Menjelang PRU13: Rasis
“Kita ni Melayu. Melayu ni loher. Tak melawan. Diam saja.” kata Wak Merah-merah Taman Kok Doh sambil menyudip-nyudip nasi minyak di dalam periuk besar, “Kalau kita kata orang India tu kaum pendatang – orang kata kita rasis – kita diam, tak melawan. Kalau kita kata orang Cina tu kaum pendatang – orang kata kita rasis – kita diam, tak melawan juga, kita ‘ya’ kan saja. Habis-habis pun… kita minta maaf, soli latok, soli latok! Kita cakap… kita tak buat lagi dahhh, sumpahhh!”
Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Haji Dua Kupang, Mat Nangka angguk-anggukkan kepala. Mamang Sulan, si Indon pendatang tu pun angguk-anggukkan kepala, juga. Tak berani mereka nak angkat muka. Tak berani mereka nak nafikan cakap Wak Merah-merah Taman Kok Doh. Al-maklumlah, Wak Merah-merah Taman Kok Doh pernah jadi ahli perwakilan dalam Kooperasi Serbaguna. Tahun ni dia tak bertanding. Bagi ‘chance’ kat yang muda-muda, katanya. Dah lama dalam kooperasi dah, dah puas dahhh.
“Hah! Dah boleh ditabur rasis ke dalam nasi minyak kita tuuu, Wak?” tanya Pak Akop sambil mencekak pinggang.
“Hish! Pak Akop, itu bukan rasislah… itu raisinnnn!” kata Sepiah yang sedang mengukir-ngukir buah tembikai; membentuk - bakul sia. Di belakang telinganya ada bunyi orang mengekek.
Label: PRU13
34 Comments:
Jangan salah tabur. Nanti jadi fitnah.
Nak menafikan kau kena buat akuan sumpah pula
September 08, 2008 10:54 PG
Nasik minyak tu..gotong royong buat kat perkarangan masjid ke?
ada saksi?
September 08, 2008 11:14 PG
rupa-rupanya dalam sebuah buku sejarah yg bukan versi syllabus utk sekolah ada menyatakan bahawa semasa negara ingin mencapai kemerdekaan dahulu, jumlah org cina di tanah melayu lebih ramai dr org melayu... mmm....
September 08, 2008 11:28 PG
"Asyik minta maaf dan mengalah aja la kita ni" kata Pak Akob dalam hati. Sambil mengesat-ngesat matanya yang masih kelat.
September 08, 2008 11:47 PG
Madu,
Eh, kau masak apa semalam? caremel? hape ke? - ada lebih?
Po,
Buat kat court badminton - kat tepi balai raya. :)
Tasek,
Oh?
Water,
Mengalah? Menggalah? ??? Ha ha. ???
September 08, 2008 12:14 PTG
hahahah..kesian tak apa setidaknya dia sudah tahu sebutkan raisin itu dengan betul.:)
September 08, 2008 1:03 PTG
salam.
siapa ek yang kawen, ada nasik minyak tu? dah lama tak makan. sekarang kalau orang kawen, asyiklah nasik beriyani je, tak best.
agak-agak, siapa yang masak nasik minyak 16 sept ni - 'orang tu' ke 'orang ni'?
September 08, 2008 1:31 PTG
Aku tak akan marah kalau orang nak kata Jawa itu pendatang. Ha ha ha!
September 08, 2008 2:07 PTG
yang aku tau memang pendatang itu... francesca peter...
September 08, 2008 2:40 PTG
ge,
aku tak rasis, cuma seksi ja, hahaha!
September 08, 2008 2:43 PTG
Marj,
:)
Ilhami,
Kita kena buat kenduri doa selamat le, kak!!!! Nasi minyak? Gua orait 'ja! Ha ha.
16 Sept? Esok belum pasti lagi. :)
Purp,
Pssst! Di Indonesia - Jawa tak pernah ngaku mereka Melayu. Mereka kata, mereka tu Jawa dan kita ni Melayu (Melaka atau Riau) - "akar yang sama, tetapi dari pohon yang berlainan - loh, jadinya mana mungkin kita serumpun!"
Sejak kejadian di Indon tu - aku dah tak pernah claim aku 'serumpun' dengan mereka dah. Kalau berjumpa - aku kata, gua Malaysia, lu Indon! FIN.
Melayu Malaysia,
Lu jangan terhegeh-hegeh le nak serumpun2 bagaiiiii!!!!
Chik,
HA HA.
Dean,
Ehem ehem lagi seksi, wo!
September 08, 2008 3:41 PTG
la.. semalam aku bgtau tak pulak ko cakap nak..
pagi tadi aku dah bungkus bagi budak opis ni.
September 08, 2008 3:50 PTG
salam abg nage. alamak. kalau saya kawin dengan bangsa cina. anak saya ni melayu ke cina??? sian dia nanti jadi mangsa raisin.. huhu.
September 08, 2008 4:30 PTG
Madu,
Semalam kenyang. Hari ni dah lapar semula. :(
Alina,
Kalau kau kahwin dengan Cina - anak kau jadi bangsa apa? Ermmmm... ada beberapa teori: 1. ikut belah suami: maknanya, kalau laki kau Cina - anak kau bangsa Cina atau kalau laki kau mamat Afrika - anak kau bangsa Afrikalah (sila rujuk kes2 perempuan Melayu yang berkahwin dengan lelaki Pakistan kat dalam newspaper tu), 2. anak kau tak berbangsa sebab kromosom bangsa anak kau dah rosak, ha ha, or 3. anak kau berbangsa Malaysian (seperti yang KONONnya 'kita' mahukan selama ini).
Ya, ini hanyalah teori. *wink*
September 08, 2008 5:05 PTG
Hu...hu! Lawaklah, bro!
September 08, 2008 9:32 PTG
salam ramadan. en nage..."loher" tu apa ekk? den x phm ler...luhur ke maksudnya...?
September 08, 2008 10:54 PTG
arakian sesudah meminta akan maaf itu barulah disedari bahawa minta maaf itu tiadalah perlu adanya. maka amatlah besar kemaluan peminta maaf itu.
September 08, 2008 11:11 PTG
Orang indon tadak permit nampak polis dia kata "Bapak polisi!".
Orang kita tak pakai helment nampak polis panik "Alalala Tuk jangan saman..."
Seorang panggil Bapak, seorang panggil Datuk, mana ada serumpun kalau gitu Hahaha
September 08, 2008 11:50 PTG
ustad2 ckp, setiap yg dtg akan pergi.
cukup2kan amal. insyaAllah. heh.
September 09, 2008 1:53 PG
nak tabur rasis pun biar kene gaya dan masa....
* loher?...lama dah x dgr perkataaan tu....hehe....loher..
* to tasik merah.. wa dgr citer la...
sebab tu masa ghafar baba jd TPM dia mmg menggalakan indon2 dtg beramai2 dgn tujuan meramaikan rumpun melayu....tp x d pantau dan d urus dgn baik...
September 09, 2008 8:47 PG
Mli,
:)
Hani,
HA HA. Ok, mungkin Daun dan Tok Rimau boleh bantu - "loher tu apa makna?"
Zz,
:)
Dug,
:)
Kelam,
:)
Amora,
Loher, ha ha. Molor? HA HA.
September 09, 2008 9:20 PG
raisin rupenyer... hahahhha...
sdp gak 2.. letak atas biskut semperit pun masyuk.. keh3x..
September 09, 2008 10:20 PG
hahahahahaha
September 09, 2008 10:44 PG
nak tabur rasis kena dalam nasi putih sebab makan hari-hari. nasi minyak sekali-sekali.
September 09, 2008 12:28 PTG
nasi minyak?
bukan sekarang ni musim bubur lambuk ke beb?
hahaha...
September 09, 2008 3:34 PTG
salam.
encik naga
sekarang ni blog tok rimau by invitation only, saya perlukan bantuan encik naga, saya dah tak dapat baca lagi.nak masuk dalam list tok rimau.
sekian, terima kasih.
September 09, 2008 6:15 PTG
Enche Naga,
Sepiah boleh ukir2 tembikai bentuk muka Pak Akop???
September 09, 2008 7:13 PTG
Cok,
Ha ha.
Kuih,
Ha ha.
Tozy,
Ha ha. Eh, bubuh planta sket weh dalam nasi biasa tu - bagi kaler kuning sket mcm nasi minyak. :)
Gar,
Takkan 16 Sept nanti nak makan bubur lambuk 'ja, dude???? Ha ha.
Wan,
Tok Rimau cuma invite aweksss 'ja. Jadi, kau jangan haraplah! HA HA. (Ketawa macam Jin dalam filem Ahmad Al-Bab).
Yanaz,
Sepiah boleh buat cream caramel juga. *wink*
September 10, 2008 8:56 PG
Aku tak suka raisin dalam nasi. Haha.
September 10, 2008 9:34 PG
Amyz,
Apa 'ja yang kau suka? HA HA.
September 10, 2008 11:03 PG
sepiah..sepiah..kismis sayang!
bukan raisin...apa nak jadi infotainment ke apa?
September 10, 2008 1:15 PTG
Orang kampung sebut raisin, tak sebut kismis, kira melampau hebat sangatlah tu, yeop! hehe
September 10, 2008 3:18 PTG
Rajuna,
Ha ha.
Jig,
Kampung tu kat dalam bandar, wo!!!!
September 10, 2008 4:10 PTG
kooperasi atau koperasi?
September 17, 2008 5:48 PTG
Catat Ulasan
<< Home