2 jam sebelum '2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun'
Faisal telefon. Dia kata, hello. Aku kata, hello. Faisal tanya satu dua perkara. Aku jawab satu dua perkara itu. Kemudian, aku beritahu Faisal, aku akan pergi ke UM malam ni; nonton teater kau orang.
Faisal kata, semua orang dok pakat-pakat nak datang pada (malam pertama dan) malam terakhir *sigh*. Aku ketawa dalam hati. Bukan aku ketawakan Faisal, tidak! Aku ketawakan idea yang terjelma secara tiba-tiba: Kalau Sindiket Sol-Jah bikin teater, 'main' dua hari sahaja - malam pertama dan malam terakhir - supaya kami boleh kata, "Ramai orang datang pada tiap-tiap malam, wo!. Ha ha.
...
Azzam makan mi segera goreng. Mamak datang bawa nasi lemak bungkus. Aku tanya, bila punya? Mamak jawab, pagi punya, tapi masih panas. Dalam TV, Pak Lah kata, rokok naik harga naa!
...
Di dalam kereta, aku pasang CD Tesla. Aku angguk-angguk kepala. Azzam angguk-angguk kepala. Senada seirama. Macam gimrama. Ha ha. Kalau ada orang di luar sana ternampak, mesti tertanya-tanya, "Teruknya 'absorber' kereta tu!"
...
Aku. Azzam. Hisap rokok dalam gelap. Dalam hati dok tanya, kat kawasan sekolah memang tak boleh hisap rokok, tapi kat kawasan universiti boleh hisap rokok ke tak, hah?
Wahab Hamzah berhentikan Mercedes-Benz. Ceh, dalam gelap pun dia boleh cam aku ke? Aku tanya, macammana kau boleh cam? Wahab Hamzah jawab, siapa lagi yang suka duduk kat tepi jalan kalau bukan kau,! Ha ha.
...
Masuk ke dalam. Aku jumpa Rudy, jumpa Amir Muhammad, jumpa Wahab Hamzah sekali lagi, jumpa Saharil, jumpa Lutfi, jumpa Loqman, jumpa Faisal juga. Loqman beri aku tiga naskhah buku Saasatul Ibaad, percuma. Satu, aku beri kepada Wahab Hamzah. Satu, aku beri kepada Amir Muhammad. Amir Muhammad beri aku senaskhah buku New Malaysian Essay 1. "Kita exchange!" kata Amir Muhammad.
...
Aku. Azzam. Masuk ke dalam auditorium. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun sudah mahu mula. Perut aku berkriuk. Menyesal pula rasanya sebab tak makan 'nasi lemak pagi punya tapi masih panas' tu tadi.
[Dulu, aku pernah beritahu Saharil, kalau aku pergi tengok wayang, mula-mula aku tengok aspek teknikalnya, kemudian baru aku tengok 'naskhah'nya. Maknanya, untuk satu-satu judul wayang - aku kena tengok dua kalilah. Ha ha.]
2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun menampilkan set yang minimal dan reka bentuk pencahayaan yang 'itu sahaja yang ada, kot'. Apapun, 'minimal' bukanlah sesuatu yang 'menggurangkan'. Dan, kita semua memang sudah tahu itu.
Berlakon pentas memerlukan stamina. Sama seperti olahraga, kau mula laju - kau boleh lelah di pertengahan trek - dan akhirnya kau boleh gagal di garisan penyudah. Jadi, aku syak, Zack Idris dan Robani Hassan memang menyimpan 'stamina' ini di awal 'play' demi untuk memaku penonton dengan 'mainan' mereka pada babak akhir.
Rudy? Rudy yang kejap keluar di kanan pentas kejap keluar di kiri pentas, dengan memek muka yang sengaja berlebih-lebih, membawa pelbagai papan tanda 'naratif' - cemerlang memeran watak yang diamanahkan kepadanya. Aku suka.
...
Di dalam kereta, aku pasang CD Tesla. Aku blend-kan dialog Tun Senaja gaya Zack Idris dengan muzik latar Tesla. Azzam ketawakan sahaja.
20 Comments:
merokok dalam universiti? tak dibenarkan tapi tak dikata haram. agaknya sebab itu asap rokok tetap banyak dalam kawasan universiti.
Ogos 30, 2008 6:15 PTG
isap rokok selagi dicucuh nyala... buleh je mana-mana... hahaha...
Ogos 30, 2008 6:32 PTG
chop chop... lam mesjid tak dibenarkan... menyebabkan masjid berbau busuk... haram menurut sesetengah ulamak...
Ogos 30, 2008 6:33 PTG
Yam,
Ha ha. Sorilah, kami berdua dah lama tak masuk universiti.
Chik,
Ha ha. Tapi, kami berdua pilih tempat yang paling gelap utk hisap rokok. :)
Ogos 30, 2008 8:48 PTG
ingin benar bergambar dgn dr abu hassan. kalau boleh, memeluk bahunya.
Ogos 31, 2008 7:10 PG
Naga,
Kak Nor dan saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan.
Ogos 31, 2008 9:37 PG
lu pergi tgk ari apa bro? gua pergi ari jumaat.
Ogos 31, 2008 12:38 PTG
Ha ha! Naga yang ni sama dengan Naga yang dulu. Berapi wo! Walaupun rokok naik harga.
Ogos 31, 2008 1:03 PTG
Zz,
:)
Keng,
Sama-samalah kita. Salam saya kat Kak Nor juga. Dengan pertanyaan, masak lauk apa sahur ni? Ha ha.
Danial,
Gua pergi last day. Entah, hari Jumaat juga kot. :)
Azzam,
HA HA. Hisap rokok free duty le gamaknya lepas ni, yeop!!! Ha ha.
Ogos 31, 2008 1:16 PTG
Satu perkara yang membezakan antara ekzos dan hidung manusia ialah...
Ogos 31, 2008 3:38 PTG
sama la kita bro! tak jumpa lu pulak. hehe.
Ogos 31, 2008 3:58 PTG
gua tak pegi, gua sesal tiada gunanya!!
sori FT. :(
Ogos 31, 2008 7:47 PTG
Aku dulu ada kaset TESLA. Favourite aku Signs.
Mmm kali ni kau berkencan sama Azzam lama sangat. Tulisan pun dah jadi sama.
September 01, 2008 1:09 PG
Amin,
Ermmmm... panjangnya?
Danial,
Gua duduk kerusi untuk orang kaya2. Ha ha.
Bumi,
:)
Rimau,
Kami berkencan sesama sendiri - tak macam kau berkencan dengan DeanSham, mesti bertemankan aweks jelita. Kami? Tak ada siapa nak temankan, ha ha. Kalau ada pun - Wahab Hamzah, HA HA.
September 01, 2008 5:06 PTG
Lame dah x nengok teater..
last teater yg coklat tgk atap zink atap rumbia.. time 2 pierre andre blom femes lagik.. biler la dapat tgk teater 'free' lagi..
wakakakak,perlu dimention perkataan free 2!! Btl x abg ge..
September 02, 2008 9:55 PG
ehhh,pembentulan.. tajuk teater yg coklat tgk 2 atap genting atap rumbia.. bkn atap zink.. kuang3.. slh daaaa...
September 02, 2008 11:17 PG
Perghhh....
Rebiu teater....
Bila nak rebiu teater aku?
Pss... kirim salam kat Amir kata essay dia dalam New Malaysia Essay 1 memang best, macam tu jugak yang lain. Lepas ni, catan sapa pulak yg akan jadi pilihan cover?
September 02, 2008 2:10 PTG
Cok,
Teater terakhir aku tengok - TEMPAYAN AJAIB. Wow, very the oldschool tu weh! Ha ha.
Khal,
Bagi tiket kapalterbang pergi balik le - nanti aku review teater kau. Ha ha.
September 02, 2008 2:18 PTG
huh bang TESLA ye....
same la taste kite....
tapi skarang stuff dia susah nak carik
September 02, 2008 5:40 PTG
Nasib baik suka duduk tepi jalan. Kalu tengah jalan? Haru!
September 03, 2008 8:29 PG
Catat Ulasan
<< Home