"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Julai 2008

Lawa tiada, manis ada

Itote kata, waktu melawat dari empat setengah sehingga tujuh setengah.

“Kenapa cepat sangat tutupnya?” kata aku, “ni yang buat aku nak jadi Ketua Pengarah HKL 'ja ni!!!”

“Dulukan dah offer... kau tak nak!” kata Itote, “kau pilih nak jadi jenderal Sindiket Sol-Jah juga!”

Enam setengah aku dah sampai di hadapan Institute Radiotherapy, Oncology and Nuclear Medicine, HKL. Aku naik lif, tuju tingkat dua. Masuk ke dalam wad 2A, toleh kiri toleh kanan, nampak Dalilah di atas katil. Usop sampai lima belas minit, kemudian.

Aku pakai kemeja belang. Aku pakai seluar tempah. Aku pakai kasut Kickers. (Dan, bau punyalah wangi... tak payah nak ceritalah! Pergh!) Dan. Usop pakai kemeja biru. Usop pakai seluar tempah. Usop pakai kasut kulit. Usop kerja bank. Tetapi, aku tidak.

Kalau nak dikira-kira. Harga sepersalinan. Campur harga segala gadjet elektronik. Yang kami bawa bersama-sama. "Mau cecah rib-rib ni, brother!" (Kalau Pipiyapong yang katalah.) Ha ha.

Aku turun ke tingkat bawah. Beli air mineral, roti berperisa kentang, roti berinti sambal ikan bilis, gula-gula berangin, dan tiga cawan jagung manis. Semua makanan aku beli ikut selera aku. Sebab, tak guna kau tanya orang sakit, "Kau nak makan apa ek, Dalilah?" Nanti jawab dia, "Tekak aku rasa masinlah, Bro!!!" Aku naik ke tingkat atas, semula. Bawa air mineral, roti berperisa kentang, roti berinti sambal ikan bilis, gula-gula berangin, dan tiga cawan jagung manis. Semua makanan aku beli ikut selera aku.

Kami makan-makan. Kami bual-bual. Kami ketawa-ketawa. Macam tiada siapa yang sakit. Macam adik-beradik balik kampung berhari raya. Sedar-sedar dah lapan setengah. Aku dan Usop 'minta diri'. Dalilah kata, "Ok!"

Dalam perjalanan keluar. Aku tanya misi bertugas, "Kenapa misi tak halau kami keluar tujuh setengah tadi?" Misi jawab, "Kalau kami halau enche-enche keluar tujuh setengah tadi... tak dapatlah kami tengok enche lama-lama!"

Kami terdiam. Tapi, mata Usop macam boleh berkata-kata, "Errr... bila kita boleh couple?"

56 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

yeah..
kali ni aku lak 1st bg komen..

huhu..

slamat ngorat

Julai 23, 2008 12:27 PG

 
Blogger Amyz! said...

Laaa.. dalam hati aje ke? Tak drama lah macam ni. Haha.

Julai 23, 2008 12:37 PG

 
Blogger DakwatMerah said...

Bukan misi misi ke tu yang nak ngorat korang?

Julai 23, 2008 12:42 PG

 
Blogger rashiD said...

da misi lawa..

Julai 23, 2008 1:01 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

BUWAHAHAHAHAHAHA

Julai 23, 2008 1:25 PG

 
Blogger Kemat said...

dulu-dulu, cukup takut dengan misi..mereka berimej garang, bergaya ala-ala mak cik...misi-misi hari ini memang menawan hati, muda-muda gitu...haha

Julai 23, 2008 8:05 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

HA! HA! Manis aaa?

Julai 23, 2008 8:07 PG

 
Blogger Bila Diary Bercerita said...

Lepas ni mesti Misi-misi tu berharap nak tengok jejaka yang pakai seluar tempah datang spital hari-hari. He..he..he..
Uii.., kalu pakai seluar tempah saham tinggi yek?

Julai 23, 2008 8:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Azwan,
:)

Amyz,
'Dalam mata'. Aku ulangi, 'dalam mata'. HA HA.

Dakwat,
:)

Rash,
:)

Dug,
BA HAK HAK HAK.

Kemat,
:)

Azzam,
Manis jugalah. Tapi, itu pun depa yang kata, bukan aku kata. HA HA.

Aishah,
Bagi sesetengah wanita, saham seluar tempah lebih tinggi daripada seluar poket banyak. :)

Julai 23, 2008 8:37 PG

 
Blogger Anonymous said...

Aku kenal 'syeikh' Usop! yang pakai seluar tempah, kerja bank.

Ya ya
Usop hensem.

Aku harap Raden sejahtera hendaknya.

p.s - aku dapat komen nih :-

ps. naper hahh sekarang baca ayat mcm tulisan sinaganaga jer...

Manakah Po yg dulu ? Adakah dia sudah hilang bersama kepulan asap2 tembakaunya ...?

..u bring bad influence to Malaysian art of writings.

Julai 23, 2008 9:13 PG

 
Blogger Mohd Yussof Ibrahim said...

"Kami makan-makan. Kami bual-bual. Kami ketawa-ketawa. Macam tiada siapa yang sakit. Macam adik-beradik balik kampung berhari raya."

Dude,

Aku kagum dengan ketabahan hati Dalilah, dan patients lain. Ya! Kita macam adik beradik yang sihat sihat belaka, borak borak, sambil makan jagong.

Mari kita doakan mereka segera semboh dan dapat makan jagong bersama keluarga masing masing.

p/s - aku juga kagum dengan misi misi yang berani mengorat engkau...

Julai 23, 2008 9:22 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Lu memang abang-abang yang runcit-runcit (Kalau pipiyapong tang tulis).

Julai 23, 2008 9:24 PG

 
Blogger nashriza said...

bahasa kau mmg power...kena baca byk kali...(kalau tak...kurang mendalami..huhu)...

Julai 23, 2008 9:33 PG

 
Blogger sinaganaga said...

>>>..u bring bad influence to Malaysian art of writings.

Po,
Ha ha. Aku harap, satu hari nanti (dalam masa terdekat, kalau boleh), ada cendikiawan akan forumkan 'pemikiran Sindiket Sol-Jah dan pengaruh buruk terhadap seni penulisan di Malaysia'. Nak puji ka, nak kutuk ka, aku terima sahaja. HA HA.

Sop,
Jagung manis tu sangat panas-panas. Berpeluh peluh jadinya aku. Ada satu angiosperma jagung sudah lekat kat celah gigi aku. Kalau Dr Tuti tahu ni - sure kena bebel punyalah, "Kan I dah beritahu, check gigi enam bulan sekali, bukannya 60 bulan sekali!!!!!" By the way, jagung - dalam kategori angiosperma juga ke? Ha ha. (Pssst! Jangan beritahu Ms Alice Tan. Nanti tak pasal-pasal cikgu Bio aku bebel kat aku pula).

Alaa, kau tahulah apa yang aku maksudkan tu - dalam biji jagung tu ada punat kecil (biji kecil; tak mudah hadam) tu.

Rimau,
For ya info: Sweet corn kat mart HKL sangat sedap dan panas-panas. Ada jual kuih pau juga. :)

Nash,
Taklah. :)

Julai 23, 2008 10:00 PG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ah..!! misi mana yang cakap macam tu..?? baik tunjuk ke gua. Mesti tak macam Julia Rais punya..

Hahaha..cilakak punya ending.

Julai 23, 2008 10:00 PG

 
Blogger tasekM said...

soalan ending tu Usop yang tanya ke engkau bang...? :)

Julai 23, 2008 10:07 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Julia Rais? Kenapa kau tak kata 'macam Susan Lankester (or Julis Faridah)' 'ja? HA HA.

Tasik,
(((HA HA))))))))))))))))))))))))))
p/s: sori, speaker aku tak stereo.

Julai 23, 2008 11:07 PG

 
Blogger siskinny said...

Dekat institut yang sama di HKL tu mmg boleh tgk bermacam jenis orang sakit dari pelbagai kategori, dari kanak-kanak yang baru kenal hidup sampai yang sudah lanjut usia datang untuk buat kimo & radioterapi.

p/s: misi lelaki dia pun kacak kacak juga ;p~

Julai 23, 2008 11:08 PG

 
Blogger DeeN said...

Laaaa ingatkan nak bercerita pasal keadaan kat Raden time melawat dia kat spital. Cheh! Apsal beli jagung manis tuh tiga jer? Hahahaha!!

Julai 23, 2008 11:22 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Usop, Itote, Ayis, Mas ZZ, Dr Tuti, Aa,
Sama-samalah kita berdoa, bukan atas kesejahteraan Dalilah sahaja, bahkan kepada semua pesakit-pesakit kanser agar mereka dan keluarga tabah menhadapinya. Get well soon! Amin.

Skini,
Sori beb. Kami tak pandang misi lelaki. *ahaks*

Dan, baru aku tahu (atau Dr Tuti memang sengaja tak mahu beritahu aku? ha ha), di hadapan padang bola HKL ada asrama untuk doktor-doktor pelatih. Ding! Ding! Ding!

Nura,
Kalau kau ada sekali - aku beli empat cawanlah weh! HA HA.

Julai 23, 2008 11:35 PG

 
Blogger Unknown said...

dah agak dah ending dia...cit!!!

dalam mata konon!

w/mcm mana pon Dalilah musti vangga..ada kawan cam korang.

Julai 23, 2008 1:36 PTG

 
Blogger siskinny said...

oh, asrama doktor pelatih tu

kadang kadang
sengaja sengaja
pergi parking
depan asrama tu..

ha ha!

Julai 23, 2008 2:16 PTG

 
Blogger zizie ali said...

Misi jawab, "Kalau kami halau enche-enche keluar tujuh setengah tadi... tak dapatlah kami tengok enche lama-lama!"

soalan: apakah nada petikan di atas?.

jawapan: petikan di atas bernada sinis.

Julai 23, 2008 2:35 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Oit..oit..ko pegi tak ajak aku bang. Aku baru dok cadang nih. Weekend ni la aku ajak Abdul Razak pegi tgk Kak D.

Misi2 tu tak kenal aku. Mesti aku kena keluar awal.

Haih!

Julai 23, 2008 2:59 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

lu pakai minyak wangi tu perisa apa plak bro! hahaha!

Julai 23, 2008 3:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
HA HA.

Skin,
Oh, iya?

Zz,
Nada seperti misi baru grad. HA HA.

Water,
Ada parking moto kat hadapan wad tu, tapi selalu penuh. Ok, kalau kau datang dari Bilik Kecemasan - kau suruh Ajak ke depan sikit, sebelum pintu masuk wad onco tu - belok kiri - Usop parking Superbike dia kat situ semalam.

Danial,
Tak ingatlah. Kalau tak Diesel - Davidoof 'Deep' le yang aku sambar dari dalam laci. :)

Aaa, minyak attar pun ada dua botol kat atas meja ni. Mau?

Julai 23, 2008 3:27 PTG

 
Blogger June said...

Aku suspek dialog misi tu auta semata-mata.

Tapi... aku memang terhibur... Dan raden orangnya tabah. Amin.

Julai 23, 2008 4:32 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Kau mana pernah percaya dengan aku. HA HA. Ade deh deh...

Julai 23, 2008 5:08 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

misi tu.. nak tengok misai... heheh...

Julai 23, 2008 6:02 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kami terdiam. Tapi, mata Usop macam boleh berkata-kata, "Errr... bila kita boleh couple?"

Usop kata kat misi tu atau kata kat hang bro?

Ha ha ha.....

Julai 23, 2008 7:17 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

bro.jagung tuh manis ka masin?

misi kali ni melawat akak dalilah ke misi mengorat misi?

Adush

Julai 23, 2008 7:31 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

seluar tempah tuuu. Kau tempah kat mana Naga?

He he he!

Julai 23, 2008 7:43 PTG

 
Blogger S.YanaZ said...

Ah,
ini semua misi-misi yg tidak
"menurut perintah"

Perkara ini harus dibawa ke tengah!

Julai 23, 2008 7:51 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

s.yanaz,

BUWAHAHHAHAHAHAHAHA

info tambahab ;
nurse-nurse di hospital selayang (wad bersalin) dan hospital sg buloh (wad banduan) juga sangat manis jelita :P

Julai 24, 2008 1:44 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

Alahai. Mata pun boleh bkata2. Apa lagi, jalan dah terbuka luas. Approach la misi tu:P ha ha ha.

Julai 24, 2008 8:33 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Cik,
Ha ha.

Khal,
Damn! Aku tak tanya Usop plak!

Mut,
HA HA.

Purp,
Butik.

Sya,
He he.

Dug,
:)

Yana,
HA HA.

Julai 24, 2008 9:08 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

errr lelaki-lelaki berseluar tempah balik 8.30.

Maghrib kat mana bang?

Julai 24, 2008 9:20 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
HA HA. Kalau kau tanya kat MatJan la soalan ni - kau rasa MatJan (bagi pihak aku) akan jawab apa?

Julai 24, 2008 12:16 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

aku nak menangis ke nak ketawa baca netry kau arini ek.

ya, senyum itu penawar duka rupanya.

Julai 24, 2008 12:20 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

Anyway,misi2 kat situ tu mesti cantik2 kan?;p..huhu

Julai 24, 2008 12:42 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

aishhh... macam mana saya boleh jadi orang yang ke-41 bagi komen ni!

isk. isk...

Julai 24, 2008 1:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Ketawa sampai keluar airmata pun ok. :)

Yana,
Kau tak mahu jadi misi ke? *ahaks*

Amin,
Aku nak tunggu komen cecah 100 - baru aku nak tulis entri baharu. HA HA.

Julai 24, 2008 2:12 PTG

 
Blogger Ron97 said...

aku masih hidup.
muahahaha

Julai 24, 2008 4:51 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

Alahai.Yana kalau jadi misi, kena penuh kesabaran..huhu:)jadi cikgu sudah.hik2

Julai 24, 2008 10:38 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ron,
Mari KL - bawa mangga 'harumanis lagi harmonis'! :)

Yana,
:)

Julai 25, 2008 8:38 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

Pak Naga nak tunggu komen cecah 100 baru nak buat entri baru?

=.="

Julai 25, 2008 12:04 PTG

 
Blogger Suka Bebel said...

aku rasa seluar tempah korang yang buat misi misi tersebut terkancing gigi. aku pun nak tempah lah kalau cenggitu. leh ngorat misi bermata seluar tempah.hahaha!

Julai 25, 2008 2:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amin,
Ok, sementara nak cecah 100 komen - layari cowgumrubber.blogspot.com

Aku update blog situ pula.

Bebel,
HA HA.

Julai 25, 2008 4:16 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

apa lagi pasanglah misi meng'ayat', jangan tunggu2 beb.

Julai 25, 2008 4:34 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Okay komen ke 50 mungkin.
Oit bang entry baru satu!

Ni masuk kali ke 28 aku singgah blog kau bang.

Haih!

Julai 26, 2008 2:16 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

entry baru... entry baru...
entry... baru...

entri baru...

polis entri... one two jaga...
polis mati.. pencuri lari..

Julai 27, 2008 4:56 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Saya menunggu sehingga pukul 4 pagi, tetapi tidak ada entri baru juga.

Saya mahu tidur.... Salam Isnin, Pak Naga.

Julai 28, 2008 4:43 PG

 
Blogger tasekM said...

engkau betul2 tunggu komen ke100 ye bang... keras sungguh hati mu... ahaks

:p

Julai 28, 2008 9:20 PG

 
Blogger Marjerin said...

aku suka cara kamu mengolah situasi keadaan dan menyusun abjad supaya menjadi cerita yg menarik. aku suka.

salam ziarah.

Julai 28, 2008 11:08 PG

 
Blogger Denanz ... said...

aku pun suka.
hahaha.
aku pun!

Julai 28, 2008 2:17 PTG

 
Blogger .farah. said...

citer nak letup! haha

Ogos 01, 2008 4:00 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home