"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Ogos 2008

Suatu malam MASKARA di bawah pepohon langsuir (asplenium nidus)

(Ini beberapa fakta yang kamu mungkin tidak tahu)

Kalau ditanya, apakah perasaan aku setiap kali selesai MASKARA – aku akan kata, “Macam dalam cerita Melayu hitam putih: babak petani pulang ke rumah beramai-ramai setelah usai menuai padi di bendang. Hepi!” Dan, Dewangga Sakti pun berlagu, “La lala lala lala, lala lala…!”



Daun
Nida kata, Daun masuk hospital! Aku, Vovin, MatJan tanya, apa sakit? Nida jawab, adalah! MatJan tak puas hati, MatJan kata, mana ada sakit ‘adalah’! Nida tetap jawab, adalah! Aku, Vovin, MatJan buat kesimpulan sendiri, tetapi di dalam hati masing-masing masih tertanya-tanya, mana ada sakit ‘adalah’?

Dan, oleh kerana itu, Maskara X kali ini tanpa kelibat Nuar dan Daun. (Seawal pagi, aku menerima SMS daripada Nuar, Tiada yang serius. Daun selamat. Esok pagi boleh keluar daripada wad.)



Bayan
Bayan telefon. Aku tanya, tengah buat apa ni? Bayan kata, tengah rasa macam nak menangis sebab tak dapat datang ke Maskara. Wo! Ini kali pertama aku tahu ada orang rasa macam nak menangis kalau tak dapat datang ke Maskara. Wo!



Penyanyi Latar Belakang
Kami bukan penyanyi latar. Tetapi, kami penyanyi latar belakang. Dah nama pun ‘penyanyi latar belakang’… jadi, kami memang berpengkalan di belakaaaang (di bahagian tepi kanan rumah PENA; di bawah pepohon langsuir – siap letak-letak kerusi lagi.)

Ketika Dewangga Sakti sedang melagukan Belayar ke Pulau Jauh – dengan diketuai Jimadie… aku, Khalid, dan beberapa orang teman berlagu bersama-sama, “La lala lala lala, lala lala…!” Ya, kami tahu, suara kami memang macam gampang! Ha ha.

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar yang di’petik’ oleh OP - blur. Mungkin sebab ada langsuir sudah kacau.

...

Dewangga Sakti dan Sindiket Sol-Jah
Sindiket Sol-Jah dan Dewangga Sakti tak habis di rumah PENA sahaja. Mereka ‘repeat’ pula di Bucu Kita sampai ke pagi. Sempat aku beritahu Zul, kami bukan dapat apa-apa pun (dengan menganjurkan Maskara), setakat dapat memashyuran sajalah (punyalah riak, ha ha). Sindiket Sol-Jah terpaksa minta diri terlebih dahulu, sebab dah penat sangat. :)



Dr Ahmad Razali, PENA (ayah Bob)
Pagi tadi, Dr Ahmad Razali telefon. “Tahap kebersihan di Rumah PENA selepas Maskara adalah memuaskan! Aku bagi tiga bintang!” kata Dr Ahmad Razali. “Terima kasih, Pakcik!” kata aku. Aku memang panggil dia “Pakcik!” sejak dari dulu lagi, sebab aku dengan Bob sebaya.

“Aaa, tapiiii… ni bekas mihun ni, Kancil punya ke, Bucu Kita punya ke… tak berangkat lagi ni!” kata Dr Ahmad Razali, lagi. Aku dah start panik. ‘Kena’ lagilah nampak gayanya ni. “Aaa, tak apa tak apa… nanti AYAHNDA telefon Kancil ke, Bucu Kita ke, hapa ke….”

Pssst! Dr Ahmad Razali bahasakan diri dia ‘AYAHNDAAAA!’ dengan aku. Pergh! Harapan cerah. Tak ada kalu, next Maskara kita kena buat kat kubur Cina sajalah.



Akan datang, Sindiket Sol-Jah nak panggil Scorpions perform kat MASKARA pula! HA HA.

50 Comments:

Blogger rasso said...

wa dah balik borneo... tak leh join... lalalala~

Ogos 04, 2008 4:25 PTG

 
Blogger benuasuluk said...

Scorpions wo! Wo Scorpions. Err, Scorpions ke Sekupang? Haha.

Ogos 04, 2008 4:40 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

Awek Mat Jan cakap kat aku

"Lain kali tanya Cikgu dulu macam mana nak jawab soalan"

Ogos 04, 2008 4:47 PTG

 
Blogger Nazri said...

Terima Kasih Kerana Menyertai MASKARA

- Nazri Comel

Ogos 04, 2008 5:16 PTG

 
Blogger spyz said...

3 bintang pun 3 bintanglah..
yg penting kemahsyuran..
ha ha..

Ogos 04, 2008 5:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rasso,
Kalau ada sumur di ladang...

Suluk,
Janji nak datang! Hampeh!

Madu,
Masalah arah kiblat tak pernah selesai di Maskara, alahai!

Naz,
Ha ha.

Ogos 04, 2008 5:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Spyz,
HA HA HA HA HA!!!! Ade deh deh....

Ogos 04, 2008 5:23 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

gua duduk depan sekali! hahahaha!

Ogos 04, 2008 5:54 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Maskara lagi satu soljah jemput Yuna le. Scorpion tak ter'impot' nanti. Rumah Pena boleh tampung ke kebanjiran peminat?

Tabik Soljah!

Ogos 04, 2008 6:08 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Jemput scorpion. kena pulang tiket la pulak. Menteri2 bukan boleh duduk senang kita masyur.

Ogos 04, 2008 6:16 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Next Maskara buat open air jeh. Bawak pokok langsuir. Boleh? He he.

Ogos 04, 2008 7:10 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Joan Jett pun masyhur jugak. Hak hak hak

Ogos 04, 2008 7:46 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

Alahai. Janganlah menangis. Next maskara kan ada lagi:)uhuhu.

Tok tak g. Kancil clan segan:p ha ha ha.

Ogos 04, 2008 8:43 PTG

 
Blogger S.YanaZ said...

Enche Naga,
tak mao jemputttt bebudak AF?


muahaahaaaaaaaaa.

Ogos 04, 2008 9:05 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

org rumah aku ckp muka bro mcm plakon 80an indonesia.. misai bro tu kot?.. ermmmm!!!

Ogos 04, 2008 10:23 PTG

 
Blogger Unknown said...

x dpt join lagi.. alahai.. kalu ada sumur diladang.. nnt2 aku dtg..

Ogos 04, 2008 10:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Danial,
Gua duduk kat alang tingkap. Ha ha.

Water,
Yuna? Kita sedang berusaha sedaya upaya. :) Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli Yuna Fan Club di facebook?

Rimau,
Rice pun kerajaan kita boleh jemput datang - takkan Scorpions tak boleh? Ha ha.

Tiqah,
Ada sebabnya Sindiket Sol-Jah tak anjuran Maskara secara open air - semua kemungkin sudah diambil kita - jadi, setakat ini, Maskara di dalam sahajalah. :)

Dug,
Lita Ford tak moh ke?

Yana,
Piirahhh! Asyik janji nak datang 'ja - entah bila2nya! Kalau TR naik KL - takmoh deh dia bawak kamu - dia bawak orang lain! He he.

Sya,
Ingat2 nak bawak Alam la! :)

Ajami,
Siapa? Sophan Sophiaan?

Ogos 04, 2008 10:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
:)

Ogos 04, 2008 10:59 PTG

 
Blogger Layla Haq said...

Jahat!

Ogos 04, 2008 11:42 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Lita Ford? Siapa tu?

HAHAHAHAHAHA <-- ni ketawa ni selepas mengoogle ye.


Yuna? Pengsan aku :O

Ogos 04, 2008 11:52 PTG

 
Blogger Layla Haq said...

Jahat!

Ogos 05, 2008 1:05 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

24 jam tidak dapat online. Semalam wireless putus, ayah saya kata ini mesti sebab DSAI kena tangkap, internet kena tutup.

Hari ini adik saya balik hendak buat assigment. Adik saya tanya saya. Saya pun check router. Tiba-tiba dapat online.


=.=" err.. what purpose I tell it here? :P

Ogos 05, 2008 2:59 PG

 
Blogger tasekM said...

cube try bagi isteri-isteri soljah plak perform... amacam? :))

Ogos 05, 2008 8:48 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Bila Maskara nak mai Tanjung?

Ogos 05, 2008 8:57 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ha ha! (Entah apa yg aku gelakkan)

Ogos 05, 2008 9:33 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Bayan,
Siapa?

Amin,
Hah????

Tasik,
Dengar cerita, Persatuan Aweks dan Isteris Sindiket Sol-Jah (atau akronimnya, PAUSs, ha ha) nak adakan piket secara besar-besaran ni. HA HA.

Khal,
Orang Tanjung mai KL tak telefon pun no! Hampeh!

Azzam,
Lu ngan gua memang suka gelak.

Ogos 05, 2008 10:34 PG

 
Blogger Dewangga Sakti said...

Terima kasih Tuan Naga atas jemputan drpd Sol-jah!

Ogos 05, 2008 10:38 PG

 
Blogger Sufian said...

Gua pun rasa cam nak nangis sebab tak leh jual elarti 2 (kini di pasaran)

Ogos 05, 2008 2:10 PTG

 
Blogger hegira said...

ala. kesal nya tak dapat hadir. :(

Ogos 05, 2008 3:40 PTG

 
Blogger Denanz ... said...

first time pegi. o.k. terhibur. tahniah!

Ogos 05, 2008 3:44 PTG

 
Blogger tasekM said...

dah bagi nama PAUSs. aku pun nak tolong piket. bagi PAISs ke... cute la sikit.. ha ha...

apsal nak piket plak... teruk memasak masa MASKARA ke?

Ogos 05, 2008 4:28 PTG

 
Blogger Unknown said...

Abg Ryu,

Penyanyi Latar Belakang adalah setaraf dgn tukang bomb artileri RAD kt Sg.Buloh nu. Bomberdier kata "jom nyanyi!"...kami pun balun la. Tp mlm MASKARA X mmg mcm mlm kenduri utk tukang-tukang masak. Seb baek kopi ngn biskut mayat takde. Iskh!

* Gmbr blur sbb kena pukau dgn aura hitam separuh israiliyat. :P

Bang Naga,
Ayahanda sms, ckp apsal MASKARA bole pegi..bc puisi PENA x g? Huh!

Ogos 05, 2008 4:36 PTG

 
Blogger Rajuna said...

kalau ada nasi baryani gam pun ok bang naga!
nga nga nga haha

Ogos 05, 2008 6:37 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

hah? sapa kasi idea mintak PAUSs perform MASKARA?

persembahan PAUSs hari itu pastinya penuh dengan rungut-rungut bunyi/bunyi rungut-rungut awek dan isteri yang ditinggalkan di rumah pada hari sabtu malam minggu pertama hampir setiap bulan.

Ogos 05, 2008 6:45 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Aku tengah berfantasi Op laki bini perform. Op main gitar, Mulan nyanyi Last Kiss - Pearl Jam.

HAHAHAHAHA...

Ogos 05, 2008 8:27 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dewangga Sakti,
Sama-sama. Lain kali datanglah lagi. Kalau tak perform pun datanglah. Mihun banyak ni. Ha ha.

Kicap! Kicap tak cukupppp! Jimadie kata, “Kicap tak cukupppp!”

Sufian,
Lu ja sombong, tak moh mari MASKARA. Kasi jual aaa itu ELARTI kat Maskara!

Alina,
Apa dikesal barang yang lepas! *ahaks*

Nan,
Next time lu ajak le editor2 majalah DBP tu mai sekali!

Tasek,
Oit2! Lain kali mari Maskara jangan lupa bawak apak kau sekali weh! Lepas tu suruh apak kau ajak member2 dia sekali. :)

Attokz,
Dr. Ahmad Razali ada bercakap dengan aku semalam. Ok lah, nanti aku iklankan juga Baca Puisi PENA di fecbuk Sindiket Sol-Jah.

Apapun, kita tunggu Mesyuarat Agung PENA yang akan datang, kita tengok line up exco-nya, kalau ada ruang - kita beri sumbangsaran kita untuk memajukan Baca Puisi PENA seiring dengan MASKARA.

Rajuna,
Maskara Shorties (November) - say no mihun, but say yes sweet corn dan kuaci cap helang! Ha ha.

Itupun kalau groupies Sindiket Sol-Jah tak kata, “Ge! Sorriiiii, aku kena kerjalah malam tu! KekKwa ada function kat IB!” Nok suruh hok sore lagi nun, ngandung la pulok. Nok suruh hok sore nun jauh di Skudai tu - tengoh 'Mabok Kepayang' la pulok. Ha ha.

Apapun, kita akna berusaha untuk merealisasikan cita-cita murni (makan sweet corn pun 'murni' gak weh!) ini.

Op,
HA HA HA HA HA. Ade deh deh deh... sakit perut aku, ketawa.

Dug,
Op dgn Mulan pernah perform berdua di Maskara rasanya.

Ogos 06, 2008 9:17 PG

 
Blogger June said...

Sol-Jah dan MASKARA memang HEBAT!

Kagum... Kagum... Kagum...

Ogos 06, 2008 1:14 PTG

 
Blogger June said...

Sol-Jah dan MASKARA memang HEBAT!

Kagum... Kagum... Kagum...

Ogos 06, 2008 1:14 PTG

 
Blogger Yana Ismail said...

ha ha ha.tok turun kl bawa mamamon:)

Ogos 06, 2008 1:16 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

aku benci bila miss maskara.. arghhh!!!

Ogos 06, 2008 1:46 PTG

 
Blogger DeeN said...

Lepas nih bawak la MASKARA pi Stadium Bukit Jalil plak. Baru tersohor macam Inul. Haha.

Ogos 06, 2008 2:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
:)

Teh,
:) *pos 2 kali jugaklah*

Yana,
Mamaon = Bendahari PAUSs ek? Ha ha. Meeting kat KL le tu! *ahaks*

Daun,
Kalau Daun tak ada, Nida tak ada, Amyz tak ada - sure Yapong la kena buat teh o tu! Kompom la pahit kelat punyalah! Ha ha.

Deen,
Mana nak cari bajet? Ha ha.

Ogos 06, 2008 3:15 PTG

 
Blogger MARSLI N.O said...

Sdr Sinaganaga: Tahniah. Cara Sdr tulis laporan ini macam cara new jurnalisme. Masa di Jepun dulu Sdr ada belajar aliran inikah? hebatlah Sdr Sinaganaga.

Ogos 06, 2008 3:46 PTG

 
Blogger tasekM said...

bang ge, kalau daun tak de, nida tak de, amyz tak de, aku pun boleh tolong buatkan teh o tu....

err... buat teh o bubuh kicap maniskan?

Ogos 06, 2008 5:04 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

New Jurnalisme ? Perghhhhhhh...

mantap tabik aku!

Ogos 06, 2008 5:45 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Kadang nak sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. :-|

Ogos 06, 2008 7:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Marsli,
Dulu kat Jepun tak belajar New Jurnalisme pun. Dok belajar 'masuk kuil keluar kuil' 'ja! :)

Tasik,
Takpa, next time kita rasa teh o yang Bye buat pulak kot, entah. He he.

Dug,
Ha ha. Aku tatau nak tabik sapa lak weh!

Amyz,
Tumpukan kepada pelajaran! :)

Ogos 07, 2008 8:58 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

Bendahari PAUS?hahaha.apakah itu? .ni kena siasat ni;p

Ogos 07, 2008 10:29 PG

 
Blogger by Amani ALive said...

OP langsuir..........hahahahahahaha

Ogos 08, 2008 4:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amani,
Ha ha.

Ogos 10, 2008 12:37 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home