"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 September 2008

Menjelang PRU13: Tarapapa beb, tarapapa beb

Arakian adapun, diceritakan oleh orang banyak, sementelah lauk paceri nenas dan nasi minyak bertatahkan raisin itu telah usai dimasak, dengan tidak semena-mena, langit menjadi guguk, guruh berdentum-dentam dan kilat sabung-menyabung, maka sekelian penduduk kampung itu pun habis histerialah. Berlari lintang-pukanglah mereka ke hulu ke hilir sambil terpekik terlolonglah, “16 September! 16 September!”

Hatta, terlihat oleh Mamang Sulan akan perlakuan sekalian penduduk kampung itu, dengan tanpa usul periksa, maka Mamang Sulan pun habis histerilah juga. Berlari lintang-pukanglah Mamang Sulan ke hulu ke hilir sambil terpekik terlolonglah juga, ingatnya ada anggota RELA dan Polis dan KDN sedang membuat operasi bersepadu Ops PATI. Lalu menyoroklah akan Mamang Sulan di tempat biasa – di dalam tong dram.

“Bertenang semua, bertenang!!!” kedengaran suara Kak Pinoi dari corong pembesar suara, “Enam belas September… tak jadi!!! Saya ulangi… tak jadi!!! Tunda ke tarikh lain!!!”

Maka, setelah pengumuman itu sahajalah baru sekalian penduduk kampung kembali bertenang dan menyambung mengerjakan pekerjaan masing-masing.

“Habis... lama lagi le baru kita dapat pakai baju raya ni, Sop! Ha ha.” tanya Mat Trompet.

“Eeeeee, abang Pet ni tau... suke buat lawak le!” jawab Usop Ludin Tanah Lot, “Nyammmpah!”

Label:

22 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

hahaha

September 16, 2008 1:48 PTG

 
Blogger Nazmi Yaakub said...

gaya mcm nak kiamat (aku teringat kartun kiamat dalam gila-gila dulu.. sapa ya lukis.. kartunis yg lukis zaman orang melayu dulu-dulu tu!). tapi kemudian cerita nak raya pula.

pengkritik: bro, plot cerita tak ada kesinambungan! he he he

September 16, 2008 2:10 PTG

 
Blogger tasikmerah said...

Usop Ludin tu yg cuak sebenarnya....

September 16, 2008 2:14 PTG

 
Blogger addyaholix said...

sedap nama usop ludin. mcm sedap letak nama anak nnt ~

September 16, 2008 2:18 PTG

 
Blogger farid-iman said...

Nag,

hari ni, kat sini, jam ni, luar tu hujan putih lebat teramat ...

ada yg sedey cam hujan tu

dan ...

ada yg ambik air hujan yg dah penuh dalam kandangan, terus cuci keta, cuci longkang keliling umah dll.

:D

September 16, 2008 2:19 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku faham cerita ini. Tapi 'guguk' itu yang aku kena rujuk kamus. Hehehe!

September 16, 2008 2:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Apsal gelak?

Nazmi,
Tak ada kesinambungan? Tunggu! Banyak lagi lawak jenaka nanti tu. Ha ha.

Tasek,
Iye ke? Ha ha.

Ady,
Ya.

Farid,
Iye ke? :)

September 16, 2008 2:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Kena rujuk kamus ke? Ha ha.

September 16, 2008 2:31 PTG

 
Blogger one love said...

kecoh betul kampung nih!

baik duk diam isap rokok daun...

ish!

September 16, 2008 3:26 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

gelap guguk... oghang kelantan salu guna tuh... tapi sebutnya 'gelak gukguk' lah...

errr... ramai kata nuar menipu... errr... macam kontraktor umah yang ko buking dulu kan... ekekeke...

September 16, 2008 3:42 PTG

 
Blogger BuRuuj said...

hahaha...len macam jer maksud cite nih?

September 16, 2008 4:23 PTG

 
Blogger ah tok said...

16 September tak cuti.

17 September, SELANGOR cuti.

Itu saja. Tarapapa

September 16, 2008 4:24 PTG

 
Blogger famia said...

hehe.
kalo tak 16 september.
pasti ada tarikh lain.
pasti woh..~~

September 16, 2008 6:42 PTG

 
Blogger siskinny said...

Tak jadi?
Pulak dah..

p/s: Mat Trompet, Usop Ludin, lebih kurang empat belas hari lagi. Kau orang boleh pakai baju raya. Sakan-sakan.

September 16, 2008 9:10 PTG

 
Blogger kel@mbu said...

aku kat sni ribut2 jugak..

September 16, 2008 10:42 PTG

 
Blogger zizie ali said...

ciplak:
“Bertenang semua, bertenang!!!” kedengaran suara Kak Pinoi dari corong pembesar suara, “2010… tak jadi!!! Saya ulangi… tak jadi!!!

September 16, 2008 10:59 PTG

 
Blogger Water Lily said...

Aiseh..aku ingat tengah dok baca cerita Hikayat Malim Deman

Hikayat 16 Sept rupanya...

September 17, 2008 12:30 PG

 
Blogger art.isreka said...

haha. abg ge, tak ada yang boleh buat kalut seperti yang dibuat oleh orang itu.. huhu. gegak gempita kejap. baru acah. :)


ahaa.. baru nak tanya guguk.. tu ape?

September 17, 2008 1:45 PG

 
Blogger 4dMinIstR@t0r said...

hahaha..ape cerita tak jadi...16 september? tahun nye je tak kompem lagi... hari ngan bulan kompem kut....hahaha...

September 17, 2008 6:23 PG

 
Blogger madulebah said...

Baru acah sikit dah histeria. Tu la orang Melayu. Asyik histeria je. Sampai kena buat kajian terperinci kenapa histeria cuma menyerang orang Melayu.

September 17, 2008 8:05 PG

 
Blogger BukanBunohDiri said...

silaker ahh naga nii..hahahahah

September 17, 2008 8:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

One,
HA HA.

Chik,
Guguk = gelap-gelita la, Wok Long weh, aaa, aaa, aaa!!!!

Buruj
Apa yang len-nye? Ha ha.

Ah,
Tarapapa beb, tarapapa beb...

Famia,
18 April! He he.

Skin,
HA HA. Boleh hisap rokok tak kira masa juga. :)

Kelam,
Iye ke? Oooo...

Zz,
"2020 jadi tak, Wok Dogol weh, aaa, aaa, aaaaa...?"

Water,
:)

Art,
HA HA. Kalau ikutkan hati, Pak Akop nak kompol 'ja demeh2 tu, nak suruh berbaris; nak lempang 'ja muke sekor2, pang pang dusyum!!!!

Admin,
Hari ni bentuk kerajaaaan, esok raya!!!!!!!!"

Madu,
His his his! :)

BBD,
Lu kerja tempat lama lagi ke?

September 17, 2008 10:06 PG

 

Catat Ulasan

<< Home