Majlis Berbuka Puasa Sindiket Sol-Jah
“Jadi ke kite berbuke puase bersame-same hari ni, Jenderal?” tanya Yapong, via SMS.
“Jadi! Eh, demeh jangan berbuke puase awal pule, weh!” jawab aku, via SMS.
“Ok, Jenderal! Berehhhh!” jawab Yapong, via SMS, “Kawan makan roti krim 'je dulu ni... buat alas perut!”
HA HA.
Soljahs di sebuah lokasi rahsia - bawah tanah. MatJan datang bawa beg galas - macam pengebom berani mati, wo. Imej paling kanan sekali - sirap bandung dah luak setengah balang.
P/s: Dah 5 hari Pipiyapong terbaring 'ja di tilam - demam!!! HA HA.
36 Comments:
haha..
tu mesti dah azan sniri tu..
bila azan awal..
boleh la makan awal..
September 17, 2008 12:53 PTG
wooo..patut PP tak update blog. Demam sebab 16 Sept tak jadi ek?
September 17, 2008 12:53 PTG
waa..
macam... menarikk je lokasi tu bro.
kat mana? kat mana?
September 17, 2008 12:58 PTG
Wow!! Sirap bandung tu sungguh menggoda
p/s: PP apasal tak cakap demam. Boleh aku masakkan makanan bagi cepat kebah.
September 17, 2008 1:06 PTG
Azwan,
Oh, iye ke?
Water,
Demam apa - tataulah!
Famia,
Dah nama pun lokasi rahsia - rahsia le, beb! Ha ha.
Madu,
Phiwetttttt! Ha ha hak hak hak!
September 17, 2008 1:11 PTG
demam palsu.
September 17, 2008 1:25 PTG
demam sebab berdosa kerana tak puasa.
atau.
tak puasa kerana demam. yg ini tak berdosa.
he he.... adinda pp.. aku sangka baik tau~
September 17, 2008 2:02 PTG
siannye pp.
haha abg ge. kat komentar ni pun org sebut sebut nama dia..
eh. awat sikit aje hidangan korang nih? ni bukak puasa ke sahur?
September 17, 2008 2:27 PTG
Kump,
HA HA. Alasan dia untuk tak mahu menyelia kereta kebal le tu.
Tasek,
HA HA. Kau pergilah tanya ke dia!
Alina,
HA HA. Psst, cuba perhatikan - tempat macam kat hotel, pingan mangkuk - macam kat dinning hall asrama. HA HA.
Menu: Nasi, ayam kari kentang banyak timbul2, ikan masak apa entah, ulam, sambal belacan, telur dadar, murtabak mini, bawang cuka, kek, kuih-muih, sirap bandung - semua tu kau tak boleh nampak sebab semua dah menyelonong ke dalam perut. HA HA.
September 17, 2008 2:52 PTG
OP,
Aku tak setuju sungguh - spotlite tu betul2 memancar ke aku!!! Panas wo!
September 17, 2008 2:55 PTG
Aku asyik buka puasa sendiri. Cuma malam ni ajak kawan makan di burger king KLCC ! tapi aku rimas bila sesak-sesak.
September 17, 2008 3:06 PTG
Naga !! Pak Lah dah pegang MOD..abisla sindiket soljah nnt kena bertempur haha
September 17, 2008 3:38 PTG
Addy,
Carilah tempat yang tak bersesak-sesak. :)
As,
Aiseyman! Tak dapat balik raya lah kalau kena bertugas di perbatasan ni. Ceh!
September 17, 2008 3:59 PTG
rasa tersisih gua di kejauhan ni.
September 17, 2008 4:07 PTG
salam singgah encik naga
buat alas perut...kah kah...lawak ah encik yapong
September 17, 2008 4:11 PTG
Mau,
Gua suruh lu posting ke UTM Jalan Semarak - lu tak mau! :)
*Yang tiada dalam gambar: Samurai, Tok Rimau.
Chi,
Welkam welkam! :)
September 17, 2008 4:15 PTG
eh bang, bukan ada amir mukhriz kah sorang lagik?.
amir kena buat duti pengaman kat lebanon ker?
September 17, 2008 4:41 PTG
termimpi-mimpi... la la la la
September 17, 2008 6:51 PTG
tu lah pasal. korang bukak buasa belakang restoran ke atau korang datang lambat masa buffet. gelas pun plastik, bro!
tapi kalau semua menu da masuk perut, almaklum, sedap lah tu.. huhu.
September 17, 2008 8:53 PTG
hahaha! ini betul2 rahsia satu komplot menjatuhkan harga barangan di pasar malam ni.
September 17, 2008 9:18 PTG
Yob,
Amir Mukhriz dah bersara awal. :)
Amin,
:)
Alina,
Inilah pakej bufet berbuka puasa paling murah di KL, ha ha. Al-maklumlah, Sindiket Sol-Jah bukannya kaya. :)
Tapi, tauke port tu ada pesan, next time suruh bawa kawan2 20 orang, dia boleh bagi diskaun.
So, hujung bulan ni Tok Rimau naik ke KL - jom!
Danial,
HA HA.
September 17, 2008 10:51 PTG
sambung balik pasal guguk tuh...
emang la gelap gelita...
cuma lam sebutan dialeknya, gelap disebut sebagai gelak... hehehe... gelak gukguk... ekekek...
September 17, 2008 11:46 PTG
perghh... ada cahaya atas kepala, macam the saint haha
September 17, 2008 11:59 PTG
wah..abg yg botak lite-lite tuh macho laa
wakakaa
September 18, 2008 2:12 PG
sape yang ngambikkan gambor kome tu?
September 18, 2008 5:52 PG
Chik,
Ho' la!
Dug,
Atas kepala Spyz ada balung ayam, ha ha.
Semut,
Nombor dua macho selepas Nabil... aaa, maksud aku, Pipiyapong. Vovin? Dia Latino - dalam kelas yang lain. :)
Tiqah,
Ta'in le, yong!!!! Muerekekekekeeee...
September 18, 2008 8:46 PG
huhu..cian pipiyapong..demam..moga cpt smbuh..
hmm,tok takde?hehe..sian tok,mesti dia nak buka sm2 soljah;p
September 18, 2008 1:11 PTG
tu dia sindikit soljah berbuka dlm suasana y romantikkk sekali! hehehe
nasi biryani ke nasi kandaq tu dude?
September 18, 2008 1:48 PTG
0Yana,
Kesian Tok Rimau? Ceh! Dia berbuka puasa dengan aweksss - kita tahu! HA HA.
Amora,
Nasi putih 'ja.
September 18, 2008 2:17 PTG
wahh, pi makan rupenya..
selamat.. sselamat.. he he
September 18, 2008 4:45 PTG
Balung ayam terbalik. HAHAHA
Gambar suram pun boleh jadi bahan lawak, adeh...
September 18, 2008 8:37 PTG
Salam Ramadan Lan,
Setiap kali saya teringat tentang singa atau naga saya teringat tentang hutang Postponing Truth yg masih belum sempat disampaikan kepada sdr. Kabarnya ulasan buku ini akan terbit dlm D.Sastera Oktober dan Penolong Editornya puji sangat wajah kulitnya-- bukan isinya--. T Kasih dan ajaklah kami berbuka puasa
September 18, 2008 10:51 PTG
Ceri,
HA HA.
Dug,
HA HA
Dato' Baha,
Tak apa, tak apa, take ya time. Kalau Dato' ke Jalan Lapangan Terbang Lama (Pergh, old school 'ja yang tahu nama jalan ni, ha ha) - mesyuarat ke, apa ke - telefon saya - saya pergi jumpa Dato'.
Orang nak puji Dato' handsome lagi dalam gambar tu - bukan puji design saya pun. Ha ha. Sungguh ni!
Dato',
Segan kami nak ajak Dato' berbuka puasa dengan Sindiket Sol-Jah - kami berbuka puasa kat celah-celah bangunan 'ja. :)
Apapun, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada Dato' dan Datin. Dan, sampaikan salam saya kepada Jo juga (lama saya tak jumpa dia).
Ma'asalam.
P/s: Dato', Tolong doakan agar Sindiket Sol-Jah sukses selalu dan tak cepat meninggi diri ya!
September 19, 2008 10:05 PG
hik2..Tok berbuka dengan awek mana plak ni?
Syhhh...zip mulut tu;p.pecah rahsia dlm rahsia tok.hahaha
September 19, 2008 2:13 PTG
Enche Naga nampak kurusss...
:P
September 20, 2008 12:24 PG
Yana,
*Zip*
Yanaz,
Aku tertekan *sigh*
September 20, 2008 6:04 PTG
Catat Ulasan
<< Home