"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 April 2009

Jimi ada hati, tetapi hati tu tidak ada dengannya

Jimi Mahmud dan Teh Junaidah melangut ke langit.

"Cinta...," kata Jimi Mahmud, dia koma setakat itu dahulu, dia rapatkan putung rokok ke bibirnya yang lebam, menyedutnya dalam-dalam, dan menghebus asapnya pelan-pelan, "...bila kita cari, ia tak datang... tapi, bila kita dah malas nak mengharap, ia datang dan datang dan datang...," matanya memicing, pedih, terkena asap, "...menderu-deru, sehinggakan kita tak tahu nak bagi hati kita kepada yang mana satu!"

"Aaa... kita sedang tengok apa sebenarnya ni, Jimi?" tanya Teh Junaidah, di tangannya masih ada kole terbikar berisi malt panas yang sudah separuh kosong.

"Hati gua!" jawab Jimi Mahmud.

"Mana?" tanya Teh Junaidah.

"Tu!" jawab Jimi Mahmud. "Masih tersangkut di awan gemawan!"

Teh Junaidah mengekek. Semilir berpuput. Pepohon willow bergemalai. Norman Soo menggesek biola; melagukan allegro.

Jimi Mahmud dan Teh Junaidah masih melangut ke langit. Menantikan sekeping hati yang tak menjatuh.

Alina? Mmm... selepas usai menyiang cinta, dia ke rumah beruang-beruang polar; menyusun atur perabot jiwa lara.

"Takde maknenyeeeeee!" kata Alina. HA HA.

Label:

27 April 2009

Pindah rumah

"Barang-barang Vovin cilakak punye le banyok, Jenderal!" Kata Yapong.

"Uiiiih! Aok jangan usik-usik! Tu semua barang-barang hantaran [tak jadi] kawen dia tu!" Kata gua.

HA HA.

26 April 2009

Cilakak lu, Jimi!

Hari tu, di tepi tasik Michigan yang membeku, di sebuah cafe imaginari, Jimi Mahmud dan Teh Junaidah sedang duduk mengadap-ngadap sambil mencicip-cicip malt panas. Jauh, nun di hujung sana, ada sepasang beruang polar sedang memancing cinta.

"Orang perempuan ni kan...," kata Jimi Mahmud, dia koma setakat itu dulu, kerana bibir lebamnya memuncung di bibir kole tembikar yang di dalamnya terkandung malt panas, srup srupppp, ahhh, "...kalau dia dah kecewa dalam percintaan...," dia tambah, kemudian koma, kemudian dia tambah lagi, "...kalau dia tak apply pergi sambung belajar ke luar negara... dia pergi jadi lesbirian!"

Hampir sahaja malt panas tersembur keluar dari mulut dan lubang hidung Teh Junaidah, "Lesbirian tu apa barang, Jimi?", dia tanya.

"Alaa... yang macam librarian tuuuu!" Jimi Mahmud jawab dengan selamba. Kemudian dia keluarkan sebatang rokok dari kotaknya, dan hisap. Asap berpuput-puput.

Hari tu juga, di hujung dunia yang lain, Wani Ardy sedang mendeting-deting temali gitar dan menyanyi-menyanyi lelagu la la la.

Jreng!

"Jimiiiii!
Cilakak lu, Jimiiiii!
Kenapa lu pergi
tinggalkan gua sendiri?
Jimiiiiii!
Cilakak lu, Jimiiiii!
Tidakkah lu peduli
cinta gua nan abadi?
Jimiiiiii!

[CODA]
Gua voodoo lu nanti, Jimi!"

Jreng! Jreng!

Alina? Mmm... dia sedang menyiang cinta yang beruang-beruang polar tu telah pancing.

Label:

24 April 2009

Lu ada hati, tapi lu tak ada lighter

Hari tu, dinihari, lu baru pulang dari berburu. Selain selaras senapang, di tangan kanan lu ada sepotong hati cempelai comot.

Hari tu, dinihari, angin dingin berpuput-puput, dan dari celah-celah kabut keluar Alina yang genit (part 'genit' ni Saharil suruh tambah, ha ha) dengan wajah yang bercahaya; mendepa tangan, menyambut lu pulang.

Lalu, lu serah hati cempelai comot tu kepada Alina kerana Alina sudah tidak punya hati lagi; dia mahu bawa tubuh badan tanpa hati dia tu pergi jauh, nun, nun jauh, jauh nun, nunnnn!

Lu kata, "Nah hati!" Sejak dulu lu memang tak makan hati, paru, perut, otak, tulang, hempedal, tongkeng, sotong, kerang, dan sayur-sayuran hijau. Makanya, kalau lu bagi hati cempelai comot tu kat Alina pun - lu no hal!

Alina ambil hati cempelai comot tu, dia bawa masuk ke dapur, dia kata dia nak masak hati tu dengan kicap masin, tapi itu pun tengoklah nanti kalau-kalau kicap masin masih ada lagi di dalam ice box, kalau dah tak ada - dia nak goreng hati cempelai comot tu dengan kunyit dan garam sajalah.

Lu kata, "Bebeh, lu ada lighter?".

Alina kata, "Lu ingat gua ni api ke hape? Gua ni cahayalah, weh!"

Lu raba-raba poket seluar lu, poket baju lu. Ya, lu memang tak ada lighter.

Kemudian, lamaaaa lu fikir-fikir, 'Kalau gua letak rokok dalam microwave tu... boleh menyala tak agaknya?'

Label:

23 April 2009

PENTAS 152: Amanat buat pejuang muda

Image Hosted by ImageShack.us

Datanglah beramai-ramai ke PENTAS152.

22 April 2009

Jimi Mahmud dan kasut sukan ajaibnya

Kadang-kadang, nak cari kasut sukan punyalah susah - sama susah macam lu nak cari buah hati. Ada yang lu berkenan - tak ada saizlah, hujung depan sempitlah, tapak tak 'mari'lah, jalur tepi macam pelangilah, baru nak kenal-kenal - dah dua bulan kapel dengan jantan lain yang lu tak pernah kenal, dan bermacam-macam kuasaliti yang lain-lain lagi.

Lu frust, lu balik rumah, lu labuhkan punggung kat atas sofa warna merah kesumba yang dah separuh lunyai tu, lu capai rokok dan campak ke bibir lu yang lebam tu. Di luar sana ada bunyi siren ambulan yang lalu lalang; lu perasan yang lu macam tinggal kat Harlem.

Tiba-tiba, Alina yang berseri-seri tu muncul entah dari mana, dan bisik kat cuping telinga lu, "Susah-susah..., lu beli sandal sajalah, bro!". Belum pun sempat lu tanya dia, "Bebeh, lu ada lighter?", Alina *plop!* macam selalu-selalu.

Lu buka TV, lu picing mata, lu nampak Danielle Corleone sedang baca sajak atau sedang baca warta berita, ha ha, lu pun tak berapa pasti sebenarnya.

Jauh di sudut hati, lu berharap pula agar Adam Kasturi tiba-tiba muncul entah dari mana dan kata, "Gua syak dunia ni ada hutang dengan lu lah, dude!" Makanya, lu boleh minta lighter dari dia, sebab lu tahu dalam poket seluar dia memang ada lighter.

Menitik-nitik darah keluar dari mata lu. Kegembiraan sebab dapat lighter. Dan. Kesedihan sebab tak dapat beli kasut sukan.

Label:

20 April 2009

Alina yang kawan-kawan kita suka

Dah empat hari gua jumpa/tengok Alina berseri-seri, macam gadis yang di rumahnya ada orang datang berassalamulaikum-
assalamualaikum dan bawa dulang-dulang yang ada macam-macam benda di atasnya dan ada dua orang lelaki yang duduk *sebelah menyebelah sambil berpantun-pantun pasal bunga pasal taman pasal sunting menyunting pasal naik orang naik belanja dan selepas tu ketawa-ketawa dan buat lawak pasal ada satu majlis yang wakil sebelah perempuan pernah hadiri - selepas tengok cincin, mak cik Melah tu nak juga-juga tengok surat beli cincin, "Mane nak taukannn... kot-kot le cincin tu tiruannnnnn, Be...!", ha ha.

[*Tips: Orang lelaki, kalau lu orang nak 'bercakap' dengan mereka - kena duduk sebelah menyebelah - baru 'masuk', baru dia faham isi kandungannya. Kalau duduk mengadap-ngadap - harammmmmmm, tak 'masuk', tak akan faham deh! Serius!!!]

Hah! Malam ni gua bukan nak cerita pasal Alina yang semakin berseri-seri tu. Tetapi, gua nak cerita pasal 'first impression' Alina apabila pada suatu hari gua bawa dia dan Cik Line masuk ke dalam pejabat gua yang bersel-sel dan berCCTV-CCTV macam Penjara Alcatraz tu.

"Uwaaaaah! Ramainya designerrrrr! Kalau sayalah ni... mesti saya tak siap kerja sebab dok le bercakap-cakap saja dengan kawan-kawan kat sebelah menyebelah!" Alina kata.

"Hisssh! Kat sini kami tak bercakap-cakap dengan kawan-kawan tau!" Gua kata.

"Uwaaaaah! Kenapa? Sebab banyak kerja ke?" Alina tanya.

"Tak! Sebab kawan-kawan manjanggggg tidur!" Gua jawab.

"Ceh!" Alina kata.

17 April 2009

All About Gragong @ KLIBF

SINAGANAGA drew the fantastic pictures
ZAINUDDIN JAMIL wrote the words
ANA RAFFALI sudah memiliki buku ini dan dia kata buku ni best dan funny! Ha ha.

Buku All About Gragong ini oleh didapati di gerai Ameen Publishing di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC.

Gerai buku Ameen Publishing, sila naik ke aras tiga. Ambil arah kanan. Gerai buku Ameen adalah di luar dewan. Ulangan: di luar dewan, sebelah kiri (menghala ke arah sungai). Bernombor A26, 27, 28, dan 29 iaitu gerai paling hujung di sebelah luar.

Image Hosted by ImageShack.us

"Children are not coloring books where we (adults) are free to paint them as we like."
Sinaganaga.

[Sinaganaga has taken part in NOMA Concours for Children's Picture Book Illustrations and also illustrated for Asia/Pacific Cultural Center for UNESCO (ACCU), Tokyo.]

"Children? They make too much noise and mess."
Zainuddin.

[His (Zainuddin) watercolors for The Unlucky Crow and Little Fang which won runner-up prizes in the NOMA Concours for Children's Picture Book Illustrations (ACCU) and other illustrations have been exhibited in Japan, Korea, Slovakia, Iran and the U.S.]

15 April 2009

Menjelang PRU13: O mega mendung di angkasa

Nasi pun dah masak. Paceri nenas dah siap masak. Ikan sepat masin pun dah siap goreng. Telur asin, acar buah, papadum, kentang putar, kuih cik mek molek... semua dah siap tersedia dah. Tinggal tunggu menteri nak datang saja lagi.

Nenek Munah Leper capai cili merah, dia belah empat, dia kelepet-kelepet, dia buat cili merah tu macam bunga, dan dia selit-selit kat dalam hidangan paceri nenas tu. Cantik! Macam taman botani.

Sarjan Kassim ketuk-ketuk kotak Dunhil dua puluh batang ke atas tapak tangan supaya tembakaunya padat, dia siat plastik pembungkusnya, dia tarik setengah keluar beberapa batang rokoknya, dan dia sua kepada yang lain-lain, "Rokok rewang!", katanya, sambil tersengih-sengih, macam dubuk baru dapat gigit tengkuk seekor gazel.

Mamang Sulan ambil sebatang, Pak Akop ambil sebatang, Mat Trompet ambil sebatang, Mat Nangka ambil sebatang, Karim Driving School ambil dua batang, "Sebatang lagi aku nak buat bekal pergi kerja ya!", Wak Merah-merah Taman Kok Doh ambil sebatang, Mat Sanggul ambil sebatang, Hassan Kedai Runcit ambil sebatang, Usop Ludin Tanah Lot ambil sebatang, mula-mula Mail Ketapang nak ambil juga sebatang, tetapi apabila dikenangkan yang menyua rokok rewang itu Sarjan Kassim, abah Si Ila, bakal bapa mertuanya, maka dibatalkan hasrat murninya itu, dan dia kata, "Saya sekolah lagi, bah... eh..., pak cik!". Selebihnya, Sarjan Kassim [ambil] masuk poket.

"Pelik juga ya, Sim!" Mat Trompet memulakan bual bicara, sambil asap rokok berkepul-kepul menerobos keluar dari sela-sela giginya, "Kalau nikotina dia orang boleh kurangkan atau tambahkan kandungannya, tar pun dia orang boleh kurangkan atau tambahkan kandungannya..." sebentar dia mem-pause-kan hujah-hujahnya dan memicingkan mata; memberikan sepenuh tumpuan kepada asap yang menari inang lenggang Mak Limah pada hujung rokoknya, dia menyambung hujah-hujahnya kemudian, "...takkanlah dia orang tak boleh nak tambahkan Omega 3 kat dalam rokok, kan?"

Orang kampung Setingarden itu mengekek-ngekek, tetapi jauh di sudut hati mereka, "Ya tak ya juga ya... mmm..., brilliant sungguh pemikiran Mat Trompet ni! Ya, takkanlah tak boleh!!!?"

Label:

14 April 2009

Smoking machines

Dulu, masa gua lepak kat Tokyo, Dunhill payah nak jumpa, kalau tak masuk hotel, memang tak merasalah nak hisap Dunhill ni. Sebagai galang gantinya, gua hisap Peace. Selain Mild Seven, Peace adalah rokok keluaran Jepun. Peace mengandungi 21mg tar dan 1.9mg nakotina. Mild Seven pula mengandungi 9 - 12mg tar dan 0.2 - 0.9mg nakotina.

Sebagai perbandingan DUNHILL Malaysia (20 mg Tar, 1.5 mg Nicotine), DUNHILL Canada - King Size (Tar 15 mg, Nicotine 1.4 mg), DUNHILL United Kingdom - King Size (Tar 10 mg, Nicotine 0.9 mg), DUNHILL Portugal - King Size (Tar 10 mg, Nicotine 0.8 mg, Carbon Monoxide 10 mg) dan DUNHILL Ultimate Taiwan (Tar 1 mg, Nicotine 0.1 mg).

Maknanya, kandungan tar dan nakotina ini boleh tingkatkan atau dikurangkan oleh pengilang.

Moralnya macam ni, State tak payahlah nak berbelanja sakan buat kempen tampal gambar hospital kat kotak-kotak rokok. Adalah lebih baik kalau State guna duit tu untuk menyelesaikan projek rumah terbengkalai (anggaran sekitar 80,000 pembeli di seluruh negara). Jadi dengan itu, para pembeli terbabit tak perlulah nak hisap rokok banyak-banyak lagi dah.

Amacam Datuk? Waaah! Sejak tak jaga NFC ni Datuk nampak groovy! He he. Eh, dah duduk kat Kementerian baharu ni - tak moh design t shirt Larian Anti Rokok sama macam t shirt Larian Merdeka yang kita design bersama-sama tu ke, Datuk? HA HA.

Sori Datuk! Gua bergurau.

Probably the most popular method of risk reduction is switching to low tar and nicotine cigarettes. If people only smoked to perpetuate a simple habit, low tar and nicotine cigarettes would probably reduce the dangers of smoking. Unfortunately, the necessity to smoke is not continuance of a habit but rather maintenance of an addiction. Switching to a low tar and nicotine cigarette makes it difficult for a smoker to reach and maintain his normal required level of nicotine. The smoker will probably develop some sort of compensatory smoking pattern. Compensatory behaviors include smoking more cigarettes, smoking them further down, inhaling deeper, or holding the smoke down longer.

Kata pujangga

Dalam hidup ni, selalunya kita mengambil jalan jauh yang sukar; penuh dengan onak duri. Bukannya tak ada jalan yang simple... ada! Cuma kita ni memang jenis bodoh ya amat!

~ Jimi Mahmud.

Label:

13 April 2009

Katsumi ll

Di luar, tiada lagi salji yang bergentayangan turun. Tetapi, kedinginannya masih menggigit-gigit. Dari sebalik tingkap kaca (woah, macam tajuk lagu Ana Raffali), aku boleh nampak pohon-pohon epal yang meranggas. Hening.

Homework masih belum siap. Aku hirup baki koko semalam. Lambat betul ia mahu menyelonong ke dalam tekak. Aku kata, "Mmmmm."

Pagi-pagi lagi Noriko sudah ajak aku temankan dia ke Matsumoto, "Jom! Tak payah mandi, basuh muka sahaja!" Aku kata, "Kejap! Aku siapkan bende alah ni dulu!"

Katsumi baru bangun tidur. Dia menggeliat. Menggeliat macam perempuan gemuk yang tidak pernah lupa yang pada suatu masa dahulu dia pernah kurus, "Alaa... dulu-dulu pun I kurus macam Liyana Jasmay, tauuuu!"

Aku memicingkan mata. Wachaaaaaaaaaaaaaa! Aku karate Katsumi. Yang sedang menggeliat.

MeeEEeeEEeeeoooOOOooooW!

10 April 2009

Katsumi

Di luar salji masih bergentayangan. Sejuknya sehingga menggigit tulang. Katsumi menggulung di atas tilam elektrik. Aku mencekak pinggang dan memicing mata. Sesekali Katsumi mengeliat manja. Aku mencapai koko panas yang sudah kosong setengah gelas dan mencicipnya cepat-cepat. Dan, segera mengharap agar Katsumi tersedar, lalu mengenyit mata, lalu bangkit, lalu...

Pintu diketuk.

"Siapa?" Aku tanya.

"Aku. Noriko!" Suara tu jawab.

"Ada apa hal?" Aku tanya.

"Ada nampak kucing gemuk aku tak?" Suara tu tanya.

"Ada ni hah! Bawa dia keluar sebelum dia berak di atas tilam aku, Noriko!" Aku jawab.

"Ha ha ha! Suruh dia tidur di bawah kotatsu sajalah, kawan!" Suara tu jawab.

Ya, malam tu aku tidur sebilik dengan Katsumi.

"Katsumi, Katsumi! Kalau nak berak... cakap ya!" Aku kata.

"Meow!" Katsumi kata.

07 April 2009

Pergilah, Wan

Wan,
Andai kau pergi
bawalah bulan dan matahari sekali
kerana aku tidak memerlukannya lagi.



Poyo.


[blog ini tidak akan di-update sekerap selalu kerana blogspot dan facebook dah kena blocked!]

04 April 2009

Harap maaf, lif rosak

Damn!

Kadang-kadang, kau selsema teruk dan lif di apartmen mewah kau pula rosak. Lalu, kau rasa macam nak tulis satu sajak tentang marah-marah.

Kemudian, kau daki anak tangga dengan separuh mati, kau sampai rumah dah, kau lepas lelah di sofa warna merah kesumba yang dah separuh lunyai, kau capai pen mata bola dan reja kertas cepat-cepat, kau pejam mata, dan kau pilih perkataan-perkataan yang kau nak guna untuk sajak yang bakal kau tulis tu..., lamaaaaaa..., sudahnya, kau tulis sajak tentang cinta, rindu, ayah ibu, kekasih, temanku, sekolahku, selamat hari guru, teacher Zuraidah...

Teacher Zuraidah

Kau
seperti ibu-ibu
Penyayang

Dan aku
seperti anak-anak
Nakal.


Dan, pada ketika itu jugalah, Sufian Abas muncul entah dari mana dan kata, "Dude, lu tulis sajak sama macam gua siang ikan!", kemudian dia *plop!* macam selalu-selalu.

Kau keronyok reja kertas yang baru kau tulis tadi, kau ambil reja kertas lain, dan kau tulis sajak yang baharu...

Najibku sayang...

Damn! Apa barang ni, weh!!!?

Label: