Olak Lempit
Sek. Ren. Keb. Ampang. (Lumba lari jarak sederhana.)
Cikgu. Suruh aku berlari. 800 meter. Apabila wisel ditiup. Aku. Tak toleh kiri kanan. Aku. Pecut. Makin lama makin laju.
100 meter - aku di depan, pelari lain di belakang. 200 meter - aku di depan, pelari lain tak jauh di belakang. 400 meter - aku masih di depan, pelari lain jauh di belakang. Masuk 'ja 600 meter - tulang Tibia aku sudah rasa satu macam, momentum larian aku semakin menurut, ada dua tiga orang mamat sudah potong aku. Sampai 'ja di garisan penamat 800 meter - cikgu kata aku dapat nombor empat.
“Ok, you jadi pelari simpanan. Kalau ada pelari satu dua tiga tak dapat datang - you ganti!"
Sek. Men. Sains Selangor. (Lumba lari jarak dekat.)
Cikgu. Suruh aku berlari. 100 meter. Aku letak kaki di starting block. Aku jengkal-jengkal jari di starting line. Aku dalam kedudukan 'sedia'. Apabila wisel ditiup. Aku. Tak toleh kiri kanan. Aku. Pecut. Bullet start tadi pun mantap, tak ada mistake langsung. Makin lama makin laju. Aku buat bawah 13 saat. (Kira laju dah tu weh!)
Tapi. Cikgu kata. Ada dua tiga mamat sudah lari lagiiiii laju!
“Ok, you jadi pelari simpanan. Kalau ada pelari satu dua tiga tak dapat datang - you ganti!"
Aku hempas kasut spike. Depan cikgu. “Apa barang jadi pelari simpanan!” Cikgu kata, “Wo! Dah pandai melawan!” Aku belah. Aku pergi join Baim. Main bolatampar. Main bolatampar pun boleh spike-spike juga! La la la la la.
KOMA
Satu hari. Di dalam kabinet. Di dalam kelas Sains Paduan. Aku. Meli. Rashid Bulan. Sudah terjumpa. Sijil-sijil lama SMSS. Yang masih belum bertulis lagi. He he. Apa lagi, di atas sijil-sijil tu, kami tulis nama sendiri dan nama sukan-sukan yang kami tidak pernah main dan tak tahu nak main - gimrama, misalnya. HA HA.
37 Comments:
masa gua kat sekolah dulu..
gua jumpa sijil kosong..
tulis nama..
tulis nombor kad pengenalan..
tapi then..
padam semula..
apa kesnya gua ada sijil PANDU PUTERI?
Ogos 19, 2008 12:54 PTG
bro,
aku lari lagi laju bro,
15.5 saat utk searut m.laju tak?
Ogos 19, 2008 1:39 PTG
Ya. Aku pun pernah jumpa sijil-sijil penghargaan yang kosong. Aku ambil. Simpan.
Sampai sekarang aku tak tahu nak tulis penghargaan dalam bidang apa..
Hahaha.
Ogos 19, 2008 1:41 PTG
demam olimpik ni, lambat gik nak kebah ek... hehehe
Ogos 19, 2008 1:42 PTG
Gar,
HA HA.
Mut,
'Searut m' tu mende? Ermmmm....
Amyz,
Aku tahu kau patut tulis bidang apa! HAK HAK HAK. Ok, aku simpan rahsia antara kita tu. Hik hik hik! Adeeehhh...
Mira,
Masih demem. Adeeee...
Ogos 19, 2008 1:57 PTG
Amyz,
Akukan abanggggg... *wink*
Ogos 19, 2008 1:57 PTG
hahahha,akukan abg konon...
hahahaaaa abg ge tamak ler..
gimrama pun sapu..
tapi xpe...
msti smua org bngga..
keh3x..
Ogos 19, 2008 1:59 PTG
hahaha! power lu lari bro! :-p apsal tok rimau blok dier punya blog. hahaha.
Ogos 19, 2008 2:08 PTG
Nida Cok,
Ha ha. Akukan abangggggg...
Danial,
Malam semalam ada gak aku telefon tok Rimau; kami ketawa-ketawa macam pontianak tercabut paku kat leher. Tulah, orang tua-tua ada berpesan, jangan ketawa-ketawa sangat, nanti derita sudahnya. Dan, sejak akhir-akhir ni, dua tiga orang Soljahs dah kena grounded dengan PAUSs. Tok Rimau pun kena gak kot, entah!
Ogos 19, 2008 2:34 PTG
Bro,
Sijil tu semua tak penting.
Sijil Kelahiran dan Sijil Nikah lagi penting! Gulp!
:D
Ogos 19, 2008 2:35 PTG
alamak! ye ke. hmm bahaya ni.
Ogos 19, 2008 3:48 PTG
bola jaring tulis x?
Ogos 19, 2008 4:10 PTG
Ah,
:)
Danial,
Ha ha. Ya ya, sangat bahaya kepada perahu-perahu kecil.
Gom,
Tulis! :)
Ogos 19, 2008 4:21 PTG
Sijil Menaip Dan Trengkas pun aku ada. HAhaha
Ogos 19, 2008 4:22 PTG
orang kita patut masuk acara lari dari rumah... ramai je bohsia leh kita anto...
Ogos 19, 2008 4:29 PTG
ya ya, kalau bawah 13 saat, dapat singgit, cikgu ketua rumah bagi, sebab dapat mata untuk rumah hijau... best best... diorang yang dapat best la, aku takkk......
Ogos 19, 2008 6:04 PTG
Enche' Naga
Pelari simpanan ponn dpt sijil?
Ahh, sapa laa yg simpan sijil2 gua???
Ogos 19, 2008 6:35 PTG
aku banyak je sijil, pastu bila pergi interview, tak dibeleknya pun sijil aku..
aku pun malas nak membelek sijil orang yang datang interview
sebab sijil tu, sijil tipu ha ha
Ogos 19, 2008 7:16 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ogos 19, 2008 7:18 PTG
Masa kje tahun lepas,aku terjumpa sijil perhargaan sebagai sukarelawan. Kosong. Banyak weh..aku ingat mau cilok satu
Damn! Aku tak tau adjust printer.
Haih!
Ogos 19, 2008 7:19 PTG
Olak Lempit ada port kelapa bakar, bayekkk punya!
Cikdaun mesti tau port ni haha
Ogos 19, 2008 9:22 PTG
Naga : Hahahahaha. Adeh.. deh.. deh..
Ogos 19, 2008 10:51 PTG
aku bukan takat dapat sijil kosong ja. cop rasmi skola pon aku dapat..
haha
Ogos 20, 2008 7:21 PG
Dug,
:)
Chik,
:)
Ontah,
Ha ha.
Yanaz,
Lu pun runner ke dulu?
Art,
HA HA.
Water,
Aku tulis tangan 'ja kat sijil tu dulu. :)
Amyz,
HA HA. *wink*
Azwan,
HA HA.
Ogos 20, 2008 8:49 PG
Kecewanya aku pagi ni bang. Tak dapat viewed blog Tok R.
Kepada Tok R - invite me pls huhuhu..
Nasib boleh baca Naga. :)
Ogos 20, 2008 10:11 PG
hahaha..aku pun pernah buat testimonial sekolah macam nih.
Ogos 20, 2008 10:13 PG
Waterlily,
tau-tau je aku mesti ke sini.
Naga,
aku memang tak caya dgn kebolehan atas kertas ni.
Ogos 20, 2008 11:01 PG
Olak Lempit... tajuk tu mengujakan. sbb aku pernah buat kajian knp nama kampung tu jd mcm tu masa sekolah menengah dulu. olak lempit sebelah kampung labohan dagang kg kak dalilah raden galoh. sblh labohan dagang kampung aku. ehehehehe!
Ogos 20, 2008 11:11 PG
untung la jd pemain simpanan, cikgu aku nak simpan aku pun xsanggup, mengabihkan boraih jo hiks..
er..sijil2 sekolah dulu kne simpan ey? aku bg adik aku main lukis2 wat kertas lukisan..xtau la pulak bguna utk interview huk huk..
Ogos 20, 2008 12:25 PTG
Tok Rimau,
Invite aku, pleaseee...
Ogos 20, 2008 12:30 PTG
Water,
Aku pernah buat kerja delete blog. Dulu. :)
Mar,
HA HA.
Mau,
Ada 'kertas' pun orang tak pandang. Tu yang aku nak memberontak ni.
"Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Harga Kertas & Hari Cetak Turun!"
Rudy,
Morib weh, Morib! Jangan lupa sebut Morib!!!!
Murni,
Cikgu mana yang 'simpan' anak murid tu? Habak mai!!!
Ogos 20, 2008 12:34 PTG
er cikgu tut, mne leh bgtau nama..ala tersasul plak..pandai en naga ni ey..
Ogos 20, 2008 4:27 PTG
olak lempit adalah kg saye..nan permai
Ogos 20, 2008 4:38 PTG
Murni,
:) He he.
Ogos 20, 2008 4:40 PTG
Bro...apasal lak nko guna nama kg aku ni. Ingat tak... nko dan bebudak lain pernah tdo kat rumah aku di Olak Lempit.
Ogos 20, 2008 6:10 PTG
Shid,
Mestilah ingat. He he.
Ogos 21, 2008 8:49 PG
13 saat ye, Ge? PY lagi terer!
12 saat. Betul ni, tak tipu. Tanya Petra Nabila. Hak hak hak;-p
Ogos 24, 2008 2:37 PG
Catat Ulasan
<< Home