"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

10 September 2008

Kuih sample

Hari ini, kakak yang hobinya suka mandikan burung itu, singgah di kiubikel aku, sambil psst psst aku, “kau nak beli kuih raya tak, Ge?” seraya menghulurkan dua tiga keping sampul plastik kecil lut sinar yang mengandungi dua tiga butir kuih.

“Aaa... kalau saya beli hok sample ni 'ja, boleh tak, kak?”

*Kakak tu mencarut*

37 Comments:

Blogger tasikmerah said...

kedekut la kau bang. :p~~




err... burung apa yg dia mandikan tu hah? musykil sungguh haih~

September 10, 2008 4:10 PTG

 
Blogger siskinny said...

Kak,

jangan mencarut, nanti kurus pahala puasa kau!




err..ke kau tak puasa harini?

September 10, 2008 4:24 PTG

 
Blogger ah tok said...

Kuih tat nenas sedap di makan begitu saja.

September 10, 2008 4:30 PTG

 
Blogger Water Lily said...

Padan muka kau kena carut bang hehehe..

ps: dah lama aku do musykil, burung apa yang dia mandikan tu.

September 10, 2008 4:42 PTG

 
Blogger landaklaut said...

banyak2 kuih raya, kuih raya sampel lah yang paling sedap.. sebab free.. selain dari makan kat umah orang lah.. hahahah

September 10, 2008 4:54 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Esok suh dia bawak sample lemang sama rendang daging pulak. Haha

September 10, 2008 4:57 PTG

 
Blogger jOnOs said...

Ge,

Esok ko ke kiubikel akak tu, sambil psst psst, “Akak nak beli design label plastik sample kuih raya tak?” Seraya menghulurkan dua tiga design label untuk sampul plastik kecil lut sinar.

September 10, 2008 6:28 PTG

 
Blogger addyaholix said...

sampel selalunya percuma, tak perlu bayar :P

September 10, 2008 10:31 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Ejaan kuibikel memang kiubikel, bukannya kubikel eh?

September 11, 2008 3:53 PG

 
Blogger famia said...

haha. patotnya kena passing sampel kuih dari 1st day puasa tu. lambat juga akak tu ambil tempahan kuih muih.

September 11, 2008 5:24 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Abang Naga,
Rupa-rupanya engkau ni kedekut t@hi hidung masin... Haha! But you are still cute! *wink wink*

September 11, 2008 7:02 PG

 
Blogger Saharil said...

aku teringat fauziah latif.

'Ge' tu macam mana sebut? (soalan jenis gaharu/cendana). macam minyak sapi tu ke (membuatkan aku teringat fauziah latif), atau macam geylang sipaku geylang?

September 11, 2008 8:16 PG

 
Blogger Artozy said...

mencarut? nasib baik kuih dalam plastik bang!

September 11, 2008 8:35 PG

 
Blogger BuRuuj said...

lor...kedekutnyer...tolong lah akak tue lariskan jualan dia. cian dia..

September 11, 2008 8:46 PG

 
Blogger Po said...

Untuk kesekian kalinya aku menyeru...

Akak yang suka mandikan burung itu.

Bukalah Blog! Aku akan menjadi peminatmu nombor wahid!

September 11, 2008 9:14 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasek,
Burung apa ek? Ha ha.

Skin,
Ha ha.

Ah,
Ya.

Water,
Burung apa ek? Ha ha.

Landak,
Hey! Aku teringin nak makan biskut kacang, mazola, mendoza, apa entah namanya... Siapa ada jual?

Dug,
Aaa... dah lama tak makan sample sambal udang kecik2 buang kulit kau, Bas! :)

Jon,
Psst psst! Nordeen ada bagi aku sample bunga api anyak asap - RM3.00 satu cekak. Tapi, sample2 pun aku kena bayarlah jugak!!! Ha ha.

Wo, Saharil tak boleh main bunga api ni - dia asma! HA HA.

Addy,
Walaupun sample - aku nak bayar juga.

Tanah,
Aku mengeja ikut logik aku. Kubikel - kata dasarnya apa - 'kubik'? Maknan 'kubik' macam tak kena 'ja dengan apa yang aku nak maksudkan. HA HA.

Kata dasar 'kiub' - ,aca, ada 'kena' sikit. :)

Entah, apa ejaan yang betulnya?

Famia,
Patutnya kena bagi aku sample kuih raya pada tiap2 hari. Aku nak kumpul bagi banyak. Ha ha.

Cat,
Aku tahu aku cute. HAR HAR HAR!!!!

Ril,
Sebut baku! Ga di atas GA. Ga di bawah GI. Ga di depan GU. GE? Aku tak tahu GA tanda apa. Sabdu? Matt? HA HA.

Fauziah Latif = 'G' = Jim di bawah JI. Oit, aku add Fauziah Latif kat Fecbuk aku, weh! He he.

Tozy,
Aaa, apa lagi benda di dalam plastik? HA HA.

Bur,
HA HA.

September 11, 2008 9:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

PO,
HA HA. Psst psst! Yusof Ibrahim dah pindah bank!!!!!

September 11, 2008 9:43 PG

 
Blogger nida_coklat said...

abg ge,nida blh bg sample kuih raye.. Nk?? dlm plastik 2 ade 2..
sbb abg ge kn abg.. nida jual 1 keping singgit dah la. kire kawtim la kn?? amacam??? hahahhaa....

September 11, 2008 10:23 PG

 
Blogger Mat Jan said...

saharil: 'Ge' disebut 'Gay'.

September 11, 2008 10:50 PG

 
Blogger Dhani said...

kakak tu mencarut cakap apa?

September 11, 2008 10:58 PG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

ngada ngada kan dah kene...hehe :P

September 11, 2008 11:08 PG

 
Blogger madulebah said...

uncle, aku jual biskut raya lah.

Kau nak mazola? 50pcs RM20. Murah kan?

September 11, 2008 11:19 PG

 
Blogger Nazri said...

Ge = sebutan Gay.

Atau boleh disebut JE

atau

September 11, 2008 12:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Cok,
...dalam plastik 2 ada 2...? Wo, susah juga teka teki kau ni. Dalam plastik 2 ada 2? Ermmm... Kenapa pakai hok plastik? Kenapa tak pakai hok satin ka, sutera ka? Ha ha.

MatJan,
Ge disebut GE atau Gé. Bukan disebut GAY-lah. Siapa cikgu kau? Vovin? Ha ha.
Dhani,
*Kakak tu mencarut*

Amora,
Ha ha.

Madu,
Siapa (air tangan siapa?) buat kuih tu? Kaka kau?

Naz,
Hah? Guna sistem ejaan mana tu?

September 11, 2008 12:28 PTG

 
Blogger art.isreka said...

haha. abg ge. pronouns tak kisah yang mana. tapi lagi sedap ikut slang orang pahang.. :)

September 11, 2008 4:06 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Alina,
*Aku cubit peha kau*

September 11, 2008 4:17 PTG

 
Blogger ManMonCang said...

carutan dia sebut dia punya atau ko punya? kalau dia sebut ko punya, dia nak kasi ko biskut raya lagi banyak. Aku sangat yakin. Percayalah.

September 11, 2008 4:46 PTG

 
Blogger zizie ali said...

kalau disitcomkan, siapa yg cocok bawa peran 'kakak yg suka mandikan burung'? khatijah tan? wan norazlin? erma fatima? norlia gani? wan maimunah? rosnah m.aris?

September 11, 2008 6:07 PTG

 
Blogger jOnOs said...

Ge N,

Syyy...tahun lepas.Kwn aku jual bunga api&mercun.Juga.Siap katalog.Aku dah bayar.Lepas raya pun tak dapat2. Tau2 dia tido makan percuma. Siap baju seragam 1 rumah.

Psst...Si Nordeen tu letak bunga api sample banyak asap dlm plastik lut sinar mcm kiuh raya juga ke?

Line clear? Mercun bola ada?

September 11, 2008 7:55 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

kakak itu ada berapa ekor burung sebenarnya?

September 11, 2008 10:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Moncang,
Yo bro, lama dak mari sini weh!!!!

Zz,
Kalau tak Byezura Kahar - Liyana Jasmay patut pegang watak tu. Aku pegang watak 'burung'. HA HA.

Jonos,
Azzam suruh kau hantar rokok Muhaimeen kat hospital. Segera!, katanya.

Amin,
Kakak-kakak hanya boleh ada 1 burung pada satu-satu masa. Harap maklum!

September 12, 2008 9:16 PG

 
Blogger jOnOs said...

Aha ha.

Aku dah hantar. Guna MMS.

September 12, 2008 9:25 PG

 
Blogger one love said...

kat kedai runcit memana ada jual biskut mazola tu!

September 12, 2008 12:13 PTG

 
Blogger tasikmerah said...

oooo... bukan ular ke tu? keh keh.

September 12, 2008 12:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

One love,
Hok kat kedai Cina tu - biskut mazola made by Cina. :)

Jo,
HA HA.

Tasek,
Ular?

September 12, 2008 2:52 PTG

 
Blogger one love said...

tak halal ke?
hehhehehehehe :)

September 13, 2008 2:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

One love,
Was2lah.

September 16, 2008 9:03 PG

 

Catat Ulasan

<< Home