayang. :) Ghazal? Ghazal kena pakai akordian kotak letak bawah tu laaa... DS tak ada akordian jenis tu rasanya... :)

Dewangga,
Kami ada lebih kurang 8 orang peserta pada malam itu. Jadi, slot untuk Dewangga Sakti sekitar 10 - 15++ minit. Ermmm, lebih kurang 3 lagulah kalau durationnya 5:35 + 4.55 + 2.44 - aku kira boleh sangatlah tu. He he.

Eh, ada lagu baru tak weh?

Julai 17, 2008 12:29 PTG

 
Blogger Dewangga Sakti said...

Naga,
Lagu baru? Ada.Lagu yg tak keluar dlm CD pun ada juga.Ada yg disimpan utk album penuh nanti.Ada kira-kira enam lagu(yg hampir siap) belum rakam.Tengah memproses otak lagi.InsyaAllah,dalam tahun ini juga akan mulakan proses rakaman utk susulan kpd Mabok Kepayang ni.
Malam tu nanti,kita tengok masa dan suasana.15 minit++ tu ok.
Ah ha!Mungkin satu lagu joget.Biar semua org berjoget :)

Julai 17, 2008 1:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dewangga,
Tak tung tak tung tak tung tak tung... ewah! Rugilah Tok Rimau kalau tak mari. :)

Julai 17, 2008 2:05 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

haa... ye. chantek tu bro. slamat lu igtkan. nanti gua amik kat situ ek. nanti dah siap masuk paper gua bgtau. hehe :-)

Julai 17, 2008 3:07 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

reserve untuk saya satu...

Julai 17, 2008 3:26 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Meor yang INI Naga. :D

Julai 17, 2008 3:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Danial,
Lu cam tak yang mana satu buku2 terbitan Sindiket Sol-Jah? Ya, yang ada logo toyol jinjit senapang tu le.

Purp,
Apa barang Meor - kita minta Pipiyapong mendendangkan sebuah lagu le untuk kita! Ada setuju semua???????

Julai 17, 2008 4:41 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

hehe. gua cam bro. sangat cam. hahaha! :p

Julai 17, 2008 6:20 PTG

 
Blogger cikgooden said...

salam ziarah naga.(nak sebut naga pun dah ketaq deguh..deguh..)

joint masakar boleh ka?..

Julai 17, 2008 10:14 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Hari ini di blog saya ada cerita seram. Tapi tak tahulah mampu menyeramkan orang ke tidak.

Julai 18, 2008 2:27 PG

 
Blogger Artozy said...

mesti bersila depan lilin utk tengok dewangga yg diwar-warkan nih. ha ha!

Julai 18, 2008 8:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Cik Goden,
Jemput ke MASKARA. Sila sila.

Julai 20, 2008 1:06 PTG

 
Blogger Denanz ... said...

DEWAN BUDAYA Ogos 2008 sedang dlm pasaran. ada ulasan Album Baharu Dewangga Sakti oleh Zulkifli Ramli.

Julai 21, 2008 3:42 PTG

 
Blogger langsirkalerbiru said...

Patutlah namanya macam familiar.One of the musicians is my friend. Tak tahu apa nama alat musik yang dia main tu.
Rok gila mamat tu. Alik-alik main musik macam ni. Hehe..

Oktober 29, 2008 11:05 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home