"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 September 2008

Diari Motosikal II

Pagi itu, sama seperti pagi yang selalu-selalu, dia menunggang motosikal ke tempat kerja. Deru angin menyapa muka. Kejap semilir, kejap meribut, kejap semilir, kejap meribut. Dia suka (akan perasaan itu). Apabila dia suka – (selalunya) dia ketawa. Apabila dia ketawa – (selalunya) dia pejam mata. Ya, dia pun pejamkanlah mata…

... nenonenonenoneno ...

He he. Aku nak tidur kejap, Ge. Kata Azzam Supardi. Via SMS.

NOTA: Azzam Supardi masih di Katil 11, Wad 5A, Hospital Sungai Buloh. Kaki patah. Tangan patah. Dagu berjahit. “Adeh!”

47 Comments:

Blogger Nida Shaari said...

Biar betik??!!

Aku ingat, abang ipar aku je yang rajin tidur sambil bawak motor.

September 04, 2008 10:54 PG

 
Blogger Artozy said...

hish sungguh ke patah tulang bukan patah hati ni?

September 04, 2008 11:18 PG

 
Blogger saharil said...

halamak, ngilu lah baca entry accident..

September 04, 2008 11:23 PG

 
Blogger nida_coklat said...

pilu plk dgr org accident2 ni..
2 la,syok sgt kne angin..
msti tbyg ala2 bollywood 2..
hehhe..

September 04, 2008 11:29 PG

 
Blogger tasekM said...

siannya bro azzam... ishh.. nak hantar bungalah kat dia... :)

September 04, 2008 12:13 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

kelmarin kau tulis pasal kedai BATA, hari ni ada cerita pasal BATA dalam Utusan:

KLIK SINI

September 04, 2008 12:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Madu,
Sungguh pepaya!
Patah pergelangan tangan kiri. Patah kaki kiri - tak simen lagi - sedang ditarik berdikit2 - minggu depan baru operate.

Zy,
Moto - hancusss!!!!

Saharil,
Tadi aku pergi sana - masih terbaring kat bilik kecemasan - petang atau malam ni baru dimasukkan ke wad.

Cok,
Tangan patah kaki patah - tapi masih boleh ketawa2 dgn aku. Aku syak, morphine tu masih 'on' lagi le.

Tasek,
Ya, dia sudah berbuka puasa dah tadi. Dah masukan air. :)

MJ,
Jonos sempat beritahu - tolong sampaikan pesan pada Vovin - ada kedai BATA kat Jaya Jusco (tmpt hang pigi J-Card day tu kot, entah) - so, buleh beli kat situ!

September 04, 2008 1:21 PTG

 
Blogger Ummi Ammar said...

Semoga Encik Azzammmm segera sembuh. Saya akan rindu tulisan di blognya. Harap dia dapat menulis kembali selepas pulih.

Untuk Encik Naga, ini pertama kali saya masuk tinggalkan komen setelah empat tahun jadi pembaca senyap blog Hikayat Sinaganaga Origami. Yea! Thanks to Encik Azam.

Nampaknya Naga berasap malam sahaja bulan puasa ni. Tak gitu.

September 04, 2008 1:37 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Puitis betul laporan polis kau ni.

Azzam,
Get well soon.

September 04, 2008 1:37 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Lepas ni Azzam cerita pasal misi. Hi hi hi. Ada yang berbuka dengan injection kang.

September 04, 2008 1:41 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ummi,
Misi dah bogelkan Azzam tadi. Azzam masih 'high' masa aku tinggalkan dia tadi.

Rimau,
Aku dah suruh Jonos buat laporan polis tadi. Masa aku sampai - Jonos dah blah.

Masa nak balik, aku sempat SMS Azzam. 'misi wad kecemasan dan trauma - JP Badriah - cantekkkk!' Azzam SMS aku semula, 'tunggu aku sihat sikit, sekarang tak boleh 'naik'.'

September 04, 2008 1:57 PTG

 
Blogger Unknown said...

dgn misi y cantek2 rasanya azzam x kisah duduk hosp lama2 dan y dtg melawat juge...mcm lu ha ha ha.

semoga azzam cepat sembuh.

September 04, 2008 2:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Hospital Sg. Buloh - walaupun baharu - tetapi tidaklah ergonomics mana pun. :) Sebenarnya, utk ke wad kecemasan, kami masuk dari sebelah belakang kaunter farmasi dll. :)

September 04, 2008 2:29 PTG

 
Blogger mariahsj said...

Lain kali, tutup mata sebelah je....

September 04, 2008 2:34 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

wah dapatlah en.azam duit raya kali nih, bukan bagi duit raya ek!

p/s:en. Ge sampaikan salam pada en.azam: lepak kat spital jangan nakal2 di bulan pose ini!

September 04, 2008 3:03 PTG

 
Blogger nida_coklat said...

yeke... alamak,rasa brslh la plk ckp cam 2..Coklat hrp dia cptla sht..ketawa pun ubt jgk..doakn dia cpt sembuh.. aminnn...

September 04, 2008 4:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kak Eton,
:)

Asu,
Dia dah berbuka puasa dah tadi. :)

Cok,
Malan ni, apabila dah hilang 'high', meraung le dia tu!!!! Tadi, doktor jahit dagu pun dia tak rasa, wo!

September 04, 2008 4:38 PTG

 
Blogger afaniL said...

uh. beraya di jalanraya. semoga lekas sihat. bolehlah baca blog ngarut2 nya lagi nanti.

er naga, kirim salam azzam dengan ucapan "bloglah pakai sms".

heh!

September 04, 2008 5:46 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Patah tulang aje..fuhh..nasib baik!


ps:Aku sedang bayangkan sup tulang nih bang.

moga bro Azzam cepat sembuh.

September 04, 2008 5:57 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Nak ketawa pun serba salah.

Tapi ketawalah jugak. Hahaha. Bawak motor pun boleh tertidur. Haha.

Moga cepat sembuh!

September 04, 2008 8:12 PTG

 
Blogger jOnOs said...

Si N,

Aku tak sempat buat laporan polis. Ehem ehem Azzam dah laporkan dulu.

Azzam kata dia langgar dgn keta misi. Misi tu panggil dia abang.

"Maaf bang tak sengaja bang...salah saya bang..."

Misi tu hantar dia ke hospital.

Azzam kata masa org ramai tolong angkat dia, dia rasa sakit. Kat peha.

Azzam kata kat org ramai yg tolong angkat dia.

"Bang...bang...bang...sakit bang."

Aku rasa misi tu panggil Azzam 'abang' sebab tu dia panggil org ramai tu 'abang' juga.

Kalau misi tu panggil Azzam 'pak cik'... Azzam panggil org ramai tu apa ha?

Naga, ko tau?

Tok Rimau...Mat Jan...

Siapa tau ha?

September 04, 2008 9:50 PTG

 
Blogger jOnOs said...

Masa sampai, dari jauh aku tengok ada bulu kat dada Azzam.

Kasar-kasar tu. Seksi juga Azzam ni. Aku tak pernah tengok dia buka baju. Macam tadi.

Bila dekat rupanya janggut Azzam dicukur misi berterabur kat dada. Sebab nak jahit dagu.

"Berapa helai habis?" Aku tanya.

Azzam kata dia tak sempat kira. Kena tanam semula berkelompok lepas ni.

September 04, 2008 9:59 PTG

 
Blogger famia said...

uish. alhamdulillah selamat. tapii.. tapinyaa.. siapa je yang tak tidur sambil memandu bulan pose ni. memang tidur punyalah confirm. kan?

September 04, 2008 10:03 PTG

 
Blogger Unknown said...

len kali beli gajet vibrator kt telinga tu.. xdelah ngantuk sgt. kot.

September 04, 2008 10:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fandi,
Walaupun telah berbogel di atas katil hospital - handphone dia masih tetap di tangan. Dia masih 'high'. Morphine!

Water,
Minggu depan baru nak operate kakinya tu - bubuh besi.

Amyz,
Dia tak tidur. Cuma pejamkan mata 'ja. Aaa, macam kau 'pejam'kan mata juga. Keh keh keh. *wink*

Jonos,
Aku sempat tengok jadual bertugas misi2 yang ada gambar pasport tu. Aku dah SMS dia - JP Badriah - lawa orangnya. :)

Dia kata, lepas sihat dia tackle - la ni tak 'naik'. Morphine!

Jonos,
Masa aku sampai - janggut tu masih berterabur kat dada dia. Dia kata, masa kena jahit - dia tak rasa apa2. Morphine!

"I gonna high! I gonna high!"

Famia,
Misi tu belok kanan tiba2 dan tak bagi signal - bedebammm - nenoneno.

Kelam,
Aku dah janji dengan dia - shinat sikit lagi aku mari - bawa dia lari (guna kerusi roda) - bawa dia gi hhisap rokok! Ha ha.

"I gonna high! I gonna high!"

September 05, 2008 12:23 PG

 
Blogger landaklaut said...

takpe.. jauh dari perut.. hoho..

September 05, 2008 12:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jonos,
Boleh claim kat PERKESO - MC (berapa hari kat hospital dan berapa hari cuti sakit kat rumah) - Hari tu Nordeen kemalangan, cuti 3 bulan, dapat 3K.

Nanti boleh claim HUK (Hilang Upaya kekal) juga - part ni selepas dah sembuh, dah pergi buat psioterapi, dan doktor PERKESO akan interview dia juga. Boleh dapat beberapa K lagi.

Bil hospital - kau minta ejen insuran takaful dia datang - mereka akan bayarkan bil2 tu dan claim2 lain. (Guaranty Letter/GL) dari 'akak' (ha ha) - guna dulu pun tak apa buat masa ni.

Check juga kalau insuran dia cover untuk pindahkan dia ke hospital yg lebih best! Ampang Puteri, misalnya. Ha ha. Hospital best = makan lebih best.

Ada lawyer akan berkeliaran di hospital - mereka akan tawarkan perkhidmatan untuk menyaman si pelanggar - selalunya mereka pasang kaki (selalunya polislah) - untuk ambil kes ni. Kalau ada lawyer sendiri (syarikat) lebih bagus.

Dia boleh claim insuran untuk motosikal dia yang dan hancur luluh tu daripada insuran Misi2 HUKM tu. Sama ada selesai di luar mahkamah (Misi bayar ganti rugi) atau masuk bicara kat mahkamah.

Selalunya, kalau Misi tu buat report polis - kenderaan melanggar dan kenderaan dilanggar akan ditahan di balai polis. Check perkara tu!

Oh ya, kalau ada benda2 lain yang rosak (cermin mata, seluar, baju, jam tangan, laptop) yang rosak dalam kejadian - boleh tuntut ganti rugi jua! Kumpulkan setempat - dan serah kepada lawyer.

Minta kau listkan benda2 tu kalau kau pergi jumpa dia lagi.

Sekian, terima kasih.
UNION PERSONAL ha ha.

September 05, 2008 12:40 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

Takziah.

=.=" Eksiden.

September 05, 2008 1:18 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Wow!! aku kagum la baca pesanan kau kat Jonos.

Ternyata kau adil. Tidak hanya concern terhadap gadis-gadis genit.

September 05, 2008 8:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amin,
:)

Madu,
Aku sedang bercita-cita untuk jadi Orang Nomer Satu di Printing (and Pre-Press) Industry Employees Union pada suatu hari nanti. HA HA.

September 05, 2008 8:53 PG

 
Blogger jOnOs said...

Si N,

1) Kau memang pantas. Aku nampak misi kat kaunter je. Lupa nak pandang dekat jadual belakang diorang.

2) Keterangan kau jelas. Tapi setahu aku Azzam takde lesen motor.
Aha ha. Haru. Sangkut sikit kat situ. Kot...

September 05, 2008 10:03 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kawan aku tanya, apa no plat motor dia tu? Ha ha ha!

September 05, 2008 10:17 PG

 
Blogger hegira said...

alamak siannye. kimsalam kat bro azzam ye. semoga cepat sembuh. dan jangan lupa tangkap sorang loyer.

September 05, 2008 11:24 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jonos,
Denda untuk 'memandu tanpa lesen motosikal' - tak banyak!!!! Ha ha.

Purp,
Tatau. Nomer plate hancurrrr!!! Sama hancur dengan moto.

Alina,
Loyer? Ha ha. Aku suruh dia tangkap misi 'ja semalam. Ha ha.

September 05, 2008 12:11 PTG

 
Blogger tasekM said...

aku sgt bersetuju dgn cadangan2 kamu. make sure bro azzam tangkap lawyer sorang. adik aku dulu accident. tak ada lesen gak. denda rm300 je. tapi menang kes tu, masuk rib-rib jugak.

September 05, 2008 1:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasek,
Azzam ngadu, kat hospital tu banyak nyamuk. Aku nak suruh dia berlatih tangkap nyamuk dengan lidahlah. HA HA.

September 05, 2008 3:48 PTG

 
Blogger jOnOs said...

Si N,

Itu macam ka...aku takde pengalaman. Ada lesen moto.
Tapi takde moto.

Motorola ada la. Uhu hu...

Tadi petang Azzam sms aku. Aku rasa dia dah normal. Aku tanya misi kat sana lawa tak?

Dia tak jawab. Makan sorang. Barang dah blh naik la tu.

September 05, 2008 6:06 PTG

 
Blogger jOnOs said...

Lagi foto dan cerita Azzam kemalangan http://bebudakjalanrobinson.blogspot.com/

September 05, 2008 10:32 PTG

 
Blogger zizie ali said...

moga azzam cepat sembuh. sempat beraya kat kampung.

September 05, 2008 11:02 PTG

 
Blogger Ande Sikutawangsa said...

lawak la weyh.

haha.


tapi kesian kat dia. smoga cepat sembuh dan normal seperti biasa.


hehe.

September 06, 2008 4:07 PG

 
Blogger l.i.f.e said...

ya Allah...tak tau nak gelak dulu ke nak simpati dulu ni

semoga enche' azzam itu cepat sembuh...kalau masuk besi makan tahun lah boleh jalan elok semula

September 07, 2008 1:37 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

Semoga dia cepat sembuh:)

Em, jgn tido waktu bw mtr ok. bahaya!ehehe

September 07, 2008 5:47 PG

 
Blogger lola said...

adeh.. kesiannya azzam. kim salam kat dia k. semoga dia cepat sembuh

September 07, 2008 6:26 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Habes, siapa nak ganti dia jadi defender nih..

Semoga cepat sembuh~! ;-)

September 07, 2008 12:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ying,
Ok, kita akan lantik orang lain pula jadi defender - ganti dia. Amacam?

Lola,
W'salam. :) Hai Lola!

Yana,
Dia tak tidur. Dia cuma pejamkan mata sahaja. :)

Life,
Itulah pasal. Banyak projek boleh tertangguh ni. Pergh!

Melaw,
He he.

Zz,
:)

September 08, 2008 8:52 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Hish~! Kang dia merajuk. Macamana? Tanya dulu.

Ge, aku nak pergi bertapa. Doakan aku. Takut.

September 09, 2008 1:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ying,
Takpa. :)

September 09, 2008 9:21 PG

 

Catat Ulasan

<< Home