"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Julai 2006

Sarjan Hussain Luruh

Ya ya. Siapa yang tak kenal dengan Sarjan Hussain!

Ya ya. Hampir tujuh puluh lima peratus para soldadu di Dua Peninjau itu anak murid abah. Abah ajar mereka berkawat. Abah ajar mereka berpt (psychical training). Abah ajar mereka bertumbuk. Abah ajar mereka bertikam. Abah ajar mereka menembak. Abah ajar mereka bertempur. Abah ajar mereka menjejak. Abah ajar mereka mengendap. Abah ajar mereka merisik. Abah ajar mereka bahasa isyarat. Abah ajar mereka ikhtiar hidup. Abah ajar mereka macam mana nak terus hidup. Abah ajar mereka macam mana nak pura-pura mati. Dan. Kadang-kadang. Abah ajar mereka macam mana nak mengorat misi-misi di hospital tentera juga. Ha ha. (Masa tu Pranita belum wujud lagi.)

Sebab itu mereka sayang abah. Sebab itu, selepas tamat latihan rekrut, mereka bagi abah hadiah macam-macam. “Ambillah Jan! Pen Parker je ni… Kami collect duit seorang sedikit… Hadiah untuk Jan ni… Tanda kasih sayang kami!” (Masa tu, istilah rasuah belum popular lagi.)

Mahu tak mahu – abah ambil juga. Dan. Setiap kali abah ambil – setiap kali itulah abah kena court-martial. Dan. Setiap kali abah kena court-martial – setiap kali itulah abah kena turun pangkat.

Kejap kejap, abah naik pangkat semula. Kejap-kejap, abah turun pangkat semula. Kejap kejap, abah naik pangkat semula….

Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters prebet. Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters l/kpl. Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters kopral. Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters sarjan. Kejap-kejap, kami kena pindah ke rumah kelamin pegawai waran dua. Kejap-kejap, kami kena pindah ke berek prebet semula, alahai!

Hingga mak kata, “Dahlah tu bang! Teh (nama mak – Puteh) dah tak larat nak bungkus Pyrex dengan suratkhabar lagi!!!” Ha ha.

Suatu hari. Mak Long Lijah. Datang berkunjung. Di pintu masuk ke kem – Mak Long beritahu soldadu di guardroom, yang dia nak pergi ke rumah Hussain.

“Hussain, banyak kak! Hussain yang mana satu?” Soldadu.

“Alaaaa… Sarjan Hussain Luruh tuuuuu!” Mak Long Lijah.

Ya ya. Siapa yang tak kenal dengan Sarjan Hussain Luruh! Ha ha.

Image Hosted by ImageShack.us
NOTA KAKI BANGKU: 31 Julai - Hari Pahlawan. Selamat Hari Pahlawan kepada semua warga Angkatan Bersenjata Malaysia. Dan. Selamat Hari Pahlawan juga kepada abah! You are my hero!

Al-fatihah!

28 Julai 2006

Tipu-tipu yang kita suka…

Aku. Telefon Usop. Usop kata hello. Aku kata hello jugalah.

“Kau nak pergi tak?” Aku.

“Belum tahu lagi… ‘*Awek’ aku nak ikutlah! Ishhh!!!!” Usop.

“Alaa… Kau beritahulah ‘awek’ kau yang kau ada meeting hari tu!” Aku.

“Oit-oit! ‘Awek’ mana boleh kita tipu-tipu… Kalau bini - bolehlah kita tipu-tipu, dude!” Usop.

Ha ha. Kami ketawa. Macam pontianak jantan. Yang terlepas dari hukuman “kena kasi!”

*’Awek’ dan ‘bini’ dalam entri ini adalah isteri kepada Usop.

NOTA KAKI BANGKU: Kami, pasukan bola tampar Spirit of the Coin 84 ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan bowling Misfits of Science 84. Kalau anda dapat nombor satu… Memang mukjizat sungguh! Ha ha.

27 Julai 2006

Gaya Seni Ciptaan Budi

Image Hosted by ImageShack.us

Tu ti tu ti nu ni nu ni!

24 Julai 2006

Mahkamah dan Anda II

"'Plantif' dan 'defenden' dalam kes rayuan jadi 'perayu' dan 'responden'..." MatJan.

"Ooo... Kalau perempuan-perempuan tu 'rayu' aku - aku jadi 'responden' (yang tak layan kepada rayuan) ek MatJan?"

"Ha ha ha. Boleh boleh. Aduhhhh...." MatJan.

22 Julai 2006

Mahkamah dan Anda

Aku sedang mengarang. Untuk Buletin ‘Union’. Bab Tatatertib dan Tatakelakuan. Tup tup… Aku ‘sangkut’ sikit. Terus aku telefon MatJan.

Aku kata, “Hello Yang Arif!”

MatJan jawab, “Hello sensei!”

Aku tanya, “Ada mana?”

MatJan jawab, “Ada rumah!”

Aku tanya MatJan, “Undang-undang sivil tu apa? Undang-undang jenayah tu apa pula?”

MatJan jawab aku, “Undang-undang sivil tu macam… aaa, orang saman orang ka, orang saman syarikat ka, pak hang saman hang sebab hang tak mengaku dia pak hang ka… Dan. Undang-undang jenayah tu macam… aaa, hisap dadah ka, rogol ka, curi ka, bunuh ka, colek ka….”

Aku kata, “Ooo….”

KOMA

MatJan SMS aku, “Kalau (hang) baca (news)paper, ada (tulis) ‘plantif’ dan ‘defendan’ - itu kes sivil. Kalau ada (tulis) ‘pendakwaraya’ dan ‘tertuduh’ – itu kes jenayah. Ha ha. Aku pula jadi sensei.”

Aku SMS MatJan, “Kalau ada tulis ‘kami dah tidak tinggal sebumbung…’ – itu kes syariahkan? Ha ha. Aku pun pandai jugalah, Matjan!”

MatJan SMS aku, “Ha ha. Di dalam kelas aku – hang dapat nombor satu!”

Lepas tu, MatJan dah tak SMS aku dah, kredit habis agaknya. Ha ha. Dan, aku tak sempat pula nak tanya dia, “‘Responden’ tu apa pula, Yang Arif?”

21 Julai 2006

Pelesit Ulu Pegoh

Entri sempena Pameran Misteri, Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor.

Ada serangga hijau. Terbang-terbang. Lalu hinggap. Di buaian si Wati, anak kak Ju.

Mak Long Lijah pesan, kalau aku dapat tangkap belalang pelesit tu - suruh suakan mulutnya ke bucu kain. Apabila belalang pelesit dah gigit kemas-kemas bucu kain tu - “Kau sentap badannya!” Jadi, apabila dah terlerai kepala dari tubuh - maka tamatlah riwayat pelesit tu.

Tap! Tap! Tap!

“Alo alo.... Yang kau sua mulut belalang kunyit kat bucu kain tu nak buat apa?” Pak Long Sarip.

Laa... Bukan belalang pelesit ke ni? Laa....

20 Julai 2006

So long, Jeri!

Suatu hari. Aku. Ben. Naik teksi. Entah mahu pergi mana. Alih-alih, ada mamat tahan teksi kami. Aku kata kepada Ben, “Mamat Scorpions (Klaus Meine?) mana yang sudah tahan teksi penuh ni?" Apabila dah dekat, baru kami perasan, “Eh! Itu Jeri!”

Teksi penuh yang kami naik tak berhenti. Jeri keep on tahan teksi lain. Makin lama aku tengok Jeri makin kecil makin kecil dan makin kecil.

http://subterran.blogspot.com/2006/07/azharis-no-longer-with-us.html

19 Julai 2006

Takziah

Pagi ini. Terima SMS. Dari Awie ParkingProject. Jeri meninggal dunia. Di Hospital Universiti. Pada jam 4 pagi tadi. Kanser.

Hailing from Perak, Ahmad Azhari bin Mohd Nor or "Jeri", 51, is what is known as a Pop Artist. Currently based in Kuala Lumpur, this full-time artist uses bold flat colours, popular images and figures from publications, printage and assemblage techniques in his works. He has had numerous solo and joint exhibitions locally, and has received an Honourable Mention in the Phillip Morris Art Award in 1995.

Takziah buat keluarga allahyarham Jeri.

Takziah juga buat mamat-mamat yang kecewa dengan Siti.
http://www.youtube.com/watch?v=AeKia2QCtP0

Tetamu Ulu Pegoh

Entri sempena Pameran Misteri, Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor.

Sudah masuk waktu Isyak.

Rumah kami – jauhnya seratus meter dari pagar di baruh. Betul-betul di tepi pagar itu – tumbuh pokok tembusu saiz sepemeluk. Naik ke darat sedikit – ada dua batang pokok durian yang tidak mahu berbuah. Naik ke darat sedikit lagi – ada pokok rambutan biasa dan pokok rambutan gading. Kemudian – rumah kami.

Mak Long Lijah beritahu. Haji Dol Said ada singgah, tadi. Kejap. Sekadar berdiri di pagar baruh saja. Tidak mahu orang tua itu singgah ke darat untuk minum teh. Selepas berbual-bual, dipadamkannya andang dan bergegas pergi. Hendak mengubat budak kembong perut, agaknya.

“Pak Dol tanya, siapa yang meninggal siang tadi?” Cerita Mak Long Lijah. “Jah kata, entah, tak tahu pula Jah….”

“Eh! Bukankah… Pak Dol dah lama meninggal, Jah?” Pak Long Sarip.

Dan. Bunyi ungka-ungka pun bersahut-sahut. Uuwop! Uuwop!! Uuwoppp!!

18 Julai 2006

Ini berita baru. Ini baru berita!

Kena 50 jahitan di cakar haRIMAU.

17 Julai 2006

Rahsia Pohon Cemara

"Kami akan berkahwin!”
INI BUKAN 'WARTA BERITA'!

"Kami sudah tak sebumbung!"
INI PUN BUKAN 'WARTA BERITA'!

14 Julai 2006

Barang hantaran

Mas nak kawin.

Kutu macam aku, bukan ada banyak duit nak belikan Mas hadiah. Jadi, sebagai galang-gantinya, aku tawarkan diri untuk gubah barang hantaran sajalah... Dan. Aku beritahu Mas idea bergeliga aku tu.

Mas ketawa. Aku pun ketawa (aku ketawa sebab Mas ketawa). Kami ketawa. Macam pontianak. Terjumpa paku suku inci. Eeeeiiioooo...

Image Hosted by ImageShack.us
Gubahan berupa ular sawa dari tuala mandi. Ha ha.

12 Julai 2006

Kalau sempat siap ek!

Laman Seni 5 Ogos 2006

“Anata ga kanda, koyubi ga itai, kino no yoru no koyubi ga itai, sotto kuchiviru oshiatete…

Katsumi menyanyi. Dalam suara antara dengar dengan tidak. Lagu Koyubi No Omoide yang dia suka. Lalu melurutkan pakaian anything goesnya dan terjengket-jengket menuju ke kamar mandi. Hideyoshi mengikut dari belakang. Penuh drama.

“Ambilkan tuala!”

Image Hosted by ImageShack.us

11 Julai 2006

Pangkat dan Gelaran

Angah Ludin beli kereta baru. Dan. Dapat cucu baru. Serentak.

“Mulai hari ini, kau panggil aku, Datuk Wira Special Edition Angah Ludin ya!”

Ha ha.

07 Julai 2006

Happy ending

Aku. Merungut-rungut. Kerana hidup yang tidak sejahtera. Tapi, tidaklah hingga menginjak-nginjak kaki.

Kata Nordeen, dude yang duduk di sebelah aku itu, oooo, don't worry encik Naga, hidup ni memang macam wayang gambar, last-last selalunya happy ending...

Ooo...

05 Julai 2006

Hari itu musim bunga.

Ya ya. Musim bunga yang paling warna-warni. Di Ryogoku.

Pagi-pagi lagi Mina sudah tercegat di muka pintu; dalam muka paling hijau. Cadangnya, kami mahu ke Akihabara pada hari itu. Tapi… Tidaklah aku minta dia datang terlalu pagi benar! Dikuaknya rambut panjang hitam berkilat yang kumal di muka. Nafasnya turun naik turun naik. Dadanya berombak separa ganas. Nelayan dinasihati untuk tidak turun ke laut. Ha ha.

“Ada mayat kembung di sungai. Aku rasa macam nak muntah hijau! Uwek… Wek… Wek! Kau ada rokok? Eeee…” Mina.

“Ada.” Aku. “Yang kau pergi tengok polis angkut mayat kembung tu nak buat apa, alahai!”

Aku hulur. Mild Seven. Kotak putih biru. Extra lembut. Penapis arang. Diambilnya sebatang. Kemudian duduk. Di bangku siar kaki warna vermilion. Kemudian merokok. Tidak pernah pun dia habiskan sebatang. Kemudian dipadam dan dibuang. Ke dalam tong sampah.

Ya ya. Itu adab gadis-gadis Jepun. Apabila merokok. Tidak mahunya mereka merokok sambil berdiri atau sambil berjalan. Kalau tak ada tempat nak duduk – tak merokoklah jawabnya! Dan. Apabila aku tanya, kenapa…

“Tak manis!” Kata Mina. Pendek. “Jom!” Sambil membetul-betulkan skirt. Pendek. Juga.

Lantas kau akan berfantasi macam-macam. Berjalan berpimpin tangan dengan Maria Ozawa, si ratu AV Jepun, misalnya.

Image Hosted by ImageShack.us
Dari kiri: Mina Kanazawa. Kucing jadi-jadian. Mari Kanazawa. ATAMI (Hot Sea), SHIZUOKA, JEPUN.

04 Julai 2006

Finale

ITALI lawan PERANCHIS
Ha ha.

03 Julai 2006

Seharum kesturi

Semasa kecil-kecil dulu. Dan. Kalau kami anak-beranak hendak berjalan kemana-mana. Mak sapu Topaz. Minyak wangi jenis krim. Ke baju aku.

Semasa kecil-kecil dulu. Dan. Kalau kami anak-beranak hendak berjalan kemana-mana. Abah sembur Brut. Minyak wangi botol hijau. Ke baju aku.

Semasa tinggal di asrama dulu. Dan. Kalau pulang ke rumah pada hujung minggu. Kakak merungut. Kata aku berbau seperti benda-benda hangus terbakar. Ceh!

Dapat duit biasiswa – aku beli Denim Musk. Minyak wangi untuk pria. Yang murah-murah sahaja. Dan. Baki duit selebihnya aku beli cellophane tape.

Apabila berselisih dengan Puan Zuraidah (cikgu bahasa Inggeris berambut wavy yang tersangat cute itu), dia tanya, berkeliling, ermmm… siapa yang berbau wangi-wangi ni?, masa tu aku berasa macam Encik Casanova tengah pacu kuda putih… Ha ha.

NOTAEMPUNYABLOG: Old Spice adalah jenama minyak wangi kesukaan Abdullah Jones. Ya ya, dia pernah beritahu aku. Ha ha.

02 Julai 2006

IKLAN BERBAYAR