"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 September 2008

Buku Cerita Kanak-kanak: Yapong dan Sup Labi-labi

[Kalau akulah yang sakit. Nida tak masakan sup ketam. Nida bagi aku Panadol Menstrual saja kot. HA HA.]

Aku SMS Yapong, sebelum mendaftar masuk wad... lu belasah hisap rokok puas-puas dulu! Kalau dah masuk wad... lu dah tak boleh hisap rokok!

Yapong SMS aku, ok Jenderal!

[ , ]

Aku YM Nida, Yapong nak sup sirip ikan yu.

Nida YM aku, amboiiiii!

[ , ]

Aku SMS Yapong lagi, sup sirip ikan yu tak ada, sup labi-labi boleh tak?

Yapong SMS aku lagi, aaa, doktor kata demam gua dah baik dengan sendirinya, Jenderal! He he.

[ , ]

Adik-adik, jangan ke mana mana, kita kembali selepas ini, kata Ustaz Zamri Bercerita, sebelum itu dengarkanlah ungkapan ini: Saudarekkk... orang Islam (yakni, penjual) yang berkata, “Seringgit tak jual!” kepada saudara Islamnya sendiri (yakni, pembeli) yang pada ketika itu datang untuk membeli sayur daripadanya - adalah orang Islam yang jahat... Fikir-fikirkanlah!

24 September 2008

Buku Cerita Kanak-kanak: Sup Ketam Yang Ajaib

Nida YM aku, nanti aku masakan sup ketam untuk Yapong, ek.

Aku YM Nida, kau ingat senang ke nak mamah ketam kat dalam hospital, nanti bunyi krup krap krup krap sip sip sip, misi marah wo!

Nida YM aku, habis tu?

Aku YM Nida, kau masakan sup ‘crab meat’ 'ja, ketam juga tu, senang sikit nak mamah.

Nida YM aku, nanti tak sedap!

Aku YM Nida, bubuhlah Aji-No-Moto, lagi pun bukannya nak bagi Yapong mamah sedap-sedap... nak bagi demam dengginya kebah 'ja!

[ , ]

Aku SMS Yapong, lu ada mana dah?

Yapong SMS aku, gua tengah tunggu doktor kat Unit Kecemasan HKL ni, Jenderal!

Aku SMS Yapong, kalau lu dah masuk wad nanti... lu SMS gua, nanti gua bawa pergi sana Hundred Plus dan sup ketam!

Yapong SMS aku, aaa, gua nak makan sup sirip ikan yu, Jenderal!

[ , ]

Adik-adik, jangan ke mana mana, kita kembali selepas ini, kata Ustaz Zamri Bercerita.

23 September 2008

Buku Cerita Kanak-kanak: Pipiyapong Pergi Hospital

Aku SMS Yapong, lu dah pergi hospital ke belum ni?

Yapong SMS aku, belum, segan!

Aku SMS Yapong, kena pergilah, wey... denggi ni macam hiv juga, bahaya... kalau tak dirawat segera, melarat... kalau melarat, esok-esok dah tak bolehlah nak merasa c*pap lagi, wey!

Yapong SMS aku, ok jenderal, lepas mandi gua pergi hospital!

[ , ]

Yapong SMS aku, nak pergi hospital kena pakai baju smart-smart ke, jenderal?

Aku SMS Yapong, mestilah... kena pakai baju tempah seluar tempah, wey.

[ , ]

Adik-adik, jangan ke mana mana, kita kembali selepas ini, kata Ustaz Zamri Bercerita.

22 September 2008

Mantop!

Ketika itu. Orang Islam yang baik. Belum dapat makan dan minum lagi.

Di kaca tivi. Ustaz Zamri Bercerita sedang bercerita. Tiba-tiba dia pandang aku. Dan kata, “Kita kembali selepas ini!"

Mata aku terkelip.

[ , ]

Terkelip mata aku.

Di kaca tivi. Penyampai sukan sedang bercerita. Tiba-tiba dia pandang aku. Dan kata, “Bagai dibelenggu bayangan kekalahan di Olimpik Beijing, Datuk Lee Chong Wei kecundang di Terbuka Jepun bla bla bla...”

Alamakkk! Pukul berapa dah niiiii?

Ketika itu. Masih ada orang Islam yang (agak) baik. Belum dapat makan dan minum lagi.

19 September 2008

Sinaganaga yang lazat

Hari ni. Aku pakai baju warna oren terang. Dan. Aku pakai seluar warna hijau gelap. Dan. Aku pakai selipar warna hijau muda.

Penyelia aku kata, “Kau kelihatan seperti aiskrim, ermmm, lazatnya!”

Wo, mencarut ek?

17 September 2008

Majlis Berbuka Puasa Sindiket Sol-Jah

“Jadi ke kite berbuke puase bersame-same hari ni, Jenderal?” tanya Yapong, via SMS.

“Jadi! Eh, demeh jangan berbuke puase awal pule, weh!” jawab aku, via SMS.

“Ok, Jenderal! Berehhhh!” jawab Yapong, via SMS, “Kawan makan roti krim 'je dulu ni... buat alas perut!”

HA HA.

Image Hosted by ImageShack.us
Soljahs di sebuah lokasi rahsia - bawah tanah. MatJan datang bawa beg galas - macam pengebom berani mati, wo. Imej paling kanan sekali - sirap bandung dah luak setengah balang.

P/s: Dah 5 hari Pipiyapong terbaring 'ja di tilam - demam!!! HA HA.

16 September 2008

Menjelang PRU13: Tarapapa beb, tarapapa beb

Arakian adapun, diceritakan oleh orang banyak, sementelah lauk paceri nenas dan nasi minyak bertatahkan raisin itu telah usai dimasak, dengan tidak semena-mena, langit menjadi guguk, guruh berdentum-dentam dan kilat sabung-menyabung, maka sekelian penduduk kampung itu pun habis histerialah. Berlari lintang-pukanglah mereka ke hulu ke hilir sambil terpekik terlolonglah, “16 September! 16 September!”

Hatta, terlihat oleh Mamang Sulan akan perlakuan sekalian penduduk kampung itu, dengan tanpa usul periksa, maka Mamang Sulan pun habis histerilah juga. Berlari lintang-pukanglah Mamang Sulan ke hulu ke hilir sambil terpekik terlolonglah juga, ingatnya ada anggota RELA dan Polis dan KDN sedang membuat operasi bersepadu Ops PATI. Lalu menyoroklah akan Mamang Sulan di tempat biasa – di dalam tong dram.

“Bertenang semua, bertenang!!!” kedengaran suara Kak Pinoi dari corong pembesar suara, “Enam belas September… tak jadi!!! Saya ulangi… tak jadi!!! Tunda ke tarikh lain!!!”

Maka, setelah pengumuman itu sahajalah baru sekalian penduduk kampung kembali bertenang dan menyambung mengerjakan pekerjaan masing-masing.

“Habis... lama lagi le baru kita dapat pakai baju raya ni, Sop! Ha ha.” tanya Mat Trompet.

“Eeeeee, abang Pet ni tau... suke buat lawak le!” jawab Usop Ludin Tanah Lot, “Nyammmpah!”

Label:

15 September 2008

Buku Hijau

Itu malam. Selepas tarawikh.

Kak Saripah Hasnor masih bertelekung. Mencangkung di halaman rumah. Membelek-belek pokok cili [yang ditanam] di dalam tin Planta saiz paling besar. Sesekali, mulutnya berdecip-decip.

“Habis layu?” aku tanya.

“Entahlah, Chua!” dia jawab, “Entahkan terlebih cahaya, entahkan terlebih air, entahkan akak terlebih bubuh tahi lembu, entahkan cap jari akak ni berpusar-pusar macam cengkerang siput babi - 'panas'!”

Kak Saripah Hasnor masih bertelekung. Membingkas bangun. Masuk ke dalam rumah. Kemudian.

“Akak nak kemas beglah, Chua!”

“Oit! Nak ke mana?”

“Taiwan!”

12 September 2008

Syarikat D tidak lagi sekat YM

Macamana life, tanya dia, via YM.

Biasalah, jawab aku, via YM, tekan punat angka tiga - ia naiklah ke atas, tekan punat huruf g - ia turunlah ke bawah.

Life! Life!!, kata dia, via YM, Bukan Lifttttttt!

Gua cerita pasal life-lah tu, kata aku, via YM.

10 September 2008

Kuih sample

Hari ini, kakak yang hobinya suka mandikan burung itu, singgah di kiubikel aku, sambil psst psst aku, “kau nak beli kuih raya tak, Ge?” seraya menghulurkan dua tiga keping sampul plastik kecil lut sinar yang mengandungi dua tiga butir kuih.

“Aaa... kalau saya beli hok sample ni 'ja, boleh tak, kak?”

*Kakak tu mencarut*

08 September 2008

Menjelang PRU13: Rasis

“Kita ni Melayu. Melayu ni loher. Tak melawan. Diam saja.” kata Wak Merah-merah Taman Kok Doh sambil menyudip-nyudip nasi minyak di dalam periuk besar, “Kalau kita kata orang India tu kaum pendatang – orang kata kita rasis – kita diam, tak melawan. Kalau kita kata orang Cina tu kaum pendatang – orang kata kita rasis – kita diam, tak melawan juga, kita ‘ya’ kan saja. Habis-habis pun… kita minta maaf, soli latok, soli latok! Kita cakap… kita tak buat lagi dahhh, sumpahhh!”

Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Haji Dua Kupang, Mat Nangka angguk-anggukkan kepala. Mamang Sulan, si Indon pendatang tu pun angguk-anggukkan kepala, juga. Tak berani mereka nak angkat muka. Tak berani mereka nak nafikan cakap Wak Merah-merah Taman Kok Doh. Al-maklumlah, Wak Merah-merah Taman Kok Doh pernah jadi ahli perwakilan dalam Kooperasi Serbaguna. Tahun ni dia tak bertanding. Bagi ‘chance’ kat yang muda-muda, katanya. Dah lama dalam kooperasi dah, dah puas dahhh.

“Hah! Dah boleh ditabur rasis ke dalam nasi minyak kita tuuu, Wak?” tanya Pak Akop sambil mencekak pinggang.

“Hish! Pak Akop, itu bukan rasislah… itu raisinnnn!” kata Sepiah yang sedang mengukir-ngukir buah tembikai; membentuk - bakul sia. Di belakang telinganya ada bunyi orang mengekek.

Label:

04 September 2008

Diari Motosikal II

Pagi itu, sama seperti pagi yang selalu-selalu, dia menunggang motosikal ke tempat kerja. Deru angin menyapa muka. Kejap semilir, kejap meribut, kejap semilir, kejap meribut. Dia suka (akan perasaan itu). Apabila dia suka – (selalunya) dia ketawa. Apabila dia ketawa – (selalunya) dia pejam mata. Ya, dia pun pejamkanlah mata…

... nenonenonenoneno ...

He he. Aku nak tidur kejap, Ge. Kata Azzam Supardi. Via SMS.

NOTA: Azzam Supardi masih di Katil 11, Wad 5A, Hospital Sungai Buloh. Kaki patah. Tangan patah. Dagu berjahit. “Adeh!”

03 September 2008

Apa kata

Apa kata kalau sepanjang bulan Ramadhan ni aku tak payah update blog?

01 September 2008

Bata

Vovin SMS aku, kat mana nak beli batu bata buat rumah?

Aku SMS Vovin, kat kedai BATA kot, entah!

*Vovin mencarut*