Cak! Cak! Cak!
Nama emak - Puteh. Puteh bte Ali. Tapi. Ada orang panggil emak, “Kak Teh,” sajalah. Atau. Ada orang panggil emak, “Mak Teh,” sajalah.
Hobi emak ketika waktu senggang - bergebang sesama jiran. Kadang-kadang, mereka terlanjur mengumpat jugalah. Dah namanya pun orang perempuan - orang perempuan memang suka mengumpat! HA HA.
Cak! Cak! Cak! Kata cicak.
Kadang-kadang, ketika mereka sedang bergebang, tiba-tiba kedengaran bunyi cicak sedang berdecak-decak.
“Hah! Betul kata cicak! Kak Teh dah syak dah... bla bla bla... Melah Ronggeng tu... bla bla bla... susuk semuanya tu!” kata emak.
KOMA
“Orang lelaki pun suka mengumpat jugalah!” kata Miyuki. Pada ketika itu. Dia. Di dalam baju panas. Warna merah teluki. Dan. Di dalam jean. Warna biru kobalt. Dan pada ketika itu jugalah. Aku. Sedang berkira-kira. Hendak mencicip. Koko panas. - Hari itu. Salji melebat. Di Toyama-shi, Toyama-ken. Bahkan, sungguh lebat!
“Oh! Yang itu tidak dipanggil 'mengumpat'. Sebaliknya dipanggil 'mengumpan'.” kata aku.
Cak! Cak! Cak! Kata cicak.
“Ooo....” kata Miyuki.
29 Comments:
Ha Ha Ha.
Kadang-kadang. Bila mak aku cakap2. Ada cicak berbunyi.
Mesti cakap; Betul kata cicak.
Hahahaha.
Ogos 15, 2008 12:06 PTG
Amyz,
Mak kau boleh jadi best friend Mak Teh. HA HA.
Ogos 15, 2008 12:14 PTG
cak! cak! cak! kata cicak.
batu api betul cicak ni tau...!
Ogos 15, 2008 12:15 PTG
;) Cicak pulak jd mgsa...
x ptut btl la.. Hhahah,cak! cak! cak!..
Ogos 15, 2008 12:28 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ogos 15, 2008 12:28 PTG
bla la mengumpan konon! lelaki punya umpatan/gossip/networking lagi dahsyat tau...
Ogos 15, 2008 12:57 PTG
Aku sokong stetmen kak Mi (Miyuki).
Ogos 15, 2008 1:15 PTG
lelaki kalo mengumpat lagi dahsyat dr pompuan.. nak-naknya bila org yg diumpat tu lalu... memasing mcm terjojol bijik mata memandang...
Ogos 15, 2008 1:16 PTG
Tasek,
Ha ha.
Cok,
Cakkkkkk!
Amora,
AMBOI! He he. Bila masa 'networking' sama dengan mengumpat?
Dug,
Ooo?
Meera,
Itu namanya 'memuji sesuatu yang cantik tanpa pengetahuan si cantik'. Ha ha.
Bye,
You cantik! (See, tak sorok2 pun tau!) HA HA.
Ogos 15, 2008 2:42 PTG
haha..
sbb pa org ska mengiyakan cakap si cicak?
Ogos 15, 2008 3:27 PTG
nasib group ngumpat tak macam cicak boleh melekat kat mana-mana dinding
Ogos 15, 2008 4:59 PTG
Tapi kan...lelaki kalu mengumpat lagi 'panas' dari orang perempuan.
Ogos 15, 2008 5:14 PTG
Mak Teh mungkin tak perasan anak dia yang dipanggil adik tu lagi kepohci..
Ke itu dipanggil concern?
Ogos 15, 2008 6:09 PTG
Kalu tulis dalam blog kira mengumpat juga ye bang? Secara verbal, aku memang tak banyak cakap hehehe...
ps: Aku sangat pandai mengumpat menggunakan papan kekunci ahaks!
Ogos 15, 2008 6:32 PTG
Ahh,
satu lagi bentuk penindasan terhadap kaum-kaum ibu!
Ogos 15, 2008 8:01 PTG
macam lagu m nasir ngan datuk sms jer
Ogos 15, 2008 9:49 PTG
Azwan,
Tatau. Ha ha.
Alfie,
Tatau. Aku bukan cicak. Ha ha.
Aishah,
Itu bukan mengumpat. Itu berfantasi yang bukan-bukan. HA HA.
Madu,
Aku pernah belikan kau karipap. So, kepochi atau concern tu? HA HA.
Water,
Kau tak banyak cakap? Ha ha. Susah nak percaya. :)
Yan,
Ok, mereka boleh mengadu ke biro bantuan guaman. Atau, piket boleh saja. Ha ha.
Semut,
Belum dengar lagi lagu tu.
Ogos 15, 2008 10:42 PTG
perempuan memang suka mengumpat bro. tapi, lelaki kalau mengumpat... lagi tak tahan umpatannya woh! lagi hebat 18sx dr perempuan.
tak tipu.
Ogos 16, 2008 8:04 PG
cak..cak..cak kun cak..
bak lagu sm.salim & m.nasir ;)
tapi org ppuan kalo nak mengumpat time buat ketupat lagi best!
(last-last, ketupat x menjadi..mengumpat je lebey!)
Ogos 16, 2008 4:52 PTG
ha ha..
first time laa dengar mende pasal cicak nih..
almaklum, aku bukan banyak mulut.. satu je.. he e
Ogos 16, 2008 10:33 PTG
Perempuan mengumpat? Biasa...
Perempuan mengumpat lelaki yang suka mengumpan.
Ogos 17, 2008 12:55 PTG
Famia,
Itu bukan mengumpat. Itu ialah memperkatakan sesuatu yang klinikal sifatnya. Ha ha.
Org,
Ha ha.
Ceri,
:)
Ying,
Ha ha. Yapong, kalau mengumpat pun - pasal bola. Ha ha.
Yapong,
Malaysia Bolton W. FC Fan Club kita kat facebook apsal 3 orang ja? Itu bendahari (Kumprix) apsal tak moh join??? Lama tunggu ni. Kalau ada 4 orang 'ja - mcm mana nak buat kegiatan?
Ogos 17, 2008 2:07 PTG
kalau pompuan ngumpat, lelaki lak suka ngutuk.. er.. huu.
Ogos 17, 2008 6:08 PTG
sudah tukar ka bro? hahahaha!
Ogos 17, 2008 6:53 PTG
Cak cak- cicak. Ga ga - naga?
Ogos 18, 2008 12:18 PG
Cicak bukan ke bunyinya, "chiq chiq chiq"
Cicak kat Nippon kot bunyi cak cak cak.
Ogos 18, 2008 12:45 PG
Alina,
HA HA HA HA HA.
Danial,
Sudah tukar ka? Tatau. Ha ha.
Pakcik,
Ha ha.
Khal,
Agaknyalah. Ha ha.
Ogos 18, 2008 8:40 PG
lerrr....ni nk komen sal orang ke sal cicak? sume mende ade sebut cicak.adoyaiii...kompleks jgak cite ni. honestly xpham. hehe..
Ogos 18, 2008 2:11 PTG
Cookie,
Pasal cicak. Tapi, mereka semua ni komen pasal orang. Tu yang gua malas nak tulis entry.
Ogos 18, 2008 4:01 PTG
Catat Ulasan
<< Home